Menu Ramadhan Mcdonald S 2019 Kegemaran Ramai Kini Kembali
Assalamualaikum :)
Menu Ramadhan McDonalds 2019 | Semalam Qaseh berpeluang untuk menghadirkan diri di majlis pelancaran Menu Baru di McDonalds sempena Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi , happening event ! Wah tak sabar pulak nak sambut Ramadhan kali ni , bagi peminat McDonalds mesti korang rindu sangat dengan menu yang dah lama korang ternanti-nanti kan ? Jadi apa menu baru sempena Ramadhan 2019 ?
Puan Melati Abdul Hai , Vice President / Chief Marketing Officer unveils McDonald Ramadhan Menu
Jadi untuk Ramadhan kali ni , McDonalds telah mengembalikan semula menu ekslusif iaitu Nasi McD dan Chicken Foldover . Yeah bulan puasa memang tak sah lah kan kalau tak makan nasi ? Eh qaseh la tu hehe dan mesti peminat-peminat Foldover teruja dengan kemunculannya kembali kan ?
Nasi McD
Bagi Nasi Mcd , ia di datangkan dengan set yang di hidangkan dengan sos kari baharu yang mana ianya sangat pekat dan sedap , korang juga boleh membuat pilihan samaada ingin seketul atau dua ketul ayam goreng McD dan ianya di hidangkan bersama coleslaw dan Iced Lemon Tea bersaiz medium . Qaseh makan satu set Nasi McD ni sumpah sangat mengenyangkan tau korang dan kari dia of course lah bukan kari segera. Bagi yang sukakan kepedasan , nah ini lah dia ~
Set McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD , Coleslaw dan Iced Lemon Tea = RM13.95
Set McD dengan 2 ketul Ayam Goreng McD , Coleslaw dan Iced Lemon Tea = RM16.95
Chicken Foldover
Menu baharu ke dua , McDonald's telah membawa kembali Chicken Foldover kegemaran ramai , memang patutlah ia jadi kegemaran ramai sebab sangat lah mengenyangkan dan of course lah sedap sebab di datangkan dengan sos istimewa yang terbaru , dua kepingan daging ayam lembut yang di bakar sempurna ditambah dengan daun salad dan tomato segar.
Korang boleh pilih secara set yang di hidangkan dengan McDonald's French Fries dan Iced Lemon Tea. Mintak perhatian ia nya ayam sahaja tau dah namanya Chicken Foldover heheh
Set Chicken Foldover dengan McD French Fries dan Iced Lemon Tea = RM16.95
Pencuci Mulut / Minuman Yang Menyegarkan di McD
Biasanya kita berbuka puasa mesti nak jugak pencuci mulut yang manis dan pelbagai rasa citarasa tempatan kan ? Jangan risau kerana ada menu-menu pencuci mulut yang di tawarkan di McDonald's juga , dengan itu McD telah mengembalikan Banana Pie dan D24 Durian McFlurry . Banana Pie tu kan rangup gila pastry nya dan initi pisang segar dan manis , so sesuai sangat la sebagai pelengkap hidangan buka puasa nanti ,
D24 Durian McFlurry memang berbaloi korang cuba , bukan selalu ada kan ! . Hari tu aku sempat merasa sekali je , ni bulan puasa ada lagi boleh lah cuba lagi . Memang boleh rasa durian nya , bukan aiskrim semata huhu lapar lah pulak :p
McCafe pun telah mengeluarkan menu terbaru iaitu Sarsaparilla Cones dan Ice Blended Ribena terbaru , so semalam qaseh dan cuba Ice Blended Ribena tu , omaigod sedap sangat weh ! Dah jatuh cinta dengan Ice Blended Ribena ni . Rasa segar je lepas minum , takde manis sangat dan sedap di tekak. Cuba tau !
Bagi hidangan Sahur , mulai 6 Mei hidangan menu yang biasa yang terpilih di McDonald's , korang boleh dapatkan seawal jam 6 pagi . Termasuk lah menu Nasi McD , Ayam Goreng McD , McChicken , Spicy Chicken McDeluxe dan Chicken McNuggets. Ada masa nya malas nak masak kan , McD pilihan terbaik hehe
Tawaran menu Ramadhan McDonlad's ni korang dah boleh dapatkan di restoram-restoran McDonald's di seluruh negara sehingga 5 Jun 2019
Promosi 30 Days of Ramadhan
Okay , untuk McD ni korang better download applikasi McD di smartfone masing-masing , sebab sebelum ni pun bila order melalui applikasi memang banyak tawaran yang McD kasi , dapat burger free dan sebagainya heheh membeli dengan bijak gitu . Jadi , untuk Ramadhan pula , McD telah melancarkan promosi 30 Days Of Ramadhan secara eklusif melalui applikasi
Tawaran kupon diskaun istimewa 30 days , 30 deals ini akan di maklumkan di dalam applikasi , jadi korang kena lah download applikasi McD di playstore / appstore supaya tidak terlepas tawaran best !
Kalau korang nak tau , McD selalu membuat aktiviti tahunan , semua 270 restoran McDonald's di Malaysia akan menganjurkan moreh mingguan di masjis - masjid , secara tak langsung inisiatif ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim sesama komuniti setempat dan untuk memastikan mereka yang kurang bernasib baik juga tidak di lupakan . McDonald's juga akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim
Puan Melati - Sepanjang 37 tahun di Malaysia , bulan Ramadhan sememangnya bulan yang terbaik dan ia merupakan perkara biasa bagi McDonald's untuk memainkan peranannya dalam masyarakat dengan melaksanakan pelbagai inisiatif yang mampu mengeratkan lagi silaturahim sesama anggota masyarakat
Congratulation McDonald's Malaysia
www.mcdonalds.com.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2019/04/Menu-Ramadhan-McDonalds-2019-Kegemaran-Ramai-Kini-kembali.html