Menteri Tak Reti Teknologi Masa Depan Punca Rafizi Kembali




Menteri tak reti teknologi masa depan punca Rafizi kembaliPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: July 04, 2022
ShareAnggota KEADILAN mungkin masih tertanya tanya apakah faktor utama mendorong Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli kembali ke arena politik yang beliau sifatkan ‘telah berlalu’ apabila bergiat aktif dalam syarikat start up teknologi digital sejak 3 tahun lalu.
Menurut Rafizi, beliau kembali bukan untuk menjadi politikus tetapi mahu menjadi penggerak perubahan zaman pada ketika sebahagian tokoh politik di kelilingnya tidak faham arus zaman dan masih bercokol pada landasan politik konvensional.
“Walaupun saya berada dalam kelas menengah (punyai perniagaan) namun saya juga terkesan kerana saya jalankan perniagaan besar. Bagaimana kamu akan berniaga dalam ekonomi yang buruk?
“Kemudian kita hadapi Pilihan Raya Negeri Johor yang jika kita tidak ubah trajektori (perjalanan politik) dari sekarang maka kita akan berakhir dengan tiada pilihan terbaik (parti) yang kita boleh lantik sebagai kerajaan.
“Pada satu pilihan ada Umno, parti sayap kanan Melayu dan satu sisi lain Bersatu – Pas, juga parti sayap kanan Melayu (maka rakyat buntu),” katanya dalam ucapan sempena makan malam mengumpul dana Ayuh Malaysia, semalam.
Selain itu, katanya, generasi hari ini tumbuh dan membesar dalam suasana yang tidak sama dengan ketika beliau masih muda di mana ada Umno dan Pas. Kemudian bagi yang tidak suka kedua duanya dan mahukan pendekatan pelbagai kaum maka lahir KEADILAN.
Generasi hari ini, katanya menyempitkan pilihan dengan dua paksi berhaluan kanan Melayu kerana Pakatan Harapan yang dianggotai KEADILAN, DAP dan Amanah telah menjadi blok ketiga, dan tidak berada dalam persaingan merebut Kerajaan Persekutuan.
Memburukkan lagi keadaan, tegas Rafizi, ahli politik PH tidak faham situasi yang dihadapi mereka dan mungkin menganggap pengundi Atas Pagar atau generasi muda boleh dipujuk menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dengan pendekatan manifesto, janji politik dan imej yang bersih.
Namun, katanya pengundi telah bergerak jauh dengan minda yang bercampur antara hala tuju masa hadapan negara, transisi teknologi, pekerjaan baharu era digital yang mereka tidak kuasai dan paling penting adakah menteri yang bakal dilantik memahami masa hadapan?
“Kita berhadapan dengan Atas Pagar, ‘dulu kami beri kamu menang, kenapa kamu biarkan PH pada ketika itu dikawal Bersatu sehingga Bersatu merosakkan PH’ dan menyebabkan pengundi Atas Pagar benci.
“Sebab itu juga kami memutuskan bahawa kita tidak boleh masuk PRU dan berkempen semata mata atas niat untuk menang. Kita telah lakukan sebelum ini. Sekarang kita tahu kita perlukan lebih banyak masa sebelum keadaan kembali seperti sedia kala. Masalahnya kita perlu mengubah minda setiap orang.
“Jadi kita ubah taktik. Kita berdepan dengan generasi yang kita tidak faham dan terlalu muda. Generasi yang dalam hidup tengok internet, FB, apps.
“Masalah mereka hadapi setiap hari tidak sama dengan masalah kita dahulu. Kehidupan mereka lebih susah dan masalah yang sangat mencabar.
“Kita kini berdepan generasi yang mak ayah simpan wang hantar anak tuisyen, masuk sekolah terbaik, masuk universiti, pergi keluar negara, balik jadi pemandu grab.
“Ini aneh….. Orang akan kata tidak perlu melanjutkan pelajaran yang akan berakhir dengan melakukan 2 – 3 kerja. Itulah yang menyebabkan saya terpaksa untuk masuk semula politik,” katanya.
Justeru, Rafizi bertekad menangani masalah perubahan teknologi dengan membawa aliran politik selari masa hadapan untuk merobah Malaysia ke landasan yang betul.
Untuk itu, katanya, pengundi perlu melantik menteri yang betul, pengubal dasar yang faham perubahan zaman dan kompeten.
“Kita mempunyai Menteri yang dungu, tidak kompeten dan merugikan generasi akan datang.
“Bila kita mula berkempen (dalam Ayuh Malaysia), bukan semata mata kita mahu parti kita menang. Kita ingat bila kita suka parti yang menang dan dia akan selesaikan maslah kita. Ia tidak akan berlaku begitu.
“Bila kita gerakan kempen, dia lebih besar daripada menang pilihan raya.
“Kita mahu pastikan generasi akan datang, jika tidak lebih baik pun mereka tidak akan menjadi generasi yang tiada harapan,” katanya.
Justeru, menurut mantan Ahli Parlimen Pandan itu lagi, strategi kempen yang akan dibawa Ayuh Malaysia tidak akan menekankan bahawa Umno salah dan PH betul, kerana rakyat tahu Umno memang salah.
Namun katanya, rakyat mahu jaminan PH mempunyai pengetahun menerobos masa hadapan dan itu yang perlu ditunjukkan oleh para pemimpin PH untuk meyakinkan rakyat mengundi mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/menteri-tak-reti-teknologi-masa-depan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bos Samsung Sebut Smartphone Layar Lipat Bakal Jadi Tren Di Masa Depan

Bos Samsung Sebut Smartphone Layar Lipat Bakal Jadi Tren Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 217 hits
TM Roh President and Head of MX Business Samsung Electronics mengatakan ke depan smartphone layar lipat akan menjadi bintang Transformasi ini akan membentuk kembali pasar ponsel
Perdana Menteri Tiada Masa Layan Serangan Kluster Mahkamah Umno

Perdana Menteri Tiada Masa Layan Serangan Kluster Mahkamah Umno

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 159 hits
satuberita myBy June 25 2022PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka berdepan ancaman terbesar terhadap kerajaan pimpinannya selepas hampir 10 bulan memegang jawatan dengan sokongan tidak ikhlas dalam kalangan sekumpulan pemi...
4 Tips Jalani Masa Muda Menyenangkan Dengan Tetap Cuan Untuk Masa Depan

4 Tips Jalani Masa Muda Menyenangkan Dengan Tetap Cuan Untuk Masa Depan

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 167 hits
Dengan 4 tips ini kamu bisa mengupayakan menjalani masa muda yang menyenangkan tanpa harus mengesampingkan persiapan demi masa depan
Sekarang Masa Bekerja Usah Dilayan Lagi Karenah Golongan Kalah Rafizi

Sekarang Masa Bekerja Usah Dilayan Lagi Karenah Golongan Kalah Rafizi

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 139 hits
Keputusan terkini Pemilihan KEADILAN yang diumumkan semalam sementara tidak banyak mengubah keputusan asal di peringkat pimpinan kanan pusat menimbulkan tanda tanya bagaimana keputusan Ketua Wanita boleh bertukar di saat akhir dengan margin...
Polis Dedahkan Punca Lelaki Tikam Leher Ibu Kandungnya

Polis Dedahkan Punca Lelaki Tikam Leher Ibu Kandungnya

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 204 hits
Polis Dedahkan PUNCA Lelaki Tikam Leher Ibu Kandungnya MELAKA Suspek yang menikam ibu kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh di sini hari ini mendakwa dia berbuat demikian setelah mendengar bisikan ibunya menyembah berhala Ketua Po...
Azeez Rahim Dakwa Tanaman Musang King Punca Kepala Air Sanusi Jawab Belum Sah

Azeez Rahim Dakwa Tanaman Musang King Punca Kepala Air Sanusi Jawab Belum Sah

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 268 hits
Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa projek tanaman Musang King menjadi punca kejadian kepala air di Baling namun Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata dakwaan itu perlu disahkan terlebih dulu BALING Ahli Parlimen Balin...
Punca Banjir Di Kampung Sungai Iboi Baling

Punca Banjir Di Kampung Sungai Iboi Baling

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 289 hits
PUNCA BANJIR DI KAMPUNG SUNGAI IBOI BALING Apabila hutan di tarah dan di gondolkan maka hilanglah kawasan serapan air Akibatnya banjir kilat berlaku apabila berlaku hujan lebat yang panjang Firman Allah SWT bermaksud Dan apa juga yang menim...
Projek Ladang Durian Musang King Punca Banjir Di Baling Penduduk

Projek Ladang Durian Musang King Punca Banjir Di Baling Penduduk

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 347 hits
Hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak jam 2 petang semalam telah menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk di Baling Media melaporkan setakat ini bencana banjir yang berlaku membabitkan sembilan buah kampu...
Terp4ksa Makan Guna Glove Getah Sebab Tak Feel Asyik Guna Sudu Wanita Ded4h Punca Tangannya Rosak

Terp4ksa Makan Guna Glove Getah Sebab Tak Feel Asyik Guna Sudu Wanita Ded4h Punca Tangannya Rosak

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 181 hits
DER1TA yang terp4ksa ditanggung wanita ini bukan calang calang Selain ters3ksa menahan rasa gatal dan s4kit pada tangan dia juga terp4ksa makan dengan hanya menggunakan sudu setiap hari Bercerita kepada mStar Zuraini Ibrahim 25 berkongsi te...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew