Mengecam Adalah Trend Dakwah Hari Ini


 

Ada sebuah post tular di Facebook pada hari sambutan kemerdekaan tempoh hari. Catatan dibuat oleh seseorang tentang berdosanya rakyat Malaysia beragama Islam yang sanggup berhimpun awal di padang dataran menunggu sambutan perayaan tersebut sejak malamnya lagi. Umat Islam yang datang awal ini dikatakan berdosa kerana meninggalkan solat wajib, solat sunat serta ritual ibadah lain hanya semata-mata ingin menyambut hari ulangtahun kemerdekaan tanahair yang disifatkannya cara Barat.
Akibatnya, post tersebut mendapat kecaman ramai yang menyifatkan penulisnya membuat tuduhan melulu, serkap jarang, dangkal serta gopoh dalam menilai dan menjatuhkan hukuman. Penulis bertegas menyatakan jika yang hadir itu solat maka tak perlu melenting; yang tak solat itulah yang meroyan dan perlu dikasihani. Akhirnya, penulis menjelaskan yang hasratnya adalah untuk mengajak semua manusia bertaqwa kepada Tuhan.
Bila timbul isu ini, saya memang cukup sensitif kerana suatu ketika dulu saya sering berhadapan individu dan kumpulan yang gemar menghakimi orang-orang berpenampilan ‘kutu’ seperti saya. Ia boleh jadi dari lingkungan saudara-mara serta kaum-kerabat, tak terkecuali juga dari jiran sekeliling. Mata mereka dapat dilihat sentiasa mengecil dan tajam memandang sehingga kita berasa seperti jalan bertelanjang di hadapan mereka. Kadangkala kita berasa seperti di kandang salah yang bila-bila masa sahaja akan dijatuhi hukuman oleh hakim-hakim suci ini. Seperti CCTV, gerak-geri kita setiap detik diperhatikan dengan curiga seakan seluruh tubuh kita ini diselaputi najis yang akan beri bencana kepada orang lain.
Mereka menunggu sahaja untuk menyindir dan menyeranah, yang mereka rasa itulah cara terbaik untuk menyedarkan kita.

Saya rasa rambut suami awak lebih panjang daripada rambut awak sendiri, kata seorang lelaki tak dikenali kepada isteri saya, di kedai dobi layan diri beberapa tahun dahulu. Apalah dosa saya kepadanya hinggakan tak sampai sepuluh minit melihat saya terus dia mampu berkata sedemikian. Dengan berani dia membandingkan hal rambut isteri saya yang dia tak nampak sebab ditutupi tudung, tetapi dijadikan senjata dia untuk membantai saya.

Biar rambut panjang asalkan jangan tangan panjang, jawab isteri saya yang membuatkan dia terkerenyin tak bersuara lagi. Malah ketika saya berada dekat dengannya sedikit pun dia tidak memandang saya. Apa tujuan malaon ini? Dia rasa dia lebih muliakah?
Apakah kita ada alat untuk melihat takat kemuliaan atau kehinaan bagi seseorang? Ya, ada. Ilmu penyukatnya. Itu yang dititikberatkan dalam agama iaitu menuntut ilmu. Ilmu bersekali dengan amal dan adab. Makin berilmu makin tunduk dan rasional seseorang itu. Tidak angkuh dan melulu.
Ilmu berbeza dengan maklumat. Kalkulator bukan ulama matematik, ia hanya menyimpan maklumat yang diprogram. Kadangkala kita yang banyak membaca berasakan kita sudah berilmu walhal kita hanya merekodkan maklumat di dalam otak kita sahaja dan kita keluarkan semula apabila diminta. Ilmu adalah pengetahuan yang terus menjadi sebati ke seluruh tubuh kita.
Bagi saya menuntut ilmu agama untuk menjadikan diri kita lebih baik berbanding diri kita yang semalam. Ia bukan untuk merasakan diri kita lebih mulia daripada orang lain. Jika tidak, tiada bezanya kita dengan Iblis yang berasa dia tidak perlu sujud kepada Adam kerana merasakan kejadian dia lebih mulia walhal perintah sujud itu datangnya dari Tuhan, pencipta dirinya dan juga pencipta Adam. Iblis terlupa kerana dikaburi dengan bongkak dan riak. Itulah mesej kisah Iblis enggan sujud untuk diambil iktibar. Kesombongan akan menjahanamkan kehebatan.
Hendak berdakwah, hendak mengingatkan pihak lain itu tidak salah malah ia murni tetapi eloklah ‘berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar’ (Al-‘Asr ayat 3). Berpesan-pesan maksudnya bukan bedal-membedal. Dengan kesabaran pula tu, bukan dengan gelojoh.
Tak eloklah bersangka-sangka, berperangai suka menyibuk dengan sengaja mengintip-ngintip kesalahan orang, membuka aib dan mengumpat seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Hujuraat ayat 12.
Saya biasa hadir dalam program dan acara keramaian baik program sukan begitu juga konsert. Tidak ada masalah untuk orang Islam bersolat sebab kemudahan yang disediakan ada. Di pesta buku, di kompleks beli-belah, di hentian rehat dan rawat, surau sentiasa penuh. Bagi yang biasa bersembahyang, di mana-mana pun mereka takkan lupa melaksanakannya hatta di tepi jalan raya sekalipun. Yang tak biasa bersolat, duduk dalam masjid pun tak akan mahu buat. Manakala yang solat setiap waktu di masjid pun kadangkala kita nampak betapa bengisnya muka dan betapa enggannya mereka menguntum senyuman. Tak percaya? Pergilah masjid. Kita akan jumpa orang yang kasar dan bermuka ketat walhal sujudnya lama dan doanya panjang. Salam pun tak pandang muka. Walhal solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar (Al-Ankabuut ayat 45). Kalau masih sombong dan tak melihat muslimin lain sebagai saudara macam mana?
Bukankah bacaan talkin di atas kubur kita disuruh jawab ‘semua muslimin dan muslimat adalah saudaraku’ ketika ditanya ‘siapakah saudara kamu?’. Saudara apa kalau sombong, berprasangka dan sering mengintip-ngintip kesalahan orang? Apa faedahnya bagi seseorang itu dalam usahanya menjadi alim, sibuk pula dia nak menghakimi dosa orang lain? Bukankah lebih afdhal tumpukan dahulu amalan diri sendiri kepada tuhan. Jangan sibukkan hal orang lain.
Nak berdakwah ikutlah nabi. Ada siddiq, amanah, tabligh, dan fatanah. Kebijaksanaan itu penting. Amat tak bijak kalau main pukul rata cakap mereka yang tak solat di perhimpunan tersebut berdosa dan ‘hancur’. Itu sangat gopoh. Tuhan kata, sekecil-kecil perbuatan baik walaupun sebesar zarah dan sekecil-kecil perbuatan jahat meskipun sebesar zarah akan diperhitungkan demi sebuah keadilan. Bukan humban semacam aja!
Silap-silap satu amalan kecil orang yang kita sindir itu membawanya ke syurga dek kerana ketulusan ketika membuatnya. Sebaliknya pula satu saja amalan buruk kita iaitu sombong macam Iblis itu membuatkan 1,000 amalan baik kita sia-sia. Bagaimana?
Tidak hairan juga bila memang ada pihak yang menyokong tulisan tersebut. Bagi mereka benda betul wajar ditegur (baca: dikecam). Baiklah! Katakanlah ada 100 orang yang terkesan dengan sindiran itu lalu insaf menjadi baik, baguslah. Tetapi bagaimana pula jika ada seseorang, iaitu pihak yang menyindir itu pula berasakan dirinya hebat dan mulia seperti Iblis yang melihat Adam hina daripadanya? Orang yang dikecam menjadi insaf, pihak yang mengecam pula berasa bangga. Tak ‘win-win situation‘ la macam ni!
Mengapa dakwah di zaman media sosial ini, untuk mengajak orang bertaqwa kaedahnya mesti dalam bentuk kecam, sindir, dan umpat? Kemudian jadi hakim yang senang-senang sahaja menghukum? Aduh! Kacau masyarakat macam ini! Tiada bijaksana (fatanah) atau tidak berkeupayaan untuk menjadi bijaksana? Jadi, syarat untuk berdakwah masih belum lengkap lagilah. Jaga diri sendiri dululah! Jangan cepat menghakimi orang dan terus menghukum.
Bukankah Allah seadil-adil hakim? (At-Tiin ayat 8) - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/mengecam-adalah-trend-dakwah-hari-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guardian Lancar Kempen Loveforlocal Bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan

Guardian Lancar Kempen Loveforlocal Bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 244 hits
GUARDIAN LANCAR KEMPEN LOVEFORLOCAL BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN Assalammualaikum semua Hari Kemerdekaan yang ke 67 tahun ini Guardian Malaysia meningkatkan keterujaan dengan kempen LoveForLocal yang menampilkan jenama kecantikan te...
Rai Hari Kemerdekaan Ke 67 Dan Hari Malaysia Di Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall Kemaman

Rai Hari Kemerdekaan Ke 67 Dan Hari Malaysia Di Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall Kemaman

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 247 hits
RAI HARI KEMERDEKAAN KE 67 DAN HARI MALAYSIA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN Assalammualaikum semua Ganjaran hebat dan pelbagai aktiviti patriotik yang menarik menanti para pengunjung Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ...
Jupiter Mars Merkurius Dan Saturnus Terlihat Di Langit Indonesia Hari Ini

Jupiter Mars Merkurius Dan Saturnus Terlihat Di Langit Indonesia Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 64 hits
Dia menganjurkan menggunakan teleskop agar planet planet tersebut terlihat lebih jelas
Menu Bekal Hari Ini

Menu Bekal Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 132 hits
Assalamualaikum Semalam kan SA balik sampai Seremban awal lepas tu balik tengok tengok PZ dah masak dia masak banyak plak ingat hari ni malas nak bawak bekal pi kerja sekali kena jugak la bawak tapi tu la lauk tu je la semata buka fridge ad...
Suami Isteri Dijel 28 Hari Curi Milo Tampung Kos Dialisis Ibu

Suami Isteri Dijel 28 Hari Curi Milo Tampung Kos Dialisis Ibu

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 101 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYAKEDUA DUA tertuduh mengaku bersalah mencuri 19 peket milo di Mahkamah Majistret Melaka hari ini MELAKA Sepasang suami isteri dipenjara 28 hari dan denda RM3 000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapa...
Resipi Chili Crab Lauk Hari Gaji Yang Special Mudah Buat

Resipi Chili Crab Lauk Hari Gaji Yang Special Mudah Buat

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 129 hits
Minggu ini kebanyakan yang bekerja sudahpun menerima gaji jadi bolehlah sediakan lauk special untuk keluarga Ketam bercili atau chili crab ini antara yang sesuai sangat Resipi chili crab yang sedap dan mudah buat Bahan bahan 4 ekor ketam 3 ...
Dahsyatnya Khasiat Makan Telur Setiap Hari

Dahsyatnya Khasiat Makan Telur Setiap Hari

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 163 hits
Dahsyatnya Khasiat Makan Telur Setiap Hari Siapa je yang tak suka makan telur Dari kanak kanak hinggalah orang tua semua suka makan telur Dah lah rasanya sedap senang nak di hadam dan boleh di masak dengan macam macam cara Bila dicampur dal...
Bakar Bakar Di Hari Jadi Indah

Bakar Bakar Di Hari Jadi Indah

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 119 hits
Assalamualaikum WBT Sambungan kisah LEPAS Asar petang tu kami mula turun mencari lokasi sesuai untuk acara Bakar Bakar Di Hari Jadi Indah Di ni tidak disediakan BBQ Pit tapi sekiranya tetamu hendak membuat BBQ ada meja dan kawasan disediaka...
Asam Pedas Ikan Pari Bekal Ke Office Hari Ini

Asam Pedas Ikan Pari Bekal Ke Office Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 132 hits
Assalamualaikum Semalam SA sebenarnya Emergency Leave Bukan SA je suami pun So tengahari semalam SA masak asam pedas ikan pari Ikan pari SA beli kat Pengkalan Balak alaaaa x citer lagi part tu kan nanti free dan ada mood SA citer ye fresh i...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba