Sekarang Masa Bekerja Usah Dilayan Lagi Karenah Golongan Kalah Rafizi


 
Keputusan terkini Pemilihan KEADILAN yang diumumkan semalam, sementara tidak banyak mengubah keputusan asal di peringkat pimpinan kanan pusat, menimbulkan tanda tanya bagaimana keputusan Ketua Wanita boleh bertukar di saat akhir dengan margin hanya 32 undi (0.09%, mungkin margin paling kecil dalam dunia untuk sebuah parti utama sebuah negara).
Saya juga dihubungi oleh pimpinan akar umbi di seluruh negara yang terkejut dengan pelbagai pertukaran di peringkat cabang.
Ada yang telah diumumkan menang tiba-tiba kalah. Ada cabang yang undi fizikal (yang melibatkan ratusan ahli keluar mengundi) dibuang semua undi dan hanya tinggal undi atas talian.
Sementara kita hanya boleh tahu sejauh mana keputusan berubah di seluruh negara selepas beberapa hari (apabila analisis keseluruhan siap), yang jelas keputusan yang diubah secara tidak konsisten begini telah mencemarkan pemilihan baru-baru ini.
Sejak dari awal lagi, saya telah membuat pendirian kepada Dr Zaleha Mustafa (Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, JPP) dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Presiden Dipilih) bahawa tuntutan mengadakan audit digital ini hanyalah permainan segelintir anggota parti yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini.
Malangnya, mereka ini rapat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan merasakan mereka boleh mempengaruhi keputusan untuk memastikan saya tidak disahkan sebagai Timbalan Presiden.
Saya telah menjelaskan secara dalaman pandangan saya bahawa motif sesetengah pihak seperti Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terus mempersoalkan pemilihan parti adalah serampang dua mata, iaitu:
Pertama, untuk cuba mengubah keputusan supaya saya dan beberapa orang lain yang menang bersama saya tidak disahkan oleh Kongres Nasional.
Kedua, untuk membina persepsi kononnya kemenangan saya dengan jurang yang besar ialah disebabkan manipulasi besar-besaran.
Hakikatnya, mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa sentimen akar umbi sangat berbeza dengan bacaan mereka yang berlegar sekitar Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini.
Sebaik mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden, saya terus membuat satu kaji selidik terperinci untuk memahami sentimen dan kehendak anggota parti akar umbi. Kaji selidik itu juga menyelami pandangan pengundi terhadap KEADILAN.
Dapatan kaji selidik adalah jelas. Sokongan kepada saya di kalangan anggota akar umbi adalah 85% berbanding saingan saya. Isu-isu yang saya bawa adalah selari dengan kehendak anggota akar umbi.
Sebab itu keputusan pemilihan juga mirip kepada sentimen akar umbi: saya menang dengan ~60% undi popular dan 75% dari semua cabang di seluruh negara.
Selepas keputusan diubah akibat audit digital, ia masih tidak boleh mengubah sebahagian besar keputusan pemilihan kerana sentimen akar umbi telah diterjemahkan semasa pemilihan.
Malangnya, kumpulan yang kalah tidak boleh menerima kekalahan. Mereka terus mengasak dan mengelilingi Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan pemilihan semula atau setidak-tidaknya membuat audit digital untuk mencapai hasrat mereka.
Saya telah menyatakan pendirian bahawa parti akan terperangkap dengan permainan politik segelintir sedangkan majoriti parti telah membuat keputusan yang diterima dengan baik oleh rakyat umumnya.
Berlatarbelakangkan ini, saya cukup simpati dengan keadaan Saudari Rodziah Ismail yang keputusannya sebagai Ketua Wanita bertukar di saat-saat akhir.
Kami telah berbincang dan saya terharu dengan pendirian beliau bahawa parti mesti bergerak ke hadapan dan tidak terheret dengan permainan politik kelompok yang kalah.
Oleh itu, berikut adalah pendirian saya:
1) Kongres Nasional parti tidak boleh ditangguhkan lagi untuk melayan karenah segelintir calon yang kalah memandangkan pilihanraya umum boleh dipanggil bila-bila masa. Keutamaan saya sebagai Timbalan Presiden ialah untuk mempersiapkan pimpinan dan jentera parti untuk berdepan dengan lawan dalam PRU15.
2) Sementara kita meneruskan agenda pengukuhan parti ke arah PRU15, segala ruang dalam parti perlu dibuka untuk membolehkan isu-isu yang ditimbulkan akibat pertukaran keputusan di saat akhir ini terus disemak. Antara langkah utama saya sebagai Timbalan Presiden ialah untuk meneliti keseluruhan proses audit digital yang telah mengakibatkan kecelaruan yang berlaku untuk memberi keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak.
3) Sebagai Timbalan Presiden, saya akan mengusahakan supaya satu tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti berniat mensabotaj parti dengan terus-menerus mengkritik pemilihan bertujuan melengahkan kepimpinan baru KEADILAN mengambil tempat.
Sebagai sebuah parti, kita tidak ada banyak masa untuk kembali ke landasan asal perjuangan kita iaitu membela rakyat ke arah membentuk sebuah masyarakat pelbagai kaum yang saling menghormati, lebih berdaya dan menjamin kehidupan yang lebih baik kepada semua.
Saya dan rakan-rakan yang selama ini berdiam diri dengan segala karenah dari kumpulan-kumpulan yang berkepentingan peribadi ini akan mempercepatkan lagi kempen #AyuhMalaysia untuk membentangkan visi KEADILAN untuk masa depan yang lebih baik.
Saya seru seluruh anggota KEADILAN supaya tidak lagi menghiraukan kekecohan yang cuba ditimbulkan oleh segelintir kelompok yang kalah ini dan bekerja untuk kita meyakinkan kembali rakyat bahawa KEADILAN adalah pilihan terbaik rakyat.
RAFIZI RAMLI
Timbalan Presiden Keadilan (Dipilih)
5 Julai 2022.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/sekarang-masa-bekerja-usah-dilayan-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Umno Kalah Najib Jadi Ketua Bilik Darjah Sungai Buloh Rafizi

Kalau Umno Kalah Najib Jadi Ketua Bilik Darjah Sungai Buloh Rafizi

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 248 hits
agendaily com08 07 2022Rafizi Ramli membidas Datuk Seri Najib Razak yang ghairah mendesak PRU 15 disegerakan Datuk Seri Najib Razak sebenarnya sangat bimbang kerana kes mahkamah yang sedang dihadapinya dan ia tidak menghairankan bekas Perda...
Menteri Tak Reti Teknologi Masa Depan Punca Rafizi Kembali

Menteri Tak Reti Teknologi Masa Depan Punca Rafizi Kembali

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 230 hits
Menteri tak reti teknologi masa depan punca Rafizi kembaliPosted By on July 04 2022Anggota KEADILAN mungkin masih tertanya tanya apakah faktor utama mendorong Naib Presiden KEADILAN Rafizi Ramli kembali ke arena politik yang beliau sifatkan...
Masa Jadi Pm Najib Hapus Subsidi Sekarang Nak Jadi Juara

Masa Jadi Pm Najib Hapus Subsidi Sekarang Nak Jadi Juara

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 221 hits
Masa jadi PM najib hapus subsidi sekarang nak jadi juara Posted By on June 24 2022Cadangan terbaharu bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengenai subsidi mungkin dianggap serius oleh para penyokong BN namun hal itu melucukan bagi rak...
Buat Masa Sekarang Kurang Sesuai Untuk Beli Kad Grafik

Buat Masa Sekarang Kurang Sesuai Untuk Beli Kad Grafik

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 211 hits
Dengan berita krisis matawang kripto paling teruk sejak Disember 2020 yang berlaku pada bulan Jun ini banyak pihak dan entiti yang terkesan akan krisis kripto ini Terutamanya adalah pelombong kripto dek kerana kerugian pelaburan mereka dala...
Usah Ulangi Tragedi Disember Segera Bantu Mangsa Banjir Gesa Anwar

Usah Ulangi Tragedi Disember Segera Bantu Mangsa Banjir Gesa Anwar

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 167 hits
July 5 2022 Banjir besar melanda Baling petang semalam menyebabkan beberapa rumah hanyut termasuk mengorbankan tiga nyawa di Kampung Iboi Kupang PETALING JAYA Ketua pembangkang Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mengambil tindakan pantas bagi ...
Kali Ke 2 Berlakon Bersama Kim Taeri Ryu Junyeol Kongsi Pengalaman Bekerja Untuk Filem Alien

Kali Ke 2 Berlakon Bersama Kim Taeri Ryu Junyeol Kongsi Pengalaman Bekerja Untuk Filem Alien

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 220 hits
Selepas bekerjasama dalam Little Forest Kim Tae ri dan Ryu Jun yeol sekali lagi akan bergandingan dalam filem akan datang Alien ARTIKEL BERKAITAN Pada 23 Jun sidang akhbar bagi filem Alien bahagian pertama yang diarahkan oleh Choi Dong hoon...
Saya Jaga 19 Budak Dalam Kelas Tapi Gaji Rm500 Walaupun Dah 10 Tahun Bekerja Luahan Guru Tadika Dianiaya Majikan

Saya Jaga 19 Budak Dalam Kelas Tapi Gaji Rm500 Walaupun Dah 10 Tahun Bekerja Luahan Guru Tadika Dianiaya Majikan

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 170 hits
Saya jaga 19 budak dalam kelas tapi gaji RM500 walaupun dah 10 tahun bekerja Luahan Guru Tadika dianiaya majikanPeningkatan kos sara hidup menyebabkan segelintir masyarakat berasa terbeban Keadaan tersebut menyebabkan ada individu yang mula...
Pekerja Akan Boleh Mohon Bekerja Secara Fleksibel Bermula September Depan

Pekerja Akan Boleh Mohon Bekerja Secara Fleksibel Bermula September Depan

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 272 hits
Berita baik kepada para pekerja di Malaysia kerana bermula 1 September depan anda akan boleh membuat permohonan bekerja secara fleksibel kepada majikan masing masing Ia selepas penguatkuasaan Aturan Kerja Fleksibel di bawah pindaan Akta Ker...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord