Menyesal Ke Cuba Mamee Slrp Perisa Kari Xtra Pedas


Menyesal Ke Cuba Mamee SLRP! Perisa Kari Xtra Pedas?

Makan mee segera extra pedas merupakan idea yang teruk kalau kita makan di waktu malam ya hadirin sekalian sebab ia menyebabkan kita menggelupur mencari air dan minum sehingga kembung. Jadi pukul berapa kita nak tidur kalau macam tu?

Ok maafkan aku sebab emosi terlebih minum air sejuk. Realitinya waktu tengah malam la waktu paling teringin nak makan benda mengarut dan kurang berfaedah kepada diri contohnya mi segera.

Masa topup barang dapur baru-baru ni suami beli mi segera extra pedas. Dia ada dua tau level pedas dia, Mi segera perisa kari dan Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas. Masa beli mi Mamee SLRP ni tak letak harapan tinggi pun.

Sebab apa tau selalu tertipu dengan iklan mi segera dekat TV, kata pedas tapi bila dah cuba sebenarnya tak pedas pun. Punah harapan. Berlagak tak mahu kalah ambil xtra pedas.




Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas

Seperti biasa akibat pengaruh media sosial, kami beli mi segera perisa Kari Xtra pedas jenama Mamee SLRP. Kebetulan stok mi segera dah habis. Biasanya kami akan standby mi segera sebab selalu bosan makan nasi.

Bosan makan nasi, tapi tak kurus pun. ceh.

Salah satu perkara aku suka Mamee SLRP adalah mi dia kenyal dan tak cepat lembik. Aku paling tak suka makan mi yang cepat lembik dan kena makan cepat-cepat.




Berbalik kepada tajuk entri kali ni, aku menyesal ke tidak? Semestinya tidak. Walaupun berhelai tisu dan segelas air sejuk aku minum perasaan menyesal belum timbul. Tak pastilah kalau esok pagi aku akan sakit perut. Setakat ni baik-baik sahaja.

Sedap weh Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas ni. Kena sangat dengan selera aku. Daya tahan pedas aku tidak lah hebat mana. Level sedang-sedang tahan pedas. Dari skala 5, bagi aku pedas dia di tahap 3.5 punya pedas (aku makan tanpa letak chili flakes).

Dalam paket tu ada mi, serbuk perencah dan satu paket chili flakes. Aku tak letak langsung chili flakes tu, kalau kau orang letak mungkin level pedas boleh pergi ke skala 4 atau 4.5 pedas. Sepanjang aku makan aku berkipas dan ditemani oleh tisu dan air sejuk.






Pedas dia jenis pedas dalam mulut tapi tidak peritkan bibir kau orang. Kalau aku makan Samyang, bibir aku automatik bengkak pedih. Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas pedas berair mata tapi lepas minum air sejuk, pedas tu cepat hilang.

Masa makan kepala aku rasa berangin je. Tak pastilah orang lain, kalau aku makan makanan pedas mesti rasa sejuk berangin kepala aku.

Waktu sediakan mi ni aku tambah ketulan isi ikan Dory dan tambah ketulan jagung frozen serta sekeping cheese. Saja nak nampak menarik untuk dimakan. Cheese tu konon nak bagi kuah dia rasa berlemak.






Alhamdulillah berbaloi rasanya kalau kau orang nak cuba Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas. Jangan tanya harga sebab aku lupa. Tak silap masa tu Giant ada buat promosi jadi harga aku beli lebih murah.

Sedikit pesanan kalau nak makan, jangan makan depan anak-anak. Kasihan nanti sakit perut. Aku dah nasihat tau. Lagi satu, tolong jangan amalkan sebab makan lewat malam atau sebelum tidur akan meningkatkan risiko penyakit diabetes, risiko sakit jantung dan lain-lain penyakit bahaya lagi. Okey lepas ni kita insaf ramai-ramai ya.

Nama pun manusia, benda yang tak boleh buat itulah yang seronok untuk kita buat. Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas sesuai sangat jadi bahan kalau kau orang nak buat Mukbang challenge ke, sesuai juga dimakan masa tengok drama Korea.

Ok lah aku nak sambung tengok drama. Selamat makan dan comment lah kalau dah pernah cuba. Amacam menangis tak masa cuba?





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2021/02/menyesal-ke-cuba-mamee-slrp-perisa-kari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kari Daging Dua Hari

Kari Daging Dua Hari

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 313 hits
Assalamualaikum WOW sangat bila Pak Inche suruh masak Kari Daging sebab baru hari tu masak Kari Tulang kan Dah namanya anak mami mamak lauk kari ni memang selalu la kena ada di atas meja makan Tapi kalau selalu jemu pulak tapi dalam jemu tu...
Kari Ikan Jenahak Pekat Sedap

Kari Ikan Jenahak Pekat Sedap

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 421 hits
Sebelum kita bersembang lebih lanjut jangan lupa klik Follow My Blog dan jangan lupa untuk klik iklan google yang keluar Dengan adanya iklan ini akan memberikan sedikit income buat blogger seperti saya Terima kasih kepada anda yang telah kl...
Kek Span Perisa Coffemix Gebu Ikut Langkah Tepat Gerenti Jadi

Kek Span Perisa Coffemix Gebu Ikut Langkah Tepat Gerenti Jadi

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 193 hits
Hari ni sis datang mood nak membaking Tapi nak buat kek apa ya Kek coklat dah bosan jomlah ubah selera makan kek yang tak muak ni kek span perisa coffemix Nanti bolehlah sedekah pada jiran juga Kek Span Perisa CoffemixBahan bahan 3 biji tel...
Kepah Kerisik Kari Merah

Kepah Kerisik Kari Merah

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 218 hits
Kepah Kerisik Kari MerahBy Kak Wan Resipicitarasawan Bahan bahan500 gm kepah cuci bersih200 ml susu cair300 ml air3 sudu besar sos ikan1 sudu kecil gula kabung1 biji limau nipis ambil jusnya2 sudu kecil garam2 helai daun limau purut1 sudu b...
Mee Kari

Mee Kari

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 266 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Bila dah lama tak merasa ni kan dapat sekali rasa mee kari memang terbaiklah kalau kena dengan kuat pekat dan sedap lagi rasa nak menambah sajaRehat tadi KK makan mee kari lama dah tak makan kan sekali ...
Resepi Mee Kari Simple Dan Sedap

Resepi Mee Kari Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 588 hits
Resepi Mee Kari Simple Dan Sedap Mee Kari ni mama dan adik2 masak Masa kami kat kampung dulu Masa tu semua ada maka bergotong royong lah memasaknya Alahai lama ya tak balik kampung rindunya dengan Muo Insya Allah kalau ada rezeki dapat juga...
Kari Tulang Lembu Yang Sungguh Sedap

Kari Tulang Lembu Yang Sungguh Sedap

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 290 hits
Assalamualaikum INILAH yang di gu dengan Sambal Kak Wok tuari Kari Tulang Lembu Tulang tu dibeli dari pasar tani yang nak masak soto tulang tu kan Tulang tu Sk rebus dulu atas api kemudian buang air rebusan tu dan rebus lagi sekali juga dib...
Resipi Asas Scones Guna 4 Bahan Boleh Tambah Perisa Untuk Lebih Enak

Resipi Asas Scones Guna 4 Bahan Boleh Tambah Perisa Untuk Lebih Enak

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 235 hits
Scones sangat enak dijadikan sajian ketika minum petang Pastri lemak masin dan dinikmati pula dengan jem manis memang padanan yang sempurna Jika ingin menjadikannya berperisa boleh tambah bahan bahan seperti cip coklat kismis atau apa apa r...
Peti Ais Berbau Cuba 6 Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Hilangkan Bau Busuk

Peti Ais Berbau Cuba 6 Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Hilangkan Bau Busuk

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 487 hits
Dah tahu cara untuk hilangkan bau busuk peti ais Kalau belum jom semak 6 cara hilangkan bau busuk peti ais Caranya sangat mudah dan efektif ok Bau yang tidak menyenangkan dari peti ais adalah masalah yang biasa atau kerap kita alami Selalun...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing