Mereka Cuma Ikut Kerajaan Pengkhianat Dan Derhaka Sahaja Siapa Derhaka


 
Presiden MIC ‘taasub’ kerajaan PN, sampai tak endah institusi raja, kata Khaleed



FMT Reporters -August 2, 2021 Mohamed Khaled Nordin berkata, Presiden MIC SA Vigneswaran perlu memahami bahawa negara sedang berhadapan dengan krisis Perlembagaan.PETALING JAYA: Presiden MIC SA Vigneswaran gagal memahami bahawa tindakan kerajaan dalam membatalkan Ordinan Darurat menyebabkan berlaku krisis Perlembagaan, dan merupakan satu keingkaran terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, kata Mohamed Khaled Nordin.
Naib Presiden Umno itu berkata, sekalipun Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Agong hendaklah bertindak atas nasihat atau setelah mempertimbangkan nasihat Kabinet atau perdana menteri, baginda masih mempunyai kuasa budi bicara seperti diperuntukkan bawah Perkara 150 (2B) yang dibaca bersama Perkara 150(3) berhubung perkara berkaitan pengisytiharan dan pembatalan darurat.
“Kita mengakui bahawa senarai Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen disediakan oleh pihak kerajaan dan bukannya institusi istana.
“Namun, presiden MIC gagal untuk mengambil maklum bahawa peranan Agong bawah Perkara 150 (2B) dan (3) adalah jelas. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang menyaksikan Agong sebagai Ketua Negara.
“Dalam sistem Raja Berperlembagaan, Agong mempunyai peranan untuk mengukuhkan keabsahan demokrasi di dalam negara dan titah baginda mesti dijunjung,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, bekas Yang Dipertua Dewan Negara itu pada Sabtu dilaporkan berkata, adalah “sangat tidak perlu” bagi Ahli Parlimen membahaskan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat pada Isnin kerana tempoh Ordinan Darurat itu akan berakhir Ahad.
Beliau berkata: “… ia akan hanya mensia-siakan masa yang diberikan untuk anggota Parlimen di Parlimen memulakan protokol dan prosedur ke arah membangunkan kembali negara ini.
“Persidangan Parlimen memberikan peluang kepada negara untuk menyusun semula dan menetapkan hala tuju negara kita, yang malangnya telah terganggu,” katanya.
Khaled berkata, benar ungkapan Vigneswaran bahawa kita sedang “indeed treading on uncharted waters”, oleh yang demikian, presiden MIC perlu memahami bahawa negara sedang berhadapan dengan krisis Perlembagaan.
Katanya, isunya sekarang adalah tentang tindakan seorang menteri yang mengelirukan Parlimen dan masyarakat awam dan ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
“Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara, dan tiada pihak yang boleh mengatasinya. Sebagai sebuah negara, kita mesti menghormati peranan dan fungsi Agong, dan membiarkan pihak yang gagal memahami perkara ini adalah satu tindakan membuka jalan yang mengancam institusi raja berperlembagaan,” katanya.
Khaled berkata, pandangan presiden MIC itu bahawa tiada keperluan untuk membahaskan Ordinan Darurat dan menyatakan bahawa persidangan khas Parlimen kali ini adalah bertujuan membahaskan Pelan Pemulihan Covid-19 dan isu yang berkaitan dengan pandemik juga jelas menunjukkan ketiadaan pemahaman yang jelas pada pihak beliau berkenaan kesan Ordinan Darurat ke atas kehidupan rakyat.
“Ordinan tersebut mengandungi undang undang yang memberi kesan secara terus ke atas kehidupan rakyat dan mempunyai peranan kritikal dalam pengurusan pandemik.
“Tambahan pula, dalam kenyataan dikeluarkan oleh Agong berhubungan dengan pembukaan Parlimen, baginda menggesa agar Parlimen dibenarkan untuk dibuka bagi membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.
“Namun, agenda persidangan khas tersebut telah mengeluarkan usul untuk membahaskan Ordinan Darurat, yang bercanggah dengan perkenan Agong dan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/mereka-cuma-ikut-kerajaan-pengkhianat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Kerajaan Derhaka Agong Tidak Terima Pm Menghadap Sampai Tiga Kali Seminggu Kata Annuar

Kalau Kerajaan Derhaka Agong Tidak Terima Pm Menghadap Sampai Tiga Kali Seminggu Kata Annuar

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 276 hits
Annuar Musa menyifatkan tuduhan derhaka dicipta oleh orang yang mahu menjatuhkan kerajaan PETALING JAYA Annuar Musa menolak tuduhan pihak tertentu kononnya kerajaan telah derhaka kepada Yang di Pertuan Agong susulan pengumuman pembatalan Or...
Masalah Kita Berpunca Dari Keangkuhan Kerajaan Mereka Rasa Tahu Semua

Masalah Kita Berpunca Dari Keangkuhan Kerajaan Mereka Rasa Tahu Semua

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 260 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPeningkatan kes Covid 19 dan kelewatan vaksinasi di negeri negeri dengan kes tertinggi berpunca daripada keangkuhan kerajaan yang merasakan mereka tahu tentang semua perkara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkat...
Agong Bukan Rubber Stamp Ikut Cakap Kerajaan Pn

Agong Bukan Rubber Stamp Ikut Cakap Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 387 hits
Kenyataan balas Pejabat Perdana Menteri terhadap kenyataan Yang di Pertuan Agong dianggap biadap apabila membayangkan seolah olah Raja Berperlembagaan hanyalah pak turut kepada kerajaan Perikatan Nasional dan terpaksa menerima apa sahaja ya...
Grm Kesal Kerajaan Pn Derhaka Agong

Grm Kesal Kerajaan Pn Derhaka Agong

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 319 hits
Sikap mendahului Yang di Pertuan Agong dalam memansuhkan Ordinan Darurat oleh kerajaan Perikatan Nasional ditentang keras oleh NGO NGO pro Reformasi Menurut Koordinator Gabungan Reformis Malaysia Mustaffa Kamil Ayub tidak sewajarnya Menteri...
Kalau Selepas Mahiaddin Nyata Derhaka Ini Pun Tak Keluar Juga Daripada Kerajaan Eloklah Umno Dibubarkan Saja

Kalau Selepas Mahiaddin Nyata Derhaka Ini Pun Tak Keluar Juga Daripada Kerajaan Eloklah Umno Dibubarkan Saja

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 301 hits
Berikutan kemelut dan ketidaktentuan yang berpanjangan dalam kerajaan gagal pimpinan Mahiaddin Md Yasin terbaru dengan Yang Dipertuan Agong sendiri menunjukkan kemurkaan baginda UMNO akan mengadakan mesyuarat MT khasnya petang ini Mesyuarat...
Benteng Terakhir Dirempuh Pemberontakan Derhaka Kerajaan Mahiaddin

Benteng Terakhir Dirempuh Pemberontakan Derhaka Kerajaan Mahiaddin

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 344 hits
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAHKrisis Perlembagaan yang berlaku hari ini tercetus apabila Ordinan Darurat yang sepatutnya dibawa ke Parlimen seperti mana yang dititahkan oleh Yang di Pertuan Agong supaya dibahaskan dibatalkan secara pintu belakang...
Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 366 hits
Ismail jaja titah diraja pada sidang media sokong kerajaan MuhyiddinFMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerap menggunakan titah Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mempertahanka...
Terus Pertahan Kerajaan Pn Apa Lagi Pertahankan Mahiaddin Kedua2nya Adalah Tindakan Derhaka

Terus Pertahan Kerajaan Pn Apa Lagi Pertahankan Mahiaddin Kedua2nya Adalah Tindakan Derhaka

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 375 hits
Jika kita perhatikan sejak awal lagi penderhakaan terhadap titah Yang Dipertuan Agong ini bukan saja dilakukan oleh Mahiaddin Md Yasin tetapi juga melibatkan seluruh anggota kabinet kerajaan PN Dengan yang demikian Mahiaddin anggota kabinet...
Kerajaan Derhaka Agenda Politik

Kerajaan Derhaka Agenda Politik

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 391 hits
Kerajaan derhaka agenda politik Beberapa hari lalu berlaku krisis pentadbiran yang agak unik antara pihak Eksekutif yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan institusi Yang di Pertuan Agong yang ketika ini Al Sultan Abdu...
Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jogja Travel Diary Dari Pendopo Lawas Ke Jalan Jalan Di Malioboro

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online

Drama Impiana Karma