Menjernihkan Jawi Phobia



Pada 5 Ogos 2019oleh Edry Faizal
Timbul kegusaran sebahagian segmen masyarakat berkenaan pengenalan jawi dalam subjek Bahasa Malaysia. Kegusaran seperti persoalan sama ada tindakan memperkenalkan huruf jawi bakal menambah beban murid dalam mendalami mata pelajaran atau beban guru dalam mengajar tidak salah dibincangkan atas semangat mahukan pendidikan yang terbaik buat anak-anak. Akan tetapi, keadaan boleh bertukar parah sekiranya kegusaran itu berlebih-lebihan berdasarkan sangkaan buruk daripada kurangnya maklumat atau ketakutan tanpa asas jelas.Saya merupakan bekas pelajar yang menuntut di sekolah vernakular (Cina) sejak tadika sehinggalah sekolah menengah. Saya amat menghargai mata pelajaran yang meskipun diajar dalam Bahasa Mandarin namun mengetengahkan tentang budaya masyarakat lain yang terdapat di Malaysia. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana saya pertama kali tahu tentang kisah asal usul Minangkabau (walaupun nenek saya merupakan orang Minang) dalam teks Bahasa Mandarin. Semangat bersedia belajar pelbagai budaya yang diterapkan oleh sekolah vernakular ini sepatutnya terus dihidupkan, meskipun dalam soal melibatkan pengenalan huruf jawi. Dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa Bahasa Malaysia hendaklah menggunakan tulisan Rumi dan tiada halangan untuk menggunakan tulisan jawi dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Namun atas sebab praktikal dan keseragaman, kita jarang sekali menggunakan tulisan jawi.Ramai yang kurang memahami bahawa tulisan jawi adalah salah satu bentuk tulisan yang digunakan oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura sebelum merdeka. Kemudiannya, tulisan rumi diperkenalkan dan dijadikan sebagai tulisan rasmi dalam Bahasa Malaysia. Sekitar tahun 80-an, tulisan jawi turut pernah terkandung dalam silibus pembelajaran subjek Bahasa Malaysia. Jika diteliti sejarah tulisan jawi, ia sememangnya berasal dari tulisan Arab akan tetapi tidaklah ianya diambil secara bulat-bulat. Sebaliknya terdapat beberapa penyesuaian agar menepati Bahasa Melayu. Terdapat huruf-huruf seperti ‘pa’, ‘nya’, ‘nga’ dan beberapa yang lain tidak terdapat di dalam tulisan Arab. Bagi mereka yang tidak pernah kenal akan tulisan jawi bolehlah membayangkan mana-mana teks Bahasa Malaysia yang dibaca dalam tulisan Rumi, jika ditukarkan kepada tulisan Jawi tetaplah membawa bunyi dan maksud yang sama. Ia bukanlah satu bahasa yang seluruhnya baru, sebaliknya hanya satu bentuk tulisan yang merupakan sebahagian daripada sejarah Bahasa Malaysia itu sendiri.Pada satu ketika semasa tulisan jawi masih digunakan, kita boleh lihat bahawa ia telah digunakan oleh etnik-etnik selain Melayu terutamanya dalam mengiklankan perniagaan mereka. Malah kita boleh jumpa iklan minuman bir dalam tulisan jawi! Maka tidak keterlaluan juga untuk menyatakan bahawa tulisan jawi ini sebenarnya adalah satu warisan seni dan tulisan Malaysia yang unik. Jika ada mana-mana pihak cuba menggambarkan tulisan jawi ini adalah hak mutlak kaum atau agama mereka, yang bersalah adalah mereka dan bukannya tulisan jawi.Pengenalan 6 muka surat mengenai tulisan jawi adalah semata-mata suatu pengenalan mengenai sejarah Bahasa Malaysia yang pernah menggunakan tulisan jawi sebagai skrip tulisan. Seperti mana kita belajar mengenai tamadun awal Asia Tenggara di dalam subjek sejarah, begitulah kita belajar sejarah Bahasa Malaysia yang pernah menggunakan tulisan jawi, yang sebenarnya masih digunakan pada hari ini meskipun tidak meluas seperti dulu. Jika kita lihat 6 muka surat yang melibatkan pengenalan tulisan jawi ini daripada segi kaca mata pendidikan, jelas bahawa tujuannya bukan untuk penguasaan tulisan jawi. 6 muka surat itu tidak mencukupi untuk membolehkan mana-mana pelajar untuk memahami apatah lagi menguasai tulisan jawi. Pengenalan itu hanya sekadar modul sampingan subjek Bahasa Malaysia yang melibatkan unsur sejarah dan seni semata-mata. Tiada berlebihan dan mungkin juga sesuai untuk mengatakan ia lebih kepada pengenalan seni tulisan khat dan bukan penguasaan ejaan jawi sebenarnya.Malah pengenalan jawi ini tidak langsung bertujuan untuk menguji pelajar dalam peperiksaan besar seperti UPSR dan SPM, apatah lagi memaksa para pelajar untuk menguasai tulisan jawi sepenuhnya seperti yang telah diterangkan sendiri oleh Kementerian Pendidikan.Jika kita memahami apakah itu tulisan jawi dengan hati yang lapang, sebenarnya tiada apa yang perlu ditakutkan baik pelajar Sekolah Kebangsaan mahupun Sekolah Jenis Kebangsaan. Jawi-phobia yang hanyalah berdasarkan sentimen yang telah meletus luar dari kenyataan realiti sebenar. Sewajarnya kita meraikan kepelbagaian dalam silibus pendidikan agar rakyat Malaysia mengetahui kemajmukan rakyat kita dan keunikannya. Selain mengetahui asal dan sejarah perkembangan bahasa MalaysiaSaya mengajak rakyat Malaysia untuk membebaskan diri daripada sebarang bentuk ketakutan yang tidak rasional. Tidak kiralah ketakutan tidak rasional pada lambang salib atau pun ketakutan tidak rasional terhadap tulisan jawi. Keharmonian hanya dapat dicapai sekiranya kita bersedia untuk mengendurkan keresahan kita dan saling belajar dan memahami. – Roketkini.com*Edry Faizal adalah Ahli Dewan Negeri DUN Dusun Tua merangkap Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Kebangsaan. Beliau juga merupakan bekas pelajar SRJK (C) Lai Meng dan SMJK (C) Confucian.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/08/menjernihkan-jawi-phobia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kit Siang Drops Khat Bombshell I Learned Jawi But I Never Betrayed The Chinese Or Malaysian Dream

Kit Siang Drops Khat Bombshell I Learned Jawi But I Never Betrayed The Chinese Or Malaysian Dream

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 439 hits
I met Malaysians and Malaysian students during my trip to Salem yesterday From afar I have been following developments back home including the controversy over plans to introduce khat or Jawi calligraphy in the Year 4 Bahasa Malaysia curric...
I Learned Jawi And It Didn T Make Me Less Chinese Says Kit Siang

I Learned Jawi And It Didn T Make Me Less Chinese Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 327 hits
DAP supremo Lim Kit Siang says he learned Jawi when he was first detained under the ISA in 1969 PETALING JAYA Lim Kit Siang today weighed on the controversial plan to introduce khat in the Year 4 Bahasa Melayu syllabus next year saying that...
Saya Pernah Pelajari Sendiri Tulisan Jawi Ketika Ditahan Isa Kit Siang

Saya Pernah Pelajari Sendiri Tulisan Jawi Ketika Ditahan Isa Kit Siang

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 409 hits
Pada 4 Ogos 2019Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mendedahkan bahawa beliau pernah mempelajari sendiri tulisan Jawi semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1969 Katanya usaha beliau mempelajari tulisan tersebut ...
Chong Dap S Wak To Propose Making Teaching Of Jawi Script Optional For Chinese Schools In S Wak

Chong Dap S Wak To Propose Making Teaching Of Jawi Script Optional For Chinese Schools In S Wak

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 233 hits
Chong flanked by Yong and Sim speaking at the press conference KUCHING Democratic Action Party Sarawak will propose to the federal cabinet next week to make the teaching of Jawi script optional for Chinese schools in Sarawak Its
Khat Jawi Disamakan Mp Dap Dengan Tahi Lembu

Khat Jawi Disamakan Mp Dap Dengan Tahi Lembu

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 367 hits
ROSLAN SMS03 AUGUST 2019Posting beliau Lim Lip Eng Ahli Parlimen DAP Kepong berbunyi Sedang Menteri Pendidikan di negara negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar pelajar muda jangan kita menyapu tahi lemb...
Bukan Hanya Bantah Tulisan Jawi Dap Juga Tolak Identiti Negara

Bukan Hanya Bantah Tulisan Jawi Dap Juga Tolak Identiti Negara

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 426 hits
04 08 2019Orang Islam Melayu bersekongkol dengan parti rasis perlu bertaubatBANGI 3 Zulhijjah 1440H Ahad Apa sahaja usaha untuk meneguhkan identiti negara membabitkan Islam dan Melayu pasti menjadi sasaran tentangan parti tamak haloba DAP s...
Kit Siang Belajar Jawi Tak Jadikan Orang Cina Pengkhianat Bangsa

Kit Siang Belajar Jawi Tak Jadikan Orang Cina Pengkhianat Bangsa

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 338 hits
ULASAN Kita semua haruslah membina suatu keyakinan diri yang baharu satu semangat Malaysia Boleh untuk kita melawan segala momokan dan ancaman yang dibuat buat bagi mencapai era kegemilangan untuk MalaysiaSaya telah mengadakan perjumpaan de...
Umno Hapus Tulisan Jawi Ph Kena Maki

Umno Hapus Tulisan Jawi Ph Kena Maki

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 414 hits
Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada bahasa Melayu pada 1966 Berm...
Khat Jawi K Jaan Bacul Jika Tunduk Desakan Penentang

Khat Jawi K Jaan Bacul Jika Tunduk Desakan Penentang

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 283 hits
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF SEMALAM Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penolakan DAP Sarawak ke atas rancangan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Mengajar Kaedah Asas Memasak Untuk Anak

Kedah Ceroi

Soalan Lazim Sspa Elaun Cuti Waktu Bekerja Perkhidmatan

First Look The 2025 Triumph Speed Twin 1200 And Speed Twin 1200 Rs

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Purnawirawan Jenderal Israel Kita Kalah Perang

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Sentiasa Mencari Petunjuk Allah

Belajar Jahit Smocking Definisi

Jahit Sendiri Seluar Santai Anak Anak

Pernah Gagal Dalam Beberapa Program Realiti Farhan Mustapha Kini The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia

Darul Hana Bridge Waterfront Kuching

Dimensity 9400 Mengatasi Apple A18 Pro Dalam Ujian Geekbench Multi Teras