Bakar Bakar Di Hari Jadi Indah
Assalamualaikum WBT
Sambungan kisah MENGINAP ADIK-BERADIK 2H1M DI AMERALD RESORT HOTEL PENGERANG.
LEPAS Asar, petang tu kami mula turun mencari lokasi sesuai untuk acara Bakar-Bakar Di Hari Jadi Indah. Di Amerald Resort Hotel ni tidak disediakan BBQ Pit tapi sekiranya tetamu hendak membuat BBQ, ada meja dan kawasan disediakan. BBQ Pit kena bawa sendiri tapi BBQ Pit Sk dah wassalam. Tak perlu risau sangat sebab kami dah bawa pakarnya iaitu Che Li, hehehe. Tak ada modallah nak beli BBQ Pit baharu, kita gali lubang jer dan letak mata punai. Mata punai tu jaring untuk dihampar atas arang. Sk pun baru tahu jaring tu dipanggil mata punai, hahahaha.
Kami tong-tong la bawa peralatan dan makanan untuk BBQ :
Angah bawa alat bakar, sepit, arang, tikar, air mineral, ais, udang dan sotong. Sk bawa mihun goreng nasi lemak, kek, ayam perap, serai dan minyak renjis. Ayam tu Pak Inche sponsor dua ekor, perap pun dia tapi Iman ditugaskan sediakan bahan perap, potong bawang, serai, halia, lengkuas (kena letak kredit sebagai penghargaan). Cik Ani bawa ikan caru, siakap, lampu, sosej, air gula dan segala mak nenek untuk minuman soda herbs. Cikwa bawa buah-buahan, kanvas, sos dan minyak masak.
Kononnya nak goreng mihun tapi Pak Inche cadangkan tempah aje Nasi Lemak Daun Pisang dengan Kak Nab, isteri sepupu Sk, Abang Khalid. Memang kalau nak pergi berkelah atau apa-apa acara selalu tempah nasi lemak dengan Kak Nab jer senang. Rumah Kak Nab dekat-dekatlah dengan rumah Sk. Sebelum bertolak, singgah dulu ambil nasi lemak di rumah Kak Nab
Kek saiz 8" tak silap, flavor coklat kinder apatah, lupa pulak nama panjangnya. Murah jer RM50 sebab ada harga promosi. Berbaloi la beli kek kat OMC ni cuma lilin tu dia tak sediakan ya. Takpe, senang jer bab lilin tu beli kat eco tapi tak ada pulak lilin nombor, Sk beli jer la lilin abjad HB
Ilham bantu Che Li sediakan tempat bbq.
Sk dan Iman pi mandi laut dulu tapi mandi sampai lutut jer, hahaha. Rugilah datang laut kalau tak mandi laut, kan
Lubang tak dalam sangat, jadi ayamnya rentung sikit di luar. Udang dan sotong kita bakar dalam penyepit ni
Budak ni datang minta makanan
Dia tak berganjak selagi tak dapat ayam, hahaha
Sebelum maghrib, makan dulu nasi lemak dengan udang bakar. Tapi tu la, bergaduh dengan lalat sambil makan.
Lepas maghrib sambung lagi acara makan. Kesian Che Li, penat bakar untuk kitorang. Kitorang tahu makan jer, bakar tak pandai.. ampunnnnn
Minum-minum air soda herbs Cik Ani
Yang diraikan.. Indah
Nama sebenarnya, Nur Zahirah. Masa Indah lahir dulu, Sultan Terengganu jadi YDP Agong. Angah letak nama Nur Zahirah sempena nama Permaisuri Agong masa tu, Permaisuri Nur Zahirah (Sultanah Nur Zahirah). Nenek yang letak nama gelaran, Indah
SELAMAT HARI LAHIR
Indah Nur Zahirah
BARAKALLAH FII UMRIK
Semoga Allah swt melimpahkan rahmat-Nya dan mengurniakan keberkatan dalam setiap usahamu. Hidup bahagia dan selamat selamanya, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Ayah dan ibuAyah dan ibuItulah permulaan kamiDapat melihat bulan dan matahari..
Wanita-wanita teristimewa
Jeika bagi hadiah apa tu
Iman biasalah, kannn... time Cikwa nak ambil gambar jer terus dia letak coklat kek banyak-banyak kat gigi dia buat lawak. Sk tak sempat nak ambil gambar banyak kali ni. Tumpang gambar mereka dan keluarga mereka jer, hehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/08/bakar-bakar-di-hari-jadi-indah.html