Mereka Dahaga Nak Jadi Kerajaan Semula Pelbagai Kaedah Dilakukan Tempelak Zahid


bharian.com.my
Oleh Muhamad Lokman Khairi 
[email protected]
Julai 28, 2024 @ 2:46pm
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk 2024 di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini. - Foto BERNAMA
BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mendedahkan parti pembangkang mana yang menghantar wakil bagi berjumpa beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berunding membentuk kerjasama pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, pihak terbabit sanggup melakukan pelbagai kaedah kerana 'dahagakan' untuk menjadi kerajaan semula.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu berpandangan kerajaan Perpaduan sedia ada mesti diperkukuhkan, selain menyerahkan keputusan penting berkaitan langkah politik seterusnya kepada kepemimpinan utama kerajaan.

"Mereka pernah berada dalam kerajaan, kini mereka pembangkang, mereka dahaga nak jadi kerajaan semula... pelbagai kaedah dilakukan.

"Saya serahkan kepada kepemimpinan utama kerajaan untuk tentukan apa langkah selanjutnya sesuatu yang menguntungkan kita atau sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk, di Sungai Sumun, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada wakil parti pembangkang terbabit ada kaitan dengan khabar angin kononnya PAS akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Pada 23 Jun lalu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, parti itu tidak mempunyai sebarang keinginan untuk menyertai kerajaan PH-BN sebagaimana dakwaan yang tular ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap bulan lalu.

Beliau dipetik berkata, tiada sebab wujudnya perbincangan antara parti itu dengan Kerajaan Perpaduan sedangkan mereka tetap dengan pendirian bahawa tidak akan bersama mendukung kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun semalam, Ahmad Zahid dilaporkan mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam PRU akan datang, namun beliau masih lagi belum terbuka hati untuk berjumpa dengan wakil daripada parti berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menyifatkan percubaan wakil parti pembangkang terbabit sebagai 'ada udang di sebalik batu'.

"Kita dalam politik mesti ada keterbukaan, tetapi kita tahu bahawa ada tujuan tersirat yang kita baca daripada awal.

"Jadi elok kita perkukuhkan penyatuan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, bagaimana kita menghadapinya bergantung kepada acuan politik masing-masing... yang penting kerajaan yang ada diperkukuhkan," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/mereka-dahaga-nak-jadi-kerajaan-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tempelak Tawaran Zahid 7 Penggal Di Nenggiri Kenapa Tak Buat

Pas Tempelak Tawaran Zahid 7 Penggal Di Nenggiri Kenapa Tak Buat

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 149 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 2 2024PRK NENGGIRI PAS menempelak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhubung cubaan memancing undi pengundi di Nenggiri dengan menawarkan pelbagai projek pembangunan Pengarah pilihan raya PN Muhammad Sanusi M...
Kerajaan Akan Bina Semula Jambatan Yang Runtuh

Kerajaan Akan Bina Semula Jambatan Yang Runtuh

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 93 hits
Kerajaan Persekutuan bersetuju membina semula jambatan gantung di Penampang dan Tuaran yang rosak akibat banjir dengan peruntukan RM1 juta menerusi Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad...
Rider Makanan Terkejut Dapat Tip Rm500 Bila Nak Pulangkan Semula Ini Yang Jadi

Rider Makanan Terkejut Dapat Tip Rm500 Bila Nak Pulangkan Semula Ini Yang Jadi

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 97 hits
Penghantar makanan sering menerima tip dari pelanggan biasanya tidak melebihi RM50 Namun pengalaman kali ini sungguh luar biasa apabila seorang penghantar makanan menerima tip sebanyak RM500 Menurut cerita penghantar makanan ini dalam satu ...
Lihat Muka Lebai Pas Dalam Kerajaan Pn Mereka Tak Tegur Dan Tak Bising Ini Namanya Hipokrit

Lihat Muka Lebai Pas Dalam Kerajaan Pn Mereka Tak Tegur Dan Tak Bising Ini Namanya Hipokrit

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 106 hits
Jamzuri ArdaniSaya tidak menyokong penglibatan syarikat arak di sekolah Pada masa yang sama saya juga menolak hipokrasi pak lebai
Madani Kerajaan Paling Diktator Bukan Dulu Korang Yang Nak Sangat Anwar Jadi Pm Kan

Madani Kerajaan Paling Diktator Bukan Dulu Korang Yang Nak Sangat Anwar Jadi Pm Kan

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 94 hits
Sebelum ini merupakan penyokong Pakatan Harapan ketika gabungan itu menjadi pembangkang bekas pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan yang mengetuai gerakan masyarakat sivil menyeru pembaharuan institusi hari ini menegur kerajaan berhubung lang...
Kerajaan Setuju Buka Semula Kes Beng Hock Kata Pm

Kerajaan Setuju Buka Semula Kes Beng Hock Kata Pm

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 118 hits
KERAJAAN hari ini bersetuju untuk membuka semula siasatan mengenai kematian pembantu politik Teoh Beng Hock pada tahun 2009 kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Beliau juga memberikan jaminan siasatan akan dijalankan dengan cara yang telus da...
Umno Boleh Menang Sebab Ada Akmal Pas Referendum Rakyat Tolak Kerajaan

Umno Boleh Menang Sebab Ada Akmal Pas Referendum Rakyat Tolak Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 98 hits
Barisan Nasional mempunyai peluang cerah untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Nenggiri Kelantan pada Pilihan Raya Kecil bulan depan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ia berdasarkan kredibiliti calon yang diketen...
Kerajaan Mengumumkan Pakej Pra Bayar Rahmah Untuk Pelajar Ipta Ilka

Kerajaan Mengumumkan Pakej Pra Bayar Rahmah Untuk Pelajar Ipta Ilka

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 162 hits
Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi telah mengumumkan Pakej Pra Bayar Pelajar RAHMAH yang bertujuan untuk pelajar siswazah yang meneruskan pendidikan mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam terpilih dan Institusi Latihan Kemahiran Awa...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Purnawirawan Jenderal Israel Kita Kalah Perang

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Self Love Learning To Value And Appreciate Yourself

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Bola Sepak Mssm 2024

Lirik Lagu Dusta Ukays

Makanan Yang Meredakan Emosi

Valdy Nyonk Mengapa Kau Berubah Chord

Chella Julia Enda Sanggup Agi Chord

Nota Grammar Paling Mudah