Kalau Kerajaan Derhaka Agong Tidak Terima Pm Menghadap Sampai Tiga Kali Seminggu Kata Annuar


FMT ReportersAnnuar Musa menyifatkan tuduhan derhaka dicipta oleh orang yang mahu menjatuhkan kerajaan.PETALING JAYA: Annuar Musa menolak tuduhan pihak tertentu kononnya kerajaan telah derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong susulan pengumuman pembatalan Ordinan-ordinan Darurat yang diumumkan Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan 26 Julai lalu.
Katanya, jika kerajaan sedia ada derhaka kepada Agong sudah tentu Muhyiddin Yassin tidak diterima menghadap baginda sehingga tiga kali dalam tempoh seminggu ini.
“Kali pertama apabila berlaku kekalutan berhubung Ordinan Darurat berikutan kenyataan menteri 26 Julai, pada 27 Julai Perdana Menteri menghadap, Tuanku terima untuk (beliau) beri penjelasan.
“(Pada) 29 Julai sebelum mesyuarat Kabinet Perdana Menteri menghadap, dan hari ini menghadap lagi.
“Seminggu tiga kali menghadap, orang yang derhaka Tuanku tidak bagi masuk dalam Istana. Yang tahu derhaka tak derhaka Agong, malah hari ini Tuanku memperkenan untuk kerajaan bawa usul percaya kepada Perdana Menteri dalam sidang Parlimen September ini,” katanya ketika sesi ruang bicara Bernama bertajuk ‘politik: Apa lagi selepas ini?
Annuar turut menyifatkan Muhyiddin sebagai individu yang sangat menjaga hubungan dengan institusi diraja, seterusnya tuduhan derhaka yang dilemparkan kepadanya tidak patut dibangkitkan.
“Kebetulan saya ada pengalaman duduk dalam Kabinet Perdana Menteri lain, dari (masa) Dr Mahathir Mohamad… dan sekarang bawah Muhyiddin.
“Dari segi perhubungan dengan Agong cukup istimewa, beliau tanpa gagal sebelum pengerusikan mesyuarat Kabinet akan menghadap. Ada Perdana Menteri tak begitu, menghadap (cuma) bila perlu, tapi Muhyiddin setiap Rabu Tuanku terima menghadap.
“Menjadi amalan Perdana Menteri memulakan setiap mesyuarat Kabinet dengan menyampaikan titah dan pandangan Yang Di-Pertuan Agong. Baginda banyak memberi pandangan, teguran dan ia sentiasa diterima pakai oleh kerajaan,” katanya.
Menurutnya, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah seorang yang cukup mengambil berat soal pentadbiran kerajaan dan setiap apa yang dibincangkan jemaah menteri akan disemak baginda.
“Jadi di mana timbul soal derhaka? Ia dicipta oleh orang yang nak jatuhkan kerajaan,” katanya.
Khamis lalu Istana Negara memaklumkan Agong belum memperkenan pembatalan Ordinan-ordinan Darurat yang diumumkan Takiyuddin di Parlimen menyebabkan Sultan Abdullah dukacita sehingga menjadi polemik apabila terdapat pihak melabel kerajaan sebagai derhaka.
Mengulas keputusan yang diumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin, Annuar berkata di saat semua menteri memfokuskan usaha mendepani Covid-19 langkah meninggalkan kerajaan secara terburu-buru boleh membantutkan segala perancangan.
“Rakyat tengah susah kita nak tinggal begitu. Katakan Khairy Jamaluddin sebagai menteri yang fokus soal vaksin ketika ini tiba-tiba nak keluar kerajaan, begitu juga Dr Adham Baba jaga kesihatan, Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Hishammuddin Hussein.
“Kebetulan mereka semua dari Umno, semua ada tanggungjawab, jadi kita kena fikir betul-betul yang mana perlu didahulu dan yang mana kena tunggu, tapi kerja pada rakyat harus dilakukan,” katanya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/kalau-kerajaan-derhaka-agong-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 291 hits
Ismail jaja titah diraja pada sidang media sokong kerajaan MuhyiddinFMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerap menggunakan titah Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mempertahanka...
Muhyiddin Tak Akan Derhaka Hubungan Pm Dengan Agong Istimewa Annuar

Muhyiddin Tak Akan Derhaka Hubungan Pm Dengan Agong Istimewa Annuar

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 236 hits
Oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menerima menghadap Perdana Menteri bagi sesi pra Kabinet di Istana Negara semalam Gambar FB Muhyiddin Yassin HUBUNGAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin...
Agong Sah Murka Mahiaddin Sah Derhaka Dan Pn Kini Sudah Hilang Muka Sebagai Kerajaan

Agong Sah Murka Mahiaddin Sah Derhaka Dan Pn Kini Sudah Hilang Muka Sebagai Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 289 hits
Segala segalanya kini sudah terdedah dan terserlah tanpa dapat disembunyikan lagi Hakikat bahawa pembatalan darurat yang diumumkan Takiyuddin Hassan di Parlimen Isnin lalu dilakukan tanpa mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong terlebih dahu...
Tiada Krisis Perlembagaan Hubungan Dengan Agong Masih Utuh Kata Annuar

Tiada Krisis Perlembagaan Hubungan Dengan Agong Masih Utuh Kata Annuar

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 319 hits
August 3 2021 9 30 AMMenteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa yakin Agong tidak suka pihak tertentu sengaja mengambil kesempatan menokok tambah cerita bagi memenuhi agenda masing masing PETALING JAYA Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa m...
Grm Kesal Kerajaan Pn Derhaka Agong

Grm Kesal Kerajaan Pn Derhaka Agong

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 277 hits
Sikap mendahului Yang di Pertuan Agong dalam memansuhkan Ordinan Darurat oleh kerajaan Perikatan Nasional ditentang keras oleh NGO NGO pro Reformasi Menurut Koordinator Gabungan Reformis Malaysia Mustaffa Kamil Ayub tidak sewajarnya Menteri...
Terkini Peja Kata Agong Boleh Tubuh Kerajaan Minoriti

Terkini Peja Kata Agong Boleh Tubuh Kerajaan Minoriti

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 286 hits
August 4 2021 Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpandangan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah boleh mempertimbangkan kaedah penubuhan kerajaan minoriti...
Aksi Derhaka Berkali Kali Agong Titah Rakyat Jelata Patuhi Sop

Aksi Derhaka Berkali Kali Agong Titah Rakyat Jelata Patuhi Sop

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 309 hits
1 KALAU nak lawan kerajaan biarlah Ahli Parlimen pembangkang yang kalian pilih memainkan peranan mengikut saluran undang undang dan Perlembagaan negara 2 Perhimpunan beramai ramai atas apa sahaja tujuan ketika kes COVID 19 sedang mencanak n...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Simpan Santan Segar

The Unwanted Penyesalan Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

8 Makanan Untuk Sakit Sendi Nutrisi Harian Untuk Sendi Lebih Sihat

The Comet A Blistering Rotary Norton From The United Kingdom

Isteri Curang Berakhir Maut Di Tangan Suami