Bukit Aman Siasat Anwar Kerana Desak Agong Batalkan Darurat


BERITA
By MT Webmaster On Jan 27, 2021


(MalaysiaNow) — difahamkan Bukit Aman sedang menyiasat Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang disiarkan secara dalam talian mendesak Yang di-Pertuan Agong membatalkan proklamasi darurat.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan menerima laporan polis terhadap ahli politik itu, mengatakan sudah diserahkan kepada Bukit Aman.

“Kita hanya bantu untuk rekod kenyataan sahaja selepas itu kita akan salurkan laporan polis ini kepada pihak berkenaan,” katanya kepada MalaysiaNow.

Laporan polis itu mendakwa Anwar melakukan hasutan dengan mempersoalkan kuasa Perlembagaan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Pada 12 Januari, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenankan proklamasi darurat sebagai langkah untuk membantu usaha memerangi peningkatan mendadak kes Covid-19 di seluruh negara.

Langkah itu juga dilihat sebagai satu cara untuk memastikan kestabilan politik sepanjang musim pandemik, ketika beberapa ahli Parlimen Umno mengancam untuk menarik kembali sokongan kepada blok kerajaan.

Artikel 150 dalam Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Agong untuk mengisytiharkan darurat di mana Parlimen boleh digantung, sekiranya berpuas hati kententeraman awam dan keadaan ekonomi terancam.

Langkah itu menyebabkan kritikan daripada beberapa pemimpin pembangkang, dengan Anwar melancarkan kempen mengajak ahli-ahli Parlimen menulis warkah memohon Agong membatalkan darurat.

Anwar juga menyiapkan draf surat untuk dihantar ke Istana Negara dan memberitahu ahli-ahli Parlimen langkah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan darurat adalah tidak sah.

Anwar bagaimanapun mengatakan beliau tidak mempersoalkan kuasa Agong.

Semalam Anwar memfailkan tindakan undang-undang supaya mahkamah mengisytihatkan nasihat Muhyiddin untuk menggantung Parlimen semasa darurat sebagai tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Anwar kini mengubah desakannya daripada mahu Agong membatalkan darurat kepada menuntut sidang Parlimen diadakan.

Mior berkata selain Perak, dua lagi laporan polis turut dibuat di Kuala Lumpur dan Seremban.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan kepada awam dan kebimbangan sesuatu dilakukan mengganggu ketenteraman awam dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penyalahgunaan internet.

Dalam satu laporan polis yang dibuat di Perak, aktivis Khalil Idham Lim Abdullah berkata Anwar mencabar kuasa Agong seperti yang dinyatakan dalam Artikel 150 (8) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 150 (8) (a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hal puas hati Yang di-Pertuan Agong adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

“Jadi jika Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ia tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan, maka sudah semestinya ia juga tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di luar mahkamah,” kata Khalil dalam laporan polis yang dilihat MalaysiaNow.

Khalil berkata, tindakan Anwar itu juga jelas mendatangkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Kesalahan yang dibuat oleh Anwar ini adalah sangat serius kerana beliau adalah ketua pembangkang di Parlimen; pengerusi Pakatan Harapan, presiden PKR, ahli Parlimen dan bekas timbalan perdana menteri yang ramai pengikut.

“Ia boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara, oleh itu saya minta pihak polis membuat siasatan ke atasnya.”

Khalil berkata, hantaran Anwar di Facebook berhubung perkara ini sudah dikeluarkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/bukit-aman-siasat-anwar-kerana-desak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanipa Persoal Tindakan Polis Siasat Anwar Rayu Agong Batal Darurat

Hanipa Persoal Tindakan Polis Siasat Anwar Rayu Agong Batal Darurat

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 328 hits
January 28 2021 10 20 AMBekas timbalan menteri Hanipa Maidin berkata gesaan membatalkan perisytiharan darurat yang dibuat oleh mana mana pihak bukan kesalahan jenayah PETALING JAYA Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin mempersoalkan tindakan p...
Siasatan Perlekeh Proklamasi Darurat Azwan Ali Di Panggil Ke Bukit Aman Untuk Siasatan

Siasatan Perlekeh Proklamasi Darurat Azwan Ali Di Panggil Ke Bukit Aman Untuk Siasatan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia sedang menyiasat satu laporan berhubung rakaman video klip selebriti Azwan Ali yang dikatakan memperlekeh Proklamasi Darurat yang diisytihar oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mu...
Anwar Hantar Surat Kepada Semua Ahli Parlimen Rayu Agong Batal Darurat

Anwar Hantar Surat Kepada Semua Ahli Parlimen Rayu Agong Batal Darurat

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 395 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua pembangkang Anwar Ibrahim sudah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Yang di Pertuan Agong membatalkan pelaksanaan darurat dan Parlimen segera bersidang Bagaimanapun presiden PKR it...
Ajak Ahli Parlimen Mohon Agong Batal Darurat Rakyat Bengang Dengan Anwar

Ajak Ahli Parlimen Mohon Agong Batal Darurat Rakyat Bengang Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 306 hits
Seperti semua sedia maklum negara kini sedang dilanda pelbagai musibah antaranya wabak Covid 19 bencana banjir dan kemelut politik yang seakan akan tiada kesudahan Terbaru Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan semua ...
Pengisytiharan Darurat Hanya Rayu Ihsan Dan Kebijaksanaan Agong Anwar

Pengisytiharan Darurat Hanya Rayu Ihsan Dan Kebijaksanaan Agong Anwar

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 235 hits
Warkah oleh ahli ahli parlimen kepada Yang di Pertuan Agong untuk menimbang semula pengisytiharan darurat bukanlah satu penderhakaan kata Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim Sebaliknya warkah oleh ahli parlimen yang dakwa Anwar sudah le...
Merayu Mohon Ihsan Bukan Desak Agong Anwar

Merayu Mohon Ihsan Bukan Desak Agong Anwar

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 196 hits
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin perlu mengemukakan alasan yang lebih terperinci selepas kenyataan beliau semalam untuk menyiasat Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung desakan kepada Yang di Pertuan A...
Polis Siasat Anwar Gesa Perisytiharan Darurat Dibatalkan

Polis Siasat Anwar Gesa Perisytiharan Darurat Dibatalkan

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 254 hits
January 27 2021 Unit Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan mengendalikan kes berhubung kenyataan Anwar Ibrahim PETALING JAYA Polis sedang menyiasat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya merayu Yang di Pertu...
Perlekeh Darurat Bukit Aman Sahkan Panggil Azwan Ali Untuk Bantu Siasatan

Perlekeh Darurat Bukit Aman Sahkan Panggil Azwan Ali Untuk Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 221 hits
Perlekeh darurat Fareez AzmanJanuari 21 2021 Pada 21 Januari Azwan telah dipanggil ke Pejabat USJT Bukit Aman bagi membantu siasatan Gambar failKUALA LUMPUR Bukit Aman mengesahkan telah memanggil selebriti Azwan Ali pada Khamis untuk memban...
Undang Undang Mana Halang Rakyat Rayu Agong Batal Darurat Soal Anwar

Undang Undang Mana Halang Rakyat Rayu Agong Batal Darurat Soal Anwar

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 213 hits
Anwar Ibrahim menggesa pimpinan negara tidak menggunakan taktik mengugut mana mana pihak yang merayu Agong membatalkan pelaksanaan darurat PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan undang undang mana yang menghalang rakyat...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti