Khat Jawi K Jaan Bacul Jika Tunduk Desakan Penentang


DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF

 

            SEMALAM, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, mengeluarkan kenyataan rasmi    mengenai penolakan DAP Sarawak ke atas rancangan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pada tahun hadapan.

Alasan yang Chong Chieng Jen berikan adalah kerana pelaksanaannya dilihat oleh majoriti rakyat Sarawak, terutamanya masyarakat Cina, dengan “syak wasangka, tentangan dan kebencian” (“suspicion, objection and resentment”).

Turut disebutkan oleh Chong Chieng Jen adalah bahawa DAP Sarawak akan menyampaikan  penolakan DAP Sarawak ke atas rancangan ini kepada Kabinet pada minggu hadapan.

Hari ini pula, 10 pertubuhan Cina dan 2 pertubuhan Tamil telah bergabung tenaga bagi membincangkan perkara sama.

10 pertubuhan Cina terbabit adalah:
(1) Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Jiao Zong
(2) Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Dong Zong
(3) Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Hua Zong
(4) The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM)
(5) Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah Cina Malaysia
(6) Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia
(7) Merdeka University Bhd
(8) LLG Cultural Development Center
(9) Majlis Bahasa Cina Malaysia
(10)  Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malaysia

2 pertubuhan Tamil terbabit pula adalah:(1) Tamil Foundation
(2) Pertubuhan Titian Digital Malaysia. Mesyuarat 12 pertubuhan ini memutuskan mereka tidak bersetuju dengan rancangan memperkenalkan tulisan khat ini kerana ia didakwa menimbulkan “kebimbangan dan keraguan orang ramai” dan pelaksanaannya diminta ditangguhkan untuk perbincangan semula.  12 pertubuhan ini juga akan menemui Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, esok, 6 Ogos, bagi menyampaikan pendirian dan permintaan mereka, termasuk supaya wakil-wakil pertubuhan Cina dan pertubuhan Tamil dilantik untuk menyertai semakan kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan buku teks tersebut
 Hari ini juga, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata beliau akan membincangkan balik isu tulisan khat ini sejurus Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pulang dari dari lawatan kerja ke Fukuoka, Jepun, pada 8 Ogos ini kerana, kata beliau, “kita ambil maklum keresahan orang ramai dalam isu ini”
 Sungguh menghairankan sekali kesemua kenyataan ini kerana, mengikut laporan portal berita The Malaysian Insight semalam, tulisan khat yang diperkenalkan ini sebenarnya hanya memerlukan murid Tahun 4 tersebut belajar menulis dalam bentuk tulisan khat dan memahami contoh penggunaan lima simpulan Bahasa Melayu, iaitu “ringan tulang”, “buah tangan”, “ambil berat”, “ibu kandung” dan “baik hati”, sahaja
 Apakah yang terlalu sensitif sangat dengan lima simpulan Bahasa Melayu yang ditulis dalam bentuk tulisan khat ini sehingga ia kononnya mendatangkan “syak wasangka, tentangan dan kebencian”, menimbulkan “kebimbangan dan keraguan” atau menyebabkan “keresahan”
 Akan terjejaskah pegangan agama murid Tahun 4 tersebut semata-mata kerana mereka dikehendaki menulis dalam bentuk tulisan khat lima simpulan Bahasa Melayu ini
 Apatah lagi bila Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan, menyebut hari ini bahawa seni tulisan Cina dan Tamil telah lama dilaksanakan di sekolah, iaitu sejak tahun 2011 lagi
 Amat tidak rasional sekali ketakutan yang ditunjukkan oleh penentang tulisan khat ini. Dan amat bacul sekali jika kerajaan tunduk kepada desakan penentang tulisan khat ini. - HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/khat-jawi-kjaan-bacul-jika-tunduk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabri Azit Khat Jawi Dap Cuba Resahkan Kaum Dan Agama

Sabri Azit Khat Jawi Dap Cuba Resahkan Kaum Dan Agama

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 502 hits
KUALA LUMPUR Bantahan dan desakan berkaitan isu khat Jawi yang sedang dijuarai DAP dilihat satu lagi cubaan untuk menimbulkan keresahan perkauman demikian menurut Ahli Parlimen Jerai Ustaz Sabri Azit Menurutnya DAP sedang mengalami satu fob...
Ust Fadzli Pas Sambut Baik Pendirian Pm Pertahan Khat Jawi

Ust Fadzli Pas Sambut Baik Pendirian Pm Pertahan Khat Jawi

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 396 hits
KITA menyambut baik dan mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan YB Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek atas ketegasan mempertahankan pengajaran khat jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ...
Isu Khat Jawi Tebalnya Islamofobia Dalam Diri Mereka

Isu Khat Jawi Tebalnya Islamofobia Dalam Diri Mereka

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 398 hits
APABILA membaca berita ini saya terkejut Hari ini media melaporkan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha Kristian Hindu Sikh dan Tao berkata khat dan jawi bukan identiti Malaysia dan menyalahi Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan
Mca Boleh Tangani Isu Khat Jawi Jika Ada Kuasa Wee Ka Siong

Mca Boleh Tangani Isu Khat Jawi Jika Ada Kuasa Wee Ka Siong

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 341 hits
Murid Nur Aina Sofea Mohd Najib 12 melakukan kemahiran tulisan khat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Rendah Agama Bandar Tun Razak Kuala Lumpur foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Presiden MC Datuk Seri Wee Ka Siong berkata MCA ...
Khat Art In Bahasa Malaysia Curriculum Not Related To Jawi Scripts

Khat Art In Bahasa Malaysia Curriculum Not Related To Jawi Scripts

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 536 hits
The Education Ministry has explained that the introduction of khat or calligraphy art in the Bahasa Malaysia curriculum for primary Year 4 students was to foster beautiful writing The ministry stressed that subject matter did not pertain to...
Bantah Tulisan Jawi Seni Khat Cerminan Wajah Sebenar Dap

Bantah Tulisan Jawi Seni Khat Cerminan Wajah Sebenar Dap

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 861 hits
Menjelang tahun hadapan 2020 seni khat dan tulisan jawi akan diperkenalkan semula oleh kerajaan melalui dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan BN pada tahun 2016 Walau bagaimanapun terdapat bantahan bantahan oleh golongan cauvanis yang s...
Rafidah K Jaan Jangan Tunduk Pada Kumpulan Guna Isu Kaum Agama

Rafidah K Jaan Jangan Tunduk Pada Kumpulan Guna Isu Kaum Agama

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 270 hits
Anggota Majlis Tindakan Ekonomi Negara Rafidah Aziz menggesa kerajaan agar tidak tunduk kepada golongan yang suka memainkan isu kaum dan agama Menurutnya golongan itu yang berterusan menggunakan isu kaum dan agama hanyalah melibatkan minori...
Kit Siang Drops Khat Bombshell I Learned Jawi But I Never Betrayed The Chinese Or Malaysian Dream

Kit Siang Drops Khat Bombshell I Learned Jawi But I Never Betrayed The Chinese Or Malaysian Dream

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 478 hits
I met Malaysians and Malaysian students during my trip to Salem yesterday From afar I have been following developments back home including the controversy over plans to introduce khat or Jawi calligraphy in the Year 4 Bahasa Malaysia curric...
Himpunan Bantah Khat Jawi Bakal Cetus Reaksi Balas

Himpunan Bantah Khat Jawi Bakal Cetus Reaksi Balas

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 399 hits
Kumpulan pendesak Cina Dong Zong dan Jiao Zong diingatkan tidak meneruskan himpunan pada Isnin ini bagi membantah penambahan seni khat jawi dalam subjek Bahasa Melayu kerana dibimbangi akan mencetuskan reaksi balas daripada orang Melayu Ket...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah