Penerokaan Bumi Bersejarah Melayu Lingga


Memandngkan ramai yang tak sabar nak tahu kisah selanjutnya perjalanan kami di Kepulauan Riau ni, jom saya sambung penulisan saya


Selepas sahaja selesai acara Nongsa Regatta di Desa Batu Berlobang, kami telah meneruskan perjalanan kami ke Lingga. Tujuan penerokaan kami untuk kali ini adalah lebih kepada penerokaan sejarah. Mendekati tempat-tempat sejarah berkaitan dengan kemelayuan kita

Ilustrasi perjalanan kami meneroka kepulauan riau
Dari Desa Batu Berlobang, kami telah menaiki perkhidmatan feri khas terus menuju ke Pelabuhan Domestik Sungai Tenam. Memandangkan hari hampir senja, kami hanya sempat singgah di satu lokasi wisata alam yang agak popular di sini iaitu Air Terjun Resun. Perjalanan kami dari pelabuhan mengambil masa hampir sejam (1) untuk sampai ke Air Terjun Resun. 
WISATA ALAM AIR TERJUN RESUN
Air Terjun Resun di Kecamatan Lingga Utara, Kabupaten Lingga. Merupakan salah satu dari belasan air terjun di Pulau Lingga, Air Terjun Resun ini memiliki keindahan panorama yang sangat menakjubkan. Dengan memiliki sudut kecondongan 45 darjah, ia membuatkan airnya tidak terus terjun ke dasar, tetapi mengalir di dinding landasan yang bertingkat-tingkat

Keindahan air terjun Resun
Sempat juga saya dan beberapa orang sahabat dari rombongan mandi dan menikmati kebersihan dan kesejukan airnya. Nasib kami agak baik kerana pada waktu yang hampir senja ni tidak ramai pengunjung yang datang. Yang penting, untuk akses ke air terjun ni korang tak perlu untuk hiking atau tracking kerana lokasinya boleh diakses dengan kenderaan bermotor seperti kereta dan motor

Saya dan Maha sempat mengambilpeluang yang ada untuk mandi
Hari semakin gelap dan kami terpaksa bertolak ke lokasi penginapan kami di Pekan Pancur. Untuk pengetahuan korang, Pekan Pancur merupakan sebuah petempatan kecil yang dihuni oleh masyarakat berbangsa Melayu dan Cina. 
PANCUR "LITTLE HONG KONG" DI LINGGA
Hampir keseluruhan rumah di sini berada di atas air (pelantar), dan untuk menghubungkannya mereka membina beberapa jembatan kayu. Sejujurnya bila sampai je di sini, hati saya berbisik seolah ianya seperti little Hong Kong yang berada di Lingga. Memandangkan pekan ini terbina di atas pelantar, hanya kenderaan kecil seperti motosikal di benarkan untuk masuk terus ke dalam.

Keindahan Pancur ketika matahari awal pagi_foto ihsan Yazid

Pancur mempunyai kelebihan kerana lokasinya terlindung dari ombak, dan gelombang tinggi. Khususnya gelombang ombak yang terhasil dari angin utara. Ini kerana di hadapannya ada beberapa buah pulau yang wujud menjadi sebagai pelindung. Jangan terkejut jika pekan yang nampaknya kecil ini menjadi pangkalan ekspot hasil bumi di Lingga ke Singapura, dan beberapa lagi daerah lain.

Suasana Pancur pada waktu malam_foto ihsan Kak Min
Keindahan Pancur pada waktu malam_foto ihsan Yazid
Oleh kerana kedatangan kami tempohari pada Tahun Baru Cina, maka kami juga turut diundang bagi memeriahkan acara sambuatan Tahun Baru Cina yang di panggil Sambutan Tahun Imlek dalam bahasa Indonesia. Agak terkejut juga saya bila melihat bangsa cina disini fasih bertutur dalam bahasa Melayu

DAIK, LINGGA BUNDA TANAH MELAYU
Awal pagi kami bersiap untuk ke satu lagi destinasi dimana digelar sebagai Bunda Tanah Melayu iaitu Daik, Lingga. Selepas sarapan pagi, kami terus begerak menaiki boat menyulusuri sebatang anak sungai yang kiri kanan kaya dengan hutan paya bakau. Kata mereka sungai ini mempunyai buaya. Walaupun takut, kami hanya mampu tawakkal sahaja

Perjalanan menaiki bot meredah paya bakau
Perjalanan yang diambil titak terlalu lama, hanya lebih kurang 30minit sahaja untuk sampai ke Tambatan Perahu Desa Resun. Dari situ kami telah menaiki bas untuk ke sebuah muzium yang popular di sini iaitu Muzium Linggam Cahaya

MENYAKSIKAN KEMEGAHAN GUNUNG DAIK
Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga,Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.
Pantun ni, tidak asing lagi bagi kita masyarakat Melayu di Malaysia. Ingatkan isnya sekadar cebisan pantun sahaja, rupanya ianya benar-benar wujud. Gunung Daik masih dilindungi awan ketika kami sampai, walaupun cuaca cukup panas. Tapi ianya jelas kelihatan untuk beberapa ketika sementara awan berarak. Gunung Daik yang disangka bercabang 3 realitinya hanya kelihatan bercabang dua. Tapi itulah misterinya, Menurut penjaga Muzium Limggam Cahaya cabang gunung itu telah “patah satu, tinggalah dua” dan kehilangannya menjadi misteri sehingga sekarang

Kelihatan jelas Gunung Daik yang bercabang dua
Masing-masing puncak gunung ini memiliki nama Gunung Daik (paling tinggi), Gunung Pejantan (sederhana) dan Gunung Cindai Menangis (paling rendah/patah). Ketinggian maksimum gunung ini hanya sekitar 1.165 m dpl, namun jarang pendaki yang berhasil menuju ke puncaknya kerana puncaknya memiliki kepayahan panjat tebing 5.9-5.11 North American Grade Standard. Bagi korang yang nak mengambil gambar Gunung Daik, ianya boleh jelas kelihatan dari beberapa lokasi termasuk di kawasan Muzium Linggam Cahaya

MUZIUM LINGGAM CAHAYA
Muzium Linggam Cahaya yang telah dibina oleh Dinas Parawisata (Pelancungan dan Kebudayaan) bertujuan menempatkan artifak peninggalan kesultanan Melayu. Muzium dikatakan ada menempatkan lebih 100 artifak peninggalan Kesultanan Melayu Riau-Linggga. 
Bergambar di  muzium Linggam Cahaya_foto ihsan Dikbee
Antara bahan budaya yang ada ialah seperti Pahar (tempat meletak barangan), Tepak Sireh, Talam, Keto (bekas berkahak, ludah), Bon (tempat menyimpan alat menjahit), Baju tradisi, Keris, Tombak, Kerambit, Pedang, Parang, wang lama dan banyak lagi

Yazid sedang melihat wang lama yang dipamerkan di muzium ini
Saya difahamkan bahawa, banyak barang-barang yang ada dipamerkan  disini adalah hasil sumbangan oleh orang-orang persendirian dan sebagainya. 
Group foto di hadapan muzium Linggam Cahaya
Di sini juga saya sempat melihat catatan sejarah mengenai peristiwa Mei 1787 apabila Sultan Mahmud Syah III meminta bantuan dari Angkatan Iranun Tempasuk untuk menghalau Belanda dari Tanjung Pinang. Selepas peristiwa itulah yang menyebabkan Sultan Mahmud Syah III memindahkan pusat kerajaannya ke Lingga

TAPAK TINGGALAN ASLI ISTANA DAMNAH
Kemudian kami berkunjung pula ke tapak asli Istana Damnah yang terletak kira-kira dua kilomter dari Muzium Linggam Cahaya

Bergambar di hadapan tapak asli Istana Damnah
Tapak asli Istana Damnah ini dikatakan istana tempat tinggal dari Sultan penguasa Kerajaan Riau-Lingga pada satu masa dahulu. Istana Damnah ini dibangun tahun 1860 bersamaan dengan zaman kegemilangan Kerajaan Riau-Lingga. Apa yang saya faham, dari sinilah dikatakan kebudayaan Melayu mulai berkembang

Bergambar di hasil tinggalan Istana Damnah
Bekas Istana Damnah masih kukuh walaupun ianya dikatakan dibina dari campuran tanah liat, pasir, kapur dan kuning telur. Hanya tapak, runtuhan tangga dan tiang istana yang tinggal

Disebelah tapak tinggalan asli Istana Damnah ini pula terbinanya replika Istana Damnah. Kompleks ini dibina berkeluasan 100 m panjang x 150 m lebar (bentuk segi empat memanjang ke belakang) mempunyai dua bangunan utama. Bangunan terletak di sebelah depan adalah sebuah dewan terbuka yang digunakan bagi upacara keramaian manakala di sebelah belakang pula bangunan istana utama. Replika Istana Damnah ini dibina tidak seratus peratus menyerupai istana asal

Bergambar di hadapan replika Istana Damnah
Untuk pengetahuan korang, perkataan Damnah adalah gabungan dua perkataan harian Melayu lama iaitu 'Dam' bermaksud jauh dan 'Nah' bermaksud betul.

Rujukan : http://sejarahmelayu.blogspot.com/2012/05/misteri-istana-damnah-milik-kesultana.html
BERHUBUNG DENGAN PORTABLE WIFI TRAVEL RECOMMENDS
Agak leceh untuk beli dan tukar kepada penggunaan sim tempatan, sepanjang saya dan kawan-kawan di Kepulauan Riau, saya memilih untuk menyewa portable pocket wifi dari Travel Recommends. Alhamdulillah coverage mereka di Batam dan Lingga tidak mengecewakan

Travel Recommends di Batam, Indonesia_fotoihsan Dikbee
Dengan adanya pocket wifi ni, cukup mudah untuk kami berhubung dengan keluarga di Malaysia dan kawan-kawan di sini. Apa yang penting, kami terus boleh buat live update di social media kami berkenaan aktiviti semasa kami ketika trip. Berkongsi gambar trip bersama kawan-kawan pun tak ada masalah kerana pocket wifi ni boleh tethering kepada lima (5) user dalam satu masa

Travel Recommends di Lingga, Indonesia
Selain dari Indonesia, Travel Recommends juga available untuk beberapa negara popular lain seperti Jepun, Korea, Taiwan, China, Vietnam, Thailand, dan Eropah. Kalau ditanya dari segi harga, korang boleh rujuk jadual di bawah ni. Berbaloi atau tidak, pilihan di tangan korang


Kalau korang nak dapatkan maklumat lebih lanjut tentang Travel Recommends ni, korang boleh la layari :
Website :https://www.travelrecommends.comInstagram :https://www.instagram.com/travelrecommends/Facebook :https://www.facebook.com/travelrecommends/Email :[email protected]
AKHIRI PERJALANAN DI BUMI LINGGA
Keesokkan harinya kami telah bersiap seawal pagi untuk bertolak ke Pelabuhan Domestik Sungai Tenam.  Ternyata penerokaan kami di kepulauan riau telah berakhir disini. Banyak lokasi telah dilawati, banyak juga sejarah telah dipelajari. Insyaallah jika ada umur yang panjang, nanti saya ke sini lagi


Untuk maklumat lanjut mengenai hal yang berkaitan, bolehlah terus menghubungi Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, iaitu Bapak Raja Fahrurazi di aplikasi whatsapp +62 08117011961



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2019/02/penerokaan-bumi-bersejarah-melayu-lingga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 759 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan seklian Yes kalau ada siapa yang dah baca post Maha yang berkaitan dengan korang boleh sambung baca post yang kedua ni pula Sambungan perjalanan Maha di KEP...
Lingga Trip 3 Hari 2 Malam Di Daik Bunda Tanah Melayu

Lingga Trip 3 Hari 2 Malam Di Daik Bunda Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 600 hits
Pulau Pandan Jauh Ke TengahGunung Daik Bercabang TigaHancur Badan Dikandung TanahBudi Yang Baik Dikenang JugaBetapa indahnya Bahasa Melayu dalam pantun lama yang sering digunakan dalam penutup bicara Kata kata penghargaan dan terima kasih d...
Melayu Di Lingga Menutup Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019 Penuh Tradisi

Melayu Di Lingga Menutup Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019 Penuh Tradisi

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 727 hits
Nongsa Neptune Regatta 2019 kali keempat telah berlansung selama lapan hari bermula 1 hingga 8 Februari lalu Bermula dan berakhir di Nongsa Point Marina yang hanya 11km dari Singapura acara lumba layar ini berlansung sepenuhnya di perairan ...
Informasi Dia Ini Serupa Barua Barua Melayu Ph

Informasi Dia Ini Serupa Barua Barua Melayu Ph

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 408 hits
Othman Wok PAP Serupa Baruah2 Melayu PH by SnapShot at Sebelum pembaca membaca kisah sedih kejatuhan bangsa Melayu akibat dari pengkhianatan oleh bangsa Melayu sendiri admin tayangkan video klip tentang sejarah bangsa Melayu untuk kita renu...
Wahai Sekelian Warga Melayu Bacalah Tulisan Ini Tentang Kekejaman Mof Terhadap Umat Islam

Wahai Sekelian Warga Melayu Bacalah Tulisan Ini Tentang Kekejaman Mof Terhadap Umat Islam

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 770 hits
Beberapa tahun dahulu kerajaan BN dan saya telah difitnah bahawa kita mahu merompak Tabung Haji dengan penjualan tanah TRX ini dari 1MDB kepada TH Propaganda PH masa itu mendakwa TH telah terlebih bayar untuk tanah ini dan wang TH telah dig...
Melayu 9163

Melayu 9163

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 493 hits
Melayu yang suka berhibur dan dihiburkan Melayu suka berhibur dihiburkan didodoikan dan sangat terpaut dengan hiburan Bila macam itu sukalah yahudi sebab cita cita melalaikan Melayu semakin berjaya Nauzubillahminzalik Melayu yang tidak maca...
Prk Semenyih Kepentingan Islam Melayu Mesti Diutama

Prk Semenyih Kepentingan Islam Melayu Mesti Diutama

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 482 hits
Oleh Fahmi bin Faiz PAS beri sokongan kerjasama kepada UMNO Hishammuddin Calon BN Zakaria Hanafi diiringi bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pusat Roslan Shahir Mohd Shahir ...
Cubaan Tun M Pecahbelah Parti Melayu Terbesar Mursyidul Am

Cubaan Tun M Pecahbelah Parti Melayu Terbesar Mursyidul Am

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 339 hits
PAS Tidak Akan Lakukan Sesuatu Yang Merugikan Islam Mursyidul Am PasARAU 17 Feb Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu sama sekali tidak akan melakukan sesuatu yang merugikan Islam Malah Ha...
Gambar Ini Menggerunkan Kafir Dap Jika Melayu Benar Benar Cerdik Malangnya

Gambar Ini Menggerunkan Kafir Dap Jika Melayu Benar Benar Cerdik Malangnya

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 399 hits
Gambar yang menggerunkan musuh Islam Walaupun berlainan parti tak kira pembangkang mahupun kerajaan Kita satu kesatuan Kita satu ummah Kita satu aqidah Tapi malangnya Melayu tidak mampu bersatu atas landasan Islam kerana Keinginan memiliki ...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut