Masih Ada Ruang Pertahan The Real Muafakat Nasional Jika Pas Bersedia Kata Presiden Umno


FMT Reporters
-October 5, 2021 11:45 PM
Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno sentiasa berusaha untuk menyelamatkan ‘The Real Muafakat Nasional’ namun tiada guna jika hanya bertepuk sebelah tangan.
PETALING JAYA: Umno bersedia untuk mempertahan Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai pada 2019 jika PAS bersedia, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid menjelaskan, “The Real Muafakat Nasional” merupakan suatu kerjasama yang wajib bersandarkan kepada penyatuan ummah yang jujur lagi ikhlas.

“Adakah Umno tidak berusaha menyelamatkan “The Real Muafakat Nasional” yang dimeterai antara Umno dan PAS pada 2019?

“Jawapannya Umno sentiasa berusaha. Namun tiada guna bertepuk sebelah tangan.

“Justeru biarlah demokrasi yang menentukan sehingga tiba PRU15,” katanya di Facebook.

Zahid berkata, perkara itu bukanlah satu manifestasi ketamakan, sebaliknya biarlah ia “free for all”.

Katanya, ramai ahli yang berharapkan begitu, namun dalam keadaan sekarang Umno perlu berdepan dengan realiti semasa.

“Umno tidak lagi boleh berdepan dengan ketidaktentuan tentang MN dalam persiapan dan persediaannya menghadapi PRU15.

“Ketidaktentuan boleh mengganggu dan menyekat kelancaran strategi serta gerak kerja Umno untuk PRU15,” kata Zahid.

Zahid berkata, ramai pihak termasuk dalam kalangan pengundi atas pagar berpandangan Umno telah dikhianati.

Katanya, Umno kekal bertanding di bawah panji Barisan Nasional (BN) bersama parti komponen dan rakannya yang masih setia kepada perjuangan gabungan itu.

“Dengan semangat berpuluh tahun BN, kita wajar gemilangkan kembali semangat itu sebagai wadah perjuangan paling bererti untuk rakyat dan negara menjelang PRU15.

“Saya yakin BN akan meraih sokongan deras rakyat selepas apa yang rakyat alami, rasai dan saksikan selepas PRU14 berakhir pada 9 Mei 2018,” katanya.

Zahid berkata, Perikatan Nasional (PN) yang dibarisi Bersatu dan PAS telah pun mengumumkan mereka telah mencapai kata sepakat mereka untuk menyelesaikan pembahagian kerusi yang akan ditandingi di peringkat Parlimen dan DUN pada PRU15.

“Justeru sudah terang lagi bersuluh Umno perlu “move on” dan melangkah ke hadapan dengan segera dan tidak boleh terus dalam perkara yang tidak pasti,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/masih-ada-ruang-pertahan-real-muafakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Dan Pas Selangor Pertegas Muafakat Nasional Untuk Pru

Umno Dan Pas Selangor Pertegas Muafakat Nasional Untuk Pru

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 178 hits
Umno dan PAS Selangor pertegas Muafakat Nasional untuk PRU Ketika keadaan di peringkat pusat masih kabur Umno dan PAS Selangor hari ini mempertegaskan persetujuan untuk mengukuhkan hubungan kedua dua parti untuk berdepan pilihan raya akan d...
Umno Masih Bergelut Walaupun Dapat Jawatan Pm Kata Penganalisis

Umno Masih Bergelut Walaupun Dapat Jawatan Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 193 hits
September 24 2021 Menurut penganalisis untuk jangka pendek Umno perlu bersatu susun semula pemimpin yang ada integriti dalam barisan Majlis Tertinggi parti PETALING JAYA Kenyataan terbaharu Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Umno sudah bersifat...
Pas Dan Umno Selangor Kekal Pertahan Piagam Mn

Pas Dan Umno Selangor Kekal Pertahan Piagam Mn

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 200 hits
MESYUARAT Muafakat Nasional Negeri Selangor Bil 2 2021 yang diadakan semalam telah bersetuju memperkasa dan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua parti Umno dan PAS di semua peringkat di negeri ini atas platform MN demi membuat persediaan ...
Time For Umno To Move On From Muafakat Nasional Says Zahid

Time For Umno To Move On From Muafakat Nasional Says Zahid

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 236 hits
In the clearest indicator that there was not going to be any further cooperation between the two parties the Umno president said the party needed to face the next general election without the uncertainty of the alliance hanging over its hea...
Umno Dikianati Oleh Pas Dan Bersatu Padan Muka Bersatu Sedia Lawan Umno Kata Muhyiddin

Umno Dikianati Oleh Pas Dan Bersatu Padan Muka Bersatu Sedia Lawan Umno Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 233 hits
Bersatu sedia lawan Umno kata Muhyiddin October 2 2021 Muhyiddin Yassin ketika sidang media selepas menemui pemimpin Bersatu Sabah di Kota Kinabalu hari ini KOTA KINABALU Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Bersatu bersedia melaw...
Tuuuuuu Dia Aihhhhh Zuhud Depa Balun Sama Naik Dengan Puak Umno Patut Muafakat Sekali Apanama Apanama Mn

Tuuuuuu Dia Aihhhhh Zuhud Depa Balun Sama Naik Dengan Puak Umno Patut Muafakat Sekali Apanama Apanama Mn

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 155 hits
Mahfuz dedah Yang Dipertua YADIM tinggal di rumah tetamu dengan perabot RM22 000 October 6 2021Datuk Mahfuz Omar mendesak kerajaan menyiasat berkenaan pemindahan wang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia kepada anak syarikat Lembaran YADIM Sdn ...
Krisis Melaka Tunjuk Umno Keliru Berpecah Belah Kata Penganalisis

Krisis Melaka Tunjuk Umno Keliru Berpecah Belah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 277 hits
freemalaysiatoday com October 12 2021 8 30 AMEmpat ADUN Melaka menarik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Umno minggu lalu PETALING JAYA Krisis politik di Melaka menonjolkan tiadanya keselarasan antara pemimpin Umno dan ahli akar umbi...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi