Projek Ladang Durian Musang King Punca Banjir Di Baling Penduduk





Hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak jam 2 petang semalam telah menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk di Baling. 

Media melaporkan, setakat ini bencana banjir yang berlaku membabitkan sembilan buah kampung antaranya Kampung Iboi, Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang, Kampung Sedim dan Kampung Jernang di Mukim Bakai. 


"Air naik terlalu cepat hingga lebih satu meter. Saya dan kedua ibu bapa bersama jiran terpaksa naik ke bukit di belakang rumah untuk menyelamatkan diri," kata Adam Mokhtar, 20, dari Kampung Iboi. 


Menurut Adam, kejadian banjir yang berlaku ini dianggap paling terburuk di mana banyak kerosakan berlaku di mana kepala air turut menghanyutkan kayu. 


"Jambatan di sungai berhampiran rumah juga musnah, semua orang panik melihat kepala air. Kami hanya fikir untuk selamatkan diri," katanya. 


Johari Abdul Latif, 50, dari Kampung Telok Durian, Kupang berkata, hujan lebat kali ini luar biasa menyebabkan air sungai melimpah terlalu cepat. 


"Sepanjang hidup saya, ini kejadian banjir paling buruk pernah berlaku kerana air sungai naik terlalu cepat. Keadaan itu menyebabkan ramai penduduk tidak dapat berbuat apa-apa, malah ada yang masih terkejut lagi. 


"Selain lumpur, banyak pokok kayu turut dihanyutkan mungkin turun dari bukit berdekatan Lata Celak," katanya. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, seramai 334 mangsa banjir dari sembilan kampung telah dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara setakat jam 2 pagi tadi. 


Beliau berkata, ramai mangsa meminta kebenaran untuk pulang ke rumah berikutan air sudah surut, bagi membersihkan rumah dan melihat harta benda mereka. Namun, pihaknya perlu membuat penilaian dari segi keselamatan terlebih dahulu sebelum membenarkan mangsa pulang ke rumah masing-masing. 


Ramalan kaji cuaca juga menunjukkan akan berlaku hujan di kawasan itu pada hari ini. Polis akan berbincang dengan beberapa pihak berkaitan dalam mesyuarakat Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri sebelum membuat keputusan. 


Di media sosial, tular video dan gambar kejadian banjir yang menimpa penduduk di Baling. Turut kelihatan sekumpulan lelaki membantu menyelamatkan wanita warga emas yang tidak berdaya menyelamatkan diri. 


Salah seorang mangsa banjir juga menangis melihat motosikal miliknya hanyut dalam banjir mengejut itu. 


"Ya Allah motor hanyut... motor hanyut... motor aku... Ya Allah," rintihnya. 









Dalam pada itu, penduduk juga tidak menolak kemungkinan bencana banjir yang berlaku disebabkan projek ladang durian yang diusahakan di Gunung Inas, Baling. Penduduk turut mempersoalkan, siapa yang meluluskan projek tersebut sehingga menyebabkan empangan yang dibina pihak berkenaan pecah dan sekali gus memusnahkan harta benda penduduk di sekitarnya. 




Sumber: Harian Metro, Facebook Netizen


source https://www.thereporter.my/2022/07/video-projek-ladang-durian-musang-king.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/07/video-projek-ladang-durian-musang-king.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Terdedah Pemilk Syarikat Ladang Musang King Di Gunung Inas Baling

Akhirnya Terdedah Pemilk Syarikat Ladang Musang King Di Gunung Inas Baling

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 1190 hits
Walaupun nama syarikat yang bertanggung jawab menanam pokok durian Musang King tidak di dedahkan oleh MB Kedah tetapi ianya terdedah juga Nama Syarikat terbabit adalah ECK Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat di bawah ECK Group ECK group ju...
Baling Berduka Ladang Durian Jadi Tanda Tanya

Baling Berduka Ladang Durian Jadi Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 445 hits
Memandangkan teruknya banjir dan versi yang bercanggah oleh pemimpin yang disebutkan perlu ada ketelusan dalam penyiasatan mengenai punca banjir kerana kejadian seperti itu tidak boleh dibiarkan berulang Mereka yang bertanggungjawab mesti d...
Punca Banjir Di Kampung Sungai Iboi Baling

Punca Banjir Di Kampung Sungai Iboi Baling

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 408 hits
PUNCA BANJIR DI KAMPUNG SUNGAI IBOI BALING Apabila hutan di tarah dan di gondolkan maka hilanglah kawasan serapan air Akibatnya banjir kilat berlaku apabila berlaku hujan lebat yang panjang Firman Allah SWT bermaksud Dan apa juga yang menim...
Sprm Cari Unsur Rasuah Salah Laku Dalam Projek Ladang Durian

Sprm Cari Unsur Rasuah Salah Laku Dalam Projek Ladang Durian

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 305 hits
SPRM cari unsur rasuah salah laku dalam projek ladang durian Dikemas kini 59 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Jul 2022 10
Baling Floods Musang King Planting Project In Gunung Inas Must Be Stopped Says Mp

Baling Floods Musang King Planting Project In Gunung Inas Must Be Stopped Says Mp

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 340 hits
Baling MP Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim said he had previously submitted a memorandum objecting to the Musang King durian planting project in Gunung Inas to Mentri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Bernama photo BALING The Musang...
Kedah Mb Denies Having Personal Interest In Musang King Durian Farm

Kedah Mb Denies Having Personal Interest In Musang King Durian Farm

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 344 hits
Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor today stressed that he had no personal interest in the Musang King durian farm project in Gunung Inas which is being claimed to be the cause of the massive floods here two days ago Sanusi said the ...
Azeez Rahim Dakwa Tanaman Musang King Punca Kepala Air Sanusi Jawab Belum Sah

Azeez Rahim Dakwa Tanaman Musang King Punca Kepala Air Sanusi Jawab Belum Sah

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 314 hits
Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa projek tanaman Musang King menjadi punca kejadian kepala air di Baling namun Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata dakwaan itu perlu disahkan terlebih dulu BALING Ahli Parlimen Balin...
Pemilik Projek Musang King Adalah Rakan Kongsi Kerajaan Negeri Dalam Projek Baru

Pemilik Projek Musang King Adalah Rakan Kongsi Kerajaan Negeri Dalam Projek Baru

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 364 hits
SAIFUL IZHAMPemilik projek Musang King di Baling ada kaitan dengan rakan kongsi Utama kerajaan negeri Kedah sekarang dalam projek Lapanganterbang Antarabangsa Kulim Hmmmmm Nanti2lah saya ulas Tak habih lagi penat cuci rumah mangsa banjir lu...
Murtabak Kulit Popia

Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Storytelling Is Key To Marketing

Roti Pandan Garlic

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Sekutu Trump Akan Menguasai Tiktok Versi As