Rumah Disewa Bertukar Tapak Sampah Pemilik Luah Kecewa Penyewa Dari Neraka


KUALA LUMPUR – Bayangkan rumah yang dulunya bersih, lengkap dengan perabot dan dijaga rapi, kini bertukar menjadi seperti tapak pembuangan sampah selepas dua tahun disewa.
itulah pengalaman pahit yang dikongsi seorang pemilik rumah menerusi akaun TikTok @ftnramlie, sehingga mencetuskan rasa simpati dan geram dalam kalangan warganet.
Dari Rumah Lengkap Kepada Penuh Sampah
Menurutnya, rumah yang terletak di sekitar Kuala Lumpur itu pada awalnya diserahkan dalam keadaan terjaga dan kemas, lengkap dengan perabot asas demi keselesaan penyewa.
Namun keadaan berubah apabila dia membuat pemeriksaan selepas bil air dan elektrik meningkat mendadak.
“Penyewa dari neraka. Saya sewakan sekali dengan perabot. Rumah masa bagi memang bersih, tapi bila kami datang, terus rasa nak menangis. Barang berlonggok, sampah merata, bil air pula mencanak sampai RM200 lebih,” katanya dalam video tersebut.
Bayaran Sewa Lewat dan Bil Tertunggak
Tambahnya lagi, penyewa berkenaan bukan sahaja lambat membayar sewa, malah meninggalkan tunggakan bil utiliti yang tinggi.
“Kami dah banyak tolong dia sebenarnya. Sewa bayar lambat, bil tertunggak. Deposit pun kami ambil RM1,500 saja. Kalau kira balik memang tak berbaloi langsung nak baiki semua ni. Sekarang kami cuma nak dia keluar. Sakit mata tengok rumah macam ni,” ujarnya.
Enggan Keluar, Dakwa Tiada Tempat Tinggal
Lebih membebankan, penyewa tersebut dikatakan enggan berpindah walaupun sudah diberikan notis dan masa mencukupi untuk berbuat demikian.
“Saya dah halau minggu lepas, tapi dia kata tak ada tempat nak pergi. Dia cakap dia orang kelainan upaya (OKU) dan mula nak marah, siap ugut nak call polis. Kami suruh saja dia hubungi pihak polis sebab ini rumah kami,” jelasnya lagi.
Pemilik rumah itu juga memaklumkan, pihaknya akan membuat laporan polis sekiranya penyewa terus enggan mengosongkan kediaman berkenaan selepas hujung Oktober ini.
“Kalau masih tak keluar, kami akan teruskan report dan buat tindakan pengusiran secara rasmi,” katanya.
Netizen Simpati, Anggap Ada Unsur Gangguan Mental
Kisah tersebut mendapat perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang meluahkan rasa marah terhadap sikap penyewa terbabit, namun tidak kurang juga yang bersimpati dan cuba memahami situasi dari sudut lain.
Sebahagian warganet berpendapat, penyewa berkenaan mungkin mengalami masalah kesihatan mental seperti Hoarder Disorder, tabiat menyimpan barang secara melampau sehingga kediaman menjadi tidak terurus. Mereka menganggap situasi itu perlu ditangani dengan cara berhemah dan penuh empati.
Ada juga yang berpandangan bahawa walau apa pun alasan, tanggungjawab menjaga kebersihan dan menghormati harta orang lain tetap perlu diutamakan. Dalam masa yang sama, pemilik rumah juga disaran mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut tanpa menimbulkan konflik berpanjangan.
Nasihat Buat Pemilik Rumah
Rata-rata pengguna media sosial menasihatkan agar pemilik rumah lebih berhati-hati memilih penyewa selepas ini. Perjanjian sewa perlu disediakan secara lengkap dan bertulis bagi mengelakkan sebarang salah faham atau kerugian di kemudian hari.
Kisah ini menjadi pengajaran buat semua, baik pemilik mahupun penyewa, bahawa kejujuran, tanggungjawab dan komunikasi yang jelas amat penting dalam urusan sewa-menyewa agar kedua-dua pihak tidak menanggung kerugian. – The Malaysian Update
The post Rumah Disewa Bertukar ‘Tapak Sampah’, Pemilik Luah Kecewa: “Penyewa Dari Neraka” appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/10/28/rumah-disewa-bertukar-tapak-sampah-pemilik-luah-kecewa-penyewa-dari-neraka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Dalam Timbunan Sampah Di Rumah Sendiri

Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Dalam Timbunan Sampah Di Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 149 hits
Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Dalam Timbunan Sampah Di Rumah Sendiri Penduduk di Jawa Tengah digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya yang dipenuhi timbunan sampah pada Sabtu Mangsa ya...
Berebut Harta Pusaka Kakak Nekad Roboh Rumah Adik

Berebut Harta Pusaka Kakak Nekad Roboh Rumah Adik

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 146 hits
KOSMOJengkaut merobohkan rumah si adik selepas mendapat perintah mahkamah TikTokJAKARTA Gara gara berebut harta pusaka seorang kakak di Madura wilayah Jawa Timur tergamak membiarkan jengkaut merobohkan rumah didiami adiknya selepas mendapat...
Lelaki Warga Indonesia Ditahan Cuba Pecah Rumah Melalui Bumbung

Lelaki Warga Indonesia Ditahan Cuba Pecah Rumah Melalui Bumbung

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 161 hits
Norzamira Che NohSHAH ALAM Seorang lelaki warga asing ditahan selepas cuba memecah masuk sebuah rumah dengan memanjat bumbung kediaman itu dalam kejadian di Jalan Kebun Seksyen 30 dekat sini awal pagi semalam Ketua Polis Daerah Shah Alam As...
Resepi Daging Paprik Masak Di Rumah

Resepi Daging Paprik Masak Di Rumah

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 246 hits
re Rumah kak ana nih jarang jarang masak menu dari daging Sebabnya nak dapat daging segar payah sikit kalau hari biasa kena tunggu pasar malam atau ke pasar segar baru lah boleh nak membeli Kalau kat kedai Acheh atau pasaraya selalunya dagi...
Dua Lelaki Dijumpai Maut Dalam Rumah Seorang Ditetak

Dua Lelaki Dijumpai Maut Dalam Rumah Seorang Ditetak

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 174 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYAALOR GAJAH Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat ditetak manakala seorang lagi dalam keadaan tergantung di sebuah rumah di Taman Cempaka 2 Durian Tunggal di sini malam tadi Menurut sumber mayat kedua dua ma...
Warga Emas Terperangkap Bumbung Rumah Runtuh Akibat Ribu

Warga Emas Terperangkap Bumbung Rumah Runtuh Akibat Ribu

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 182 hits
MOHD YUNUS YAKKUBKeadaan bumbung di lokasi kejadian Foto IHSAN BOMBA KLANG Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam rumah selepas bumbung kediamannya runtuh sebelum diselamatkan bomba dalam kejadian di Jalan...
Tak Jantanlah Lelaki Kalau Culas Nafkah Chazynash Dedah Masih Beri Bekas Isteri Rumah Dan Kenderaan

Tak Jantanlah Lelaki Kalau Culas Nafkah Chazynash Dedah Masih Beri Bekas Isteri Rumah Dan Kenderaan

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 275 hits
Personaliti media sosial Chazynash menegaskan bahawa hubungannya dengan bekas isteri Fatin Morat masih kekal baik walaupun mereka sudah memilih untuk membawa haluan masing masing Ketika ditemui OhBulan pada majlis pelancaran koleksi Christy...
Saya Ingatkan Sepupu Dia Punya Dr Afifah Tak Tahu Nubhan Ada Rumah Di Dengkil

Saya Ingatkan Sepupu Dia Punya Dr Afifah Tak Tahu Nubhan Ada Rumah Di Dengkil

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 156 hits
Isteri kepada penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad iaitu Dr Afifah Hidayah Mohd Yusof mendedahkan bahawa beliau tidak mengetahui tentang kewujudan rumah milik suaminya di Southville Dengkil Selangor yang menjadi faktor utama kes pengesahan lafaz ce...
Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan

Reset Plan Timely But Must Be Managed Holistically

Sticker Botol Minuman Cara Elak Sticker Tanggal Bila Basah

Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Dan Kesan Pada Pengguna

Ritual Pagi Yang Bantu Pekerja Remote Lebih Fokus

Jabatan Perikanan Sahkan Kehadiran Ubur Ubur Kotak Di Perairan Langkawi

Filem Sumpahan Nilam Utama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kepentingan Hubungan Seks Suami Isteri

Irresistible Beef Tehari Recipe In Bangla

Minggu Ni Nak Pergi Bercuti

Dapat Exclusive 3d Sticker Pack Jaya Grocer Percuma

Tip Praktikal Tajamkan Mata Pengisar Dengan Cara Mudah Berkesan

Monolog Jiwa Bila Ujian Itu Datang Dari Segala Arah