Menteri Kewangan Gagal Pikul Tanggungjawab Kata Anwar



(Sinar Harian) – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal menggarap tanggungjawab beliau dalam mempersiapkan negara dengan jalan keluar bersama pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan susulan pandemik Covid-19.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan balas Tengku Zafrul berkaitan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia kepada ‘BBB+’ daripada ‘A-‘ oleh Fitch Ratings untuk pertama kali sejak krisis kewangan 20 tahun yang lalu amat membimbangkan.
Katanya, beliau gagal menjawab persoalan dan kebimbangan yang dilaporkan Fitch iaitu kestabilan politik dan tatakelola.
“Langkah Sheraton pada Februari lalu tidak hanya menimbulkan kekacauan politik tetapi ia juga adalah permulaan usaha menginjak batu asas reformasi institusi yang telah digerakkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Kerajaan minoriti ini yang tidak punya keabsahan sama sekali daripada rakyat telah menyalahgunakan fungsi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mendapatkan dukungan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Tengku Zafrul melahirkan rasa kecewa kerajaan dengan penarafan tersebut terutamanya ketika tempoh luar biasa ketika ini memandangkan penularan pandemik itu masih lagi belum berakhir.
Jelasnya, ini kerana Malaysia telah pun mula melihat petanda pemulihan ekonomi hasil daripada pelbagai pakej rangsangan yang dilaksanakan kerajaan sejak Mac 2020.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang prestasi jauh lebih rendah adalah tidak tepat dan mengelirukan.
“Kita harus lihat Malaysia hari ini dengan era lalu di mana negara tercinta ini adalah antara kuasa ekonomi serantau.
“Tidak ada perubahan yang nyata, dan negara-negara serantau seperti Indonesia, Singapura dan Vietnam telah mula mendakap realiti digital dunia hari ini,” katanya.
Tambahnya, semak turun penarafan ituhanya mengukuhkan tanggapan selama ini bahawa Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang komited pada agenda reformasi serta telus, inklusif dan punya hala tuju yang jelas.
“Sebaliknya apa yang dihidangkan kepada kita hari ini adalah kekeliruan dan ketidakstabilan, yang pastinya akan merencatkan usaha untuk keluar daripada wabak ini dengan jayanya,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/05/menteri-kewangan-gagal-pikul-tanggungjawab-kata-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Menteri Kewangan Terhadap Laporan Idr Fitch Membimbangkan Kata Anwar

Kenyataan Menteri Kewangan Terhadap Laporan Idr Fitch Membimbangkan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 282 hits
Kenyataan menteri kewangan terhadap laporan IDR Fitch membimbangkan kata Anwar Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan p
Anwar Janji Lepas Jawatan Jika Gagal Tumbangkan Pn Kata Pemuda Amanah Bukit Bintang

Anwar Janji Lepas Jawatan Jika Gagal Tumbangkan Pn Kata Pemuda Amanah Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 543 hits
November 28 2020 Ketua Pemuda Amanah Bukit Bintang Sheikh Khuzaifah Bawazeer berkata Anwar Ibrahim sekali lagi menyukarkan rakan pembangkang dengan keputusan menolak undi belah bahagi terhadap belajanwan semalam PETALING JAYA Ketua Pemuda A...
Gst Bukan Pilihan Pada Masa Ini Kata Timbalan Menteri Kewangan

Gst Bukan Pilihan Pada Masa Ini Kata Timbalan Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR Mengembalikan cukai barangan dan perkhidmatan yang dimansuhkan pada 2018 bukan antara pilihan kerajaan pada masa ini kata Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah Buat masa ini katanya di Dewan Rakyat kerajaan sedang memb...
Betullah Kata Orang Anwar Ni Tak Berani Main Depan

Betullah Kata Orang Anwar Ni Tak Berani Main Depan

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 405 hits
Ramai orang Depan dia warak alim tunduk akur setuju sokong Orang tak nampak Belakang kemudian baru tunjuk minat pulun tutuh balas ganas Nak bahas minggu depan Kah kah kah
Wawasan 2020 Gagal Kerana Dasar Saya Diubah Kata Dr M

Wawasan 2020 Gagal Kerana Dasar Saya Diubah Kata Dr M

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 248 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan BN jatuh kerana kesilapannya sendiri dan beliau hanya alat untuk rakyat memfokuskan tenaga mereka PETALING JAYA Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata perubahan pada pela...
Anwar Dakwa Kenyataan Sedia Letak Jawatan Jikalau Gagal Tolak Belanjawan Adalah Palsu

Anwar Dakwa Kenyataan Sedia Letak Jawatan Jikalau Gagal Tolak Belanjawan Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 364 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bersedia meletakkan jawatan sekiranya gagal menolak Belanjawan 2021 pada peringkat jawatankuasa Tindakan tidak bertangungjawab ini jelas dibuat bagi menc...
Guan Eng Mat Sabu Mahu Tapi Saya Kata Tidak Pada Undi Belah Bahagi Dedah Anwar

Guan Eng Mat Sabu Mahu Tapi Saya Kata Tidak Pada Undi Belah Bahagi Dedah Anwar

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 438 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendedahkan pemimpin Pakatan Harapan Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu mahu undi belah bahagi dibuat terhadap Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam namun beliau meminta tidak berbuat ...
Parlimen Tempat Bahas Bukan Nak Dengar Kuliah Menteri Anwar

Parlimen Tempat Bahas Bukan Nak Dengar Kuliah Menteri Anwar

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 205 hits
Ketua pembangkang Anwar Ibrahim membantah peraturan tempoh masa ucapan penggulungan menteri yang ditetapkan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan menyifatkannya bukan cara parlimen berfungsi Pagi ini Azizan mengumumkan bahawa setiap m...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton