Kawasan dataran di puncak Bukit Bendera. Suasana masih berkabus pada pukul 8.21 pagi.Dah siap makan, jomlah kita berjalan-jalan melihat apa yang ada di Bukit Bendera ni. Maklum je, baru kali pertama sampai sini
Balai Polis Bukit Bendera terletak berhampiran dataran. Klinik Kesihatan pun ada disebelah Astaka.
Bangunan 3 tingkat Astaka (Cliff Cafe).Tingkat bawah menjual minuman/buah-buahan dan tingkat atas menjual makanan. Masa ni ada beberapa kedai dah beroperasi. Tandas ada di hujung bangunan - tandas perempuan (tingkat bawah) dan tandas lelaki (tingkat atas). Keseluruhan tempat ni teratur dan bersih, termasuklah keadaan tandasnya yang nampak diselenggara dengan baik. Sampai ke tandas kau check ya...haha. Bukan nak check pun, tapi memang perlu ke tandas sebelum meruskan acara jalan-jalan
Bahagian atas bangunan Astaka.Kami teruskan naik ke bahagian atas bangunan Astaka. Nampak macam baru dibuat atau mungkin baru dicat semula. Dari sini bolehlah kita menikmati pemandangan alam yang indah.
Antara pemandangan yang dapat dilihat dari atas bumbung Astaka.Selesai melihat-lihat apa yang ada di Astaka, kami menuju ke bahagian kanan puncak Bukit Bendera (jika keluar dari stesen tadi, ambil sebelah kanan)
Ada banyak papan tanda, memudahkan pengunjung.
Antara pemandangan yang dapat dilihat dari puncak Bukit Bendera.SubhanAllah. Terpegun saya melihat keindahan yang terbentang di depan mata. Suasana yang nyaman, nyanyian burung di pagi hari dan kabus yang bergerak, semuanya seakan terapi
Dari kedudukan ini kita boleh nampak dua buah jambatan yang menghubungkan tanah besar dengan pulau.Nampaknya kena ke sini lagi pada masa yang berbeza - waktu cerah tanpa kabus dan waktu malam. Setiap waktu, ada keindahannya tersendiri.
SkydeckSkydeck yang terletak di hujung jalan. Cuma mampu ambil gambar dari sini je, laluan ditutup sebab ada kerja-kerja naik taraf sedang dibuat
Papan tanda disertakan dengan jarak laluan. Sangat memudahkan. Kami memutuskan untuk menuju ke The Habitat yang terletak cuma 0.1km dari dataran
Berada di tanah tinggi, sana sini meriah bunga! Ini jalan ke The Habitat/Masjid/Kuil/Hotel Bellevue. Sebelah kanan tu Earthquake and Thypoon Pavilion. Depan lagi sikit, ada perkhidmatan buggy untuk kita pusing-pusing Bukit Bendera (luas juga kawasan puncak Bukit Bendera, boleh rujuk poster di bawah). RM30 satu buggy. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |