Terp4ksa Makan Guna Glove Getah Sebab Tak Feel Asyik Guna Sudu Wanita Ded4h Punca Tangannya Rosak
DER1TA yang terp4ksa ditanggung wanita ini bukan calang-calang.
Selain ters3ksa menahan rasa gatal dan s4kit pada tangan, dia juga terp4ksa makan dengan hanya menggunakan sudu setiap hari.
Bercerita kepada mStar, Zuraini Ibrahim, 25, berkongsi tentang masalah peny4kit kvlit pada kedua-dua belah tangannya yang ditanggung sejak 2016.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
“Masa dulu saya selalu basuh pakaian secara manual saja. Saya guna tangan dan guna sabun jenis serbuk.
“Jari saya mula jadi gatal-gatal dan kemerahan. Mulanya gatal tu cuma pada satu jari saja kemudian mula merebak ke hampir semua jari.
“Awal-awal kena dulu, tangan jadi gatal tapi sekejap saja sudah hilang. Lama-kelamaan rasa gatal makin teruk sampai jadi pedih dan s4kit,” katanya yang senang disapa Cikzue.
Menurutnya yang menetap di Perak, dia telah berjumpa dengan doktor di sebuah klinik bagi mendapatkan r4watan.
Kata doktor, peny4kitnya ini merupakan sejenis masalah kvlit yang dikenali sebagai ekzema.
Setelah mendapatkan jawapan, kata Cikzue, dia mula berasa sedih kerana akan timbul satu kesukaran untuk dia melakukan aktiviti menggunakan tangan.
Keadaan tangan kiri dan kanan Cikzue.
Malah katanya yang sudah berumah tangga hampir dua tahun ini, keadaan menjadi lebih p4rah sehinggakan kvlit tangannya mengelupas.
Apa yang berlaku menyebabkan dia terp4ksa makan menggunakan sudu sahaja.
“Bila jumpa doktor buat pemeriksaan, memang dia cakap saya ada ekzema. Saya sangat sedih bila dapat tahu perkara tu. Masa tu belum kahwin. Nasib jumpa jodoh yang boleh terima saya seadanya.
“Susah sangat nak buat aktiviti bila tangan kiri dan kanan macam ni. Nak buat kerja mengemas rumah atau memasak pun susah sebab kadang-kadang ia berair dan ada masanya kering.
Zuraini terp4ksa menanggung der1ta s4kit dan pedih pada tangan.
“Nak makan pun saya kena guna sudu sejak tangan jadi makin teruk. Tapi baru-baru ni teringin sangat nak makan guna tangan semula, jadi saya sarungkan glove getah masa makan,” katanya yang merupakan anak kedua daripada tujuh adik beradik.
Berikutan video yang tular di TikTok sehingga meraih 2.7 juta jumlah tontonan, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa Cikzue setelah melihat rakaman dikongsikan.
Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan beberapa petua dan tip di ruangan komen untuk diamalkan oleh Cikzue bagi menangani masalah ini.
“Baru dua kali saya makan pakai sarung tangan sejak ada peny4kit ni. Teringin nak makan guna tangan macam dulu balik tapi tangan masih tak okay.
Cikzue bersama suaminya.
“Saya tak sangka video tu nak jadi viral sampai macam tu sekali. Ramai yang komen cakap saya ada ekzema. Tapi saya sangat terharu baca komen sebab tak ada yang kutuk tapi mendoakan supaya saya cepat sembuh.
“Saya ada pergi klinik juga baru ni untuk dapatkan r4watan. Tapi sekarang dah naik semula gatal-gatal tu. Walaupun memang ‘down’ sangat dengan tangan macam ni tapi saya fikir mesti ada ramai lagi dekat luar sana lagi teruk alami penyakit ni,” katanya lagi.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2022/07/terp4ksa-makan-guna-glove-getah-sebab.html