Ibu Halalkan Segalanya Masa Keluar Tiada Tangisan Ibu Tahu Muhammad Dah Pergi


Bila dapat tahu diri hamil, setiap wanita pasti akan rasa bersyukur. Tambah lagi bila anak yang dikandung itu penghuni pertama rahim ibu. Dalam hati pasti mengharapkan fasa mengandung berjalan lancar dan anak yang bakal lahir nanti sihat.

Namun jika Allah berkehendakkan sesuatu melebihi daripada kita, tiada daya untuk kita menolak takdirNya. Sama juga situasi yang dikongsikan oleh ibu ini di Facebook Hayfa Amani apabila Allah ambil anaknya sejurus selepas lahir.
Menurutnya, percaya aturan Allah itu lebih indah. Rindu tetap rindu, kadang rasa tak tertanggung. Tapi ingatlah yang janji Allah itu pasti, Dia tak kan uji hambanya melebihi kemampuan. Ada hadiah yang Allah telah tetapkan untuk hambaNya yang sabar, reda dan ikhlas atas ujianNya. InsyaAllah.
Dapat tahu ketika bayi berusia 27 minggu
Kisahnya anak syurga saya Muhammad kurang gerak masa kandungan saya 27 minggu. Jadinya saya ke klinik swasta untuk check keadaan baby. Masa buat 2D scan tu doktor cakap anak saya alhamdulillah ok, jantung pun nampak berkelip kelip dekat screen tu.

Berbunga hati saya tiap kali nampak degupan jantung anak. Masa tu Dr pujuk saya untuk buat 5D scan sebab baby tengah pandang kamera katanya. Saya pun setuju untuk buat 5D scan sebab excited nak tengok muka anak, ye la anak sulung kan.
Masa buat 5D scan tu baru nampak yang baby ada cleft. MasyaAllah berdebar jantung saya masa tu, tak sangka yang anak ada masalah sedangkan saya dah buat detail Scan masa kandungan 20 minggu dan Dr bagitau yang baby sihat sempurna dan normal. Dr refer saya ke KK dan KK refer saya ke hospital untuk berjumpa dengan pakar untuk buat detail scan lagi sekali.
Dekat hospital pakar buat detail scan lagi sekali, masa tu kandungan dah 28 nak masuk 29 minggu dah. Ya lah nak dapatkan appoinment dengan pakar di hospital kerajaan kan memang ambil masa sikit. Lama Dr scan perut untuk tengok keadaan baby, muka Dr pun dah berkerut masa scan tu, saya dalam hati berdoa jangan la ada masalah yang serius dengan baby. Kalau setakat cleft tu saya terima sebab boleh dirawat.
Terdapat 8 hingga 9 masalah pada bayi 
Tapi naluri ibu tak salah, Dr bagi saya khabar duka dimana terdapat banyak masalah dekat baby. Antara lebihan air dalam kepala, cleft, jantung berlubang, jantung kecil sebelah, usus tak terbentuk dan sebagainya. Terdapat 8-9 major problem dekat baby. Jadi Dr suggest untuk ambil sample air ketuban untuk tahu apa masalah baby.
Saya setuju untuk buat test tu. Walaupun takut, walaupun sakit saya tetap buat test tu dengan harapan masih ada peluang untuk selamatkan baby. Result sample ambil masa lebih kurang 2 minggu juga. Dalam hati ni terus berdoa supaya ada keajaiban untuk anak saya. 2 minggu tu terasa sangat lama untuk saya.
Lepas 2 minggu Dr call untuk ambil result. Betapa luluhnya hati saya bila Dr sahkan yang baby ada Edward Sydrome. Dimana ada masalah dengan kromosom baby. Dr explain yang baby tak dapat survive lepas lahir nanti sebab terlalu banyak masalah dekat baby.
Dr bagi pilihan induce atau tunggu sampai cukup bulan
Dr bagi 2 option sama ada nak induce untuk lahirkan baby awal ataupun tunggu turun tanda sendri. Dr bgtau yang mereka memang tak kan buat apa-apa untuk baby masa lahir nanti sebab peluang untuk baby survive cuma 1%.
Dr cakap nak terminate kandungan pun dah tak boleh sebab baby dah besar. So option dia sama ada induce untuk bersalin awal ataupun tunggu sampai full term. Kalau saya pilih nak carry pregnancy sampai full term pun baby boleh berisiko untuk meninggal dalam perut.
Gelapnya dunia saya masa tu hanya Allah je yang tahu. Betapa luluhnya hati saya bila Dr cakap anak saya tak ada harapan untuk hidup. Macam-macam persoalan terlintas dalam fikiran saya masa tu. Kenapa aku? Kenapa Allah bagi ujian macam ni dekat aku? Kenapa Allah selitkan ujian macam ni di saat aku dengan suami begitu excited untuk terima cahaya mata dalam keluarga kami? Aku dan suami tak ada masalah genetik tapi kenapa kami yang dipilih untuk terima ujian ni?

Lama saya ambil masa untuk terima apa yang berlaku. Seolah-olah semua ni macam mimpi bagi saya. Saya lupa yang Allah itu ada, Dia selalu ada. Alhamdulillah suami dengan keluarga bantu saya untuk bangun, selalu ingatkan saya yang anak tu hanya pinjaman dari Allah, Dia yang memberi, Dia juga lah yang ambil semula. Itu semua hak Dia, siapa lah saya nak mempertikai. Saya cuma hamba yang hina. Bila saya kembali pada Allah, perlahan lahan hati saya mula redha dengan ujian ni. Hati saya mula ikhlas menerima takdir yang Allah atur ni.
Bawa Muhammad sampai kandungan 41 minggu
Lepas bincang dengan suami, saya pilih untuk teruskan kandungan sampai full term. Sebab saya nak Muhammad ada dengan saya lama sikit. Demi Allah, saya tak ready untuk kehilangan Muhammad. Muhammad sangat kuat, tetap bertahan dengan saya walaupun Dr cakap bila-bila masa anak saya boleh meninggal dalam perut. Saya bawa Muhammad sampai kandungan 41 minggu. Sampai air ketuban saya pecah sendiri.
Masa dalam Labour Room pun Dr explain lagi sekali yang mereka tak akan buat apa-apa untuk baby. Saya redha, saya terima sebab kesian dekat anak saya kalau saya tetap berkeras suruh Dr selamatkan baby. Mungkin kalau saya paksa dia untuk survive, belum tentu itu yang terbaik untuk masa depan dia.
Biarlah anak saya pergi, cukup lah anak ibu sakit dalam perut ibu. Ibu tak sanggup tengok Muhammad sakit lagi kalau ibu berkeras suruh Dr buat apa-apa. Biarlah Muhammad pergi dengan tenang. Doa ibu kalau umur anak ibu tak panjang, ibu mohon supaya Allah ambil anak ibu dengan cara yang mudah, dengan cara yang tak menyakitkan anak ibu. Ibu dah redha, ibu ikhlas lepaskan Muhammad. Mungkin di sisi Allah adalah tempat terbaik untuk anak ibu.

Ibu reda, tiada tangisan masa lahir
Alhamdulillah tanggal 8 September 2022, tepat jam 3.34 AM, anak syurga saya selamat dilahirkan. Muhammad tinggalkan saya sejurus dilahirkan. Tiada tangisan yang didengari, saya tahu anak saya sudah pergi bertemu dengan Penciptanya. Alhamdulillah Muhammad pergi dengan sangat mudah. Pergi dengan cara yang ibu harapkan. Ibu redha sayang, ibu ikhlaskan. Ibu titipkan Muhammad dalam jagaan Allah. InsyaAllah satu saat nanti, ibu akan bertemu dengan Muhammad lagi.
Terima kasih sebab ada dengan ibu sampai habis waktu. Terima kasih sebab tetap kuat dalam rahim ibu sampai Muhammad dilahirkan. Terima kasih sebab teman ibu selama 9 bulan ni sayang. Urusan ibu mengandung dan melahirkan Muhammad sangat mudah dan lancar alhamdulillah.
Sekarang dah berakhir perjuangan anak ibu. Berehatlah sayang. Sesungguhnya ibu halalkan segalanya dekat dunia ni. Ibu dengan ayah doa dari jauh. Semoga kita bertemu kembali. Nanti tarik tangan ibu dengan ayah tau, kita masuk syurga sama-sama. Muhammad kesayangan ibu dengan ayah dunia akhirat…Al-Fatihah, Muhammad Bin Abdul Hadi ❤
Kredit: Hayfa Amani

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
 
 
 
The post “Ibu Halalkan Segalanya..Masa Keluar Tiada Tangisan, Ibu Tahu Muhammad Dah Pergi.” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ibu-halalkan-segalanya-masa-keluar-tiada-tangisan-ibu-tahu-muhammad-dah-pergi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Berdebar Tunggu Anak Tak Keluar Masuk Sekolah Nampak Dikerumun Guru Rakan

Ibu Berdebar Tunggu Anak Tak Keluar Masuk Sekolah Nampak Dikerumun Guru Rakan

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 188 hits
Setiap anak mempunyai bakat dan kelebihannya tersendiri Oleh itu ibu bapa merupakan tulang belakang yang perlu memberi sokongan dan bimbingan kepada anak anak untuk terus maju dalam melakukan apa jua perkara yang diminati Menerusi satu perk...
Individu Dakwa Mangsa Dipukul Sebab Tinggalkan Ibu Sakit Sendirian Di Rumah Keluar Jumpa Dengan Kekasih

Individu Dakwa Mangsa Dipukul Sebab Tinggalkan Ibu Sakit Sendirian Di Rumah Keluar Jumpa Dengan Kekasih

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 255 hits
Polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap penularan video yang menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul oleh lelaki yang dikatakan berlaku di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisi...
Muhyiddin Terus Ajak Orang Muda Keluar Mengundi Pilih Masa Depan

Muhyiddin Terus Ajak Orang Muda Keluar Mengundi Pilih Masa Depan

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 137 hits
agendaily com15 10 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama ribuan anak muda yang hadir pada program Gegar Anak Johor di Kompleks Sukan Pagoh hari ini Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin terus meng...
Suami Selalu Cakap Keluar 11 Sept Ibu Tak Sangka 2 Anak Kongsi Tarikh Lahir Sama

Suami Selalu Cakap Keluar 11 Sept Ibu Tak Sangka 2 Anak Kongsi Tarikh Lahir Sama

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 222 hits
Seorang isteri dan ibu sama sekali tak menyangka akan berkongsi tarikh lahir yang sama dengan dua anak perempuannya Nurfahtiha Tahir juga menganggap ini adalah kebetulan dan rezeki Allah Dua orang puteri kesayangannya iaitu Aisyah Safiyyah ...
Rahsia 5 Minit Langsaikan Hutang Dan Keluar Dari Masalah Kesempitan Hidup

Rahsia 5 Minit Langsaikan Hutang Dan Keluar Dari Masalah Kesempitan Hidup

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 176 hits
PERHATIAN Kempen ini ditujukan KHAS Kepada Mereka Yang Nak Berniaga Untuk UBAH HIDUP JANA PENDAPATAN TAMBAHANRahsia Nak Langsaikan Hutang Dan Keluar Dari Masalah Kesempitan Hidup dengan KEMPEN INIIni adalah real bisnes bukan program investm...
Keluar Pas Kononnya Benci Umno Akhirnya Bersama Umno Untuk Jatuhkan Kerajaan Ph

Keluar Pas Kononnya Benci Umno Akhirnya Bersama Umno Untuk Jatuhkan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 161 hits
YB Amiruddin Hamzah MP Kubang Pasu Beliau asalnya dari Pas pegang AJK Pas Negeri Kedah Beliau keluar Pas kononnya tidak lagi meyakini perjuangan Pas yang mesra kepada Umno Beliau pun menyertai Bersatu dan bertanding di dalam PRU14 di bawah ...
Pasangan Nzd Usd Akan Keluar Dari Julatnya Tidak Lama Lagi

Pasangan Nzd Usd Akan Keluar Dari Julatnya Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 153 hits
Pasangan mata wang NZD USD didagangkan dalam warna hijau pada tahap 0 5824 pada masa penulisan Dalam jangka pendek ia terperangkap dalam corak julat jadi hanya pergerakan keluar daripada pembentukan ini boleh membawa peluang dagangan baharu...
Dr Amalina Kongsi Ini Sebabnya Dia Keluar Berjalan Dalam Pantang Bukan Saja Saja

Dr Amalina Kongsi Ini Sebabnya Dia Keluar Berjalan Dalam Pantang Bukan Saja Saja

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 98 hits
Tempoh berpantang antara fasa memulihkan kembali tenaga ibu yang banyak digunakan ketika mengandung dan selepas melahirkan anak Selain untuk menyihatkan badan amalan berpantang ini dapat mengembalikan bentuk badan melancarkan peredaran dara...
Baru Keluar Tentera Shin Jaeha Sertai Drama Taxi Driver 2 One Hit Scandal

Baru Keluar Tentera Shin Jaeha Sertai Drama Taxi Driver 2 One Hit Scandal

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 183 hits
Nampaknya Shin Jae ha masih menjadi rebutan ramai meskipun sudah pun 2 tahun berkhidmat dalam ketenteraan ARTIKEL BERKAITAN Baru sahaja menamatkan perkhidmatan agensi lelaki itu telah meriliskan gambar profil baru buatnya Malah lebih mengge...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids