Menyusu Jadi Lancar Walau Berpuasa Pilih Makanan Sihat Tepat Baru Ibu Makin Kuat


Masuk sahaja bulan puasa, ramai ibu sudah mula bimbang kerana menyusu membuatkan mereka lapar, lesu, haus, mengantuk, susu drop, pening dan sebagainya. Malah hampir 90% ibu mengeluh susu mengalami penurunan ketika mereka berpuasa, manakala 10% pula tidak terganggu produksinya pada ketika berpuasa.
Menurut Dr Nurhaya Yaakob daripada Dr Nurhaya Lactation Center, Pulau Pinang, penyusuan boleh diteruskan seperti biasa dengan pengambilan makanan yang sihat dan tepat sepanjang bulan puasa. Ini tip yang dikongsikan oleh beliau.

Komposisi air di dalam tubuh manusia adalah kurang lebih 65%-70%. Ini bermaksud peratusannya lebih dari setengah. Air digunakan dalam tubuh kita untuk mengawal suhu tubuh, memproses makanan di usus, metabolisme badan, memulihkan sel-sel yang rosak dan cedera dan berbagai-bagai lagi.
Pembentukkan susu adalah fungsi sekunder, di mana sekiranya ibu-ibu kurang minum air atau berada pada fasa dehidrasi, tubuh badan akan menjaga sistem-sistem ini dahalu, kerana jantung tetap harus berfungsi, otot tetap harus bergerak, suhu tubuh tetap harus di jaga.
Kesannya, produksi susu akan mulai menurun kerana bahan utama pembentukan susu adalah air. Di dalam susu ibu terdapat 88.1% air. Namun begitu pada saat berpuasa, badan akan berusaha menyesuaikan agar tubuh dapat beradaptasi dengan cara kurang kencing, kurang berpeluh dan sebagainya untuk menjaga kandungan air di dalam tubuh badan kita.

TIPS-TIPS MENYUSU DI BULAN RAMADHAN
1. Menjaga Hidrasi Tubuh
Kita berpuasa selama 12 hingga 13 jam tanpa makan dan minum namun ibu berpuasa masih berada dalam keadaan sihat tubuh badan. Jadi fasa 12 hingga 13 jam tanpa air dan makanan itu tidak akan memudaratkan keadaan penyusuan ibu sekiranya ibu menjaga hidrasi dengan baik setelah berbuka puasa. Maka ia akan menggantikan air yang kurang di siang hari.
Ada ibu yang sensitif dengan tidak minum dan tidak makan, tetapi penjagaan pengambilan air setelah berbuka puasa sangat membantu. Bagaimana caranya? Ambil air sedikit-sedikit tapi kerap contohnya :

Apabila berbuka puasa, minum satu gelas air dan diikuti dengan jumlah air yang lain selepas makan, dan diikuti setiap jam berikutnya. Tidak perlulah diambil pada satu tempoh dengan jumlah yang banyak.
Setiap kali lepas menyusu di malam hari, simpan botol air di sebelah katil agar mudah di capai setelah selesai menyusu di malam hari. Kemudian disusuli dengan jumlah air mencukupi ketika bersahur. Biar kerap tetapi sedikit. Elakkan jenis minuman tinggi gula.

2. Elak Minuman Berkafein
Pada masa berpuasa elakkan pengambilan minuman manis, minuman bersoda, kopi serta makanan yang bergaram tinggi. Kafien dan garam mempunyai kesan diuretik.
Apa itu diuretik? Diuretik adalah keadaan di mana kondisi atau sifat lajunya urinasi. Dalam bahasa mudahnya adalah apabila ibu mudah membuang air kecil kerana makan atau minum minuman berkafein serta mengambil makanan tinggi garam.
3. Elakkan Makanan Berminyak
Bila kita makan makanan bergoreng dan berminyak seperti sambal, rendang, kita akan mudah haus. Ketika bersahur elakkan jenis makanan -makanan berminyak seperti ini.

4. Pilih Makanan Low Glycemic Index (IG)
Pada saat ibu bersahur, amalkan pemakanan yang memiliki indek glycemik yang RENDAH. Apa yang di maksudkan dengan indeks glycemik adalah seberapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat (seperti nasi) meningkatkan paras gula dalam darah.
Makanan yang meningkatkan gula darah dengan cepat di panggil HIGH GLYCEMIC INDEX yang terdiri daripada makanan seperti bubur nasi, mee maggi, bihun, keow teow dan rakannya.
Makanan yang meningkatkan gula darah secara sederhana di panggil MODERATE GLYCEMIC INDEX. Makanan yang meningkat gula darah secara perlahan di panggil LOW GYCEMIC INDEX. Jenis makanan ini pula terdiri daripada jenis kekacang, sayuran, buah-buahan berserat serta bijirin. Variasikan pilihan makan rendah IG dan berwarna warni.

Tips memilih pemakanan Rendah IG:
• Pilih satu jenis makanan rendah IG ketika mengambil snek atau hidangan utama.
• Makanan makanan tinggi IG dalam jumlah yang sedikit.
• Pilih beras basmati.
• Pilih roti bijirin dan pasta gandum penuh (whole grain).
• Amalkan pengambilan kacang dan lentil seperti kacang kuda, chia seed, dan sekutunya.
• Pilih kentang rebus berbanding kentang lenyek.
• Amalkan suku-suku separuh di saat berbuka puasa serta sahur.
5. Makan Buah Tinggi Kandungan Air
Tembikai, sengkuang, oren adalah antara buah yang tinggi kandungan air. Buah-buahan yang tinggi serat dan tinggi air bagus untuk menjaga pencernaan agar tidak sembelit.
6. Elak Skip Sahur
Sekiranya ibu merasakan tidak berselera untu bersahur, pilih makanan yang tidak terlalu berkuah, tidak berminyak, tidak bergoreng, tetapi memiliki ciri-ciri makanan di atas. Jangan terlalu diikutkan nafsu demi kesihatan ibu. Anda perlu makan dan minum ketika sahur untuk menyusukan anak.

7. Jadual Perahan Tepat
Apabila menjelang Ramadhan, kita sangat khuatir akan keadaan di mana lesu dan mudah terjadinya kurang gula dalam darah seperti pening dan pitam. Bagi ibu yang mempunyai jumlah stok yang banyak, disarankan untuk mengurang satu jadual perahan, demi menjaga fokus dan produktif semasa bekerja. Maka apa yang ibu boleh lakukan adalah:
Perah sesi 1: Sebaik sahur sambil menunggu solat subuh.
Perah sesi 2: Pada jam 10-11 hari
Perah sesi 3: Pada jam 3 petang
Direct feeding setelah pulang kerja (balik kerja awal)
Sekiranya ibu memerah stok untuk esok hari atau pada hari berikutnya maka teruskan memerah seperti biasa. Sekiranya dikurangkan bimbang produksi susu semakin menurun sehingga tidak cukup untuk hari-hari seterusnya.
Salah satu cara yang ibu boleh aplikasikan adalah berpuasa selang sehari sekiranya benar-benar tidak mampu. Selang sehari adalah lebih baik bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik, mudah pening dan hilang fokus. Ini akan membuatkan ibu dapat berehat seketika.

8. Power Pumping
Power pumping adalah salah satu cara meningkatkan produksi susu bagi ibu-ibu yang menjadi eksklusif pumping mother. Ibu hanya perlu membuat power pumping ini sekali dalam seminggu, atau dua kali sekiranya berlaku penurunan terlalu banyak. Pilih pada hari bercuti agar ibu dapat berehat. Lakukan sebelum tidur dan buka bangun di tengah malam. Lakukan power pumping setiap minggu untuk menjaga produksi susu.
POWER PUMPING DOUBLE PUMP
10 minit pump -10 minit rehat
10 minit pump -10 minit rehat
10 minit pump -10 minit rehat
Total = 60 minit
POWER PUMPING SINGLE PUMP
10 minit kiri, 10 minit kanan
10 minit kiri, 10 minit kanan
10 minit kiri, 10 minit kanan
Total = 60 minit

9. Breast Compression
Lakukan breast compression pada saat penyusuan terutama di petang hari kerana pada saat ini aliran susu semakin perlahan. Breast compression dapat membantu meningkatkan aliran susu lebih laju dan bayi pun tidak terlalu marah ketika menyusu.
Yakin bahawa ibu boleh melakukannya! berusaha dan kemudian bertawakal kepadaNya disamping mengamalkan pemakanan yang sihat.
The post Menyusu Jadi Lancar Walau Berpuasa, Pilih Makanan Sihat & Tepat, Baru Ibu Makin Kuat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/menyusu-jadi-lancar-walau-berpuasa-pilih-makanan-sihat-tepat-baru-ibu-makin-kuat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Tak Perlu Paksa Diri Puasa Jika Tak Kuat Golongan Ni Tak Disarankan Berpuasa

Ibu Hamil Tak Perlu Paksa Diri Puasa Jika Tak Kuat Golongan Ni Tak Disarankan Berpuasa

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 362 hits
Jangan buat main kehamilan yang berisiko sememangnya harus diberikan lebih perhatian Dan berpuasa ketika bulan Ramadan dirasakan tidak wajar kepada golongan ibu yang berisiko Menurut doktor Kesihatan Wanita dan Kehamilan wanita hamil yang b...
Bacaan Gula Tak Cantik Bahaya Pada Bayi Ibu Ada Gdm Tak Digalakkan Berpuasa

Bacaan Gula Tak Cantik Bahaya Pada Bayi Ibu Ada Gdm Tak Digalakkan Berpuasa

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 290 hits
Puasa sememangnya cukup dinantikan oleh semua Ibu hamil juga tidak ketinggalan turut merasa teruja kerana pastinya puasa kali ini penuh 30 hari Namun tidak bagi ibu yang mengalami masalah Gestational Diabetes Mellitus atau GDM Menurut kata ...
Biasakan Anak Tidur Awal Mood Pun Makin Positif Ceria Senang Kerja Ibu

Biasakan Anak Tidur Awal Mood Pun Makin Positif Ceria Senang Kerja Ibu

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 434 hits
Anak tidur awal bukan hanya menyenangkan kerja mak ayah bahkan banyak kelebihanya jika anak anak kecil ini tidur awal Menurut Ahli Terapi Cara Kerja anak yang tidur lebih awal di malam hari akan menjadikan mood mereka semakin bertambah ceri...
Hiburan Sedar Diri Dah Makin Lanjut Usia Mona Allen Belum Sedia Timang Anak Tahun Depan Baru Boleh Fikir

Hiburan Sedar Diri Dah Makin Lanjut Usia Mona Allen Belum Sedia Timang Anak Tahun Depan Baru Boleh Fikir

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 403 hits
Pelakon Mona Allen mengakui dia sering kali diajukan dengan soalan mengenai bilakah akan menimang cahaya mata namun bagi dirinya dia masih belum terfikir untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini View this post on InstagramAdvertisementMo...
Presiden Jokowi Kongsi Cadangan Reka Bentuk Ibu Kota Baru Indonesia Di Kalimantan

Presiden Jokowi Kongsi Cadangan Reka Bentuk Ibu Kota Baru Indonesia Di Kalimantan

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 317 hits
Images KONGSI ARTIKEL JAKARTA Presiden Indonesia Joko Widodo mengharapkanmaklum balas seluruh pihak atas gagasan mengenai reka bentuk Istana Negara yang akan dibangunkan di ibu kota baru negara itu di Kalimantan Timur
Sabar Ya Sayang Mama Yakin Adik Kuat Ramai Doakan Daffrel Cepat Sihat

Sabar Ya Sayang Mama Yakin Adik Kuat Ramai Doakan Daffrel Cepat Sihat

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 509 hits
Dilahirkan sihat siapa sangka hidup anak kecil ini berubah sekelip mata apabila diuji dengan sakit yang bukan biasa biasa Kita yang dewasa ni pun menitik air mata melihat perjuangan adik Daffrel melawan sakitnya itu Bukan hanya mengalami sa...
Pakar Nutrisi Kata Makanan Sihat Ini Sebenarnya Tidak Sihat

Pakar Nutrisi Kata Makanan Sihat Ini Sebenarnya Tidak Sihat

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 245 hits
Bagi sesetengah orang mereka sering diberitahu bahawa makanan sihat ini sebenarnya membantu mengurangkan berat badan dan berikan nutrien yang secukupnya Sangat popular dalam kalangan individu sedang berdiet atau menjaga pemakanan pakar nutr...
Pradesain Istana Negara Di Ibu Kota Baru Tuai Pro Kontra Presiden Jokowi Minta Masukan

Pradesain Istana Negara Di Ibu Kota Baru Tuai Pro Kontra Presiden Jokowi Minta Masukan

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 409 hits
Dirancang oleh seorang pematung asosiasi arsitek profesional pun menilai rancangan tersebut tak mencerminkan prinsip pembangunan rendah karbon
Amalkan Gaya Hidup Sihat Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat

Amalkan Gaya Hidup Sihat Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 172 hits
Apabila tiba bulan Ramadhan bermulalah episod dimana nafsu makan kita akan membuak buak dan ni mula la nafsu teringin makan macam macam terutama sekali ketika berbuka puasa Tapi bulan ini sebenarnya peluang kita untuk mengamalkan gaya hidup...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan