Pengalaman Di Desa Batu Berlobang Riau Untuk Acara Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga



Saya pernah berkongsi dengan kalian pengalaman saya pertama kali ke bumi Batam, Indonesia di blog Projek Travel berkenaan dengan acara besar HALALBIHALAL: HIMPUNAN TERBESAR MASYARAKAT JAWA . Kali ini, saya kembali lagi ke Batam buat kali ke dua (2) untuk satu lagi acara hebat bertaraf dunia. Apapon Batam bukanlah lokasi yang kami tujui, tapi ianya hanya lokasi persinggahan kami untuk ke Lingga.

Ilustrasi ringkas perjalanan kami ke lokasi acara
Dari awal lagi kami sudah diingatkan untuk bersedia dengan perjalanan jauh yang bakal kami tempuh. Dari Batam Centre (terminal feri antarabangsa) kami menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak penganjur dan perjalanan kami menuju ke Pelabuhan Telaga Punggur memakan masa selama hampir 45 minit. Untuk pengetahuan korang, Batam Center merupakan terminal feri antarabangsa, manakala  Pelabuhan Telaga Punggur pula adalah terminal untuk perlepasan feri domestik ke sekitar Kepulauan Riau ini. Perjalanan di katakan akan mengambil masa agak lama untuk ke destinasi iaitu Desa Batu Berlobang.

Menaiki feri di Pelabuhan Telaga Punggur
Setelah menaiki feri di Pelabuhan Telaga Punggur, kami perlu berhenti di Dermaga Chempa Pasir Panjang untuk transit dan menunggu feri ke Desa Batu Berlobang. Feri yang kami naiki di Pelabuhan Telaga Punggur tersebut akan terus perjalanan ke Pulau Lingga. Dari jeti Dermaga Chempa Pasir Panjang kami meneruskan perjalanan dengan menaiki satu feri lain yang lebih kecil dan ia mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan

DESA BATU BERLOBANG, RIAU
Walaupun waktu perjalanan agak panjang dengan pelbagai hal yang berlaku sepanjang perjalanan, hati terus sejuk dan teruja bila menjejakkan kaki di Desa Batu Berlubang. Sebuah perkampungan nelayan yang sangat bersih dikepung dengan perairan yang cukup jernih. Penduduknya saling tak tumpah seperti Melayu kita di Malaysia. Lupa pula bahawa kita juga sebahagian dari mereka. Berbahasa Melayu, cara hidup mereka mengimbau kembali zaman kecil saya. Sebuah perkampungan yang cukup damai dengan muafakat

Kedudukan geografi di atas peta Desa Batu Berlobang
Melihat keindahan kampung ni yang cukup bersih dan indah, ianya membuatkan kami rasa tidak sabar untuk berjalan menerokai seluruh desa tersebut. Kata mereka ada sebuah gua di pesisiran pantai kampung ini yang menjadikan kampung mereka digelar sebagai Desa Batu Berlobang

Dalam perjalanan ke lokasi batu berlubang
Beramah mesra bersama sebahagian dari anak muda penduduk Desa Batu Berlobang
Lokasi batu berlobang yang dikatakan menjadi asbab kampung mereka digelar Desa Batu Berlobang
Keindahan dan kejernihan air pantai di Desa Batu Berlobang
Kehidupan mereka cukup sederhana, masih banyak diantara mereka yang masih tinggal di rumah kayu tradisional, malah ada juga yang sudah mula membina rumah batu. Tapi apa yang boleh saya katakan, suasana kampung tu memang cukup terasa disini. Ianya seolah-olah kehidupan saya pada zaman awal 90-an begitu

Menikmati keindahan alam semulajadi
Yazid dan Kak Min menikmati keindahan sekitar kampung
Lepak santai di gerai minum kopi
Saya difahamkan terdapat lebih kurang 300 keluarga yang menghuni desa ni. Penduduk desa ni hanya berbekalkan generator untuk mendapatkan kuasa elektrik. Perhubungan talian telefon dan internet juga sangat limited. Jadi mereka di sini banyak melakukan aktiviti kampung dan bermasyarakat

Aktiviti anak muda di sekitar Desa Batu Berlobang
Pada sebelah malam, kami juga berpeluang untuk rasa keenakan Nasi Lemak signature di desa ni yang diberi nama Nasi Lemak Batu Berlubang yang dijual di gerai bersebelahan rumah yang kami inap di sini. Texture nasiknya dan sambal bilisnya seakan sama dengan nasi lemak kita cuma ianya ada ditambah ikan masak merah/pedas. Rasanya sudah semestinya sangat sedap

Nasi lemak batu berlobang
Menarik bukan?? Wujudnya sebuah perkampungan Melayu sebegini, agak tersorok di dalam peta seolah-olah tidak sedar akan kewujudannya. Tapi siapa sangka bahawa Desa Batu Berlobang ini telah menjadi lokasi persinggahan para pelayar dunia dalam event "Nongsa Neptune Regatta" setiap tahun bermula dari tahun 2016 lagi

NONGSA NEPTUNE REGATTA SAIL TO LINGGA
Salah satu kapal layar milik peserta
Aktiviti Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga adalah perlumbaan kapal layar yang terbesar di dunia dan tahun ini merupakan tahun keempat (4) perlumbaan kapal layar ini diadakan. Kemuncak perasmian telah diadakan di Desa Batu Berlubang ini, dan inilah sebab kenapa saya dan rakan-rakan berada di sini

Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga
Pada pagi keesokan harinya, kami semua bersiap untuk aktiviti kemuncak perasmian Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga yang akan berlansung di Desa Batu Berlubang ini. Aktiviti hari tu telah bermula dengan kehadiran semua pelayar yang menyertai perlumbaan ini. Semua peserta disambut meriah oleh orang kampung dengan paluan kompang daripada Jeti Desa Batu Berlubang sehingga ke tapak aktiviti di tepi pantai.
Sambutan pelayar yang menyertai Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga
Acara dimulai dengan simbolik pemakaian tanjak kepada wakil pelayar juga menjadi tumpuan kerana ia merupakan eksesori rasmi orang Melayu di sini. Semua pelayar yang hadir terdiri dari serata dunia ini telah diraikan dengan persembahan silat dan juga tarian menyambut tetamu yang juga menjadi budaya Melayu Riau.

Persembahan silat selamat datang
Tarian selamat datang
Mas Edi membantu tetamu menjamah sireh
Tetamu yang diraikan dijamukan dengan makanan tengah hari dengan makanan laut yang segar. Ikan  Jebong bakar bersama pencicah asam nanas menjadi hidangan paling dinanti. Tetamu juga dihidangkan dengan air kelapa muda segar untuk menghilangkan dahaga panas. 
Ikan Jebong bakar
Persembahan diteruskan dengan seloka dan tarian. Tetamu juga turut diundang untuk menari joget bersama penari yang ada.

Tetamu juga turut berjoget


Akhirnya para tetamu dibawa bersiar di sekitar untuk menikmati keindahan Desa Batu Berlobang ini disamping melakukan aktiviti sukan seperti bola tampar

Bergambar bersama anak tempatan dan Bapak Raja Fahrurazi
Kepulauan Riau Lingga adalah di selatan Batam dan pastinya suatu destinasi pelayaran yang indah bagi pelayar di seluruh dunia. The Neptune Regatta cukup memenuhi keperluan pelayar bagi semua kategori terutamanya perlumbaan pelayaran merentasi khatulistiwa yang mana tiada di tempat lain, hanya satu-satunya di dunia diadakan di Kepuluan Riau Lingga, Indonesia


Untuk maklumat lanjut mengenai hal yang berkaitan, bolehlah terus menghubungi Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, iaitu Bapak Raja Fahrurazi di aplikasi whatsapp +62 08117011961



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2019/02/nongsa-neptune-regatta-sail-to-lingga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menyaksikan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga Di Desa Batu Berlubang Kepulauan Riau

Menyaksikan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga Di Desa Batu Berlubang Kepulauan Riau

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 580 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan seklian Dah lama kot Maha tak pergi mengembara keluar negara sejak dua menjak ni Sibuk dengan kerja dan juga aktiviti berblog Tapi Alhamdulillah awal tahun ...
Melayu Di Lingga Menutup Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019 Penuh Tradisi

Melayu Di Lingga Menutup Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019 Penuh Tradisi

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 727 hits
Nongsa Neptune Regatta 2019 kali keempat telah berlansung selama lapan hari bermula 1 hingga 8 Februari lalu Bermula dan berakhir di Nongsa Point Marina yang hanya 11km dari Singapura acara lumba layar ini berlansung sepenuhnya di perairan ...
Nongsa Neptune Regatta Acara Tahunan Yang Menghimpunkan Pelayar Dari Seluruh Dunia

Nongsa Neptune Regatta Acara Tahunan Yang Menghimpunkan Pelayar Dari Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 415 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi Semoga kalian berada dalam keadaan terbaik hendaknya Baiklah utnuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Nongsa Neptune Regatta Untuk makluma...
Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 759 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan seklian Yes kalau ada siapa yang dah baca post Maha yang berkaitan dengan korang boleh sambung baca post yang kedua ni pula Sambungan perjalanan Maha di KEP...
Lingga Trip Menjejak Milky Way Di Pulau Batu Belubang

Lingga Trip Menjejak Milky Way Di Pulau Batu Belubang

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 789 hits
Our Lingga trip bermula di Batam Kami sampai awal sehari mengikut jadual awal yang diberi Nak tukar dah tak boleh kerana waktu tu high season cuti raya Cina Jadi sempatlah kami berjalan jalan sekejap Masa setengah hari yang ada tu kami jala...
Suap Pltu Riau 1 Kpk Segera Periksa Tersangka Samin Tan

Suap Pltu Riau 1 Kpk Segera Periksa Tersangka Samin Tan

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 202 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi bakal segera memanggil pemilik PT Borneo Lumbung Energi dan Metal Samin Tan untuk penyidikan kasus dugaan suap proyek PLTU Riau 1 Samin Tan sendiri sudah dijerat sebagai tersangka dalam kasus ini
Luas Hutan Yang Terbakar Di Riau Capai 857 Hektare Bengkalis Titik Paling Parah

Luas Hutan Yang Terbakar Di Riau Capai 857 Hektare Bengkalis Titik Paling Parah

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 222 hits
Tim Gabungan Badan Penanggulangan Bencana Daerah TNI Polri serta Manggala Agni masih berupaya memadamkan kebakaran hutan dan lahan di Pulau Rupat Kabupaten Bengkalis Riau
Kurung Riau Dark Brown Percuma Pos

Kurung Riau Dark Brown Percuma Pos

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 353 hits
Saiz yang ada XXLMaterial Como Crepe Heavy flowy material Non stretchable material Minima iron diperlukan Efek langsing tinggiBf friendlyContact wasap 0199554545
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik