Asal Usul Dan Perjalanan Melanau
Melanau mendiami Gua Niah dan seterusnya bergerak dan membuat penempatan ke pesisir Sarawak. Mereka kemudian ada yang bergerak ke kawasan yang lebih hulu sehingga ke Kapit. Kebanyakannya bergerak sehingga Santubong. Melanau yang tinggal di Santubong banyak membantu dalam industri perkapalan dan juga membuat rumah. Sebahagian Melanau juga mendiami bahagian kedua Sarawak. Selebihnya, mereka kembali ke kawasan Saribas sehingga ke Miri. Dominasi Melanau banyak terdapat di Rajang, Matu Daro, Dalat dan Mukah. Kebanyakannya, menerima budaya baru dari pelbagai latar belakang yang hadir ke Sarawak selepas itu menyebabkan beberapa kumpulan Melanau lama telah pupus.
Melanau digelar sebagai laut oleh orang lain atas faktor tempat tinggal. Penggunaan laut ini masih lagi digunakan sehingga ke hari ini oleh etnik lain untuk merujuk kepada Melanau. Mereka juga digelar liko yang merujuk kepada sungai kalau mengikut kepada istilah lama. Liko kini dianggap sebagai satu kumpulan Melanau yang masih mengekal anutan lama
Nama Melanau mula digunakan oleh Brunei yang merujuk kepada pekerjaan orang Melanau iaitu memanau iaitu kerja nelayan laut. Melanau juga digelar sebagai lanun kerana menguasai kawasan pesisir Sarawak. Ini kemudiannya diadaptasi oleh Brooke. Sebelum ini mereka hanya menggelar diri mereka berdasarkan tempat tinggal. Liko Rajang misalnya merujuk kepada orang Melanau Rajang. Namun begitu, ada pandangan mengatakan Melanau ialah satu bahasa yang dipertutur oleh etnik Melanau dan Orang Ulu kerana kesamaan dan juga perkongsian budaya dan kesenian yang hampir sama
Faktor penerimaan budaya luar yang awal memandangkan mereka mendiami laut dan sungai menjadikan Melanau sebagai etnik yang mempunyai kebudayaan dan dialek yang pelbagai. Mereka juga banyak terpengaruh dengan budaya serantau dari pelbagai aspek. Dari aspek makanan, agama, sehingga kepada pakaian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://abdulwalidali.blogspot.com/2019/02/asal-usul-dan-perjalanan-melanau.html