Menyoroti Tiga Persidangan Umno Amanah Dan Keadilan


ULASA SIDANG

Abdul Hadi mengibarkan bendera Umno.PERHIMPUNAN agung Umno (PAU 2019) sudah lengsai lewat petang semalam setelah bersidang selama tiga hari, bermula 5 Disember. Tinggal lagi Keadilan dan Amanah yang akan menyudahkan kongres dan konvensyen masing-masing hari ini atau lewat petang ini.

Konvensyen Amanah yang berlangsung di IDCC Shah Alam dianggap telah selesai apabila proses pemilihan pemimpinnya sudah beres. Agenda penting dalam konvensyen itu ialah agenda memilih pemimpin.

Seperti umum tahu Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub masih diberi peluang untuk memimpin parti itu untuk tempoh 2019 - 2022 masing-masing sebagai presiden dan timbalan presiden.

Kepimpinan Amanah yang kekal.Di barisan naib-naib pula, ia diisi oleh Mahfuz Omar, Dr Mujahid dan Hasanuddin Mohd Yunos. Mahfuz menjadi naib yang dipilih dengan mendapat undi kedua terbanyak. Sebelum ini timbalan menteri sumber manusia itu adalah naib presiden dilantik.

Dengan kuasa presiden, dua lagi naib presiden akan dilantik, disamping melantik pegawai eksekutif parti, Setiausaha Agung, Pengarah Pilihan Raya, Bendahari dan Pengarah Strategi.

Di sini dirangkulkan ketiga-tiga persidangan tiga buah parti itu dalam satu catatan ini. Disebabkan persidangan ketiga-tiga parti itu berlangsung serentak jadi tidak dapatlah saya menumpukan satu persatu secara lebih menyeluruh.

Saya hanya memerhati dari jauh sahaja dengan mengikut ulasan dan juga sesekali mengikut live streaming dalam media sosial.

Saya hanya hadir ke konvensyen Amanah kerana mendapat jemputan daripada parti itu. Jadi untuk menghormati jemputan, saya hadir juga walaupun sebenarnya kurang minat atas beberapa sebab dan alasan termasuk sudah rasa "puas" alias mual dengan dunia politik yang tambah beragam-ragam kebelakangan ini.

Perhimpunan Umno.
Pertamanya saya akan sorot dan ulas perhimpunan agung Umno (PAU) yang menutup tirai persidangan lebih awal petang semalam. Apakah signifikan dan kesan PAU kali ini? Yang jelasnya Umno berhimpun dengan penuh bersemangat kali ini berbanding dengan perhimpunan sebelum ini, selepas parti itu hilang kerajaan Mei 2018.

Kemenangan calon kerabatnya MCA Pirake Tanjung Piai Wee Jeck Seng yang disokong oleh Pam, ditumpang gembira oleh parti itu dan ia dijadikan tangkal azimat untuk Umno terus bangkit. Umno meletakkan penanda aras yang parti mereka dapat sokongan kembali berdasarkan majoriti besar diraih calon MCA itu.

Umno atau BN menyifatkan kemenangan besar dengan 15,000 majoriti itu menandakan undi Cina sudah berpatah balik kepada mereka sementara undi Melayu pula tetap utuh bersamanya. Lebih menarik lagi, Umno mencongakan gagasan Muafakat Nasional yang hendak dilembagakan itu membuah hasil. Umno mula berkhayal kejayaan di Tanjung Piai sebagai turutan kejayaan di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau bakal membawa mereka kembali ke Putrajaya.

Walaupun BN gembira dengan pencapaian itu namun setengah pemimpin mereka yang memahami kerenah dan seni politik masih berwaspada. Ada yang tidak mengambil mudah dengan pencapaian itu dan menggesa perlu terus dan menuntut jentera parti dan usaha diperhebatkan.

Misalnya seorang perwakilan wanita ketika membahas menzahirkan tidak yakin mereka apa yang berlaku di Tanjung Piai itu juga akan berlaku dalam pilihan raya umum akan datang. Lantaran itu perwakilan daripada Perak itu menuntut ahli Umno terus bekerja memperkasakan parti dan tidak seronok dengan kemenangan di Tanjung Piai.

Perwakilan kongres yang masih kekal dalam
dewan.Bercakap dan menilai PAU kali ini sesuatu yang menjadi signifikan dan kesan besar adalah apabila presiden Pam Abdul Hadi Awang buat pertama kali berada di pentas himpunan bersama pemimpin Umno lain.

Beliau ikut sama memegang bendera dan menyanyikan lagi Umno, Bersatu, Bersetia Berkhidmat. Khabarnya awal-awal lagi presiden Pam itu menghafal lagu itu di rumahnya sebelum ke PWTC. Dan beliau dapat menyanyikan lagu itu tanpa disediakan senikata.

Itulah satu peristiwa cukup menggembirakan Umno dan juga kaum Melayu lain yang rindukan untuk melihat kedua parti itu bergabung bagi menyelamatkan bangsa dan maruah agama yang didakwa ditindas dan dipermain-mainkan. Kita percaya orang Melayu yang termakan dengan tohmahan dan dakyah kononnya kerajaan kini dikuasai bukan Islam gembira melihat Abdul Hadi mengibarkan bendera Umno.

Dengan kehadiran Hadi itu menjadi petunjuk dan pencetusan nyalaan bara semangat bahawa Muafakat Nasional dan penyatuan ummah yang digagaskan kedua parti itu berada dalam keadaan makin erat dan padu. Muafakat Nasional kini seakan sudah kian terikat kemas dan sukar direlaikan lagi. Apa lagi di penghujung sidang itu presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan mengumumkan konvensyen Muafakat Nasional akan diadakan tidak lama lagi.

Konvensyen itu nanti dikira pemangking momentum dalam menyemarakkan gabungan itu. Ia akan dilaksanakan dan mahu dilihat seperti majlis Deklarasi Rakyat yang diadakan oleh Pakatan Harapan sebelum Piraum dahulu.

Sudah tentu konvensyen itu menjadi api pembakar semangat ahli dan penyokong kedua-dua buah parti itu dan juga parti-parti lain yang bersekutu dengannya. Konvensyen itu lebih berjaya daripada himpunan menentang ICED apabila ia akan diturut sertai orang Cina dan India secara rasmi kelak.

Apa yang berlaku atau tergambar dalam konvensyen itu nanti akan memberi petunjuk masa depan dan harapan gabungan berkenaan dalam Piraum akan datang. Saya meramalkan dalam konvensyen itu juga nanti akan diputuskan secara rasmi apakah lambang yang akan digunakan parti-parti gabungan untuk bertanding dalam Piraum nanti. Apakah ia bulan atau Dacing atau lambang baharu yang bersifat neutral dan universal untuk pembangkang.

Selain itu satu perkara yang menjadi signifikan PAU kali inilah pindaan Fasal 3 perlembagaan Umno. Pindaan fasal tersebut dengan meletakkan klausa (perkataan) "agama" di hadapan yang diubah daripada klausa sebelum ini yang berbunyi, "bangsa, agama dan negara," satu tindakan bijak dan berani oleh Umno.

Perubahan dan pindaan itu menunjukkan kesedaran dan kebijaksanaan Umno dalam mengambil kesempatan dengan kehendak dan impian orang Melayu kini yang obses terhadap agama. Umno yang meletakkan perjuangan bangsa di bawah urutan agama sudah menyedari, kesilapan mereka selama ini. Atau pun juga apabila parti itu menyedari sentimen orang Melayu lebih tinggi kepada soal agama daripada bangsa, mereka tanpa bertangguh untuk memindanya. Sikap peka dan sedar segera ini sikap politik proaktif.

Mungkin juga tindakan meminda klausa (perkataan) itu sebagai hendak menserasikan lagi di antara parti itu dengan Pam (Pas) yang sejak awal menjadikan Islam (agama) sebagai matlamat dan tujuan utama perjuangan mereka. Pindaan dan kesungguhan Umno dan Pam untuk bersama dan bergabung, sepertilah kedua parti itu mahu membuang Neraka dan mengambil Syurga secara mutlak.

Walaupun pindaan itu atas motif politik dan tektikal untuk mempengaruhi pengundi (Melayu), namun ia tidak boleh dipandang remeh oleh lawan Umno dan Pas khasnya Keadilan, Bersatu dan Amanah. Pindaan itu sebahagian daripada tindakan agresif dan proaktif Umno untuk merampas kembali kerajaan mereka selama 61 tahun yang hilang. Pindaan itu dan Muafakat Nasional adalan ancaman minda buat Pakatan Harapan.

Amanah tidak berubah. 
Daripada ketiga persidangan parti politik ini persidangan Parti Amanah Negara sepatutnya boleh dianggap hangat dan mendapat sambutan kerana ia membabitkan pemilihan barisan kepimpinan barunya. Bagaimana pun ia tidak terjadi demikian. Konvensyen Amanah boleh dianggap seperti melukut sahaja, apabila perhatian umum termasuk media massa terhadapnya sepi.

Namun dari sisi lain Amanah dapat membezanya partinya dengan parti-parti lain, pertandingan dan perebutan jawatan bukan sesuatu yang boleh memanaskan parti itu dan menarik perhatian umum. Ia berlalu seperti angin lalu sahaja. Pertandingan bukan publisiti buat Amanah parti baru berusia empat tahun itu. Moment ini satu kerugian buat Amanah.

Mulanya ramai orang menjangka akan berlaku perubahan kepimpinan dalam parti itu. Kedudukan Mohamad Sabu sebagai presiden dijangka tergugat atau pun terpinda. Ada keperluan untuk Amanah menukar penerajunya itu atas beberapa sebab yang tidak perlu disebutkan. Tetapi apa diharap itu tidak menjadi. Kalau Amanah sebuah pasukan bola dalam liga Inggeris, ia terlepas untuk mendapat dan mencuba jurulatih (Manager) baru.

Persidangan dan proses pemilihan Amanah jadi sebagai formaliti sahaja apabila Mohamad masih dikekalkan sebagai presiden. Paling mengejutkan dan menyebab pemerhati berasa pelik dengan Amanah, walhal kalau mengikut jumlah undi (mesej perwakilan) Mohamad sudah ditolak atau diberikan isyarat untuk ditukar. Dalam pemilihan 27 orang ahli jawatankuasa yang akan dipilih menjadi ketua, Mohamad berada diurutan ke tujuh (7).

Namun setiakawan, rasa malu alah yang ada dalam Amanah telah menyelamatkan Mohamad Sabu apabila beliau terus diangkat menjadi presiden parti berkenaan. Pengekalan Mat Sabu itu memberi beberapa indikator jelas dalam Amanah selain kalangan mereka (18 orang awal menubuhkan parti itu) bersetia, ia mereka juga diterbelit dengan perasaan "malu alah", tidak tergamak dan sayang untuk menanggalkan kedudukan Mat Sabu dari kerusi itu.

Apakah sifat "malu alah" dan terlebih penghormatan ini suatu kebaikan kepada sebuah pertubuhan seperti Amanah?

Apakah kesetiakawanan golongan 18 orang khasnya, mereka yang dipilih menjadi ahli jawatakuasa yang berhak membuat pindaan dan pertukaran itu, mengambil kira bahawa parti mereka itu tidak boleh bergerak jauh. Lantas itu masing-masing tidak bersedia untuk memikulnya kerana meragui akan potensi Amanah. Jadi daripada menanggung malu dan dosa lebih baik bersikap lepas tangan.

Atau mereka yang sudah memiliki jawatan, lima menteri dan lima timbalan menteri itu merasakan perjuangan dan kejayaan politik mereka sudah sampai ke klimaksnya? Tidak ada apa lagi yang mereka hendak rebutkan melainkan tunggu mendapat pencen penuh? Jadi buat apa bersusah payah hendak membesarkan parti? Mungkin.

Dan jika ada terselit perasaan begitu mereka sebenarnya bukan pejuang tetapi lebih tepat dikatakan pengambil kesempatan sahaja.

Hari ini konvensyen Amanah akan masuk ke hari terakhir. Diharap akan ada mesej yang lebih bermakna daripada apa yang sudah berlaku semalam, dan kelmarin itu yang akan disampaikan oleh pengucap penangguhan? Menyimpulkan konvensyen Amanah khasnya mengenai pemilihan, ia tidak merubah apa-apa, tidak nampak apa-apa aksi yang boleh membangun dan meluaskan pengaruh parti berkenaan. Pi mai pi mai dok tang tu juga, kata orang Utara.

Ibarat naik kapal, pelayaran tetap seperti dahulu sebab kapten, pembantunya dan awak-awaknya orang yang sama. Mereka tetap tidak akan berani membawa kapal menempuh samudra bergelora untuk menguji kekuatan kapal dan juga daya mereka sebagai kapten.

Keadilan catat sejarah. 
Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) pula kali ini berkongres di negeri Melaka negeri bersejarah. Tepat kalau parti itu berkongres di Melaka untuk mengambil wap dan aura sejarahnya untuk "mempawaikan" parti itu. Sejarah diharap menjadi iktibar dan teladan baik bagi memperbaiki diri.

Ironisnya, diawal persidangan lagi parti itu telah mencatat satu sejarah pada kongres Angkatan Muda bila berlaku kekecohan sampai ada yang pecah dahi. Kongres Keadilan kali ini disirami dengan darah mengulangi beberapa kejadian tragis sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu pada persidangan penuh, hari kedua, berlaku tindakan memulaukan kongres. Kumpulan yang menyokong timbalan presiden Mohamed Azmin Ali bertindak meninggalkan dewan. Ini juga satu sejarah menggambarkan bagaimana kalut, kecoh dan arrogant parti Reformasi itu.

Kongres Keadilan di negeri bersejarah itu gagal mengambil iktibar dan ibrah atas sejarah yang berlaku di Melaka. Sejarah keruntuhan Melaka, keji mengeji sesama sendiri, khianati sesama sendiri yang berlaku pada zaman dahulu tidak diambil iktibar. Kisah dan cita bagaimana kerana merebut jawatan, cemburu dan gilakan perempuan yang berlaku dimana akhirnya menyebabkan kerajaan dan kedaulatan Melayu hilang tidak diambil iktibar.

Apa yang diambil iktibar oleh pemimpin parti itu ialah sikap Hang Jebat yang sanggup menderhaka sehingga menghuruharakan Melaka. Kenapa berlaku ini kerana Jebat tidak tahu meletakkan di mana keberanian, kesetiakawanan dan juga kepahlawanannya.

Apa yang berlaku di Melaka setakat yang dapat dilihat dan ditafsirkan ianya tidak mengambil semangat dan sejarah yang berlaku di Melaka. Apa yang dikutip dan diteruskan langkah memberontak kerana ingin memuaskan hawa nasfu sahaja.

Apapun petang ini semasa sesi penggulungan dan penutup, apa yang keruh itu dapat dijernihkan. Sampah dalam mata dibuang sepenuhnya demi menjadikan pandangan mata jilah dan cerah. Keadilan tidak boleh membiarkan sampah terus membirai mata kerana ia menganggu penglihatan dalam perjalanan yang jauh itu. [wm.kl.9:04 am 08/12/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/12/menyoroti-tiga-persidangan-umno-amanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Perkara Perlu Dibangkit Dalam Persidangan Keadilan Dan Amanah

7 Perkara Perlu Dibangkit Dalam Persidangan Keadilan Dan Amanah

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 221 hits
ULASANKONVENSYEN Nasional Amanah dan Kongres Keadilan yang akan berlangsung minggu depan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para perwakilan bagi menyuarakan apa apa yang mereka tidak puas hati khasnya berkaitan pengurusan parti dan juga...
Pemuda Umno Malu Wilfred Terima Bantuan Pekebun Getah Rm600

Pemuda Umno Malu Wilfred Terima Bantuan Pekebun Getah Rm600

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 230 hits
MALAYSIAKINI Exco Pemuda Umno Bastien Onn menzahirkan rasa malu terhadap tindakan timbalan ketua menteri Sabah Wilfred Madius Tangau menerima RM600 daripada bantuan monsun untuk pekebun kecil getah Untuk pengetahuan Wilfred Madius Tangau an...
Undi Amaran Mp Pas Umno Kerana Ph Ponteng

Undi Amaran Mp Pas Umno Kerana Ph Ponteng

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 323 hits
HARAKAHDAILYKUALA LUMPUR Ahli Parlimen PAS dan Umno mengundi tidak bersetuju meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat adalah untuk memberi amaran Ahli Parlimen Rantau Panjang Dato Siti...
Pau 2019 Bersama Sama Kita Menghayati Perjuangan Umno Mahdzir Khalid

Pau 2019 Bersama Sama Kita Menghayati Perjuangan Umno Mahdzir Khalid

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 281 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Umno Youth To Set Up Clubs On University Campuses Soon Asyraf

Umno Youth To Set Up Clubs On University Campuses Soon Asyraf

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 278 hits
Umno Youth will formalise its presence in local universities through the setting up of its official club on campus according to its chief Asyraf Wajdi Dusuki Asyraf said the Umno University Students Club will be launched on Dec 6 by party p...
Hadi Pas Leaders To Attend Umno General Assembly

Hadi Pas Leaders To Attend Umno General Assembly

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 391 hits
PAS president Abdul Hadi Awang will attend the Umno general assembly on Saturday a little over two months after the country s two biggest Malay Muslim parties formalised their political cooperation The Islamist party s secretary general Tak...
Tender Dibekukan Kartel Umno Bn Mula Meroyan

Tender Dibekukan Kartel Umno Bn Mula Meroyan

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 242 hits
Mohd Afendi Abas Berpuluh tahun mereka bermaharajalela Tukar kerajaan pun sistem tu mereka dah masak dah Dari tender kantin sampailah tender buku teks mereka sapu bersih Nama syarikat macam macam tapi belakangnya orang yang sama Sebab tu ki...
Umno Never Defended Convicted Leaders Asyraf

Umno Never Defended Convicted Leaders Asyraf

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 249 hits
INTERVIEW Umno has never defended a leader who has been found guilty in its 73 year long history said Youth chief Asyraf Wajdi Dusuki He said this when asked to comment on various current and former Umno leaders who have been turning up in ...
Wawancara Khas Presiden Umno Sempena Perhimpunan Agung Umno 2019

Wawancara Khas Presiden Umno Sempena Perhimpunan Agung Umno 2019

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 401 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments