Menunggu Tajuddin Rahman Jadi Ustaz Tajuddin Rahman


 
Tidak lama selepas Tajuddin Abdul Rahman dipecat sebagai Ahli MT UMNO, kemudian disusuli kemungkinan beliau juga akan digugurkan sebagai calon dalam PRU15 akan datang, Pas dengan pantas menawarkan sedia memberinya laluan bertanding atas tiket parti Islam itu.
Kata Pas Perak, jika PN memperuntukkan kerusi Parlimen Pasir Salak kepada parti itu dan Tajuddin tidak terpilih sebagai calon mewakili BN, pihaknya sedia memberi laluan kepada Duta Besar ke Indonesia itu untuk bertanding mempertahan kerusinya.
Kiranya ini menjadi kenyataan, bermakna Tajuddin dalam PRU15 akan datang akan bertanding atas tiket PN mewakili Pas.
Tentunya juga beliau terpaksa berlawan dengan calon UMNO dan BN iaitu parti yang menaikkan namanya sebelum ini.
Wahhh…ini sudah dikira suatu perkembangan yang menarik?
Mahu tak mahu, apabila Tajudidn bertanding atas tiket Pas, tentu saja lebih afdal bagi beliau memakai kopiah putih sepanjang kempen dan mula belajar memetik beberapa ayat Al-Quran dan hadis dalam ceramah kempennya.
Mahu tidak mahu juga, untuk membezakan beliau ketika bersama UMNO dengan bersama Pas, lebih molek lagi namanya ditukar sebutan daripada Datuk Tajuddin kepada Ustaz Tajuddin.
Ya Ustaz Tajuddin…sedap pulak bunyi nama itu…
Politik adalah seni yang serba mungkin dan lawan menjadi kawan atau kawan menjadi lawan adalah lumrah yang tidak dapat dielakkan atas pertimbangan untuk mengekalkan kuasa serta menyingkirkan saingan.
Untuk itu, jika Tajuddin bertanding mewakili Pas atas tiket PN setelah namanya diketepikan oleh UMNO dan BN, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan.
Tambahan lagi, Pas dalam sejarah masa lalunya memang diketahui kerapkali bersikap pemurah memberi laluan kepada musuh yang bertukar menjadi kawan untuk diberi peluang bertanding.
Kamaruddin Jaafar daripada UMNO, apabila menyertai Pas selepas Anwar Ibrahim dipecat pada 1998, dengan senang hati telah diberi peluang bertanding di Parlimen Tumpat.
Ibrahim Ali, tokoh kontroversi Kelantan juga pernah diberi peluang bertanding menggunakan tiket Pas di Pasir Mas.
Selain itu, Pas sendiri adalah parti yang paling terbuka di negara ini di mana ia mempunyai sejarah pernah berkawan dengan semua parti utama, termasuk DAP dan UMNO.
Kalau dengan DAP dan UMNO pun Pas boleh berkawan, meski berpisah akhirnya, apalah sangat setakat memberi peluang Tajuddin bertanding menggunakan nama partinya.
Setidak-tidaknya ada juga perkara tertentu yang menunjukkan Pas bukan sebuah parti yang jumud.
Di pihak Tajuddin pula, sama ada kalah atau menang jika bertanding menggunakan logo Pas nanti, ia bukanlah perkara pokok yang perlu dirisaukan sangat kerana yang lebih penting ialah menunjukkan sikap melawan terhadap UMNO.
Sebagai anak jati Pasir Salak, menunjukkan sikap melawan dan tidak berdiam diri begitu saja apabila namanya digugurkan sebagai calon adalah bukti yang menunjukkan darah pahlwan Datuk Maharaja Lela yang pernah membunuh JWW Birch benar-benar mengalir dalam tubuh Tajuddin.
Tidak melawan dan menyerah kalah apabila digugurkan jauh lebih memalukan daripada kalah setelah berani melawan.
Yang penting buat Ustaz Tajuddin, pilihan sudah ada buatnya dan tidaklah seperti Dr Puad Zarkashi yang sekadar mampu merungut, tetapi tidak berani melawan apabila namanya digugurkan dalam PRU14 tahun 2018 lalu. – ShahbudinHusin 27/06/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/menunggu-tajuddin-rahman-jadi-ustaz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Digugurkan Mkt

Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Digugurkan Mkt

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 124 hits
Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan merakamkan penghargaan kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu atas khidmatnya...
Ada Parti Berminat Menyunting Tajuddin Rahman

Ada Parti Berminat Menyunting Tajuddin Rahman

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 164 hits
Tajuddin Rahman telahpun digugurkan jawatan ahli MT Umno Penguguran itu dibuat oleh Presiden Umno DS Zahid Hamidi Ramai yang terkejut Ramai yang shock Ramai yang menangis Ramai yang meratapi Kata Zahid Tajuddin tahu kenapa dia digugurkan Ma...
Tajuddin Rahman Terbalikkan Tong Sampah Umno

Tajuddin Rahman Terbalikkan Tong Sampah Umno

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 170 hits
SUSUPAN PETANGTajuddin diapit oleh para penyokongnya dari Umno bahagian Pasir Salak disidang akhbarnya BERITA panas hari ini ialah sidang akhbar yang diadakan oleh bekas MT Umno yang juga ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman lewa...
Selepas Tajuddin Beberapa Nama Lagi Sedang Menunggu Untuk Dipecat Dicap Musuh Politik

Selepas Tajuddin Beberapa Nama Lagi Sedang Menunggu Untuk Dipecat Dicap Musuh Politik

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 128 hits
KUALA LUMPUR Seorang Ahli Parlimen UMNO berkata terdapat beberapa nama lagi dalam senarai menunggu untuk dipecat selepas dicap sebagai musuh politik Namun kali ini pemecatan demi pemecatan berlaku dan difahamkan ada lagi beberapa nama yang ...
After Public Attack On Umno Leaders Takiyuddin Says Tajuddin Free To Join Pas Now

After Public Attack On Umno Leaders Takiyuddin Says Tajuddin Free To Join Pas Now

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 239 hits
PAS secretary general Datuk Seri Takiyuddin Hassan today said Pasir Salak Member of Parliament Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman can join PAS at any time to continue his political career Bernama photo KAMPAR Pasir Salak Member of Parliam
Isham Jalil Appointed To Umno Supreme Council Following Tajuddin S Exit

Isham Jalil Appointed To Umno Supreme Council Following Tajuddin S Exit

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 141 hits
Former Selangor Barisan Nasional information chief Isham Jalil being sworn in as an Umno supreme council member June 24 2022 Picture from Facebook DrPuad ZarkashiKUALA LUMPUR June 24 Former Selangor Barisan Nasional information chief Isham ...
Alahaiii Sebab Ni Saja Tajuddin Digugurkan Dari Mkt Umno

Alahaiii Sebab Ni Saja Tajuddin Digugurkan Dari Mkt Umno

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 218 hits
Media melaporkan Tajuddin digugurkan daripada ahli MKT UMNO dengan surat pemakluman itu dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pada Selasa lalu Beliau yang baru dilantik sebagai Duta Malaysia ke Indonesia sebelum ini lant...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nostalgia Bedak Sejuk

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional