7 Perkara Perlu Dibangkit Dalam Persidangan Keadilan Dan Amanah


ULASAN

KONVENSYEN Nasional Amanah dan Kongres Keadilan yang akan berlangsung minggu depan (6 hingga 8 Disember) perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para perwakilan bagi menyuarakan apa-apa yang mereka tidak puas hati khasnya berkaitan pengurusan parti dan juga perjalanan kerajaan PH.

Kongres atau konvensyen itu tidak boleh dianggap sebagai formaliti dan tanggungjawab berorganisasi untuk memenuhi kehendak perlembagaan semata-mata, sebaliknya perlu dilihat lebih penting daripada itu. Ia adalah forum yang diadakan setahun sekali.

Membincang dan merancang hala tuju dan masa depan parti sangat mustahak dibuat dalam persidangan berkenaan.

Para perwakilan adalah kuasa yang dimandatkan rakyat setelah tertubuhnya kerajaan untuk menjadi pengislahan dan pemantau. Tugas dan tanggungjawab rakyat sudah selesai apabila mereka memilih parti (PH) untuk membentuk kerajaan. Tugas dan tanggungjawab untuk memastikan kerajaan berjalan mengikut seperti dirancangkan adalah tanggungjawab parti politik.

Manakala tugas untuk memantau perjalanan parti dan kerajaan pula terletak di atas batu jemala ahli parti. Ahli parti pula mewakilkan kepada para perwakilan yang akan menghadiri persidangan untuk meneruskan tugas mereka. Sekiranya peluang itu tidak diambil maka sia-sialah mandat diberikan oleh rakyat, kemudian oleh ahli kepada anda.

Di sini bagi menjamin kerajaan PH berjalan dengan lancar dan memenuhi aspirasi rakyat maka ia perlu dipantau sepanjang masa. Tugas memantau ini bagi menjamin kerajaan melaksanakan apa-apa yang dijanjikan kepada rakyat tempoh hari semoga terlaksana dengan baik. Pemantau juga perlu agar jentera kerajaan bergerak dengan baik dan tuntas.

Kebetulan dengan persidangan dua daripada empat parti gabungan PH tersebut, elok kalau ia diambil dan digunakan untuk tujuan pembaikian serta penambah baik kerajaan dan juga pemantapan gabungan PH itu sendiri. Persidangan itu boleh melontarkan apa-apa suara rakyat yang sumbang kepada kerajaan.

Melihat kepada apa yang berlaku kini, ada beberapa perkara yang dianggap terdesak perlu diperbaiki segera. Jika ia tidak dipedulikan ia akan menjejaskan kerajaan PH. Kelemahan yang berlaku kini ia membahayakan kerajaan. Dan kelemahan dan ketempangan ini boleh disuarakan menerusi persidangan itu. Walaupun ia boleh dilakukan oleh individu yang memegang jawatan tetapi ia tidak terlaksana dengan baik seolah-olah ada kengkangan.

Misalnya kabinet bermesyuarat setiap minggu di situlah segala permasalahan, tindakan idea untuk membangun negara diaksanakan. Mesyuarat it dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir. Selain itu dari sisi parti pula ada mesyuarat Majlis Presiden PH. Tetapi masih belum cukup. Ada hal-hal tertentu, kelemahan dan kecacatan dalam kerajaan tidak terucap oleh menteri kerana sebab-sebab tertentu. Demikian juga dalam majlis presiden.

Justeru, kerana kengkangan inilah maka rakyat, ahli bawahan perlu memainkan peranan mereka. Dua persidangan itu atau persidangan parti PH lain perlu bertindak sebagai suara mewakili rakyat seluruhnya. Tidak salah dalam tanggungjawab itu apa-apa dibangkit oleh pembangkang juga perlu diambil kira.

Dalam penelitian saya ada beberapa perkara yang kini seperti terdesak untuk dibangkitkan bagi diberi perhatian dan tindakan oleh pihak pengurusan PH dan kerajaan.

1. Desak Dr Mahathir agar umumkan pelan transisi pengganti beliau kepada Anwar. Biarlah Dr Mahathir menyebut tarikhnya dengan pasti tanpa terus berteka teki seperti hari ini.

2. Mendesak agar diadakan rombakan kabinet dalam kadar segera bagi menjamin kemantapan kerajaan. Sehubungan itu pecat mana-mana menteri yang tidak mencapai KPI dan diganti dengan muka-muka baru.

3. Gesa Keadilan agar menyelesaikan masalah dalam parti itu, perbalahan di antara Azmin dengan Anwar yang kini mewujudkan dua kem dalam parti itu. Jangan biarkan ia terus merebak dan membesar serta membusuk keadaan.

4. Desak kerajaan mengambil perhatian serius kepada kelemahan beberapa agensi kerajaan yang tidak membantu kerajaan. Contohnya penerangan yang lemah menyebabkan rakyat belum mengetahui yang kerajaan Malaysia kini dikuasai oleh PH.

5. Desak kerajaan mengemaskan jentera kerajaan dan politik, dengan mengisi jawatan-jawatan dalam agensi kerajaan dan politik. Sebagai contoh melantik segera penyelia parlimen untuk 80 kawasan parlimen yang dimenangi oleh pembangkang. Usia kerajaan kini sudah memasuki tahun kedua namun pelantikan itu belum dibuat.

6. Bertindak tegas ke atas mana-mana ketua-ketua jabatan atau pegawai kerajaan hatta pegawai bertaraf Jusa dan Turus yang secara terang-terang menunjukkan penentangan, tidak akur kepada perubahan kerajaan.

7. Mendesak PH menyediakan pelan persediaan untuk menghadapi kerjasama dan penggabungan Umno dengan Pam yang mewujudkan Muafakat Nasional. Muafakat in tidak boleh dihadapi secara bersendirian oleh parti-parti PH. Muafakat ini dilihat menjadi ancaman kepada PH dalam Piraum akan datang. 

Itulah beberapa perkara yang perlu diangkat ke dalam persidangan kedua-dua dua buah parti berkenaan. Ahli di bawah tidak perlu merasa malu, takut dan bersikap "malu alah" untuk membangkitkan perkara tersebut dengan berani dan telus. [wm.kl.11:53 am 03/12/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/12/6-perkara-perlu-dibangkit-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menyoroti Tiga Persidangan Umno Amanah Dan Keadilan

Menyoroti Tiga Persidangan Umno Amanah Dan Keadilan

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 491 hits
ULASA SIDANGAbdul Hadi mengibarkan bendera Umno PERHIMPUNAN agung Umno sudah lengsai lewat petang semalam setelah bersidang selama tiga hari bermula 5 Disember Tinggal lagi Keadilan dan Amanah yang akan menyudahkan kongres dan konvensyen ma...
Mohamad Sabu Kekal Presiden Amanah

Mohamad Sabu Kekal Presiden Amanah

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 333 hits
Diterbitkan Hari ini 10 14 pagiBERITAKONVENSYEN AMANAH Mohamad Sabu diumumkan sebagai presiden Parti Amanah Negara buat penggal kedua sekali gus terus memimpin parti itu bagi tempoh 2019 2022 Speaker persidangan Onn Jaafar berkata keputusan...
Khalid Tops List Of Leaders In Amanah S First Polls

Khalid Tops List Of Leaders In Amanah S First Polls

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 317 hits
AMANAH AGM Federal Territories Minister Khalid Abdul Samad has topped the list of 27 Amanah leaders elected by delegates at its first internal polls since the party was formed in 2015 Khalid garnered 786 votes from a total of 822 delegates ...
Khalid Samad Dapat Undi Tertinggi Pemilihan Amanah

Khalid Samad Dapat Undi Tertinggi Pemilihan Amanah

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 430 hits
Diterbitkan 6 Dis 2019 11 57 malamBERITAMenteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mendahului senarai 27 pemimpin Amanah yang dipilih perwakilan bagi menduduki jawatankuasa pimpinan nasional parti itu bagi sesi 2019 hingga 2022 Khalid mendapa...
Isteri Amanah Allah Bukan Kita Suka Kita Jaga Tak Suka Ceraikan Ustaz Ebit Lew

Isteri Amanah Allah Bukan Kita Suka Kita Jaga Tak Suka Ceraikan Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1295 hits
Penceramah bebas Da i Farhan disahkan sudah menceraikan isteri pertamanya Fatin Nurul Ain menerusi voice note Whatsapp Perkara itu turut diakui oleh Fatin menerusi Facebooknya hari ini Pendakwah terkemuka Ustaz Ebit Lew mengulas tindakan te...
Religious Leaders Seem Blind To Corruption Says Amanah President

Religious Leaders Seem Blind To Corruption Says Amanah President

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 326 hits
Amanah president Mohamad Sabu greeting delegates at the party s convention in Shah Alam SHAH ALAM Amanah president Mohamad Sabu today took to task religious leaders who were not concerned with forbidden practices such as corruption but were...
Pemilihan Amanah Khalid Samad Peroleh Undi Tertinggi Mat Sabu Tempat Ke 7

Pemilihan Amanah Khalid Samad Peroleh Undi Tertinggi Mat Sabu Tempat Ke 7

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 558 hits
Nik Omar anak kepada bekas mursyidul am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat juga berjaya mendapat tempat dalam jawatankuasa pimpinan
Khalid Samad Atasi Mat Sabu Dalam Pemilihan Amanah 2019

Khalid Samad Atasi Mat Sabu Dalam Pemilihan Amanah 2019

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 547 hits
Presiden AMANAH Mohamad Sabu sambil diiringi Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahudin Ayub bersama Ahli Majlis Tertinggi Amanah bergambar sambil mengangkat tangan turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor Amirudin Shari dan Ti...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co