Undang Undang Mana Halang Rakyat Rayu Agong Batal Darurat Soal Anwar


 
Anwar Ibrahim menggesa pimpinan negara tidak menggunakan taktik mengugut mana-mana pihak yang merayu Agong membatalkan pelaksanaan darurat.PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mempersoalkan undang-undang mana yang menghalang rakyat memohon ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan pelaksanaan darurat.
“Undang-undang apa atau peraturan, Perlembagaan mana yang tidak membolehkan rakyat memohon ihsan, kebijaksanaan Agong?
“Untuk sekadar ugut satu, dua, tiga (orang) tidak munasabah kerana yang bawa kes ke mahkamah, saya mewakili Pakatan Harapan, Adun dan ahli daripada NGO, termasuk Bersih akan kemukakan rayuan.
“Adakah fail petisyen di mahkamah dianggap menyalahi undang-undang?” soalnya dalam video yang disiarkan di Facebook.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin hari ini berkata, polis sedang menyiasat Anwar susulan 13 laporan yang diterima di seluruh negara ke atas presiden PKR itu yang menentang perisytiharan darurat dan mendesak Agong membatalkannya.
“Bukan hanya Anwar seorang, malah beberapa orang lagi kita siasat,” kata Hamzah dalam sidang media siang tadi.
Sementara itu, Anwar menggesa pimpinan negara tidak menggunakan taktik mengugut mana-mana pihak yang merayu Agong membatalkan pelaksanaan darurat.
“Kamu sudah kalah dalam pertarungan politik, sudah hilang majoriti, hadapi kenyataan ini dalam suasana demokratik dan jangan guna ugutan.”
Beliau juga berharap polis menjalankan siasatan dengan profesional.
“Kalau difikirkan ada alasan perundangan bukan ikut arahan menteri.
“Ini arahan menteri keluarkan kenyataan seolah-olah mengarah. Saya harap polis dapat jalankan tugas dengan profesional dan (saya) akan beri kerjasama sebaiknya.”
Pada 12 Jan lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos atau lebih awal, jika jumlah kes Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Dua hari kemudian, Anwar dilaporkan menulis surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Agong membatalkan perisytiharan darurat dan mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin.
Ia disusuli tindakan Anwar memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung peranan perdana menteri dalam perisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen pada 25 Jan lalu.
Ia diikuti tiga wakil rakyat PH mengikut jejak Anwar memfailkan permohonan untuk kebenaran di Mahkamah Tinggi pada 26 Jan lalu.
Mereka ialah Adun Simpang Jeram, Salahuddin Ayub (Amanah), Adun Gurun, Johari Abdul (PKR) dan Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari (DAP). - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/undang-undang-mana-halang-rakyat-rayu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanipa Persoal Tindakan Polis Siasat Anwar Rayu Agong Batal Darurat

Hanipa Persoal Tindakan Polis Siasat Anwar Rayu Agong Batal Darurat

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 348 hits
January 28 2021 10 20 AMBekas timbalan menteri Hanipa Maidin berkata gesaan membatalkan perisytiharan darurat yang dibuat oleh mana mana pihak bukan kesalahan jenayah PETALING JAYA Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin mempersoalkan tindakan p...
Pengisytiharan Darurat Hanya Rayu Ihsan Dan Kebijaksanaan Agong Anwar

Pengisytiharan Darurat Hanya Rayu Ihsan Dan Kebijaksanaan Agong Anwar

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 248 hits
Warkah oleh ahli ahli parlimen kepada Yang di Pertuan Agong untuk menimbang semula pengisytiharan darurat bukanlah satu penderhakaan kata Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim Sebaliknya warkah oleh ahli parlimen yang dakwa Anwar sudah le...
Mana Jawatankuasa Bebas Darurat Soal Lim

Mana Jawatankuasa Bebas Darurat Soal Lim

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 220 hits
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa jawatankuasa bebas masih belum dibentuk setelah hampir sebulan proklamasi darurat Lim berkata perkara itu sepatutnya yang menjadi keutamaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas em...
Bukit Aman Siasat Anwar Kerana Desak Agong Batalkan Darurat

Bukit Aman Siasat Anwar Kerana Desak Agong Batalkan Darurat

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 272 hits
On Jan 27 2021 difahamkan Bukit Aman sedang menyiasat Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang disiarkan secara dalam talian mendesak Yang di Pertuan Agong membatalkan proklamasi darurat Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahi...
Menteri Sarawak Cadang Rayu Agong Tarik Balik Darurat

Menteri Sarawak Cadang Rayu Agong Tarik Balik Darurat

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 300 hits
January 23 2021 James Jemut Masing berkata Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg antara mereka yang terbabit dalam perbincangan tidak rasmi berhubung perkara itu KUCHING Anggota Kabinet Sarawak bercadang merayu Yang di Pertuan Agong Sult...
Tindakan Pm Nasihat Agong Bertentangan Undang Undang Anwar Fail Semakan Kehakiman

Tindakan Pm Nasihat Agong Bertentangan Undang Undang Anwar Fail Semakan Kehakiman

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 200 hits
Fareez AzmanJanuari 25 2021Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi Darurat telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ...
Cabar Darurat Di Mahkamah Beri Persepsi Anwar Pentingkan Politik Kata Penganalisis

Cabar Darurat Di Mahkamah Beri Persepsi Anwar Pentingkan Politik Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 332 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata tindakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mahu mengambil tindakan undang undang bagi mencabar perisytiharan darurat akan memberi persepsi beliau lebih mementingkan agenda politik berbanding ...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

Kkv Alamanda

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hay Cafe Sekincahan Tempat Santai Dengan Pemandangan Sawah Yang Memukau

10 Resepi Best Guna Air Fryer 2025 Dari Sarapan Sampai Dinner

Viktario Berpura Pura Bahagia Chord

Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah

Maksud Karamah Insaniah

Sebelum Pukul8 Dah Sampai