Menyaksikan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga Di Desa Batu Berlubang Kepulauan Riau


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan seklian. Dah lama kot Maha tak pergi mengembara keluar negara sejak dua menjak ni. Sibuk dengan kerja dan juga aktiviti berblog. Tapi Alhamdulillah awal tahun ini dapat satu jemputan untuk berjalan ke negara jiran Indonesia. Memang seronok lah kerana nak pergi sendiri memang tidak pernah terfikir sebab kali ni Maha akan pergi dari pulau ke pulau


Selalu kalau orang nak travel pulau ni mesti nak naik flight jer senang tapi kali ni Maha dan rakan-rakan blogger lain menyelusuri laluan laut untuk menjelajah Kepulauan Riau. Naik feri dengan jarak yang jauh satu pengalaman yang menyeronokan walaupun memenatkan. Tips dari Maha kalau nak travel naik feri pastikan korang yang mabuk laut sediakan ubat secukupnya dan pakaian yang sesuai.  Kalau korang nak tahu kemana destinasi sebenar dan apa yang Maha dan kawan-kawan buat kat sana baca post ni sampai habis mesti seronok




Perjalanan kami bermula seawal pukul 12.00 tengah malam dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Jeti Stulang Laut di dalam Berjaya Waterfront Johor seawal pagi keesokannya. Sebab kami nak menaiki feri pertama pukul 7.15 pagi daripada jeti tersebut untuk pergi ker Batam Centre. Harga tiket feri sehala RM90 seorang (termasuk cukai) dan mengambil masa perjalana selama lebih kurang 2 jam. Kekerapan waktu pelepasan feri dari sini adalah 45 minit. Hari tu kami sampai ke Batam Centre lebih kurang pukul 10.00 pagi lewat sikit kerana ada kelewatan masa berlepas.

Waktu perlepasan feri Stulang Laut - Batan Centre

07:15 a.m 13:15 p.m
08:00 a.m 14:00 p.m
08:45 a.m 14:45 p.m
09:30 a.m 15:30 p.m
10:15 a.m        16:30 p.m
11:00 a.m        17:30 p.m
11:45 a.m        18:30 p.m

Harga tiket feri berelepas dari Stulang Laut 



AWAS! belum sampai lagi destinasi dituju perjalanan kami masih jauh lagi kerana dari Batam Centre kami naik bas yang disediakan memakan masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Pelabuhan Telaga Punggur. Ini kerana ia adalah pelabuhan untuk perlepasan feri domestik ke sekitar Kepulauan Riau ini. Dari pelabuhan kami naik lagi feri untuk ke destinasi terakhir kami yang mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan laut. Jangan panik dalam feri semua kemudahan ada seperti tandas dan juga kantin menjual makanan.   


Kami terpaksa berhenti di Dermaga Chempa Pasir Panjang untuk transit di situ ini kerana feri yang kami naik akan terus perjalanan ke Pulau Lingga. Dari jeti tu pula kami naik lagi satu feri lain yang lebih kecil dan ia mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Akhirnya setelah puas dihempas ombak dan bermabuk-mabuk dalam feri kami semua sampai ke destinasi yang dituju iaitu pantai Desa Batu Berlubang. Habis masa separuh hari dalam perjalanan laut sahaja memenatkan tapi seronok kerana ia pengalaman baru buat Maha. 
Desa Batu Berlubang Lingga Kepulauan Riau 
Kenepatan kami sepanjang lebih kurang 8 jam perjalanan untuk sampai ke sini terubat apabila menjejak kaki ke pulau yang sangat cantik dan indah. Keindahan ini tidak dapat kat tempat lain kerana ia adalah pulau yang masih terpelihara daripada kemodenan dan juga pencemaran. Korang boleh lihat air laut yang membiru dan ada bahagian yang berwarna hijau. Sangat jernih dan boleh nampak hidupan laut dalamnya. Seronok tidak dapat digambar kerana sampai ke tempat yang sangat asing bagi Maha



Desa Batu Berlubang ini mendapat nama daripada sebuah batu yang berlubang terletak di persisir pantai. Desa ini terletak dalam jajahan Kepulauan Riau (KEPRI).  Sesampai sahaja kami di sana disambut dengan gembira dan penuh ramah warga desa. Kat sini tiada resort atau hotel jadi kami menginap dirumah orang kampung yang disediakan. Kalau korang rasa nak lari daripada kesesakan dan kesibukan kota sini adalah tempatnya sangat tenang dan menyegarkan. 


Rumah penduduk kampung yang kami menginap
Kalau dah namanya duduk pulau memang sini makanan utama adalah makanan laut. Makan tengahari kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan laut yang sedap dimasak oleh orang kampung. Ini kerana pekerjaan utama penduduk di pulau ini adalah nelayan dan hasil tangkapan mereka bukan sahaja dimakan sendiri tapi juga di export ke negara-negara lain seperti Singapura. Makanan laut mereka sangat segar dan banyak memang best





Selepas sahaja makan dan berehat beberapa jam petang tu kami buat sikit tour kawasan kampung ni untuk mengenali lebih dekat Desa Batu Berlubang ini. Terdapat lebih kurang 300 keluarga yang menghuni desa ini. Di sini penduduk hanya berbekalkan generator untuk mendapatkan kuasa elektrik. Kat sini korang memang akan rehat sepuasnya kerana tiada perhubungan talian telefon maka tiada internet ok. Jadi memang penduduk sini banyak melakukan aktiviti kampung dan bermasyarakat





Batu Berlubang yang dijadikan nama kampung ini 

Kami menyelusuri pelusuk kampung memanjat bukit untuk menyaksikan pemandangan laut yang sangat indah kat sini. Di persisir pantai yang jernih ini kami dibawa ke lokasi Batu Berlubang yang menjadi sejarah masyarakat tempatan. Desa ini sangat bersih kalau korang jalan sekitar kampung rasa seronok sambil melihat aktiviti orang kampung. Jalan punya jalan tak sedar hari dah malam dan matahari melabuhkan sinar. Kami perlu berehat secukupnya malam ni sebab esoknya kami akan menyaksikan satu aktiviti menarik yang bakal berlangsung di desa ini

Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga
Tidur malam Maha sangat nyenyak kerana dibuai oleh kesejukan tiupan angin laut. Menurut cerita orang kampung pulau ini terlindung daripada angin monsun. Suasana pagi kat pulau ini sangat tenang kerana korang hanya akan dengar deruan enjin bot dan juga pukulan ombak sahaja. Tiada kesesakan kenderaan dan juga pencemaran di sini. Rasa tak nak balik nak duduk pulau ni memang seronok
  


Pagi tu kami semua bersiap untuk satu aktiviti bersejarah yang bakal berlangsung di pulau ini. Aktiviti Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga adalah perlumbaan kapal layar yang terbesar di dunia dan tahun ini merupakan tahun keempat perlumbaan kapal layar ini diadakan. Kemuncak perasmian telah diadakan di Desa Batu Berlubang ini. Sebab itu Maha dan juga beberapa rakan blogger dan media dari Singapura dan Indonesia sendiri hadir di sini. 




Aktiviti hari tu bermula dengan kehadiran semua pelayar yang menyertai perlumbaan ini. Mereka telah berada di perairan Kepulauan Riau ini beberapa hari awal. Semua peserta disambut meriah oleh orang kampung dengan paluan kompang daripada Jeti Desa Batu Berlubang sehingga ke tapak aktiviti di tepi pantai. 

Semua tetamu dari serata dunia yang menyertai perlumbaan ini diraikan dengan persembahan silat dan juga tarian menyambut tetamu yang menjadi budaya Melayu Riau. Seronok tengok mereka begitu meraikan tetamu yang datang ke tempat mereka. Kemeriahan kat sana tak habis di situ ia diteruskan dengan acara simbolik pemakaian tanjak kepada wakil pelayar ini yang merupakan eksesori rasmi orang Melayu di sini. 




Selepas tu semua tetamu dijamukan dengan makanan tengah hari dengan makanan laut yang segar. Ikan bakar tak boleh lepas dan juga di segarkan dengan air kelapa muda memang membuka selera sangat. Maha rasa seronok dan teruja melihat kemeriahan aktiviti kat sini sebab mereka jarang mendapat kunjungan besar daripada tetamu luar seperti ini. Kali ini ia disambut meriah dan dengan penuh warna-warni. 


Kenapa lautan kepulauan Riau ini dipilih menjadi destinasi pertandingan pelayaran ini kerana ia adalah laut yang cantik dan tenang. Serta kawasan yang penuh mencabar buat pelayar yang jauh daripada segala kemodenan yang ada. Perlumbaan pelayaran ini sepenuhnya merentasi perairan Indonesia yang mana bermula dan juga tamat di Nongsa Point Marina




Habis sampai petang aktiviti yang menarik dan pertama kali Maha dapat tengok sendiri depan mata. Rasa seronok sebenarnya berada di pulau ini tak nak balik pun ada. Tapi perjalanan kami jauh lagi kerana petang tu kami akan berangkat pula ker Pulau Lingga iaitu salah satu pulau yang menarik dalam Kepulauan Riau ini. Rasa rindu pada Desa Batu Berlubang tidak dapat dilupakan kerana ia adalah pengalaman yang berharga berada jauh di pulau. Melihat kehidupan orang pulau yang sebenar dan juga keindahan masih terpelihara. 
Bapak Raja Fahrurazi, Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga 


Kalau korang rasa nak datang sini boleh berhubung dengan Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi dengan whatsap +62 0811 7011 961. Beliau akan membantu korang untuk datang dan mendapatkan segala akses ke sini. Maha nak ucapkan terima kasih kepada warga Desa Batu Berlubang atas layanan yang baik dan mesra walaupun hanya dua hari satu malam sahaja di sini. In Sha Allah kalau berkesempatan Maha akan datang lagi ke sini kerana banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. 






Korang boleh tengok sendiri kawan-kawan blogger semua sibuk bergambar sekitar pulau ini kerana kat mana sahaja korang ambil gambar ia pasti akan cantik dan menarik kerana masih terpelihara alam semulajadi. Maha sendiri pun banyak gambar tak upload kat sini jer nanti penat korang skroll. Tapi nanti akan ada posting kedua iaitu tentang tempat menarik yang korang boleh kunjungi di Pulau Lingga pula ok. Nantikan post kedua Maha. Selamat bercuti semua. 
Jutaan terima kasih kepada :Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja FahruraziDinas Pariwisata, Kepemudaan Dan Olahraga Kabupaten LinggaNongsa Point Marina and Resort  Serta seluruh penduduk Desa Batu Berlubang    







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/02/nongsa-neptune-regatta-sail-to-lingga-desa-batu-berlubang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Di Desa Batu Berlobang Riau Untuk Acara Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga

Pengalaman Di Desa Batu Berlobang Riau Untuk Acara Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 541 hits
Saya pernah berkongsi dengan kalian pengalaman saya pertama kali ke bumi Batam Indonesia di blog berkenaan dengan acara besar Kali ini saya kembali lagi ke Batam buat kali ke dua untuk satu lagi acara hebat bertaraf dunia Apapon Batam bukan...
Melayu Di Lingga Menutup Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019 Penuh Tradisi

Melayu Di Lingga Menutup Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019 Penuh Tradisi

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 719 hits
Nongsa Neptune Regatta 2019 kali keempat telah berlansung selama lapan hari bermula 1 hingga 8 Februari lalu Bermula dan berakhir di Nongsa Point Marina yang hanya 11km dari Singapura acara lumba layar ini berlansung sepenuhnya di perairan ...
Nongsa Neptune Regatta Acara Tahunan Yang Menghimpunkan Pelayar Dari Seluruh Dunia

Nongsa Neptune Regatta Acara Tahunan Yang Menghimpunkan Pelayar Dari Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 409 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi Semoga kalian berada dalam keadaan terbaik hendaknya Baiklah utnuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Nongsa Neptune Regatta Untuk makluma...
Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 752 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan seklian Yes kalau ada siapa yang dah baca post Maha yang berkaitan dengan korang boleh sambung baca post yang kedua ni pula Sambungan perjalanan Maha di KEP...
Sejak Awal Tahun 2019 Sudah 843 Hektar Lahan Terbakar Di Riau

Sejak Awal Tahun 2019 Sudah 843 Hektar Lahan Terbakar Di Riau

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 292 hits
Wilayah itu meliputi Kabupaten Rokan Hilir 117 hektar Dumai 43 5 hektar dan Bengkalis 627 hektar Kemudian Kepulauan Meranti 20 2 hektar Siak 5 hektar Kampar 14 hektar dan Kota Pekanbaru 16 hektar
Pemprov Riau Tetapkan Status Siaga Darurat Karhutla Hingga Oktober 2019

Pemprov Riau Tetapkan Status Siaga Darurat Karhutla Hingga Oktober 2019

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 228 hits
Pemerintah Provinsi Riau membuat kebijakan penetapan Status Siaga Darurat Kebakaran Hutan dan Lahan
Syamsuar Edi Dilantik Presiden Alfedri Yakin Riau Bakal Lebih Baik

Syamsuar Edi Dilantik Presiden Alfedri Yakin Riau Bakal Lebih Baik

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 297 hits
Selama menakhodai Negeri Istana kata Alfedri H Syamsuar telah meletakkan pondasi pembangunan Kabupaten Siak menjadi daerah destinasi pariwisata unggulan di Riau
Sejak Awal Januari Kebakaran Telah Hanguskan 497 Hektare Hutan Di Riau

Sejak Awal Januari Kebakaran Telah Hanguskan 497 Hektare Hutan Di Riau

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 276 hits
Kebakaran hutan dan lahan semakin meluas di Riau Saat ini jumlah lahan yang terbakar mencapai 497 7 hektare Paling luas lahan terbakar di Kabupaten Bengkalis mencapai 322 hektare
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An