Antara jalan yang dilalui...kawasan kampung. Jalanraya di sini elok je, jarang jumpa yang rosak. Memudahkan pemanduan. Kereta kami bergerak perlahan atas faktor hujan dan jalan yang banyak selekoh serta semakin mendaki. Pemandangan pun semakin cantik! Cantik sebab nampak hutan/bukit je pun, saya suka
Cantik tempat ni! Dengan berpayung, kami memulakan langkah di sini
Ternampak peta ringkas ni. Walaupun tak faham bahasa Thai, kita boleh faham bahawa kawasan ni macam satu pusingan yang ada tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Sebelum tiba di Piyamit Tunnel, tadi kami dah pun lalu Betong Hot Spring (tapi tak singgah). Kalau tahu peta ni lebih awal sebelum ke sini lebih bagus. Membantu dalam merancang perjalanan
Beli tiket di sini. Tertera bayaran untuk warga asing RM8 atau 60 Baht. Kami bayar guna Baht. Harga dalam RM ni berubah ikut kadar tukaran wang semasa.
Walaupun hujan, kami masih boleh meneruskan perjalanan sebab laluannya siap berbumbung. Laluan bertangga merentasi hutan ni agak jauh. Tapi tak terasa sangat sebab saya leka memerhati tumbuhan disekeliling
Antara yang menarik perhatian dan sempat saya ambil gambar. Gambar pokok tu, bahagian atasnya ada cendawan besar. Pertama kali juga saya jumpa pokok kantan yang sangat besar dan tinggi, bunga kantannya pun besar. Terjumpa juga bunga halia hutan yang besar dan panjang (pernah nampak di Cameron Highland saiz tak sebesar ni ). Tapi tak dapat ambil gambar sebab berada agak jauh dari laluan berbumbung. Keadaan hujan agak membataskan. Kiranya banyak tumbuhan sekeliling yang membuat saya leka dan bergerak perlahan! 😃
Coal tunnel kiln - tempat menghasilkan arang. Terowong tu tak dalam pun, boleh jenguk je dari muka pintu. Bukan terowong pun, macam ruangan dapur untuk proses pembakaran kayu menjadi arang
Guard Post - terletak di kedudukan yang lebih tinggi
Smokeless stove - ruang memasak. Agak kurang paham sebab takde penerangan bertulis dalam bahasa Inggeris. Ada petugas yang bagi penerangan tapi dalam bahasa Cina. Pengunjung pun ramai Cina. Masa ni cuma kami berdua dan satu keluarga ibu & anak-anak je orang Melayu. Sebenarnya saya nak bertanya lanjut (saya dapati petugas ni boleh berbahasa Melayu), tapi saya sendiri mengejar masa.
Piyamit Tunnel - pintu masuk ke terowong bermula di sini
Rupa dalam terowong. Siap ada gantung gambar.
Antara barang yang dipamerkan
Dipersimpangan...masa tak cukup, nak kena fikir exit mana pulak. Kami ambil Exit 1, terus tak sempat nak melihat-lihat bahagian lain. Lebih kurang jelah kot semua. Hahaa..
Thousand Tree - inilah bahagian paling menarik bagi saya!😍 Pertama kali saya melihat pokok sebegini besar dan unik! Maha Suci Allah yang menjadikannya. Jom kita pergi kat bahagian tengah pokok ni..
Saya berdiri di ruangan tengah pokok dan melihat ke atas. Unik! Nampak seolah-olah beberapa pokok besar yang bercantum di bahagian atas, lalu membentuk sepohon pokok yang sangat besar!
Ini rupa bahagian atas (dari luar)
Ini pula kesan tembakan meriam (tempat yang bertanda kat tanah). Menurut info, ia berlaku sekitar tahun 1977. Serangan terhadap Komunis Malaya telah dilakukan oleh pasukan tentera Malaysia dan Thailand. (Gambar kecil) Model yang lahir tahun 1977 disamping peluru meriam 😁. Nak tunjuk saiz peluru sebenarnya. Tak pasti ni yang asal atau sekadar replika|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |