Kad Sim Palsu Jadi Topeng Penjenayah Sinar Harian 28 10 2025


 

KUALA LUMPUR – Keldai kad sim atau mule sim card dikenal pasti antara faktor utama mendorong peningkatan jenayah siber di negara ini kerana penjenayah menyembunyikan identiti sebenar mereka daripada dikesan pihak berkuasa.
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, kelemahan dalam proses pendaftaran kad sim serta ketiadaan integrasi penuh dengan sistem pengesahan identiti nasional menjadi ruang untuk sindiket siber beroperasi tanpa kawalan.
"Keldai kad sim ialah kad yang didaftarkan menggunakan identiti pihak lain sama ada dengan maklumat yang dicuri, dipalsukan atau dijual secara tidak sah.
"Keldai sim kad ini menjadi `topeng digital' kepada pelbagai aktiviti jenayah termasuk penipuan kewangan, akaun e-dagang palsu, pengubahan wang haram, perjudian dalam talian, serta komunikasi dalaman kumpulan scammer.
"Masalah ini semakin kritikal kerana ia menjadi entry point utama kepada pelbagai bentuk jenayah siber seperti macau scam, love scam dan serangan siber terhadap agensi awam serta swasta," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Siraj turut mendedahkan, pendaftaran prabayar yang longgar dan kelemahan proses Know Your Customer (KYC) di peringkat syarikat telekomunikasi menyebabkan identiti palsu mudah digunakan tanpa pengesahan biometrik.
"MCCA mencadangkan kerajaan mewajibkan penggunaan MyDigital ID dalam setiap proses pendaftaran sim bagi memastikan hanya individu sah disahkan secara biometrik melalui cap jari atau pengecaman wajah.
"Langkah ini perlu dijadikan mandatori bagi semua warganegara manakala bukan warganegara dicadangkan menggunakan sistem Digital Foreigner ID (DFID) yang diintegrasikan dengan Jabatan Imigresen Malaysia," ujarnya.
Siraj juga bersetuju kerajaan hadkan pendaftaran kad sim kepada dua dan berharap kerajaan dapat meneliti semula penjualan kad sim di platform e dagang.
"Selain itu, MCCA menekankan keperluan tindakan tegas terhadap penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang gagal mematuhi garis panduan pendaftaran termasuk denda lebih besar dan sekatan lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Sudah tiba masanya Malaysia memperkukuh dasar keselamatan digital bagi menutup ruang eksploitasi yang telah lama dimanipulasi sindiket siber," ujarnya.
Siraj berkata, pihaknya be-harap Akta Jenayah Siber yang bakal digubal mengambil kira perilaku sindiket jenayah dalam talian yang mengeksploitasi rangkaian telekomunikasi.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digesa mengenakan hukuman berat terhadap syarikat telekomunikasi (telco) yang gagal mengawal serta mencegah kegiatan penipuan, sama ada melalui panggilan telefon atau mesej, yang kini dianggap sebagai `wabak senyap' dalam masyarakat.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan radikal seumpamanya perlu bagi memastikan syarikat berkaitan lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil mudah soal pendaftaran nombor yang sering disalah guna oleh sindiket penipuan (scammer).
Menurut beliau, kegagalan telco memantau penggunaan nombor telefon dengan baik telah membuka ruang kepada scammer untuk beroperasi bebas, termasuk menggunakan nombor luar negara tanpa pengesahan sah.
Artikel oleh: Sinar Harian
KAD SIM PALSU JADI TOPENG PENJENAYAH

https://www.sinarharian.com.my/article/754349/berita/nasional/kad-sim-palsu-jadi-topeng-penjenayah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/10/kad-sim-palsu-jadi-topeng-penjenayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcmc Perlu Denda Telco Jika Gagal Bendung Scam Telefon Sinar Harian 27 10 2025

Mcmc Perlu Denda Telco Jika Gagal Bendung Scam Telefon Sinar Harian 27 10 2025

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 285 hits
Artikel oleh Sinar Harian MCMC PERLU DENDA TELCO JIKA GAGAL BENDUNG SCAM TELEFON
Had 2 Kad Sim Langkah Strategik Bendung Jenayah Siber Kata Pakar

Had 2 Kad Sim Langkah Strategik Bendung Jenayah Siber Kata Pakar

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 236 hits
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia Siraj Jalil berkata kad SIM prabayar cara paling mudah penjenayah bersembunyi dengan mendaftarkannya atas nama orang lain SKMM menjalankan rundingan awam yang mencadangkan setiap warganegara hanya ...
Amanahraya Grand Seminar 2025 Inisiatif Tingkatkan Kesedaran Perancangan Pewarisan Di Malaysia

Amanahraya Grand Seminar 2025 Inisiatif Tingkatkan Kesedaran Perancangan Pewarisan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 203 hits
AmanahRaya Grand Seminar 2025 Inisiatif Tingkatkan Kesedaran Perancangan Pewarisan Di Malaysia Amanah Raya Berhad peneraju utama dalam Perancangan Pewarisan negara terus memperkukuh peranannya dalam industri pengurusan pusaka dan perancanga...
Kl Park Festival 2025

Kl Park Festival 2025

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 259 hits
Wah Tengoklah macam macam ada di Taman Tasik Titiwangsa 17 hingga 26 Oktober ni Rugi kalau tak datang Pakat bawa satu kampung tau meriahkan suasana kat sini Tarikh 17 26 Oktober 2025 Lokasi Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur Masa 9 pagi 11...
Laporan Produksi Yufid Bulan September 2025

Laporan Produksi Yufid Bulan September 2025

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 210 hits
Laporan Produksi Yufid Bulan September 2025 Bismillahirrohmanirrohim Yayasan Yufid Network telah berkontribusi selama 15 tahun dalam menyediakan konten pendidikan dan dakwah Islam secara gratis melalui berbagai platform termasuk channel You...
Rezeki Rakyat Jelajah Karnival Kpdn 2025 Zon Timur Bakal Gegar Kuantan Bawa 1001 Tawaran Menarik

Rezeki Rakyat Jelajah Karnival Kpdn 2025 Zon Timur Bakal Gegar Kuantan Bawa 1001 Tawaran Menarik

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 245 hits
Jelajah Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Timur diteruskan di Pahang dengan penganjuran di Dataran Sayangi Kuantan bermula 24 hingga 26 Oktober ini Acara anjuran tah
Artikel Pilihan Boikot Untuk Kemanusiaan Pilihan Anda Menentukan Nasib Umat Ppim 22 10 2025

Artikel Pilihan Boikot Untuk Kemanusiaan Pilihan Anda Menentukan Nasib Umat Ppim 22 10 2025

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 366 hits
Kempen Mass Boycott for Humanity dilancarkan sebagai satu gerakan kesedaran global yang menyeru masyarakat supaya menggunakan kuasa pengguna untuk menolak kekejaman dan penindasan khususnya terhadap rakyat Palestin yang terus dizalimi oleh ...
Why The Work From Anywhere Revolution Is The Biggest Opportunity For You In 2025

Why The Work From Anywhere Revolution Is The Biggest Opportunity For You In 2025

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 321 hits
In 2025 traditional office based careers are being challenged like never before More and more professionals are adopting the work from anywhere lifestyle not just remote work from home but full freedom to live travel and earn from anywhere ...
Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

Hiburan Kim Seri Eina Bakal Dipenjara Di Korea Kakak Ipar Luah Rasa Di Threads Kau Yang Ambil Duit Play Victim Lagi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Easy Beef Gravy Recipe Flour

Hari Konsultasi Fasa 2 Di Smk

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Lirik Lagu Ayuh Pulang Aina Abdul Amir Jahari

Pulang Bukan Bererti Kalah Tapi Menyelamatkan Diri