Teman Isteri Check Up Masa Mengandung Rasa Sayang Tu Sampai Pada Baby


Mana-mana isteri pasti rasa dihargai dan gembira apabila suami sudi menemankannya setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal di klinik atau hospital pilihan. Keprihatinan suami sepanjang tempoh kehamilan pastinya dapat memberi semangat kepada ibu hamil yang segelintirnya mengalami alahan kehamilan. Bak kata pepatah, susah dan senang diharungi bersama.
Terdapat doktor yang berpendapat, suami patut menemani isteri sekurang-kurangnya sekali dalam trimester pertama, sekali dalam dalam trimester kedua dan lebih kerap dalam trimester ketiga.
Artikel Menarik: [“Kita Nak Pergi Bulan Ke?”. Satu Flight Tergelak Dengar Soalan ‘Luar Kotak’ Adik Ni!]
Isteri bukannya meminta diri dimanjakan. Suami yang penyayang kepada si isteri dan anak dalam kandungan biasanya sanggup meluangkan masa yang ada untuk menemani isteri lakukan pemeriksaan antenatal. Percayalah, ia pasti meninggalkan momen berharga buat isteri yang tidak mungkin disedari oleh si suami.
Sumber foto: www.freepik.com Sebenarnya, ada banyak manfaat yang bakal anda peroleh jika kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal kehamilan. Berikut adalah antara kelebihan yang bakal diperoleh oleh para suami;
1. Urusan isteri lebih mudah Dalam keadaan tertentu, mungkin ada segelintir ibu hamil terpaksa membawa anak lain yang masih kecil bersama-sama semasa melakukan pemeriksaan antenatal. Ke hulu ke hilir, si kecil perlu mengikuti isteri termasuklah ke dalam tandas untuk mendapat sampel air kencing.
Artikel Menarik: [Dah Besar Dia Tak Peluk Cium Dah. Ayah Ni Kongsi Cara Buat Anak Rasa ‘Dekat’ Dengan Kita!]
Sekiranya ada suami bersama, pasti ia lebih memudahkan semua proses rutin pemeriksaan yang perlu dilalui. Isteri pasti berasa lebih lega dan tidak mengeluh kepenatan.
2. Sama-sama belajar tentang kehamilan Pemeriksaan antenatal pertama yang ditemani oleh si suami akan membantu isteri menerangkan kepada doktor dengan tepat maklumat sejarah kesihatan di sebelah bapa bayi yang dikandungkannya. Ini bererti, suami sendiri boleh bercerita lanjut tentang hal itu.
Dalam setiap kali temujanji pemeriksaan antenatal, doktor akan berkongsi pelbagai informasi berkenaan perkembangan kehamilan dan kandungan. Jadi, apabila suami ada bersama, pelbagai ilmu dapat dikumpulkan sebagai persediaan menghadapi proses kelahiran bayi yang anda berdua nantikan kelak.
3. Beri sokongan moral Pelbagai prosedur pemeriksaan antenatal perlu dilalui oleh wanita hamil. Setiap kali temujanji, isteri perlu menjalani ujian air kencing, darah dan paling menimbulkan kembimbangan kepada kebanyakan wanita hamil ialah ujian MGTT yang memerlukannya minum air gula yang pekat.
Sumber foto: www.freepik.com Jika ibu hamil menghidap penyakit atau masalah kesihatan tertentu seperti diabetes, tekanan darah tinggi, berat berat berlebihan, hemoglobin rendah dan lain-lain, pasti ia sedikit sebanyak mengganggu emosinya. Apabila doktor menerangkan tentang risiko komplikasi akibat masalah kesihatan semasa hamil yang mungkin dihadapi, isteri pasti berasa bimbang dengan keadaan bayi dalam kandungan.
Apabila suami menemani isteri, sekurang-kurangnya suami dapat memulihkan semangat dan sama-sama memikirkan tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah kesihatan yang dialami itu.
Artikel Menarik: [Wanita Hamil Menangis Teringin Roti Buaya, Ibu Mentua Usaha Buatkan. Seronok Bila Dapat!]
4. Persediaan menghadapi kelahiran Suami yang kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal pasti mengetahui apa sahaja informasi berkenaan bayi dan isteri. Sambil menunggu giliran berjumpa dengan doktor, anda suami isteri boleh berbincang dan bertanya lanjut dengan jururawat yang menjaga kaunter pendaftaran tentang prosedur bersalin di hospital pilihan.
Selain daripada itu, semasa berjumpa dengan doktor, ringankan mulut untuk bertanya dengan terperinci tentang proses kelahiran seperti tanda-tanda awal bersalin, cara meneran yang betul dan macam-macam lagi.
Sebab itulah pentingnya suami temankan isteri untuk buat pemeriksaan kesihatan. Bukannya isteri tidak boleh berdikari, tetapi kehadiran suami dapat memberi semangat kepada mereka. Bahkan bayi dalam kandungan pun dapat merasai kasih sayang ayah mereka!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

The post Teman Isteri Check Up Masa Mengandung, Rasa Sayang Tu ‘Sampai’ Pada Baby! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/teman-isteri-check-up-masa-mengandung-rasa-sayang-tu-sampai-pada-baby/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Tengah Sedih Kot Baru Kehilangan Isteri Netizen Kata Wartawan Interview Tak Kena Masa

Orang Tengah Sedih Kot Baru Kehilangan Isteri Netizen Kata Wartawan Interview Tak Kena Masa

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 173 hits
Sebelum ini tular di rata rata media sosial mengenai sebuah hantaran video memaparkan nahas yang berlaku di Kilometer 45 7 Lebuhraya Utara Selatan di Sedenak Johor Menerusi video tersebut seorang lelaki dilihat hanya mampu meraung melihat i...
Lelaki Jawab Punca Berpisah Akui Masih Sayang Isteri Tapi Terpaksa Lafaz Talak

Lelaki Jawab Punca Berpisah Akui Masih Sayang Isteri Tapi Terpaksa Lafaz Talak

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 199 hits
Sejak semalam tular di media sosial berkenaan video tular yang dikongsikan seorang wanita di TikTok apabila berpimpin tangan dengan suaminya masuk ke mahkamah syariah bagi mendengar lafaz cerai lelaki itu Pasangan tersebut sebelum ini perna...
Inshaallah Next Year Ada Baby Baru Menyelit Kongsi Foto Keluarga Abu Umum Isteri Hamil Anak Ke 3

Inshaallah Next Year Ada Baby Baru Menyelit Kongsi Foto Keluarga Abu Umum Isteri Hamil Anak Ke 3

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 374 hits
Abu Sufyan buat pertama kalinya berkongsi sekeping potret keluarga menerusi laman instagramnya semalam Dia turut mengambil kesempatan itu untuk mengumumkan berita kehamilan isterinya Ain Afini yang kini mencecah usia kandungan 6 bulan Insha...
Isteri Cabar Suami Jadi Ibu Mengandung Guna Tembikai Bikin Ramai Terhibur Penat Sampai Berpeluh

Isteri Cabar Suami Jadi Ibu Mengandung Guna Tembikai Bikin Ramai Terhibur Penat Sampai Berpeluh

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 186 hits
Menjadi ibu hamil bukanlah satu perkara yang mudah bukan sahaja membawa satu lagi nyawa di dalam badan malah mereka juga terbatas untuk melakukan sesetengah perkara dan membuatkan mereka cepat penat jika melakukan sebarang aktiviti Contohny...
Formula 8p Untuk Suami Isteri Kekal Saling Sayang Amalkan Harmoni Perkahwinan

Formula 8p Untuk Suami Isteri Kekal Saling Sayang Amalkan Harmoni Perkahwinan

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 169 hits
Untuk mengekalkan kebahagiaan sesebuah keluarga ia bukan peranan sebuah pihak sahaja Semua orang di dalam keluarga itu harus tahu peranan masing masing Paling utama suami dan isteri haruslah saling menyayangi dan inilah yang menjadikan sese...
Rasa Bersalah Lepas Marah Anak Tengking Membebal Tinggi Suara Tanda Red Flag Isteri Bantulah

Rasa Bersalah Lepas Marah Anak Tengking Membebal Tinggi Suara Tanda Red Flag Isteri Bantulah

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 138 hits
Isteri kita sememangnya bukan robot Seharian kepenatan bekerja dan kemudiannya bila balik ke rumah kerja bersambung pula untuk memasak dan menguruskan anak anak hingga tidur Kepenatan Dan rutin ini berlaku setiap hari Ibu atau isteri mana y...
Check Out These Baby Lotion Malaysia And Other Baby Essentials

Check Out These Baby Lotion Malaysia And Other Baby Essentials

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 162 hits
Being a parent is one of life s greatest privileges and greatest challenges As any parent would I hope for nothing but the best for my children Because infants are so defenceless and reliant on their caregivers we have compiled a list of th...
Ceo Microsoft Gaming Saya Rasa Metaverse Ini Dicipta Secara Ala Kadar

Ceo Microsoft Gaming Saya Rasa Metaverse Ini Dicipta Secara Ala Kadar

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 135 hits
Phil Spencer Bos Xbox menyatakan beliau tidak teruja mahupun gembira dengan keadaan metaverse dan apa yang ditawarkan Beliau menyatakan pendapatnya melalui ciapan Twitter di bawah https twitter com tomwarren status 1585333956194729986 ref s...
Anak Akan Rasa Lebih Tenang Bila Rasa Diri Difahami Cuba Teknik Ajaib Ini Kalau Anak Mengamuk

Anak Akan Rasa Lebih Tenang Bila Rasa Diri Difahami Cuba Teknik Ajaib Ini Kalau Anak Mengamuk

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 213 hits
Pernah tak hadapi situasi anak tiba tiba mengamuk semua benda tak kena Kadang kadang rasa nak marah bila ditanya tapi tak nak jawab Rasanya ramai ibu bapa yang mengalami situasi ini Lebih lebih lagi anak dalam fasa mengenali diri sendiri Sa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It