Mengejutkan Polis Kelantan Lulus Lebih 52 000 Kebenaran Rentas Daerah Negeri



Polis Kelantan meluluskan lebih 52,000 surat kebenaran rentas daerah dan negeri kepada golongan yang dibenarkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu, bermula 16 Januari lalu di negeri itu.
Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata keutamaan pihaknya bagi mengeluarkan surat kebenaran itu melibatkan pekerja yang tiada majikan dan bekerja sendiri susulan kerajaan membenarkan golongan terbabit menjalankan aktiviti seperti biasa.
Menurutnya, jumlah itu juga turut membabitkan pengeluaran surat kebenaran kepada individu yang menjalankan khidmat menghantar makanan yang dibenarkan bagi tujuan pergerakan ekonomi mereka.
“Selepas minggu kedua PKP pihak kami dapati jumlah permohonan surat ini berkurangan berbanding pada tiga hari pertama PKP dilaksanakan di negeri Kelantan.
“Malah, sebelum ini kita boleh melihat ramai yang datang ke balai-balai untuk memohon surat berkenaan.
“Selain itu, sekatan jalan raya (SJR) masih dikekalkan di 19 lokasi dan ia mencukupi setakat ini, namun pihak polis menambah anggota sebagai pasukan pemantau untuk penugasan kawalan di lorong-lorong tikus di sepanjang sempadan negara.
“Pasukan pemantau akan berada di setiap lokasi yang ditetapkan termasuk sekitar sempadan negeri bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal terutama ketika pendemik Covid-19 ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program First Day at School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, hari ini.

 
Sementara itu, Shafien berkata pihaknya berpuas hati terhadap tahap pematuhan masyarakat di kawasan bandar terhadap prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKP.
Justeru katanya, pihak polis akan turut memberi tumpuan bagi pemantauan SOP di kawasan-kawasan kampung.
“Justeru, strategi pihak kami selepas ini adalah untuk masuk ke kawasan kampung pula memandangkan terdapat informasi bahawa masih ada golongan yang tidak bertanggungjawab membuka gerai untuk pelanggan makan di kedai mereka.
“Saya berharap masyarakat di kampung juga dapat mematuhi segala SOP yang ditetapkan untuk kebaikan bersama kerana wabak ini boleh menular tidak kira tempat malah sudah banyak kes yang ada di kawasan pendalaman dan terpencil,” katanya.
Sehubungan itu, tegasnya pihak polis berharap orang ramai seharusnya memberi kerjasama dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri itu.
“Jadi marilah kita jaga kita, untuk memutuskan rantaian Covid-19, pihak polis juga memerlukan kerjasama baik dengan orang awam dalam melancarkan tugasan sepanjang pendemik ini,” kata Shafien.
The post Mengejutkan: Polis Kelantan lulus lebih 52,000 kebenaran rentas daerah, negeri appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/24/mengejutkan-polis-kelantan-lulus-lebih-52000-kebenaran-rentas-daerah-negeri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mengejutkan-polis-kelantan-lulus-lebih-5200

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini 2021 Sop Borang Kebenaran Rentas Negeri Daerah Pkp Pkpb

Terkini 2021 Sop Borang Kebenaran Rentas Negeri Daerah Pkp Pkpb

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 2182 hits
TERKINI 2021 SOP Cara Memohon Borang Kebenaran Rentas Negeri Daerah PKP PKPB PKPP Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Memang tengah panas sekarang ni search keyword berkaitan dengan cara mohon perlepasan kebenaran polis PDRM melalui...
Muat Turun Borang Permit Pergerakan Pkp Dan Pkpb Bagi Tujuan Rentas Negeri Atau Daerah

Muat Turun Borang Permit Pergerakan Pkp Dan Pkpb Bagi Tujuan Rentas Negeri Atau Daerah

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 5253 hits
Bila setiap kali negara mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang melibatkan sekatan perjalanan daerah dan negeri ana cukup bimbang akan keadaan mak dan abah di kampung Ini kerana mereka berdua dan dua orang mak saudara kesemuanya warga e...
Kkm Sarankan Pergerakan Rentas Daerah Negeri Diperketat Jika Kes Covid 19 Terus Meningkat

Kkm Sarankan Pergerakan Rentas Daerah Negeri Diperketat Jika Kes Covid 19 Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 333 hits
JOHOR BAHRU 9 Jan Kementerian Kesihatan telah menyarankan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk memperketat kawalan pergerakan rentas daerah dan negeri sekiranya kes COVID 19 dalam negara terus meningkat
Boleh Pula Menteri Rentas Negeri Berkumpul Makan Tidak Amal Jarak

Boleh Pula Menteri Rentas Negeri Berkumpul Makan Tidak Amal Jarak

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 346 hits
FAZLI RADZIBuat kesekian kalinya orang ramai menganggap kerajaan mengamalkan dasar pilih kasih apabila menteri dilihat selamba melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dan prosedur operasi standard bagi mengawal penularan Covid 19 Tular gambar...
Ambil Kesempatan Rentas Daerah Ketika Hujan

Ambil Kesempatan Rentas Daerah Ketika Hujan

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 259 hits
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Jahid Jahim menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan makanan dan PPE kepada Hazani di IPK Sabah pagi tadi KOTA KINABALU Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali berkata walaupun rentas daerah tidak di...
Wakil Rakyat Gesa Permudahkan Urusan Rentas Daerah

Wakil Rakyat Gesa Permudahkan Urusan Rentas Daerah

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 211 hits
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri Perak yang bermula 22 Januari lalu seorang Adun DAP meminta pihak penguatkuasa untuk mempermudahkan urusan kebenaran merentas daerah Ini kerana menurut Adun Sungkai A Sivanesan dia m...
Menteri Rentas Negeri Kebal Langgar Pkp

Menteri Rentas Negeri Kebal Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 379 hits
Prosidur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan telah pun wujud sejak Mac 2020 Namun malangnya pihak berkuasa sering memburu dan mengkompaun rakyat marhaen yang melanggar SOP sedangkan pada masa sama kurang bertindak ke atas menteri m...
Suami Isteri Pjj Boleh Rentas Negeri Bermula Esok

Suami Isteri Pjj Boleh Rentas Negeri Bermula Esok

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 423 hits
KHABAR gembira buat pasangan jarak jauh apabila mereka dibenarkan merentas negeri bermula Rabu Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Selasa petang Namun katanya pasang...
Peningkatan Kes Mengerikan Singapura Gantung Kebenaran Rentas Sempadan Malaysia

Peningkatan Kes Mengerikan Singapura Gantung Kebenaran Rentas Sempadan Malaysia

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 308 hits
Singapura menangguhkan kebenaran rentas sempadan dengan Malaysia di bawah inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik selepas negara ini mencatatkan peningkatan kes Covid 19 Selain Malaysia Kementerian Luar Negeri Singapura juga mengumumkan penangg...
Effective Networking In Your Industry

Kelantan Mayat Pemancing Ditemui Dalam Sawah Padi

Happy168 100 500 Top 6 By Federico Happy168 Nl 27 October

Montigo Botol Minum Bergaya Yang Jadi Pilihan

Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

Top 21 By Lindsay Jinda55 Jin55 Co 2 Website 1 2025

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Adab Adab Makan

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Eaaci Melancarkan Kempen Kesedaran Alergi Antibiotik Global