Mengenal Prinsip Pejuangan Anwar


RENCANA SABTU

WALAUPUN nama Anwar Ibrahim sudah tidak asing lagi dikenali sebagai ahli politik bukan sahaja di negara ini bahkan ke seantero dunia di Timur dan Barat, namun tidak semua orang dapat mengenali dengan selumat-lumatnya. Bayangan dan noda yang dicipta untuk mengambusinya menjadikan orang keliru dan samar tentangnya. 
Apa lagi generasi muda berusia dibawah 20 tahun yang dizahirkan selepas pasca Reformasi (selepas tahun tahun 1998), tidak begitu mengenali dan mengetahui denai-denai perjuangannya. Apa lagi mereka yang malas membaca, malas menelaah, waima yang berminat dengan politik pun tidak mudah mengenali Anwar yang telah begitu banyak dinodai dengan persepsi buruk angkara politik. Mereka lebih banyak mengetahui sisi gelap yang disogok daripada sisi putih yang perlu diselidiki

 Berbeza bagi generasi sebelumnya, cukup mengenali Anwar yang bererti “sinar” atau “cahaya” itu sebagai seorang pejuang dan pembela rakyat. Anwar adalah pelopor dalam gerakan mahasiswa, belia, gerakan Islam dan reformis politik. Penglibatannya dalam hal ini tidak boleh dinafikan. Peranan dan tanggungjawab ini tidak boleh diremeh atau dipadamkan sesiapa pun. Usah bercakap soal mehnah perjuangan dan onak ranjau dilalui sang pejuang, semua tidak terlawan apa yang dilalui Anwar. Beliau sudah menghabisi separuh daripada hidupnya demi rakyat.

Bukan itu sahaja, beliau juga seorang yang tidak tahu mengaku kalah dan reti berputus asa. Beliau seorang yang penuh dan kental dengan azam. Pejuang yang degil. Meskipun dipenjara sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) (1974 dan 1998) dan menerusi kes jenayah yang direkayasa, namun tidak pernah menjadikan ia mengeluh dan mengalah dengan segala tribulasi tertakdir kepadanya itu. Sebaliknya cabaran dan halangannya dijadikan pupuk untuk beliau menyubur perjuangannya.

Obsesi membela rakyat.

Menarik untuk mengetahui kenapa beliau obses untuk membela rakyat. Perlu diketahui agar kita tidak sesat dalam mengenali liku-liku perjuangannya. Latar belakang kehidupan di kampungnya di Cheruk Tok Kun banyak mempengaruhinya. Parti Umno yang dianggotai oleh kedua orang tuanya (Ibrahim Abdul Rahman dan Che Yan Hamid) yang ditubuhkan untuk membela Melayu pada tahun 1946 menjadinya terpanggil ikut sama mahu mencapai aspirasi Umno.

Umno ditubuhkan untuk membela nasib rakyat (Melayu) dan memerdekakan negara daripada penjajah. Barangkali tidak salah kalau dikatakan Anwar semasa kanak-kanaknya mengenali penderitaan rakyat daripada pengkisahan tentang penderitaan dan kesengsaraan rakyat di bawah penjajah daripada kedua orang tuanya. Ibunya, Che Yan seorang aktivis Kaum Ibu Umno di Pulau Pinang. History ini juga tidak pelik kalau Anwar mempunyai sentimental value yang tinggi dengan Umno.

Latar belakang itulah menjadikan beliau hampir dan memahami denyut nadi rakyat miskin yang akhirnya meninggalkan benih kesedaran dan keinsafan untuk membela nasib bangsanya sendiri.

Bertolak dari latar itu, sepanjang kehidupan baik sejak di sekolah menengah hingga ke kampus dan membawa ke zaman belia dan dewasa berpolitik, beliau mengabdikan diri kepada perjuangan tanpa sedikit pun rasa pamrih. Rekod perjuangannya boleh disamak tanpa khilaf. Malahan jika hendak diadukan dengan mana-mana pemimpin sebaya dengannya, hatta yang lebih senior iltizamnya lebih kemas dan konsisten. Bukan itu sahaja rakan sebaya dengannya yang “tewas” dan “karam” awal sudah lama meninggalkan gelanggang jihad.

Tiga asas perjuangan.

Jika menganalisa dan menyuluh Anwar dan perjuangan, ada tiga asas atau subjek utama yang menjadi intipati perjuangannya; pertama membela kemiskinan rakyat, kedua menjamin hak dan keadilan semua kaum dan ketiga menjaga kepentingan dan hak mutlak bangsanya; bahasa, budaya dan agama. Jika ia boleh dianggap sebagai wawasan dan gagasan perjuangannya, nah ketiga-tiga asas dan subjek inilah gagasannya.

Subjek dan matlamat utama perjuangannya ini terpancar dalam huraian piagam Reformasi yang mempunyai tujuh sendi yang dilancarkan buat pertama kali di Permatang Pauh tanggal 12 September 1998 yang dikenali dengan “Deklarasi Permatang Pauh.”

1. Ketinggian martabat insan.
2. Keadilan untuk semua.
3. Pendaulatan kuasa rakyat.
4. Kesamarataan agihan ekonomi.
5. Membanteras rasuah dan salah guna kuasa.
6. Memperkukuhkan jati diri yang dinamis.
7. Bina bangsa yang bertamadun dan beradab dengan kompetensi diri yang ada.

Beliau sangat memperdulikan soal kemiskinan dialami rakyat. Jurang perbezaan rakyat sangat diamati dan dikesalinya. Beliau sering kali menyebut dan membangkitkan masalah kesenjangan hidup antara rakyat. Dengan mengungkapnya sebagai “kesenjangan” hidup rakyat, ada sesuatu yang serius mahu diatasi dan diperbaiki. Baginya kesenjangan hidup rakyat antara problem utama yang harus diselesaikan kerana ia boleh merobekkan perpaduan dan keharmonian negara yang akhirnya boleh mengheret negara dalam kemelut sosial yang dahsyat. Beliau menjadikan itu sebagai amanah penting untuk dilaksanakan.

Perbalahan dan pergaduhan antara kaum ia bermula antara daripada faktornya wujudnya kesenjangan ini oleh sebab manusia merasakan tidak berlaku keadilan dan ada yang dikesampingkan.

Apabila berlaku kesenjangan yang ketara maka wujud lah perasaan iri hati, tidak senang, rasa cuak lalu mula mengatur dan bertindak untuk memperjuangkan diri dan kelompok.

Mereka yang miskin akan terus hidup merana tanpa dipedulikan. Manakala yang kaya akan bersenang lenang dengan kekayaan mereka tanpa menghidu kesusahan rakyat yang papa kedana. Jika wujud suasana itu sudah tidak ada lagi erti kemanusiaan. Sedang Anwar seorang yang mengutamakan soal kemanusiaan ini.Determinationnya di sini adalah memperjuangkan kemanusian. Anwar sangat mementingkan nilai-nilai kemanusiaan dalam rangka perjuangannya. Ini sejajar dengan ajaran agama dianutnya. Ada sebuah hadith mengumpamakan, tidak berbau Syurga seorang tetangga itu kalau tetangganya tidur dalam kelaparan. Hadith ini memberi pesan betapa saol kemanuisaan itu sangat tinggi darjahnya.

Lantas beliau cuba mendekatkan jurang itu.

Kedua, memperjuang Melayu bangsanya, berusaha memartabatkan bangsa Melayu. Beliau tetap mengambil berat kepada kedudukan dan nasib bangsanya, cuma bezanya beliau tidak beretorik dengan menjadikan soal bangsa sebagai satu slogan perjuangan membela bangsa, atau menggunakan slogan ketuanan Melayu dan sebagainya.

Beliau tidak menjadikan perjuangan Melayu itu sebagai slogan dan menggunakan ungkapan “ketuanan Melayu” untuk menggambar dan memberi tahu tanah air ini adalah hak Melayu. Beliau tidak mahu menjadi munafik dengan slogan itu semua. Sebab menurutnya kerana slogan Melayu itu telah disalah gunakan oleh para elitis. Telah dilacurkan demikian rupa untuk kepentingan diri sendiri bukan kelompok yang diperjuangkan itu.

Mereka melaungkan slogan untuk memperjuangkan Melayu tetapi dalam masa sama mengambil kesempatan untuk kepentingan diri. Baginya ini suatu kemunafikan. Hakikat inilah yang menjadikan beliau tidak senang dan tidak sedia untuk terheret dengan slogan Melayu. Beliau lebih gemar bercakap soal kemanusiaan (insaniyah), kerana dalam perkataan kemanusiaan itu lebih universal dan sesuai dengan ajaran Tuhannya. Koheren itu menyebabkan beliau tidak dilihat sebagai berjiwa Melayu dan membela Melayu.

Sebagai seorang insan yang sangat menekankan soal keadilan sosial, ehsan dan insaniyah menyebabkan beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang cuba memperlakukan kebejatan itu, kepada mana-mana kaum jua. Makanya sesiapa sahaja memunggah harta rakyat untuk dimasukkan ke dalam baloh kemewahan, akan ditentangnya habis-habisan. Penentangan beliau pertama kali terhadap Dr Mahathir Mohamad sehingga akhirnya beliau dibenci dan diserang oleh Mahathir hingga ke hari ini adalah kerana prinsip akauntabiliti dimilikinya itu.

Dengan mengambil kira konsep dan terjemahan itu memperlihatkan perjuangan Anwar mengenai Melayu itu dilihat dalam hakikat yang universal dan luas. Nah, begitu juga dengan keprihatinannya kepada agama. Beliau tidak menghiasi dirinya dengan budaya, costum, adat dan tradisi pakaian yang diperindah dengan Islam, seperti budaya. Arab.

Beliau tidak memakai serban atau kopiah sebagai tanda warak kerana yang penting adalah syariat dan ajaran Islam itu sendiri. Menegakkan keadilan dan kesaksamaan itu natijah akhirnya. Dalam konteks ini Anwar lebih melihat kepada isi dan hakikat ajaran Islam itu daripada mementingkan kulit yang nampak indah tetapi buruk dan kohong.

Beliau mengangkat martabat Islam itu dalam bentuk moden, tidak menyusahkan, dalam suasana kontemporari yang tidak terikat paradigma lama, berupa fahaman dan kepercayaan konservetif, khilafiyah yang mengelirukan benar dan tidaknya. Yang memungkinkan mengajar manusia menjadi rakus, sombong dan berasa diri sebagai ahli Syurga. Nuansa ini sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri dan sesuai dengan keadaan masyarakat negara ini yang bermajmuk dan sejajar dengan peruntukan perlembagaan.

Dan asas ketiga adalah mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu seperti mana telah dimaktubkan atau digaris hitamkan sebagai matlamat kemerdekaan.

Namun pembelaan ini digunakan dengan penuh kebijakan sehingga ia kadang kadang mengelirukan orang yang tidak mampu memahaminya. Misalnya beliau tidak bercakap soal Melayu sahaja, tetapi secara universal. Dalam kata lain Anwar melihat Melayu dalam kemanusiaan. Kerana itu beliau sering menuturkan anak Melayu sebagai anaknya, anak Cina anaknya, anak India anaknya, anak Kadazan anak, anak Dayak adalah semua anaknya. Kepercayaan dan penerimaan ini menjadikan beliau dituduh sebagai pejuang multirasialisme.

Bukan susah untuk mengenali dan mengetahui agenda perjuangannya asalkan kita sedia membuka minda dan tidak menutupnya dengan kejumudan berfikir yang telah didoktrinkan dengan soal “nasionalisme” dan “religionisme.”

Sesungguhnya pendekatan dan uslub perjuangan yang dipeloporinya serasi dengan suasana masyarakat negara ini yang majmuk. [wm.kl. 10:39 am 30/01/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/01/mengenal-prinsip-pejuangan-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bab 2 Memahami Prinsip Perjuangan Anwar Part 2

Bab 2 Memahami Prinsip Perjuangan Anwar Part 2

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 161 hits
BAB 2 MEMAHAMI PRINSIP PERJUANGAN ANWAR PART 2 Tiga asas perjuangan Jika menganalisa dan menyuluh Anwar dan perjuangan ada tiga asas atau subjek utama yang menjadi intipati perjuangannya pertama membela kemiskinan rakyat kedua menjamin hak ...
Gov T Too Scared Of Banks To Give Automatic Loan Moratorium Anwar Claims

Gov T Too Scared Of Banks To Give Automatic Loan Moratorium Anwar Claims

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 302 hits
PKR president Anwar Ibrahim believes Putrajaya is not announcing another round of automatic loan moratoriums for all because the government is afraid of banks and their owners Anwar said information revealed in the Dewan Rakyat showed that ...
Hairan Kepada Kerajaan Tak Berani Sentuh Golongan Kaya Pemilik Bank Anwar Ibrahim

Hairan Kepada Kerajaan Tak Berani Sentuh Golongan Kaya Pemilik Bank Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 216 hits
Kerajaan Perikatan Nasional sekarang tidak melaksanakan dasar moratorium pinjaman secara automatik seperti sebelum ini kerana mereka tidak berani menyentuh golongan kaya Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata sepatutnya dilaksanakan seperti ket...
Anwar Claims Up To 115 Mps Oppose Emergency Wants Parliament Reconvened

Anwar Claims Up To 115 Mps Oppose Emergency Wants Parliament Reconvened

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 198 hits
Opposition leader Anwar Ibrahim claims that between 114 to 115 MPs a majority in the Dewan Rakyat are against the emergency declaration Anwar said this is enough to ask the Yang di Pertuan Agong to consider their appeal for Parliament to re...
Mp Tolak Darurat Lebih Daripada Majoriti Mudah Anwar

Mp Tolak Darurat Lebih Daripada Majoriti Mudah Anwar

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 384 hits
Gesaan Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Ahli ahli Parlimen menghantar warkah kepada Yang di Pertuan Agong menolak perisytiharan darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menghasilkan sejumlah bantah...
114 Atau 115 Mp Tak Setuju Darurat Saranan Pn Dakwa Anwar

114 Atau 115 Mp Tak Setuju Darurat Saranan Pn Dakwa Anwar

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 238 hits
Ketua pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mendakwa jumlah ahli parlimen yang bersetuju untuk menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional mengadakan darurat lebih daripada mencukupi Setakat ini kata Anwar ada antara 114 hingga 115 ahli parli...
Surat Untukj Anwar Darurat Utk Elak Ahli Politik Bercakaran Spt Yg Dikatakan Oleh Prof Shamrahayu

Surat Untukj Anwar Darurat Utk Elak Ahli Politik Bercakaran Spt Yg Dikatakan Oleh Prof Shamrahayu

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 242 hits
Dari dlu lagi parlimen dan DUN memang tempat yg agak panas krn dlm tu mereka kebal undang jadi main lepas saja Jgn kan dlm dewan kat luar pun mereka lebih galak lagi bercakaran sghpun itu akn mendedahkan mereka kpd proses undang Alhamdulill...
Anwar Dakwa Jumlah Ahli Parlimen Bersetuju Tolak Darurat Saranan Pn Lebih Mencukupi

Anwar Dakwa Jumlah Ahli Parlimen Bersetuju Tolak Darurat Saranan Pn Lebih Mencukupi

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa jumlah ahli parlimen yang bersetuju untuk menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional mengadakan darurat lebih daripada mencukupi Setakat ini kata Anwar ada antara 1...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco