Menjadi Mangsa Banjir Dan Birokrasi Orang Kecil Bergelut Sendirian


Danisyah Dalily Di Hulu Langat, ramai mangsa memohon bantuan kerajaan ditolak permohonan mereka atas sebab-sebab tertentu.

Zariah memeriksaan barangannya selepas air banjir surut untuk dibersihkan jika boleh digunakan semula. Selama 17 tahun, Zariah Shamsuddin dan keluarganya mendiami sebuah rumah kecil yang terletak berhampiran Sungai Lui di Batu 18, Hulu Langat.
Walaupun kehidupan tidak selalunya senang, namun mereka tidak pernah mengalami tragedi atau bencana.
Bagaimanapun, malang tidak berbau, sejak tiga minggu lalu, kawasan kediaman mereka itu dilanda banjir besar selepas hujan berterusan selama beberapa hari.
Akibatnya, tiga anak beranak itu kehilangan segala-galanya termasuk barangan peribadi yang disimpan kerana nilai sentimental sehinggalah rumah yang mereka diami.
Mengimbas kembali bagaimana keadaan hujan yang lebat menyebabkan air banjir masuk ke dalam rumahnya pada malam kejadian, Zariah berkata ia adalah perkara paling menakutkan yang pernah dialaminya.
Keadaan kawasan rumah Zariah selepas banjir di Hulu Langat baru-baru ini.“Saya tidak dapat gambarkan ketakutan yang saya alami pada masa itu,” katanya.
“Air banjir sangat deras dan naik tinggi. Arusnya berpusing-pusing sambil membawa banyak barangan termasuk barangan rumah, motosikal dan juga kayu balak.
“Hari kejadian itu pula gelap dan hujan lebat mencurah-curah, kami dapat mendengar bunyi kuat benda yang dihancurkan dan dimusnahkan banjir.”
Ketika paras air banjir terus naik dan menenggelamkan rumahnya, Zariah, suaminya dan anak lelaki mereka yang berusia lapan tahun naik ke atas sebuah bot kecil.
Mereka cuba berpaut pada apa-apa yang boleh dicapai ketika saat genting itu, namun arus deras memusnahkan semua tempat berpaut dan membawa mereka semakin jauh dari rumah.
Zariah sekeluarga akhirnya tersangkut di pokok buluh di mana mereka menunggu pihak keselamatan datang.
Mereka terdampar di situ selama lebih sembilan jam, cuba bertahan daripada arus air banjir sehingga paras mula surut keesokan harinya.
Tiga minggu selepas kejadian itu, keadaan mereka tidak banyak berubah.
Pada minggu pertama selepas banjir memusnahkan rumah mereka, Zariah dan keluarganya tinggal di dalam khemah.
Di khemah itu, mereka menunggu sehingga bantuan tiba.
“Apabila paras air banjir mula surut, saya bawa anak lelaki saya ke rumah kakak ipar,” katanya.
“Selepas itu, keluarga kawan tawarkan kami duduk di inap desa mereka.”
Zariah akan bermalam di inap desa itu, namun setiap pagi dia akan pulang ke rumahnya untuk mengenal pasti barang yang masih elok dan membersihkan apa-apa yang boleh.
“Suami saya pula, tak tinggalkan kawasan rumah,” katanya.
“Dia dirikan khemah, dan kami duduk di sana melakukan apa-apa yang boleh untuk selamatkan barangan.”
Walaupun sesetengah pihak mungkin mempersoalkan keengganan mereka untuk meninggalkan kawasan rumah yang musnah, namun Zariah berkata masih ada beberapa perkara yang perlu mereka uruskan.
Suaminya mempunyai bengkel motorsikal kecil di belakang rumah mereka, di mana beberapa motorsikal masih belum diambil pemiliknya.
“Dia kata orang ramai sudah beri amanah pada dia, jadi dia perlu duduk sini untuk jaga. Dia sentiasa berjaga-jaga dan sangat berhati-hati terhadap setiap kemungkinan yang boleh berlaku,”katanya.
Kini, Zariah sekeluarga tinggal di sebuah kabin kecil yang diaturkan untuk mereka sebagai tempat berteduh.
Sementara itu, seorang penderma bermurah hati memberikan mereka wang yang cukup untuk membina semula sekurang-kurangnya sebahagian daripada rumah.
Namun usaha pembinaan rumah mereka itu masih perlahan.
Menurut Zariah, ketika kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif untuk membantu yang terjejas akibat banjir, dia dan suami gembira dan melihat ada harapan untuk bangkit daripada bencana itu.
Zariah bersama anaknya di kabin yang menjadi tempat berteduh selepas kehilangan rumah ketika banjir.Namun selepas beratur selama beberapa jam bersama ratusan mangsa yang lain, permohonan mereka ditolak.
“Mereka kata tanah ini tanah rizab, jadi kami tidak dapat bantuan kerajaan untuk bina rumah,” katanya.
“Kami juga mungkin perlu mengosongkan tempat ini jika mereka minta kami untuk kosongkan. Apabila saya dengar perkara ini, saya tidak tahu bagaimana untuk respons lagi.
“Kami tinggal di sini selama bertahun-tahun, sebahagian daripada kami sejak lahir.
“Kami juga bayar cukai kami dan menunaikan tanggungjawab kami sebagai rakyat, tetapi kami tidak boleh mendapatkan bantuan yang kami perlukan apabila kami dilanda bencana.”
Zariah berkata ramai penduduk kampung lain menghadapi penolakan yang sama atas beberapa sebab.
Ada daripada mereka yang ditolak permohonan kerana nama pada geran tanah adalah nama ibu bapa yang sudah meninggal dunia.
Ada juga yang ditolak permohonan kerana belum berkahwin.
Dia berkata terlalu banyak birokrasi yang terlibat sehingga menambah beban mangsa banjir.
“Sistem itu tidak mudahkan kami, malah lebih membebankan kami lagi dan buatkan kami tertekan.
“Mengapa mereka tidak boleh berikan sedikit bantuan yang dijanjikan? Kami orang kampung. Kami tidak berhasrat untuk jadi kaya, kami hanya mahukan tempat berteduh.”
Masih tidak pasti tentang nasibnya, Zariah berkata dia berazam untuk terus kuat menjalani ujian tersebut.
Katanya, dia dan suami akan cuba membina semula rumah mereka sedikit demi sedikit dengan apa yang ada.
Namun, sebagai warganegara, Zariah tidak dapat menafikan kekecewaannya.
“Tetapi apa yang boleh kami lakukan?
“Kami ini hanya orang kecil.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/menjadi-mangsa-banjir-dan-birokrasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 488 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Rebat Rm500 Mangsa Banjir Beli Barangan Elektrik Bermula 7 Jan

Rebat Rm500 Mangsa Banjir Beli Barangan Elektrik Bermula 7 Jan

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 224 hits
Rebat RM500 mangsa banjir beli barangan elektrik bermula 7 Jan MANGSA banjir boleh membeli barangan elektrik dengan kemudahan rebat RM500 di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency di premis terpilih atau secara dalam ta...
Hiburan Selesai Bantu Mangsa Banjir Di Malaysia Ardell Aryana Terbang Ke Syria Pula

Hiburan Selesai Bantu Mangsa Banjir Di Malaysia Ardell Aryana Terbang Ke Syria Pula

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 186 hits
Pelakon Ardell Aryana khabarnya telah terbang ke Syria bagi menghulurkan bantuan keperluan musim sejuk di sana setelah selesai menyalurkan sumbangan kepada mangsa di Malaysia Isteri kepada pelakon dan juga personaliti TV Nadzmi Adhwa itu be...
Mangsa Banjir Kelantan Terengganu Meningkat

Mangsa Banjir Kelantan Terengganu Meningkat

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 317 hits
BERNAMA Seramai 1 186 orang dari 350 keluarga berada di PPS Kelantan berbanding 856 orang pada sebelah petangnya Beberapa sukarelawan dari Ipoh membantu penduduk Taman Sri Nanding membersihkan lumpur akibat kesan banjir yang melanda dua min...
Misi Bantuan Mangsa Banjir Tourism Selangor Tourismselangorcares

Misi Bantuan Mangsa Banjir Tourism Selangor Tourismselangorcares

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 374 hits
Pihak Tourism Selangor Salur Bantuan Kepada Mereka yang Terkesan Akibat Bencana Banjir di Negeri Selangor menerusi Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Tourism Selangor mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada 12 kakitangan Touri...
Jangkitan Naik Di 13 Negeri 442 Mangsa Banjir Positif Covid 19

Jangkitan Naik Di 13 Negeri 442 Mangsa Banjir Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 188 hits
AGENDA DAILY Pecahan kes Covid 19 mengikut negeri negeri pada 30 Disember 2021 Tiga belas negeri hari ini merekodkan peningkatan jangkitan Covid 19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi dengan Sabah mencatat kenaikan empat hari b...
Sukarelawan Silat Cekak Pusaka Hanafi Bersama Apm Ngo Bantu Mangsa Banjir

Sukarelawan Silat Cekak Pusaka Hanafi Bersama Apm Ngo Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 362 hits
Oleh PERSEKUTUAN Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia telah menghantar kumpulan sukarelawan dalam misi bantuan pasca banjir ke Taman Langat Utama 2 Banting Selangor baru baru ini Misi bantuan yang disertai 40 orang sukarelawan ters...
Mangsa Banjir Perlu Diberi Rebat Utiliti Wanita Pkr

Mangsa Banjir Perlu Diberi Rebat Utiliti Wanita Pkr

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 319 hits
Mangsa banjir luar biasa di Selangor dan Pahang wajar dipertimbangkan untuk diberi rebat bil bil utiliti Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Loh Ker Chean operator perkhidmatan utiliti seharusnya melaksanakan Program Tanggungjawab S...
Kerajaan Tak Serius Nak Tolong Mangsa Banjir

Kerajaan Tak Serius Nak Tolong Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 197 hits
Beberapa hari yang lalu saya telah menggesa kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan semua projek mega ketika ini dan menggunakan peruntukan besar tersebut bagi menampung keperluan rakyat yang terjejas banjir Namun sehingga hari ini masih be...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik