Menteri Rentas Negeri Kebal Langgar Pkp



Prosidur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun wujud sejak Mac 2020.
Namun malangnya pihak berkuasa sering memburu dan mengkompaun rakyat marhaen yang melanggar SOP sedangkan pada masa sama kurang bertindak ke atas menteri-menteri kerajaan Perikatan Nasional yang ingkar atau melanggar peraturan.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, tauladan buruk yang ditunjukkan oleh individu yang berkuasa itu seolah-olah menggambarkan kewujudan dua set undang-undang yang berbeza di negara ini.
“Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat apabila pelaksanaan SOP dilihat berat sebelah dan hanya dikenakan kepada rakyat manakala menteri-menteri bebas untuk melakukan pelbagai aktiviti yang melanggar SOP.
“Sebagai contoh, laporan berita dari BERNAMA pada 17 Januari 2021 yang dimuatnaik di Twitter tetapi kemudiannya dipadam telah melaporkan rombongan rentas negeri Menteri Kanan, Timbalan Speaker dan beberapa pimpinan Perikatan Nasional yang lain bagi menjalankan beberapa program termasuklah mengadakan mesyuarat, program di dalam dewan, makan berkumpulan serta beberapa aktiviti lain yang melibatkan himpunan ramai.
“Ini jelas melanggar SOP yang dikenakan iaitu larangan mesyuarat agensi kerajaan dan swasta melibatkan wakil agensi luar serta larangan acara yang melibatkan ramai orang di kawasan PKP.
“Sudah pasti ia menimbulkan kegusaran kepada rakyat Johor apabila menteri serta rombongan dari Selangor dibenarkan rentas negeri dan menyertai beberapa program tatkala kluster menteri kabinet positif Covid-19 semakin meningkat. Namun hingga kini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Menteri Kanan berkenaan, sedangkan jika rakyat biasa yang melakukan sudah pasti dikenakan hukuman,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Menurut Ahli parlimen Johor Bahru itu lagi, pecanggahan arahan SOP juga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Tidak kurang yang dikompaun, katanya, kerana tidak mematuhi SOP baharu yang mereka tidak faham atau tidak sampai ke pengetahuan rakyat.
“Percanggahan SOP juga merupakan antara isu utama yang mendapat rungutan rakyat. Sebagai contoh, pada 12 Januari 2021, Menteri Kanan Keselamatan berkata program ke kawasan bencana dibenarkan.
“Namun pada 14 Januari 2021, Menteri Besar Pahang pula mengeluarkan arahan bahawa program dari luar Pahang terutama dari zon merah PKP tidak dibenarkan.
“SOP yang tidak jelas dan ditambah dengan layanan istimewa kepada menteri dalam pematuhan SOP seperti ini perlu dihentikan. Janganlah pengorbanan rakyat yang terkesan teruk akibat PKP dari segi pendapatan dan kehidupan disia-siakan dengan amalan dua darjat ini,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31281

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini 2021 Sop Borang Kebenaran Rentas Negeri Daerah Pkp Pkpb

Terkini 2021 Sop Borang Kebenaran Rentas Negeri Daerah Pkp Pkpb

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 2109 hits
TERKINI 2021 SOP Cara Memohon Borang Kebenaran Rentas Negeri Daerah PKP PKPB PKPP Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Memang tengah panas sekarang ni search keyword berkaitan dengan cara mohon perlepasan kebenaran polis PDRM melalui...
Boleh Pula Menteri Rentas Negeri Berkumpul Makan Tidak Amal Jarak

Boleh Pula Menteri Rentas Negeri Berkumpul Makan Tidak Amal Jarak

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 304 hits
FAZLI RADZIBuat kesekian kalinya orang ramai menganggap kerajaan mengamalkan dasar pilih kasih apabila menteri dilihat selamba melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dan prosedur operasi standard bagi mengawal penularan Covid 19 Tular gambar...
Muat Turun Borang Permit Pergerakan Pkp Dan Pkpb Bagi Tujuan Rentas Negeri Atau Daerah

Muat Turun Borang Permit Pergerakan Pkp Dan Pkpb Bagi Tujuan Rentas Negeri Atau Daerah

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 5174 hits
Bila setiap kali negara mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang melibatkan sekatan perjalanan daerah dan negeri ana cukup bimbang akan keadaan mak dan abah di kampung Ini kerana mereka berdua dan dua orang mak saudara kesemuanya warga e...
Dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan Langgar Sop Pkp Tidak Benar

Dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan Langgar Sop Pkp Tidak Benar

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 363 hits
BernamaKenyataan itu turut menyebut dakwaan seumpama itu memberikan persepsi buruk terhadap Dr Noor Azmi dan Kementerian Kesihatan Gambar fail KUALA LUMPUR Dua artikel mengenai dakwaan bahawa Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi ...
Bila Nak Umum Sop Syed Saddiq Tegur Dan Beri Cadangan Susulan Pengumuman Pkp Di 6 Buah Negeri Oleh Perdana Menteri

Bila Nak Umum Sop Syed Saddiq Tegur Dan Beri Cadangan Susulan Pengumuman Pkp Di 6 Buah Negeri Oleh Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 298 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari yang akan bermula pada Rabu 13 Januari sehingga 26 Januari di 6 buah negeri iaitu Pulau Pinang Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lum...
Pahang Antara Negeri Yang Akan Menjalani Pkp Bermula 21 Januari Ini

Pahang Antara Negeri Yang Akan Menjalani Pkp Bermula 21 Januari Ini

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 327 hits
Ini membuktikan melawan pandemik masih belum selesai Manakan tidak PKP akan dilaksanakan di Pahang dan 5 buah negeri lagi bermula jumaat 21 Januari ini Keputusan ini dibuat berikutan kes jangkitan COVID 19 menunjukkan trend peningkatan di b...
Tujuh Negeri Sambung Pkp

Tujuh Negeri Sambung Pkp

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 204 hits
ISMAIL Foto Gambar fail KUALA LUMPUR 21 Jan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di tujuh negeri yang sebelum ini dijadualkan tamat pada Selasa depan dilanjutkan hingga 4 Februari ini Negeri negeri berkenaan ialah Pulau Pinang Selangor
Pkp Di Wilayah Persekutuan 6 Negeri Dilanjutkan Hingga 4 Feb

Pkp Di Wilayah Persekutuan 6 Negeri Dilanjutkan Hingga 4 Feb

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 267 hits
Perintah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 4 Februari untuk enam negeri dan kesemua Tiga Wilayah Persekutuan Ia melibatkan Kuala Lumpur Putrajaya dan Labuan serta Selangor Melaka Johor Pulau Pinang Kelantan dan Sabah Dengan lanjutan i...
Rentas Negeri Punca Kes Covid 19 Di Terengganu Meningkat Kata Exco

Rentas Negeri Punca Kes Covid 19 Di Terengganu Meningkat Kata Exco

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 279 hits
Perjalanan rentas negeri menjadi penyumbang peningkatan kes Covid 19 di Terengganu Foto oleh Sayuti ZainudinKUALA TERENGGANU 10 Jan Perjalanan rentas negeri menjadi penyumbang peningkatan kes Covid 19 di Terengganu menurut Pengerusi Jawatan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket