Mcdonald S Malaysia Keluarkan Pelbagai Menu Sempena Ramadhan


hai assalammualaikum



McDonald's Malaysia Keluarkan Pelbagai Menu Sempena Ramadhan 
McDonald's Malaysia Keluarkan Pelbagai Menu Sempena Ramadhan - Hah, bulan puasa nanti, kalau dah buntu nak makan apa, pergi je bersahur dan berbuka di McDonald's. Bulan puasa nanti, McDonald's pun ada menu sedap, lazat dan mengenyangkan tau..hehee..Bila masuk bulan puasa, ada orang suka makan simple, ada orang perlu makan berat. So, kalau korang fikir, McDonalds mesti ayam je, burger je, kali ni muncul kelainan sedikit dimana sempena bulan puasa nanti, mereka akan mengeluarkan dua menu eksklusif iaitu Nasi McD baharu dan Chicken Foldover.




Kalau bulan puasa, nad memang wajib kena makan nasi. Kalau tak boleh menggigil oo..Nad dah rasa Nasi McD ni di preview haritu, ya ampun..memang sedap ok. Nasi McD ni didatangkan dengan sos kari baharu dan ayam goreng McD beserta coselaw dan Iced lemon Tea bersaiz medium bagi melengkapkan hidangan berbuka puasa nanti. Bagi nad Nasi McD ni memang cukup rasa, dengan sos kari dia yang pedas. Ya, nad ni sejenis suka makan pedas, jadi bila tau sos kari dia pedas, lagi nad suka. Kalau korang tak suka pedas, takyah la bubuh banyak kuah tu, dan coselaw tu pun buat kurangkan pedas. So korang cuma tambah RM1.50 untuk dapatkan sos kari ni. Nasi McD ni boleh didapati dengan pilihan 1 ketul atau 2 ketul Ayam Goreng McD ye..Kalau nad pilih dua ayam, sebab ayam dia kan sedap..ehhee..

Makan Nasi McD ni memang buat perut kenyang. Boleh la bertahan bila puasa nanti. sebab nad makan pun, sampai ke malam kenyangnya. Set Nasi McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD, coleslaw dan Iced Lemon Tea boleh didapati dengan harga RM13.95, manakala set dengan 2 ketul Ayam Goreng McD pula berharga RM16.95.



Siapa pernah makan Chicken Foldover McDonald's?, nad belum pernah lagi dan haritu preview, tu la pertama kali nad rasa. Bulan puasa ni, Chicken Foldover akan dikeluarkan semula untuk dirasai bersama ketika berbuka puasa. Chicken Foldover dibalut dengan roti nipis dan  didalamnya mempunyai dua kepingan daging ayam lembut yang dibakar sempurna, ditambah dengan daun salad dan tomato segar serta sos istimewa baharu. Dihidangkan bersama McDonald's French Fries dan Iced Lemon Tea Medium. Hidangan lengkap ini pastinya memberi kepuasan kepada pelanggan yang inginkan pengalaman citarasa baharu.


Nad dah rasa sendiri Chicken Foldover, boleh dikatakan, nad puas hati dengan rasa dia, ayam lembut je. Yes truly, memang ada rasa pedas juga..hehehe. Nad suka sebab ia letak banyak sayur dalam tu. Oh, Chicken Foldover ni memang hanya chicken sahaja, takda beef.  Hidangan Chicken Foldover pula boleh didapati dengan harga RM16.95.


Selain makanan berat, McDonald's juga ada mengeluarkan pencuci mulut tau. Yela, dah makan berat mesti nak makan manisan sedikit kan. Ada dua jenis pencuci mulut yang ada iaitu aiskrim D24 Durian McFlurry yang digemari ramai dan Banana Pie..yeahh!!..kita suka..kita suka..Siapa yang tak suka dua pencuci mulut ni, haritu masa McFlurry durian keluar, habis setiap tempat tau..laku..



Banana Pie ni, memang sesuai diambil ketika berbuka puasa dengan inti pisang yang aromatik, di dalam pastri rangup McDonald's. Rasa inti pisang tu..sedapp..


Buat pelanggan yang sentiasa on the go , atau mereka yang ingin melengkapkan hidangan dengan sesuatu yang manis dan menyegarkan, McDonald;s menawarkan aiskrim Sarsaparilla Cones dan Ice Blended Ribena terbaharu daripada McCafe.


Nad suka dengan air Ice Blended Ribena ni, terus segar tekak tau.

Waktu Sahur McDonald's Buka Sehingga Jam 6 Pagi
Bagi hidangan sahur pula, mulai 6 Mei, hidangan menu biasa (Regular Menu) terpilih McDonald’s boleh didapati sehingga jam 6 pagi bagi memenuhi keperluan mereka yang berpuasa. Ini termasuklah Nasi McD, Ayam Goreng McD, McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan Chicken McNuggets yang pastinya memberi kepuasan bersahur di McDonald’s. Seronok juga sahur dekat luar kan, kadang ada yang tak sempat hah pergi je Mcd..hahahha..

Tawaran menu Ramadan McDonald’s Malaysia kini sudah boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara, sehingga 5 Jun 2019.  ".

Download Apps McDonald's Malaysia sekarang!!
Selain tu McDonald’s juga akan melancarkan promosi “30-Days of Ramadan” secara eksklusif menerusi McDonald’s App. Tawaran kupon diskaun istimewa ‘30-days, 30-deals’ ini akan dimaklumkan di McDonald’s App setiap hari. Bagi menikmati diskaun hebat ini, pelanggan hanya perlu memuat turun McDonald’s App menerusi Google Play atau Apple App Store. Tunggu apa lagi ?? Silalah download segera !


McDonald's ada buat aktiviti tahunan  tau, dimana semua 270 restoran McDonald's di Malaysia akan menganjurkan moreh mingguan di masjid-masjid. Inisitaif ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama komuniti setempat. Sehubungan itu, McDonald's Malaysia juga akan menganjurkan majlis berbuka pausa untuk anak-anak yatim.


Alhamdulillah, bagus apa yang dibuat McDonald's ni. Hah!!, jadi puasa nanti, terlambat sahur, nak berbuka puasa dengan makan simple je, boleh terus ke McDonalds. Taknak duduk dalam restoran boleh drive thru..hehee..

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.mcdonalds.com.my .

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2019/05/mcdonalds-malaysia-keluarkan-pelbagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hasilkan Menu Baru Sempena Ramadhan Mcdonald S Bagi Kupon Diskaun Istimewa 30 Days 30 Deals

Hasilkan Menu Baru Sempena Ramadhan Mcdonald S Bagi Kupon Diskaun Istimewa 30 Days 30 Deals

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 545 hits
Ramadhan kembali lagi Mesti ramai yang dah tak sabar nak sambut Ramadhan lebih meriah kali ini dengan keluarga dan rakan rakan Setiap kali tiba bulan puasa kita tercari cari bazar Ramadhan yang menawarkan juadah makanan yang lazat Tapi ada ...
Menu Istimewa Sempena Ramadan Di Mcdonald S Malaysia

Menu Istimewa Sempena Ramadan Di Mcdonald S Malaysia

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1355 hits
Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald s MalaysiaMenu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald s Malaysia Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi Pastinya ramai yang sibuk mencari tempat tempat makan yan...
Menu Ramadhan Mcdonald S 2019 Kegemaran Ramai Kini Kembali

Menu Ramadhan Mcdonald S 2019 Kegemaran Ramai Kini Kembali

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 1200 hits
Assalamualaikum Menu Ramadhan McDonalds 2019 Semalam Qaseh berpeluang untuk menghadirkan diri di majlis pelancaran Menu Baru di McDonalds sempena Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi happening event Wah tak sabar pulak nak sambut Ram...
Mcdonald S Malaysia Introduces Wide Variety Of Menu Offerings This Ramadan

Mcdonald S Malaysia Introduces Wide Variety Of Menu Offerings This Ramadan

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 292 hits
Customer favourites Nasi McD and Chicken Foldover make a tasty comeback McDonald s Malaysia is launching two new menu offerings for its guests that are looking for a delicious fulfilling meal during the month of Ramadan Throughout the month...
Menu Iftar Homemade Ramadhan Day 2 Ayam Masak Paprik Simple Dan Sedap

Menu Iftar Homemade Ramadhan Day 2 Ayam Masak Paprik Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 1583 hits
As Salam Menu Iftar Homemade Ramadhan Day 2 Ayam Masak Paprik Simple Dan Sedap Kemain update post bulan bulan puasa ni kann hehe Kalau korang rajin ikut update blog ni korang mesti perasan saya biasanya hanya akan kongsikan resepi resepi ya...
Menu Ramadhan Day 1

Menu Ramadhan Day 1

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 881 hits
Menu Ramadhan Day 1 Wah start semalam nieyl dah nampak ramai kawan kawan di media sosial khususnya post menu menu sahur dan berbuka puasa Tak kurang juga yang share share resepi untuk menu berbuka puasa Setiap petang sebelum balik rumah ota...
Ramadhan 1440h Bukan Sekadar Menu

Ramadhan 1440h Bukan Sekadar Menu

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 334 hits
Ramadhan 1440H Bukan Sekadar Menu Allhamdulillah dapat kita melaksanakan ibadah puasa pada 1 Ramadhan 1440H kelmarin Semoga Madrasah Ramadhan yang kita masuki pada bulan ini akan memberi kita satu perubahan lebih baik daripada sebelumnya Ap...
Menu Sahur Lengkap Selama Bulan Puasa Ramadhan

Menu Sahur Lengkap Selama Bulan Puasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 442 hits
Kami merangkum menu makan sahur puasa Ramadan Menu sahur ini mudah dan praktis disajikan serta mengenyangkan sarat gizi dan tidak membuat badan lemas Menu Sahur Selama Puasa 1 Senin 6 Mei 2019 Ayam Goreng Bumbu Kuning 2 Selasa 7 Mei 2019 Tu...
Ramadhan 2019 Menu Berbuka Puasa 1 Ramadhan

Ramadhan 2019 Menu Berbuka Puasa 1 Ramadhan

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 1173 hits
RAMADHAN 2019 Menu Berbuka Puasa 1 Ramadhan Assalamualaikum Selamat berpuasa buat semua Alhamdulillah Hari ini 6 Ramadhan Moga kita dapat menjalani ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan ini MENU BERBUKA 1 RAMADHAN Masak atau beli di Bazar Ra...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran

Persoalannya Kenapa Nak Butthurt Dengan Cadangan Akmal