Merayu Mohon Ihsan Bukan Desak Agong Anwar



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin perlu mengemukakan alasan yang lebih terperinci selepas kenyataan beliau semalam untuk menyiasat Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung desakan kepada Yang di-Pertuan Agong mengkaji semula proklamasi darurat.
Anwar dalam satu siaran langsung di Facebook rasmi beliau malam tadi mempersoalkan tindakan Hamzah yang keterlaluan mendakwa beliau mendesak Agong melalui saranan kepada Ahli-ahli Parlimen menghantar warkah rayuan kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Agong baru-baru ini.
“Dia kata saya dan beberapa orang lain akan disiasat kerana menghasut rakyat dan mendesak Yang di-Pertuan Agong. Pak Menteri, baca kenyataan kita dan surat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Agong.
“Apa yang kita sebut? Merayu, memohon, ehsan dan kebijaksanaan. Tak faham bahasa ke?
“Memohon, merayu itu meminta ehsan kebijaksanaan Tuanku menimbang. Apakah itu desakan? Apakah rakyat biasa, tukang cuci, barisan hadapan, pekerja biasa tak boleh merayu kepada Agong meminta supaya memperbaiki keadaan, hal-hal yang kita tidak setuju? Apakah tanggungjawab rakyat mesti sokong semua tindakan kerajaan?
“Yang kita bantah itu keputusan PM dan jemaah menteri,” katanya di Facebook malam tadi.
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menegaskan terdapat 114 Ahli Parlimen yang menghantar surat rayuan, dan hal itu membuktikan majoriti memihak kepada yang tidak bersetuju terhadap perisytiharan darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
“Harus diingat yang bersetuju (tolak darurat) itu 114 orang dan mungkin 115. Maknanya majoriti Ahli Parlimen. Membuktikan Perikatan Nasional hilang majoriti. Sebab itu Parlimen digantung.
“Kalau diadakan sidang Parlimen, yang menentang atau minta dikaji semula darurat, terutama pergantungan Parlimen itu majoriti. Jadi sepatutnya menteri teliti hal ini. Tak perlu ugut.
“Saya nak tanya undang-udang apa dalam negara kita, peraturan Perlembagaan mana yang tidak membolehkan rakyat memohon ehsan, kebijaksanaan Agong dalam apa perkara pun?” katanya.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi, bukan hanya satu dua pihak yang tidak bersetuju terhadap proklamasi darurat. Oleh itu, katanya, secara demokratik menteri harus meneliti perkembangan semasa.
Pihak yang membuat petisyen di mahkamah terdiri daripada Ahli Parlimen, ADUN dan terbaharu NGO-NGO hak asasi manusia, termasuk Bersih 2.0, Suaram dan sebagainya.
“Apakah fail petisyen di mahkamah itu juga dianggap menyalahi undang-undang? Jadi saya harap pimpinan jangan guna ugutan. Kamu sudah kalah dalam pertarungan politik, hilang majoriti, hadapi kenyataan dalam suasana demokratik.
“Ini yang mampu saya jawab. Saya akan beri kerjasama kepada semua pihak termasuk polis kalau difikirkan ada alasan perundangan, bukan ikut kenyataan menteri.
“Ini menteri keluar kenyataan seolah-olah mengarah. Saya harap polis jalankan tugas secara profesional,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31405

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukit Aman Siasat Anwar Kerana Desak Agong Batalkan Darurat

Bukit Aman Siasat Anwar Kerana Desak Agong Batalkan Darurat

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 266 hits
On Jan 27 2021 difahamkan Bukit Aman sedang menyiasat Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang disiarkan secara dalam talian mendesak Yang di Pertuan Agong membatalkan proklamasi darurat Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahi...
Pengisytiharan Darurat Hanya Rayu Ihsan Dan Kebijaksanaan Agong Anwar

Pengisytiharan Darurat Hanya Rayu Ihsan Dan Kebijaksanaan Agong Anwar

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 246 hits
Warkah oleh ahli ahli parlimen kepada Yang di Pertuan Agong untuk menimbang semula pengisytiharan darurat bukanlah satu penderhakaan kata Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim Sebaliknya warkah oleh ahli parlimen yang dakwa Anwar sudah le...
Undang Undang Mana Halang Rakyat Rayu Agong Batal Darurat Soal Anwar

Undang Undang Mana Halang Rakyat Rayu Agong Batal Darurat Soal Anwar

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 222 hits
Anwar Ibrahim menggesa pimpinan negara tidak menggunakan taktik mengugut mana mana pihak yang merayu Agong membatalkan pelaksanaan darurat PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan undang undang mana yang menghalang rakyat...
Tidak Faham Bahasa Ke Anwar Nafi Dakwaan Surat Kepada Agong Berunsur Hasutan

Tidak Faham Bahasa Ke Anwar Nafi Dakwaan Surat Kepada Agong Berunsur Hasutan

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 256 hits
Astro AwaniFebruari 2 2021 Anwar berkata demikian bagi menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang memberitahu surat tersebut mempunyai unsur hasutan serta mengancam ketenteraman negara KUALA LUMPUR Ketua Pemban...
Anwar Ulangi Desakan Sidang Khas Parlimen Atas Persetujuan Agong

Anwar Ulangi Desakan Sidang Khas Parlimen Atas Persetujuan Agong

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 292 hits
January 25 2021 5 10 PMAnwar Ibrahim mendakwa kerajaan PN cuba melambatkan sidang Parlimen berkali kali tahun lalu dalam usaha mengelakkan cubaan untuk mencabar majoriti mereka yang sebenarnya tidak wujud PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anw...
Tindakan Pm Nasihat Agong Bertentangan Undang Undang Anwar Fail Semakan Kehakiman

Tindakan Pm Nasihat Agong Bertentangan Undang Undang Anwar Fail Semakan Kehakiman

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 197 hits
Fareez AzmanJanuari 25 2021Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi Darurat telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ...
Hanipa Persoal Tindakan Polis Siasat Anwar Rayu Agong Batal Darurat

Hanipa Persoal Tindakan Polis Siasat Anwar Rayu Agong Batal Darurat

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 345 hits
January 28 2021 10 20 AMBekas timbalan menteri Hanipa Maidin berkata gesaan membatalkan perisytiharan darurat yang dibuat oleh mana mana pihak bukan kesalahan jenayah PETALING JAYA Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin mempersoalkan tindakan p...
Is Anwar Challenging The Agong The Pm Or The Constitution

Is Anwar Challenging The Agong The Pm Or The Constitution

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 213 hits
In short the power lies in the hands of the Prime Minister not in the hands of the Agong And was it not Anwar who headed the attacks on the Raja Raja Melayu during the Constitutional Crisis back in the 1980s Anwar and gang wanted to make su...
Anwar Fail Semakan Kehakiman Untuk Cabar Tindakan Pm Nasihat Agong Gantung Parlimen

Anwar Fail Semakan Kehakiman Untuk Cabar Tindakan Pm Nasihat Agong Gantung Parlimen

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Sh...
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ini Kata A Kadir Jasin

Pelihara Ayam Penelur Penuhi Keperluan Keluarga

Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun

Soal Jawab Agama Bawah Sejadah Ada Najis

Keladi Sayur Setelah 3 Bulan Di Raised Bed

Cultural Rhythms Festival Showcases Global Talents At Harvard