Gambar ini diambil masa balik, waktu petang. Masa datang, tak sempat sebab berkejar nak beli tiket.Dengan menggunakan aplikasi Google Maps, pilih lokasi ‘Penang Hill Lower Station (Stesen Bukit Bendera)’. Alhamdulillah terus sampai stesen tanpa tersesat. Cuma kami ada tersilap masuk satu lorong, maklum saja pertama kali ke sini dan tak biasa dengan jalan di PP.
Gambar ini juga diambil masa balik, waktu petang.Nak parkir di mana? Parkir di bangunan ini yang terletak berhampiran stesen tadi. Bahagian bawah terdapat deretan kedai makan, bahagian atas ruangan parkir. Kadar caj (Sabtu, Ahad & Cuti Umum) - RM3 untuk sejam pertama dan RM1 untuk setiap jam tambahan.
Setelah melepasi pemeriksaan MySejahtera dan suhu, kami terus bergegas ke kaunter tiket. Lega tengok barisan tak panjang. Masa nak beli tiket, kita perlu serahkan kad pengenalan (untuk dapat harga bagi warganegara Malaysia) dan tunjuk MySejahtera (hanya pengunjung yang lengkap vaksin sahaja dibenarkan naik ke Bukit Bendera).
Tadaaa…untung berpagian, kami cuma perlu bayar RM3/seorang untuk perjalanan pergi/balik. Kadar ‘Sunrise’ ini cuma boleh dapat jika kita beli tiket di kaunter mulai pukul 6.30 - 8.00 pagi sahaja. Kalau beli secara online di laman web penanghill, dapat harga normal iaitu RM12. Alhamdulillah jimat RM9/seorang. Bagaimanapun, kadar ‘Sunrise’ ni tidak terpakai pada musim cuti sekolah/musim perayaan
Dah beli tiket, terus masuk ke ruang pelepasan. Menariknya di sepanjang laluan ada info bergambar. Tapi kami tak boleh nak tekun membelek dari satu ke satu info, sebab nak naik funikular pukul 8 pagi
Tak lama beratur dan menunggu, funikular pun sampai. Begini rupanya funikular, pendek macam bas dan kecil ruangannya. Kedudukan bertingkat-tingkat. Yang depan tu lebih tinggi. Walaupun orang nampaknya tak begitu ramai, saya tak dapat tempat duduk pun. Ok juga berdiri, pemandangan lebih luas
Tiba di Stesen Atas Bukit Bendera. Rata-rata pengunjung waktu awal pagi ni berpakaian sukan. Sebab Bukit Bendera ni juga banyak laluan pendakian. Boleh rujuk di laman web penanghill untuk laluan pendakian. InsyaAllah ada kesempatan teringin juga saya nak mencuba
Dalam perjalanan nak keluar dari stesen, akan nampak bangunan ni. Cantik berkabus. Teruja rasanya nak melihat apa yang ada di Bukit Bendera ni|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |