Mangsa Banjir Kelantan Terengganu Meningkat


BERNAMA
Seramai 1,186 orang dari 350 keluarga berada di PPS Kelantan berbanding 856 orang pada sebelah petangnya.

Beberapa sukarelawan dari Ipoh membantu penduduk Taman Sri Nanding membersihkan lumpur akibat kesan banjir yang melanda dua minggu lalu di Hulu Langat. Bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu mencatatkan peningkatan malam tadi manakala Pahang menunjukkan penurunan sementara di Selangor dan Negeri Sembilan kekal dengan jumlah sama.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus mencatatkan peningkatan apabila seramai 1,186 orang daripada 350 keluarga berada di PPS setakat 9 malam tadi berbanding 856 orang daripada 245 keluarga petang semalam.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), 14 PPS dibuka melibatkan dua jajahan iaitu sembilan di Jeli dan lima di Kuala Krai.
Sementara itu, menurut portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah berada pada paras bahaya apabila merekodkan bacaan 23.74 meter (m).
Portal rasmi pengurusan bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) pula melaporkan jalan yang menghubungkan Jeli-Dabong di Kampung Reka, Jeli ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air.
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 137 orang daripada 42 keluarga malam ini berbanding 69 orang daripada 22 keluarga petang tadi.
Satu lagi PPS di Dungun iaitu Dewan Serbaguna Kampung Shukur dibuka menjadikan jumlah keseluruhan dua PPS beroperasi ketika ini.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu Rosman Abdullah berkata hanya Dungun satu-satunya daerah yang dilanda banjir hari ini namun pemantauan turut tertumpu di Daerah Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman.
“Jumlah mangsa dijangka terus bertambah malam ini kerana kebanyakan (paras air) sungai utama masih menunjukkan trend peningkatan,” katanya.
Portal rasmi JPS memaklumkan stesen bacaan tiga sungai di tiga daerah di negeri ini telah melepasi paras bahaya malam ini iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut dengan bacaan setinggi 35.03 m, Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, Dungun (38.63m) dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu (19.89 m).
Bagaimanapun, di Pahang, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 3,390 mangsa yang masih berada di 33 PPS di Bentong, Temerloh, Kuantan, Maran dan Pekan.
Portal rasmi JPS turut melaporkan bacaan paras air Sungai Kuantan di Bukit Kenau berada di paras amaran manakala Sungai Dong (Raub), Sungai Triang di Chemomoi (Bentong), Sungai Kundang (Maran) dan Sungai Lembing (Kuantan) berada di paras waspada.
JPS turut meramalkan banjir akan berlaku secara berperingkat di beberapa daerah lain di negeri ini iaitu Kuantan, Rompin, Pekan, Bera, Maran, Jerantut, Temerloh, Lipis, Raub dan Bentong susulan amaran tahap bahaya dengan hujan berterusan oleh Jabatan Meteorologi petang tadi.
Di Selangor, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa banjir kekal dengan 466 mangsa melibatkan 132 keluarga di empat PPS di Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding (20 orang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil (77 orang) di Hulu Langat, Stadium Tertutup Kuala Selangor (201 orang) dan SMK Kuala Selangor (168 orang) di Kuala Selangor.
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan tiga klinik desa (KD) iaitu KD Kampung Nenas, Klang manakala KD Dusun Tua serta KD Batu 18 di Hulu Langat terpaksa ditutup sementara susulan banjir.
Di Negeri Sembilan, Pengarah APM negeri Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir kekal kepada 29 individu daripada sembilan keluarga yang berada di PPS Balai Raya Kampung Puom, Jelebu setakat 9 malam tadi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/mangsa-banjir-kelantan-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 552 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Di Kelantan 4 Negeri Lain Menurun

Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Di Kelantan 4 Negeri Lain Menurun

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 352 hits
Mangsa mangsa banjir di Kelantan ditempatkan di 10 PPS yang kesemuanya dibuka di jajahan Pasir Mas KUALA LUMPUR Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Kelantan mencatatk
Covid 19 11 Kes Positif Melibatkan Mangsa Banjir Di Kelantan

Covid 19 11 Kes Positif Melibatkan Mangsa Banjir Di Kelantan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 278 hits
Sebanyak 11 kes positif COVID 19 dikesan melibatkan mangsa banjir di dua daerah di Kelantan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media...
Jumlah Mangsa Korban Akibat Banjir Di Pahang Sejak Sabtu Lalu Meningkat Kepada 20 Mangsa

Jumlah Mangsa Korban Akibat Banjir Di Pahang Sejak Sabtu Lalu Meningkat Kepada 20 Mangsa

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 351 hits
PETALING JAYA Jumlah korban akibat banjir sejak Sabtu lalu di Pahang meningkat kepada 20 mangsa Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata peningkatan itu sekali gus menjadikan seramai 48 kematian direkodkan di seluruh nega...
223 Penyakit Berjangkit Dikesan Dalam Kalangan Mangsa Banjir Kelantan

223 Penyakit Berjangkit Dikesan Dalam Kalangan Mangsa Banjir Kelantan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 312 hits
Dikesan hasil ujian saringan di PPS yang dibuka di lima daerah KOTA BHARU Sebanyak 223 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir di lima daerah di Kelantan sejak kejadian banjir besar pada 17 Dis lepas Pengarah Jabatan Ke...
Terengganu Kembali Banjir Kelantan Bersiap Sedia

Terengganu Kembali Banjir Kelantan Bersiap Sedia

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 273 hits
AGENDA DAILY Klip video dan gambar keadaan arus deras di Lata Berangin Kuala Krai bukan kepala air dan menurut polis ianya adalah terjunan air bukit yang biasa berlaku selepas hujan Hujan lebat berterusan mengakibatkan Terengganu kembali di...
Gelombang Kedua Jumlah Mangsa Banjir Terus Meningkat Tujuh Jalan Di Tutup Di Pahang

Gelombang Kedua Jumlah Mangsa Banjir Terus Meningkat Tujuh Jalan Di Tutup Di Pahang

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 314 hits
KUANTAN Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri melaporkan jumlah mangsa banjir petang ini ialah seramai 2 058 orang dengan 48 PPS beroperasi di lapan daerah Daripada jumlah itu 995 orang adalah mangsa banjir gelombang kedua di R...
Jumlah Mangsa Banjir Yang Berpindah Ke Pps Di Johor Dan Pahang Meningkat Malam Tadi

Jumlah Mangsa Banjir Yang Berpindah Ke Pps Di Johor Dan Pahang Meningkat Malam Tadi

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara di Johor dan Pahang meningkat malam tadi berbanding petangnya manakala Negeri Sembilan Melaka serta Sabah mencatatkan penurunan Bagi Selangor dan Terengganu jum...
Mangsa Banjir Diberi Moratorium Tangguh Bayar Pinjaman

Mangsa Banjir Diberi Moratorium Tangguh Bayar Pinjaman

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 285 hits
MALAYSIA POST KERAJAAN mengumumkan kemudahan penangguhan atau pengurangan bayaran balik pinjaman perumahan dan hartanah kenderaan kad kredit serta pinjaman peribadi untukmangsa banjir di seluruh negara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabr...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Masak Nasi Lemak Simple

Orang Asli Leader Questions Poor Representation In Aboriginal Law Talks

Islam Agama Persaudaraan Sejagat Ukuhuwa Terjalin

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

More Industrial Courts Needed In Johor To Clear Backlog Says Bar Council


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Makan Petang Di Club House Coffee

Dewa 19 Cukup Siti Nurbaya Chord

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Tok Wan Nasi Berlauk Nasi Lemak Barakah