BETONG merupakan sebuah bandar di selatan Thailand, berhampiran sempadan Perak, Malaysia
Jalan menuju ke bandar Betong, lengang je. Baguslah...sesuai untuk kami yang pertama kali memandu di Thailand. Hehe
Tengok bangunan ni...ceria je cat warna-warni.
Roundabout yang meriah! Sebab ada jam besar, siap pacak bendera-bendera, dan ada peti pos gergasi kat sudut tu. Perasan tak jam besar tu dekat pukul 5? Haha...sebab saya snap gambar ni waktu balik, petang. Masa waktu pagi lalu sini, tak dapat snap elok camni
Sekitar pukul 10.50 pagi waktu Thai, masa ni tengah panas terik. Kalau kat Malaysia, pukul 11.50 pagi (Thai lewat 1 jam). Saya tertarik pada binaan pintu gerbang tu, nampak macam kubah masjid dan kubah kuil yang dibina sebagai simbolik agama anutan penduduk di sini (mungkin?)
Di tepi pintu gerbang tadi, ada satu lagi tong pos gergasi. Yang ni lebih gergasi berbanding di roundabout tadi tau. Biasanya pengunjung ke Betong akan bergambar di sini. Tapi kami malas nak turun, snap gambar dari dalam kereta jelah! 😄
Pilih kedai ni sebab ada ciri-ciri kedai makan halal. Pengunjung ramai, sedap la kot! Masa ni cuaca dah bertukar, mendung dan hujan renyai
Menu ni sebelah tulisan Thai, sebelah lagi Bahasa Melayu
Teh Ais yang sedap!!!
Alhamdulillah...sampailah hidangan kami. Memang lapar sangat dah ni! Tapi terkejut tengok saiz hidangan besar. Yang makan dua orang je. Memang tak mampu la nak habiskan. Rasa? Sedap la kat tekak kami. Harga semuanya RM36 atau 300 Baht (yang ni kami bayar guna RM)
Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Biru, pastinya disebabkan warna masjid ini yang kebiruan. Selain masjid, terdapat juga bangunan Pusat Pengajian Al-Quran Jamek Al-Ahmadi. Semua nampak kemas dan dijaga baik (keadaan tandas sebagai tanda aras..hehe). |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |