Ini aku bersama angan-anganku. Kononnya nak jadi ahli bela diri seperti pelakon Hollywood terkenal zaman 70an, Chuck Norris. Aku pun menyertai Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib Malaysia. Tetapi itu semua hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja..
Inilah aku dan adik aku sedang bergurau senda berlaku sebagai hero dan taiko atau pendekar dan penjahat.. hahahaa.
Ini adalah gambar aku dan adikku, Badrulhisham. Kami sangat 'kamcin' yakni sering melakukan aktiviti-aktiviti rahsia bersama sahabat-sahabat yang lain. Cuma dia tidak pernah menyertai PSSGGM bersama kami kerana dia ada caranya sendiri dalam mempertahankan dirinya, begitu katanya, hihihiii..
Gambar pertama dalam imej ini, yang sedang duduk diatas batu disebelah aku itu, namanya Zainuddin. Dia adalah sepupu Jamaluddin. Berkawan dengannya paling best kerana dia ni agak gila-gila perangainya. Cuma dalam bab duit belanja tu dia lah yang paling kemut (kedekut) hahahaa. Gambar ke-dua pula adalah Jamaluddin yang pakai baju celoreng, sahabatku yang paling rapat sekali. Kisahnya telah aku tulis dalam 2 artikel yang lepas. Boleh rujuk di artikel 'buat jahat jangan sekali' dan 'sahabatku digilis kereta'.
Gambar yang sedang duduk sendirian itu namanya Zizi tetapi terkenal dengan panggilan gelaran 'Wok'. Dialah yang paling pemurah dikalangan kami. Selalu sangat belanja aku makan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |