Menikmati Keindahan Taman Hutan Di The Habitat Bukit Bendera


Ahad | 10.10.2021
Inilah aktiviti pilihan kami sewaktu di Bukit Bendera, iaitu menikmati keindahan taman hutan hujan tropika di The Habitat. Untuk ke pintu masuk The Habitat, kita hanya perlu berjalan kaki sejauh kira-kira 0.1km dari dataran Bukit Bendera. The Habitat terletak di sebelah kiri jalan (dari arah dataran)

Tiket Harga PromosiSebenarnya saya agak berkira-kira nak masuk The Habitat memandangkan harga tiket yang saya rasakan agak tinggi, iaitu RM55/dewasa. Tapi tak dapat menahan diri pulak, tengok macam menarik je The Habitat ni. Terus saya buat carian di Klook dan Shopee untuk semak harga tiket semasa The Habitat (sebelumnya saya memang dah pernah buat carian internet dan nampak ada harga promosi). Masa ni kami berada di luar pintu masuk The Habitat. Kalau masuk dan terus beli di kaunter, tak dapatlah harga promosi

Hasilnya, saya pilih untuk membeli tiket dari ejen pelancongan di Shopee. Urusan dari mula bermesej sehingga terima e-tiket melalui e-mel, cuma dalam tempoh masa sekitar 15 minit. Mudah dan lebih murah! Alhamdulillah dapat tiket dengan harga RM36/dewasa. Ada yang berminat? Boleh ke kedai Shopee ‘bajet2cuti’ ya. 
Jom Masuk The Habitat!
1. Kaunter tiket.Bangunan kandang kuda era British yang dibina sekitar lebih 200 tahun lalu, kini dijadikan kaunter tiket The Habitat. Menarik dan unik! Di kaunter tiket, saya cuma perlu tunjukkan e-tiket tadi. Juga perlu tunjukkan status MySejahtera, hanya yang lengkap vaksin sahaja boleh masuk. Staf kaunter seterusnya memberi sedikit penerangan berkenaan tarikan di The Habitat, di mana ada tandas (penting tu…hehe) dan lain-lain info

2. Brosur The HabitatNak tunjuk tiket, tak ada tiket fizikal. Saya tunjuk brosur jelah. Brosur ni saya dapat masa di kaunter tiket tadi. Sangat berguna, sebab ada peta. Memang perlu merujuk peta untuk memastikan kita tak terlepas semua tarikan yang ada di The Habitat. Yelah, bukan sikit membayar kan. Wajib pergi semua tempat

3. Laluan permulaan yang sangat mempesona!Setelah berbulan lama tak menjejakkan kaki ke hutan, suasana kehijauan dan bunyi-bunyian alam di sini benar-benar memberi ketenangan dan meningkatkan hormon gembira saya. Alhamdulillah! Sangat teruja 😍
4. Peta The HabitatSebelum meneruskan perjalanan, kita teliti peta ni dulu. Lebih besar, mudah nak tengok (sila klik gambar untuk lebih jelas). Kita akan melalui laluan berturap (denai/nature trail) sejauh 1.6km, tak termasuk laluan canopy walk dan tree top walk. Menurut staf tadi, masa yang diambil sekitar 1 jam jika pengunjung terus berjalan tanpa banyak berhenti. Pastinya tak cukup bagi saya yang suka berhenti untuk memerhati, meneliti, menikmati dan mengabadikan keindahan hutan dengan lensa kamera handphone

Langur Way Canopy Walk
5. Langur Way Canopy Walk - The World’s Longest Two-Span Stressed Ribbon Bridge.Inilah antara tarikan utama di The Habitat - laluan kanopi yang diberi nama Langur Way (Laluan Lotong). Kalau bernasib baik bolehlah nampak lotong di sini. Tapi sepanjang kami lalu, tak ada yang memunculkan diri. Cuma nampak disebalik rimbunan dahan pokok

6. Langur Way, The Habitat.Laluan kanopi sepanjang 230m dan berketinggian 40m dari lantai hutan menyajikan pemandangan indah kanopi hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun. Berbeza dari beberapa laluan kanopi lain yang pernah saya lalui, laluan kanopi di sini luas dan kukuh. Bahagian lantainya seakan simen. Struktur binaannya membuatkan jambatan gantung ini tidak mudah bergoyang dan saya tak rasa gayat sewaktu melaluinya. Tapi sesekali saya cuba menjenguk ke bawah, tetap juga terasa gayat 😅
7. Pemandangan kanopi hutan dan lautan dari Langur Way.Dari atas laluan kanopi ini juga, kita dapat menikmati pemandangan Laut Andaman. Tapi masa ni tak begitu jelas, cuaca sedikit mendung dan banyak awan

8. Di pertengahan laluan kanopi, kita akan jumpa satu persimpangan. Jangan terlepas untuk keluar sekejap dari laluan kanopi kalau nak merasa naik buaian gergasi. 
Giant Swing 1
9. Giant Swing 1Masa kami sampai di sini ada pengunjung lain juga, mereka kemudiannya beredar dan beri laluan untuk kami pulak. Seronok dapat berbuai di buaian gergasi ni sambil menikmati keindahan hutan dan irama alam. Buaian ni direka untuk dua orang dewasa duduk. Bolehlah kami duduk berbuai berdua. Kami dapat berlama-lama di sini sekitar 15 minit sebab tak ada pengunjung lain yang datang. Berbuai sampai puas sambil menyumbang suara 🎶 laju...laju...buaiku laju…🎶
Laluan Denai (Nature Trail)
10.Selepas selesai menikmati pemandangan di laluan kanopi dan berbuai di Giant Swing 1, kami berpatah balik untuk merasai pengalaman melalui denai/nature trail yang pastinya memberikan pemandangan dan pengalaman berbeza. Seperti dalam gambar di atas, beginilah rupa laluan kanopi yang kami lalui tadi jika dilihat dari laluan denai. 
11. Bromeliad GardenTaman Bromeliad, antara taman-taman yang ada disepanjang laluan denai. Ikut laluan bertangga untuk menikmati keindahan bunga Bromeliad. Gambar-gambar bunga yang ada di The Habitat ni akan saya buat satu entri lain

12. Ahli Botani?Bunga, daun, batang pokok, semuanya nampak cantik di mata saya. Maka sibuklah saya membelek dan mengambil gambar sana sini. Suami kata, macam jalan dengan Ahli Botani…habis semua dibelek 😅
Sepanjang laluan denai ni juga ada disediakan tempat berehat. Jadinya kalau rasa penat tu, bolehlah duduk melepas lelah. Beberapa stesen water dispenser juga disediakan, tapi kami memang dah siap bawa bekalan minuman yang mencukupi. Tong sampah, peti kecemasan pun turut disediakan di beberapa tempat. Pendek kata, lengkap semuanya di sini


…bersambung dicatatan seterusnya - bahagian 2 (akhir).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2021/10/menikmati-keindahan-taman-hutan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Habitat Bukit Bendera

The Habitat Bukit Bendera

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 450 hits
baca Bahagian 1 Kami seterusnya menuju ke tarikan utama ke 2 di The Habitat iaitu Curtis Crest Tree Top Walk Tarikan utama yang ke 3 Flight of The Colugo tidak dibuka semasa kami datang Bayaran tambahan dikenakan untuk aktiviti zipline Curt...
Jom Naik Funikular Bukit Bendera

Jom Naik Funikular Bukit Bendera

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 583 hits
Ahad 10 10 2021Bukit Bendera atau dikenali juga sebagai Penang Hill merupakan antara tarikan utama pelancongan di Pulau Pinang Walaupun dah pernah ke PP suatu masa dulu tapi saya dan suami belum pernah ke Bukit Bendera Perkhidmatan funikula...
Aktiviti Pendakian Dibenar Di Hutan Taman Negeri Selangor

Aktiviti Pendakian Dibenar Di Hutan Taman Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 215 hits
Oleh Gambar hiasan SHAH ALAM Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengumumkan senarai kawasan Hutan Taman Negeri yang dibenarkan untuk aktiviti pendakian bagi tempoh Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara Menerusi hantaran di laman Facebook JPNS memak...
Ada Apa Di Bukit Bendera

Ada Apa Di Bukit Bendera

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 477 hits
Ahad 10 10 2021 sambungan dari catatan sebelum ini Keluar dari Stesen Atas Bukit Bendera kita akan nampak dataran di sebelah kiri Juga bangunan Astaka Disebabkan dah bawa bekalan makanan kami terus je cari tempat duduk di sekitar dataran un...
Lee Zii Jia Is The Brand Ambassador For Lg Puricare Of Lg Electronics

Lee Zii Jia Is The Brand Ambassador For Lg Puricare Of Lg Electronics

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 550 hits
Under the tagline Life s On Live Better the Malaysian shuttler will represent the brand s award winning tankless Water Purifier and Air Purifier products including the new revolutionary Wearable Air PurifierAward winning home appliance manu...
Set Up National Cancer Fund For The Poor Under 12mp Says Dap Mp

Set Up National Cancer Fund For The Poor Under 12mp Says Dap Mp

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 332 hits
Klang MP Charles Santiago says a minimum of RM50 million should be injected into the 12th Malaysia Plan for a national cancer fund PETALING JAYA The government should set up a national cancer fund under the 12th Malaysia Plan to provide acc...
Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel The Hunt For Red October

Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel The Hunt For Red October

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 328 hits
Filem The Hunt for Red October arahan John McTiernan merupakan antara filem perang klasik yang sangat diminat pengemar filem perang Walaupun filem tersebut sudah berusia lebih 30 tahun ia masih menjadi pilihan pengemar filem dan dianggap se...
The Art Of Kintsugi Where The Imperfection Is The Ultimate Perfection

The Art Of Kintsugi Where The Imperfection Is The Ultimate Perfection

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 259 hits
Thanks to Kintsugi this 15th century Japanese art your chipped or broken porcelain will not end up in the trash On the contrary you will give it a second life Indeed this ancient technique is to repair an object by sticking its The post app...
Masih Ada Ruang Pertahan The Real Muafakat Nasional Jika Pas Bersedia Kata Presiden Umno

Masih Ada Ruang Pertahan The Real Muafakat Nasional Jika Pas Bersedia Kata Presiden Umno

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 222 hits
October 5 2021 11 45 PMAhmad Zahid Hamidi berkata Umno sentiasa berusaha untuk menyelamatkan The Real Muafakat Nasional namun tiada guna jika hanya bertepuk sebelah tangan PETALING JAYA Umno bersedia untuk mempertahan Muafakat Nasional yang...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam