1. Curtis Crest Tree Top WalkInilah Curtis Crest Tree Top Walk, kita perlu mendaki anak tangga untuk naik ke atas. Masa mula-mula nampak, terus terasa gayat nak naik Tree Top Walk ni.
2. Gambar pandangan dari udara Curtis Crest Tree Top Walk dan kedudukannya di Bukit Bendera. Sumber : thehabitat.myMenurut staf di sini, nama Curtis diambil sempena nama seorang tukang kebun di sini (pada era British). Kemudiannya baru saya perasan, kebanyakkan nama-nama tempat di Bukit Bendera menggunakan nama ‘orang putih’. Contohnya, Cliff Cafe (Asataka Bukit Bendera) dan David Brown’s Restaurant. Kenapa agaknya kita masih perlu ‘mengangkat’ bangsa penjajah? Mungkin atas faktor nilai komersial
3. Tangga dan laluan ke atas.Jom kita naik Tree Top Walk! Mendaki anak tangga pun dah terasa gayat bila mata memandang bawah. Dalam pada gayat, tetap mampu ambil gambar untuk catatan memori
4. Sudut pandang dari tangga, sebelum sampai ke atas.
5. Tree Top WalkPlatform Curtis Crest Tree Top Walk ini berketinggian 13m, merupakan public view point yang tertinggi di bahagian pulau Pulau Pinang iaitu berada di ketinggian 800m di atas paras laut. Apa perasaan berada di atas ni? Gayat bercampur seronok! Bila dah mula melangkah, lama-lama rasa gayat saya berkurangan. Tambahan pulak mata sibuk menikmati pemandangan yang terbentang
6. Pemandangan dua buah jambatan Pulau Pinang dan bandar Georgetown. (Sila klik gambar untuk lebih jelas)
7. Banglo lama.Dari sini, kita juga dapat melihat bangunan kediaman tinggalan era British. Menurut info yang saya baca di Internet, terdapat lebih 20 buah banglo lama di Bukit Bendera. Sebahagiannya milik kerajaan negeri dan ada juga milik persendirian
8. Abadikan memori…Berbanding berjalan di jambatan gantung Langur Way, saya rasa lebih gayat dan seram sewaktu berjalan di Tree Top Walk ni. Sebabnya laluan lebih kecil, lantai berlubang boleh nampak bawah dan angin bertiup terasa lebih kuat. Tapi pemandangan lebih menariklah sebab lebih jauh dan luas
9. Discovery Station - melihat secara dekat sebahagaian flora dan fauna yang telah dikeringkan dan diawetkan.
10. Antara laluan yang indah dengan taburan bunga merah oren yang gugur dari pokok.Kedai & Kafe
11. Bahagian dalam kedai.Eksplorasi di The Habitat berakhir sebaik saja kita sampai di penghujung jalan dan tiba di bangunan berdinding kaca. Inilah kedai & kafe The Habitat. Pelbagai cenderamata, pakaian, buku dan lain-lain dijual di sini. Sesuai dengan The Habitat, barangan yang dijual di sini bertemakan alam semulajadi. Menarik semuanya.
12. Bahagian luar kafe.Kami kemudiannya duduk ‘mengopi’ di kafe ini, di bahagian luar. Lebih dekat dengan hijau alam. Terasa nikmatnya. Bahagian atas (naik melalui tangga spiral) ditutup kepada pengunjung. Kalau nak ke tandas, turun tangga di sebelah kiri|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |