Penyakit Bawaan Banjir Jenis Penyakit Cara Pencegahan


Ketika musim banjir, terdapat penyakit bawaan banjir yang boleh menjangkiti orang ramai andai langkah-langkah pencegahan tidak diambil.
Oleh kerana itu, orang ramai perlu sentiasa peka dengan musibah banjir ini dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya penularan penyakit.
Apa Itu Banjir? Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.
Negara kita tidak terkecuali daripada menerima musibah ini apabila setiap tahun, Monsun Timur Laut yang melanda negara telah mengakibatkan negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Johor menerima taburan hujan yang tinggi.
Ini mengakibatkan berlakunya banjir terutamanya di kawasan yang rendah sehingga mengakibatkan penduduk terpaksa berpindah ke tempat yang selamat.
Banjir ini juga berisiko mengakibatkan berlakunya penularan penyakit akibat bawaan air yang disebabkan banjir ini.
Oleh itu, orang ramai perlu mengambil perhatian terutamanya mereka yang terlibat dalam banjir ini agar penyakit bawaan air ini tidak menular.
Persiapan Sebelum, Semasa & Selepas Banjir Orang awam perlu membuat persiapan sebelum, semasa dan selepas banjir berlaku.
i- Persiapan Sebelum Banjir
Simpan dokumen penting, barang berharga ke dalam bekas kalis air. Simpan air bersih untuk kegunaaan mandi dan minum. Pastikan lokasi Pusat Pemindahan & Pusat Bantuan yang terdekat. Sediakan peralatan kecemasan secukupnya. Sediakan power bank untuk kegunaan kecemasan. Bersiap sedia untuk berpindah (patuh arahan pihak berkuasa). ii- Semasa Banjir
Jangan kembali ke rumah tanpa arahan pihak berkuasa. Sentiasa mengikuti perkembangan keadaan banjir Elakkan menyentuh barangan elektronik. Awasi kanak-kanak dan elakkan daripada bermain dengan air banjir. Jika terdapat risiko banjir kilat di lokasi anda, segera berpindah. Minum air masak atau air yang berbungkus. iii- Selepas Banjir
Jangan hampiri talian elektrik yang putus/jatuh. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. Elakkan makan makanan yang terdedah. Buang makanan yang sudah rosak termasuk makanan tin yang sudah terendam. Elakkan terdedah kepada air banjir supaya tidak dijangkiti penyakit berjangkit. Masuk rumah dengan berhati-hati dan pastikan memakai kasut. Jenis Penyakit Bawaan Banjir Terdapat beberapa jenis penyakit bawaan air banjir ini iaitu:
1- Demam Kepialu
Deman kepialu disebabkan oleh bakteria Salmonella Typhi yang terdapat dalam air minuman dan makanan yang tercemar serta berhubung secara langsung dengan air yang tercemar.
Simptom penyakit ini adalah sakit kepala, kehilangan selera makan, demam tinggi, dan cirit-birit.
Oleh kerana itu, mereka yang terlibat dalam banjir perlu mengelakkan makanan jalanan dan daripada mana-mana tempat yang tidak bersih.
2- Keracunan Makanan
Keracunan makanan adalah penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar.
Antara simptom penyakit ini adalah rasa loya, cirit birit, muntah-muntah, sakit perut, demam, dan sakit kepala.
Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.
3- Disentri
Disentri atau cirit-birit berdarah merupakan cirit-birit dengan najis berair mengandungi darah yang kelihatan pada mata kasar.
Antara gejala yang bakal dialami adalah demam dan cirit-birit berdarah atau berlendir.
4- Taun
Penyakit ini merupakan cirit-birit yang mudah berjangkit dan sangat berbahaya disebabkan oleh kuman Vibrio Cholerae.
Simptom kepada mereka yang terkena penyakit ini adalah cirit-birit dan dehidrasi yang teruk dan ianya muncul beberapa jam hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan.
5- Hepatitis A
Penyakit ini merupakan keradangan sel hati menyebabkan hati berfungsi dengan tidak normal.
Virus yang menyebabkan keradangan ini adalah hepatitis A yang disebabkan oleh makanan yang tidak bersih atau tidak dimasak.
Simptom biasa yang dialami oleh pesakit adalah demam ringan, kehilangan selera makan, sakit perut dan mata kuning.
10 Langkah Pencegahan Terdapat 10 langkah pencegahan bagi mengelakkan penyakit ini ketika banjir iaitu:
Sentiasa minum air yang telah dimasak atau air terawat yang dibotolkan Makan makanan yang telah dimasak sahaja Jaga kebersihan kawasan persekitaran Pastikan penyediaan makanan dan susu yang selamat untuk anak anda Jaga kebersihan diri, basuh tangan sebelum menyediakan makanan, makan dan selepas ke tandas Elakkan makan makanan mentah seperti ulam-ulaman dan sayuran yang belum dimasak Amalkan ‘Lihat, Hidu dan Rasa’ sebelum makan Pastikan penyediaan makanan dan susu yang selamat untuk anak anda Jangan makan makanan yang disediakan melebihi 4 jam Tutup makanan supaya tidak dicemari (lipas, lalat & tikus) Maklumat Lanjut Bagi info-info mengenai penyakit termasuk penyakit bawaan banjir, sila layari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu https://www.moh.gov.my/.
Baca juga: Doa Ketika Banjir & Hujan Lebat – JAKIM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/penyakit-bawaan-banjir/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=penyakit-bawaan-banjir

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Elak Kejutan Elektrik Ketika Banjir 10 Perkara Penting Ramai Abaikan

Cara Elak Kejutan Elektrik Ketika Banjir 10 Perkara Penting Ramai Abaikan

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 257 hits
Cara Elak Kejutan Elektrik Ketika Banjir 10 Perkara Penting Ramai Abaikan Bila musim hujan lebat datang risiko banjir meningkat di banyak kawasan di Malaysia Dalam keadaan cemas ini ramai orang hanya fokus selamatkan keluarga dan barang ber...
Talian Kasih 15999 Fungsi Jenis Aduan Cara Buat Aduan

Talian Kasih 15999 Fungsi Jenis Aduan Cara Buat Aduan

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 194 hits
Talian Kasih merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi orang ramai mengemukakan aduan dan pertanyaan mengenai isu isu keluarga dan kanak kanak yang boleh diakses melalui Berikut adalah maklumat dan info lanjut berkaitan talian ini Apa It...
Jangan Ambil Mudah Ketahui Risiko Penyakit Ketika Musim Banjir

Jangan Ambil Mudah Ketahui Risiko Penyakit Ketika Musim Banjir

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 202 hits
Jangan Ambil Mudah Ketahui Risiko Penyakit Ketika Musim Banjir Banjir merupakan salah satu fenomena alam yang paling kerap berlaku di negara kita terutamanya pada musim tengkujuh Bencana ini juga turut berlaku disebabkan oleh hujan lebat ya...
Kereta Terendam Banjir Ini Cara Cegah Rosak Teruk

Kereta Terendam Banjir Ini Cara Cegah Rosak Teruk

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 191 hits
Kereta Terendam Banjir Ini Cara Cegah Rosak Teruk Musim hujan dan banjir di Malaysia kini menjadi salah satu cabaran utama bagi pemilik kenderaan terutamanya bagi mereka yang tinggal atau bekerja di kawasan rendah dan mudah dilanda banjir S...
Penamaan Kwsp Cara Daftar Syarat Dan Kepentingannya

Penamaan Kwsp Cara Daftar Syarat Dan Kepentingannya

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 156 hits
Penamaan KWSP ialah proses seorang ahli KWSP menamakan individu atau institusi yang akan menguruskan serta menerima simpanan KWSPnya sekiranya ahli tersebut meninggal dunia Layari untuk login daftar dan buat semakan akaun KWSP anda Ramai ra...
Cara Kukus Pulut Kuning

Cara Kukus Pulut Kuning

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 166 hits
Pulut kuning antara makanan yang kak ana suka makan paling sedap lah kalau dapat makan dengan rendang Tak kisah rendang ayam daging atau kerang dan sebagainya memang itu lah guu nya kalau makan pulut kuning kan nbsp Sebenarnya tak ada beza ...
Price Catcher Kpdn Cara Semak Harga Barang Terkini Di Seluruh Malaysia

Price Catcher Kpdn Cara Semak Harga Barang Terkini Di Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 233 hits
Price Catcher KPDN memudahkan pengguna menyemak harga barang terkini di seluruh Malaysia dengan cepat dan tepat Melalui carian lokasi dan perbandingan harga antara premis pengguna boleh membuat keputusan membeli dengan lebih bijak dan menji...
Cara Ringkas Menanam Pokok Pisang

Cara Ringkas Menanam Pokok Pisang

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 220 hits
Menanam pokok pisang ada caranya jom baca secara ringkas Langkah langkah menanam pisang secara ringkas Sediakan anak pokok Pilih anak pokok pisang yang sihat Potong batang rapat ke pangkal umbi buang semua akar halus dan bersihkan umbi sehi...
Makin Ramai Pelajar Biadap Dengan Pensyarah Kerana Ai Salah Teknologi Atau Cara Kita Berfikir

Makin Ramai Pelajar Biadap Dengan Pensyarah Kerana Ai Salah Teknologi Atau Cara Kita Berfikir

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 127 hits
Penggunaan kecerdasan buatan dalam kalangan pelajar bukan lagi perkara luar biasa Ia telah menjadi alat harian sama seperti kalkulator enjin carian atau buku rujukan digital Namun kebelakangan ini semakin kerap juga kita melihat video dan c...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun