Thistle Port Dickson Resort Pilihan Pertama Lokasi Berehat Dan Bercuti Hujung Minggu


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tup tap tup tap dah sampai hujung tahun 2023 kita sekarang dah masuk bulan November cepat masa berlalu. Bila dah sampai hujung tahun ni apa lagi masa untuk rancangan nak bercuti setelah setahun penat bertungkus lumus bekerja cari duit betul tak. Maha fikir macam tu kalau ikutkan kerja memang tak akan habis jadi kena ada masa rehat dan juga menghargai diri sendiri



Tak perlu nak plan pergi jauh-jauh pun cukup sekadar dalam negara kerana negara kita banyak tempat menarik dan cantik-cantik. Kalau hujung tahun ni masuk musim monsun laut dan belah Pantai Timur tak sesuai untuk pergi bercuti masa ni. Jadi pilihan Maha adalah yang dekat jer dalam 1jam 30minit perjalanan dari KL. Pergi Port Dickson lah rehat tepi pantai




Kalau pergi Port Dickson sekarang ni Maha tahu mana hotel atau resort yang best untuk berehat tak kiralah berdua ker atau satu keluarga sangat sesuai. Sebab ini pengalaman Maha pergi sendiri berehat atau bercuti hujung minggu kat Thistle Port Dickson Resort. Ia terletak di Teluk Kemang sangat dekat dengan tempat jualan yang popular kat sana. Resort ini Maha pilih kerana beberapa perkara yang telah Maha pertimbangkan. Mungkin boleh jadi panduan korang juga nanti nak datang sini. 
1) Lokasi dan Bilik Sangat Puas Hati
Pertama sekali kerana lokasi yang dekat dengan KL. Mungkin sesak sikit kat Seremban tapi korang boleh ikut jalan dalam tak jauh juga. Ia ada alah kawasan private resort yang tidak boleh diakses oleh sebarangan orang jadi lebih selamat. Kalau datang naik kenderaan sendiri kawasan parking memang banyak luas dan besar



Ia juga boleh dikunjungi bila-bila musim pun kerana tiada masalah dengan laut yang bergelora bila tiba musim monsunkan. Resort sini juga mereka ada private beach yang tersendiri dan tidak sesak dengan orang. Pantai yang bersih serta sangat sesuai untuk mandi manda serta buat aktiviti mainan air. Juga PD ini tempat yang sangat popular dengan orang ramai dan kita pun tahu nak cari tempat makan atau tempat menarik berdekatan dengan resort yang kita menginap. Kalau tak tahu boleh Google jer semua ada




Kalau sebut pasal bilik kat Thistle Port Dickson Resort, ia mendapat taraf 4.5 start hotel yang selesa dan bilik luas. Mereka mempunyai pelbagai pilihan bilik yang sesuai ikut kemampuan dan juga jumlah orang. Kalau datang berdua boleh pilih bilik Delux Garden atau Deluxe Seafront boleh tengok laut dan matahari terbenam sangat cantik dari balkoni bilik sahaja. Hari tu Maha datang ambil bilik Deluxe Seafront mengadap laut dan juga infinity pool yang sangat besar. Kalau datang dengan keluarga boleh ambil bilik Thistle Family Deluxe atau Thistle Family Seafront.  





Maha suka kemudahan dalam bilik semua lengkap ada penyaman udara, meja kerja, baju Yukata, pengering rambut, TV skrin rata, peralatan mandian percuma, Wi-Fi percuma, peti besi bilik, telefon dail terus, kemudahan membuat kopi/teh, seterika dan papan seterika. Ia juga mesra muslim kerana ada arah kiblat dan juga ruang untuk solat yang luas serta disediakan juga sejadah. 




Dalam bilik air yang Maha dapat ini ada shower sahaja tiada bathtab dan juga peralatan mandian yang lengkap serta air mandi sejuk dan panas. Maha hari tu dapat bilik tingkat 3 jadi tak tinggi sangat sangat mudah untuk akses ke semua bahagian hotel. Nak pergi mandi kat kolam renang dekat, nak makan dekat dengan restoran dan juga nak ke pantai pun dekat jer. 
2) Kemudahan Dalam Resort Memenuhi Keperluan
Hari tu Maha dah check-in sini rasa memang tak nak keluar duduk dalam tu pun dah macam-macam kemudahan ada. Kolam renang yang sangat luas. Kolam renang tu ada terbahagi kepada beberapa kedalaman daripada 2.5meter sampai 1.8meter, serta ada kolam khas untuk kanak-kanak sekali dengan gelongsor air jadi suka sangat kalau bawa budak-budak mandi sini. Ada pengawal kolam setiap masa jadi peraturan pemakaian kat sini memang mengikut panduan untuk mandi kolam renang jangan pakai ikut suka korang jer tau






Lepas tu kat dalam resort ada juga kemudahn lain seperti bilik wayang tapi Maha tak sempat masuk, bilik permainan Lego, bilik Pingpong, trek berbasikal, ruang permainan catur & dam gergasi kat luar, kedai runcit, restoran ada banyak pilihan tu nanti Maha kongsi kat posting makanan sahaja. lounge lobi, Gym, kemudahan sukan air dan banyak lagi. 




Bila sebut pasal pantai mereka ada pantai yang exclusive tidak bercampur dengan orang yang terlalu ramai dan sesak. Pantai pun bersih dan cantik nak mandi manda sangat sesuai tidak begitu dalam. Nak bergambar atau bersantai tepi pantai boleh juga. Nak buat picnic tepi pantai sambil lihat matahari terbenam juga boleh. Kat sini menurut staf situ nak tengok matahari terbit waktu pagi yang cantik tepi pantai kena turun pukul 6.30 hingga 7.00pagi memang cantik Masha-Allah indah

3) Kakitangan Yang Sangat Membantu Dan Mesra
Selain daripada kemudahan dan keperluan yang Maha suka kat sini, kakitangan mereka juga sangat mesra dan membantu. Masa dari hari pertama kami sampai masa check-in disambut dengan senyuman dan juga terus boleh check-in kat kaunter. Waktu check-in sini pukul 2.00petang ke atas. Petugas kaunter yang menguruskan urusan check-in sangat ramah dan juga segala persoalan semua dijawab dengan mesra. Mereka yang rekemenkan untuk tengok matahari terbit pagi tu kat tepi pantai




Lepas tu disambut dengan kakitangan lain yang ada disitu sangat ramah dan tidak lekang dengan senyuman. Inilah yang sebenarnya membuatkan pengalaman bercuti kat sesuatu hotel atau resort lebih bermakna sebenarnya. Terima kaishlah kepada kakitangan Thistle Port Dickson Resort atas layan terbaik korang semua

4) Ruang Urusan Kerja Dan Syarikat Yang Disediakan
Kalau korang yang datang nak menginap sini atas ada urusan kerja atau meeting Thistle Port Dickson Resort ini satu yang sangat menarik. Meraka menyediakan juga ruang kerja dalam bilik yang selesa. Kalau nak bilik lebih exclusive boleh ambil bilik Premium Suite atau juga Thistle Suites lagi mewah dan selesa





Masa Maha datang hari tu ada beberapa kumpulan orang yang mengadakan aktiviti team building tak silap dari sebuah syarikat yang popular juga kat Malaysia ni. Kat resort ini bukan sahaja untuk penginapan bercuti atau berehat banyak juga syarikat dengar cerita jadikan ia lokasi untuk team building atau juga annual dinner dan juga seminar. Meraka ada sediakan ruang business untuk banquet, ruang meeting, class room dan juga untuk seminar. Walaupun ada nampak ramai orang tapi tak penuh kat kawasan resort tu, hurm masih selesa untuk Maha mandi-manda dan buat aktiviti sendiri




Hari tu masa kat tempat makan untuk sarapan pagi walaupun ada orang buat acara tapi tempat makan masih luas dan juga ada ruang untuk makan lagi. Selesa lah kat sini tiada rasa macam terlalu padat sangat. Kalau korang yang nak plan untuk buat perkahwinan ala dewan atau juga taman kat sini mereka ada sediakan ruang istimewa yang boleh diubah menjadi konsep perkhawinan idaman korang. Nak kahwin kat tepi pantai pun boleh juga sebab ia satu kawasan yang luas

5) Mengisi Masa Dengan Aktiviti Sukan Air & Darat
Hari kedua Maha duduk kat Thistle Port Dickson Resort ini Maha cuba mereka punya aktiviti sukan air. Maha hari tu sempat cuba dua mainan iaitu Banana Boat dan juga Great Marble Ride. Memang best gilerrr walaupun main dua sahaja menjerit tak ingat dunia. Tapi main sukan air ni kena kuat and tahan sebab yang marble ride tu dilambung-lambung sebab ditarik dengan boat laju. Tapi tak apa mereka dan pakar dan terlatih. Serta ada life jecket di sediakan kepada yang nak main sukan air tu wajib kena pakai





Lain tu ada lagi aktiviti air menarik seperti Jet Ski, Donut Ride, Kayak, Snorkeling dan Boat Tour. Kalau tak nak basah boleh jer main aktiviti atas darat seperti ATV, Memanah, Swap Camp dan juga macam-macam lagi. Korang boleh jer tanya kat receptionis apa sahaja aktiviti yang ada pada masa tu. Mungkin pada waktu tertentu ia tutup untuk pembaikan atau juga waktu yang tidak sesuai. Jadi kena tanya mereka akan bantu korang punya




Itulah antara aktiviti yang Maha lakukan waktu datang berehat 2 hari 1 malam kat Thistle Port Dickson Resort. Sebab itu ia menjadi pilihan pertama Maha bila nak datang kat Port Dickson ni. Mungkin korang ada pengalaman menarik dan seronok nak dikongsikan bila dah menginap kat sini. Boleh tinggal kat ruang komen nanti Maha boleh baca dan balas membalas komen. Jadi nanti untuk makan-makan Maha akan kongsikan pula pada posting yang seterusnya kalau kat sini panjang sangat meleret korang malas nak membacakan hehehe. 
Selamat bercuti hujung tahun dan juga selamat beristerahat semua

Sebarang pertanyaan atau promosi terkini di Thistle Port Dickson Resort boleh layari :-Laman web: www.thistle.com.my/portdicksonFacebook: https://www.facebook.com/Thistle.PDInstagram: https://www.instagram.com/thistle.pdTel : 06 - 648 2828Email : [email protected]










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/11/thistle-port-dickson-resort-pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Merasai Pelbagai Citarasa Makanan Menarik Dan Sedap Di Thistle Port Dickson Resort

Merasai Pelbagai Citarasa Makanan Menarik Dan Sedap Di Thistle Port Dickson Resort

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 211 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Hari tu dah buat satu posting pasal apa yang membuatkan Maha tertarik memilih untuk menginap di Selain daripada segala kemudah...
Healing Tengok Sunset Di Pantai Batu 4 Port Dickson

Healing Tengok Sunset Di Pantai Batu 4 Port Dickson

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 190 hits
Assalamualaikum Macam SA citer sebelum ni kan petang Sabtu tu SA 3 beranak ke Port Dickson saje la bawak suami jenjalan Pasar Malam Batu 4 tu at least boleh beli makanan dan lepak kat tepi pantai kan pukul 5 30 petang macam tu kami gerak ja...
Biodata Lengkap Yb Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan Wanita Pertama Malaysia

Biodata Lengkap Yb Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan Wanita Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 203 hits
Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek adalah seorang tokoh politik yang memiliki latar belakang pendidikan tinggi dan penglibatan politik yang aktif Beliau kini bertindak selaku menteri pendidikan Malaysia ke 22 dan wanita yang pertama...
Malaysia Negara Eksport Pertama Bagi Sistem Atgw Karaok Buatan Roketsan Turkiye

Malaysia Negara Eksport Pertama Bagi Sistem Atgw Karaok Buatan Roketsan Turkiye

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 281 hits
BERITAINTERNATIONALMALAYSIA Kementerian Pertahanan Malaysia disahkan telah memilih sistem peluru berpandu anti kereta kebal KARAOK buatan syarikat Roketsan daripada Turkiye untuk memenuhi keperluan Tentera Darat bagi sistem peluru berpandu ...
Kali Pertama Di Malaysia Kim Sejeong Senyum Lebar Lihat Ragam Peminat Fan Service On Top

Kali Pertama Di Malaysia Kim Sejeong Senyum Lebar Lihat Ragam Peminat Fan Service On Top

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 311 hits
Siapa je tak kenal dengan Kim Sejeong Seorang idol yang bermula daripada reality show Produce 101 dan kini menjadi aktris untuk K Drama popular seperti Business Proposal The Uncanny Counter School 2017 dan macam macam lagilah Buat pertamany...
Mevnet Ketahui Lokasi Cas Kenderaan Elektrik Berdekatan

Mevnet Ketahui Lokasi Cas Kenderaan Elektrik Berdekatan

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 404 hits
Bagi pemilik kenderaan elektrik kelak anda tidak lagi perlu pening mencari port pengecasan kenderaan anda dengan wujudnya projek MEVnet Menariknya Rangkaian Pengecasan Kenderaan Elektrik Malaysia kini boleh diakses oleh orang ramai Sebelum ...
Ini Lokasi Leon Dozan Aniaya Rinoa Aurora

Ini Lokasi Leon Dozan Aniaya Rinoa Aurora

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 112 hits
Polres Metro Jakarta Pusat mulai menyelidiki dugaan Leon Dozan menganiaya Rinoa Aurora
Harga Ayam Tidak Naik Bekalan Stabil Hari Pertama Pengapungan

Harga Ayam Tidak Naik Bekalan Stabil Hari Pertama Pengapungan

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 180 hits
HarapanDaily comTiada peningkatan harga ayam di peringkat rantaian bekalan dalam tinjauan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di kawasan sekitar Selangor Negeri Sembilan dan Putrajaya Menerusi kenyataan malam ini KPKM berkata pem...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti