Mereka Yang Buat Kecoh Kita Rakyat Pula Diminta Bertenang Muhyiddin Tidak Akan Lepaskan Jawatan


 
July 29, 2021


MERUJUK kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini, Kerajaan ingin menjunjung kasih di atas titah penghargaan yang dizahirkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Kerajaan kerana telah melaksanakan Mesyuarat Khas Parlimen yang bermula pada 26 Julai 2021.


Kerajaan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sepertimana yang dizahirkan susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun 2021 yang antara lain menekankan bahawa darurat tidak perlu disambung selepas 1 Ogos 2021 dan perlunya Parlimen bersidang secepat mungkin.


Berdasarkan titah pandangan ini, Kerajaan telah memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bermula 26 Julai 2021. Sebagai persediaan Mesyuarat Khas Parlimen ini, Jemaah Menteri pada 21 Julai 2021 telah mengadakan perbincangan yang teliti dan mengambil ketetapan-ketetapan seperti berikut:


Pertama, Mesyuarat Khas Parlimen diadakan setelah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong;


Kedua, Jemaah Menteri tidak akan menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membuat Proklamasi Darurat baharu setelah darurat sedia ada tamat pada 1 Ogos 2021; dan


Ketiga, oleh kerana darurat tidak akan disambung, Jemaah Menteri memutuskan untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong untuk membatalkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa.


Susulan ketetapan-ketetapan ini, Pejabat Perdana Menteri pada 22 Julai 2021 telah menerima deraf Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021 yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara. Ordinan ini memperuntukkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dibatalkan berkuatkuasa pada 21 Julai 2021.


Pada 23 Julai 2021, Perdana Menteri telah mengutuskan warkah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum nasihat Jemaah Menteri supaya ordinan-ordinan darurat berkenaan dibatalkan dan memohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku mengenainya.


Pejabat ini mengambil maklum sebagaimana yang dizahirkan di dalam kenyataan media Istana Negara hari ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sedia maklum bahawa Seri Paduka Baginda Tuanku perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti yang terkandung dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.


Perkara 40 (1) memperuntukkan:
Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.


Manakala Perkara 40 (1A) pula memperuntukkan:
Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.


Susulan itu, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 24 Julai 2021, telah menitahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Peguam Negara menghadap untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai nasihat tersebut.


Apabila Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula pada 26 Julai 2021, semua Ordinan Darurat telah dibentang (laid) di atas meja Dewan Rakyat selaras dengan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.


Namun, Ahli-Ahli Parlimen pembangkang telah mendesak supaya Dewan Rakyat mengungkaikan ordinan darurat yang telah dimasyhurkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Susulan itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang telah memaklumkan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat bahawa kerajaan, iaitu Jemaah Menteri, telah membuat keputusan untuk membatalkan ordinan-ordinan darurat berkenaan.


Ini adalah suatu kenyataan fakta yang bertujuan memaklumkan kepada Dewan Rakyat keadaan sebenarnya secara telus.


Pemakluman oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) telah menimbulkan persoalan mengenai status perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke atas Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021. Oleh itu, Perdana Menteri dan Peguam Negara telah memohon menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Julai 2021 pukul 12.00 tengahari untuk menjelaskan kedudukannya.


Pada sesi menghadap ini, Perdana Menteri telah sekali lagi memberikan nasihat Jemaah Menteri mengenai pembatalan ordinan-ordinan darurat tersebut serta membuat penjelasan atas kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat.
Perdana Menteri juga telah menyembah maklum pandangan Kerajaan bahawa kesemua ordinan darurat tersebut tidak perlu diungkaikan oleh Parlimen memandangkan Jemaah Menteri telah pun menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkannya.


Di samping itu, sidang Parlimen yang berlangsung adalah Mesyuarat Khas yang diadakan di bawah Peraturan Mesyuarat 11 (3) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang agendanya adalah penerangan menteri dan tiada sebarang usul untuk mengungkai ordinan darurat.
Oleh sebab itu, Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan ordinan darurat sebelum Mesyuarat Khas Parlimen bermula.


Kerajaan berpandangan semua tindakan yang diambil ini adalah teratur dan selaras dengan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri menekankan bahawa dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau, adalah penting untuk beliau bertindak mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan. Justeru, beliau menasihatkan rakyat supaya sentiasa bertenang dan insyaAllah isu ini akan dapat diselesaikan mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan.


PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
29 JULAI 2021 – HARAKAHDAILY 29/7/2021


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kluangmanexpress.blogspot.com/2021/07/mereka-yang-buat-kevoh-kita-rakyat-pula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Dukacita Muhyiddin Takiyuddin Harus Letak Jawatan Secara Terhormat Kit Siang

Agong Dukacita Muhyiddin Takiyuddin Harus Letak Jawatan Secara Terhormat Kit Siang

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 227 hits
Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat 29 Julai 2021 Penentuan sama ada Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen harus menjadi aturan mesyuarat pertama d...
Tiada Alasan Buat Muhyiddin Tangguh Letak Jawatan

Tiada Alasan Buat Muhyiddin Tangguh Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 167 hits
Tiada alasan buat Muhyiddin tangguh letak jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh terus menangguhkan hasrat meletak jawatan pada saat negara berdepan krisis pandemik Covid 19 yang boleh mengheret...
Muhyiddin Maklum Tiada Perkara Berbangkit Mengenai Peletakan Jawatan Beliau Masa Ini

Muhyiddin Maklum Tiada Perkara Berbangkit Mengenai Peletakan Jawatan Beliau Masa Ini

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 219 hits
nbsp PETALING JAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa tiada isu berbangkit mengenai peletakan jawatannya buat masa ini Menurutnya beliau telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda...
Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan Dakwa Kerajaan Terbubar

Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan Dakwa Kerajaan Terbubar

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 205 hits
Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan Dakwa Kerajaan Terbubar Kegagalan mencapai persefahaman antara Institusi Diraja dan Kabinet Persekutuan menyebabkan kerajaan itu terbubar secara automatik dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad Bekas Perdana Me...
Dewan Rakyat Bergegar Mp Pas Dicabar Adakan Undian Dakwa Muhyiddin Ada Majoriti

Dewan Rakyat Bergegar Mp Pas Dicabar Adakan Undian Dakwa Muhyiddin Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 302 hits
puteradaily comDewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dengan dakwaan Ahmad Tarmizi Sulaiman yang mengatakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat Tarmizi berka...
Isu Doktor Kontrak Lain Yang Diminta Lain Pula Yang Dapat

Isu Doktor Kontrak Lain Yang Diminta Lain Pula Yang Dapat

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 195 hits
Sebelum ini Gerakan Hartal Doktor Kontrak bertegas mengambil tindakan drastik bercuti sebagai tanda protes jika tuntutan berhubung penawaran pelantikan tetap kepada semua pegawai perubatan lantikan kontrak sedia ada gagal dilaksanakan Keraj...
Zahid Pertahan Keputusan Gesa Muhyiddin Letak Jawatan Kekal Sokong Pn

Zahid Pertahan Keputusan Gesa Muhyiddin Letak Jawatan Kekal Sokong Pn

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 229 hits
malaysiakini comDiterbitkan 31 Jul 2021 11 48 amDikemaskini 11 49 amPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan pendirian partinya mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur dan pada masa sama tetap menyokong Perikatan Nasional ...
Muhyiddin Tidak Wajib Letak Jawatan

Muhyiddin Tidak Wajib Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 238 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak wajib meletak jawatan hanya semata mata kenyataan murka Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berhubung pembatalan Ordinan Darurat dengan membelakangkan S...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan