Mengaut Nama Dan Laba Diatas Kesusahan Pemimpin




Oleh :
Otai Reformis


Siapa Menteri Besar Selangor ketika 1998?
PENUMPANG POLITIK SANGGUP 'BUNUH' ANWAR       

Kerana saya ingin menulis cerita yg hampir sama... ... jadi saya copy cerita penulisan Shahbudin. Cuma saya nak tambah serba sedikit pengalaman kami puak reformis yg kadangkala dituduh over, berlagak, ditanya siapa reformis ini dlm perjuangan bersama Anwar dan bermacam mcm cercaan lagi diterima terutama anak2 muda yg ketika berlaku peristiwa Reformasi itu mereka ada yg masih bersekolah rendah.

Barulah saya tahu kenapa dahulu datuk nenek saya cukup berbangga kisah perang Jepun. Kadang2 berulang kali diceritakan sehingga saya boleh hafal jalan ceritanya. Sebab mereka melalui deritanya ketika itu yg membuatkan mereka tidak akan lupa segala yg berlaku.

Siapa kamu Amiruddin Shaari? Waktu itu kamu mungkin baru di Tingkatan 6, skg sudah berani menuduh Presiden kamu ini dgn pelbagai tohmahan. Sedangkan kamu dpt nikmat kerusi MB ini pun hasil reformasi yg dibangkitkan oleh Anwar dgn air mata.

Siapa kamu Elizabeth Wong , Zuraida, Dr Daroyah, Maria Chin Abdullah pada tahun 1998 dahulu? Yg skg mendapat kedudukan sebagai Exco dan Menteri? Apa perjuangan kalian dulu berbanding kami puak reformis berbulan bulan di jalanan ada yg dipenjara, dilokap, ditembak gas pemedih mata, dibuang kerja dan yg pasti lumat dipukul polis ketika itu?

Siapa kamu Saifuddin Abdullah yg hanya baru setahun dua berjuang bersama pembangkang dan kini terus menjadi Menteri? Tiba2 hari ini menentang Anwar Ibrahim? Sebab itu kami kata kalian ini semua haram jadah!

Kalian hanya seronok menikmati laba politik yg kalian lihat kononnya Azmin bakal menjadi PM 8...kalianlah 26 nama pemimpin2 PKR yg akan dikenang sebagai musuh dlm selimut yg menikmati keseronokkan dgn pangkat dan gaji mewah hasil usaha/perjuangan org lain.

Utk menjadi seperti skg... Anwar sanggup ke penjara hampir 10 tahun, dipukul dan ditelanjang. Derita keluarga Anwar tanpa suami dan ayah bertahun tahun.Kita melihat pun tidak sanggup... sebab itulah bila Tun bertemu Anwar di mahkamah.. anak2 Anwar ketika itu tidak memaafkan Tun. Derita mereka hanya mereka yg tahu.

Saya masih ingat mengikuti Anwar ke tanah perkuburan ibu, kakak, abang dan ayahnya dari penjara. Semua dia lalui itu dgn penuh penderitaan. Sedangkan di luar penjara ketika itu kalian pengikut Azmin ini seronok menjadi Exco dan Menteri Besar.

Anwar sejak 1998 digugurkan hingga kini tiada apa2 jawatan yg dipegang. Tiba2 selepas 20 tahun Anwar menanti saat utk dia kembali membawa perubahan negara dgn caranya... kalian dari partinya sendiri sanggup menjadi dalang utk menghancurkan karier politik Anwar dgn bersekongkol bersama Azmin Ali.

Kalian yg dikenali 'geng kartel' lebih jahat dari musuh politik kita UMNO. UMNO walau seburuk mana Najib masih mereka pertahankan. Wang hilang berbillion pun sanggup Pengurusi PAC, Noraini mempertahankan bos mereka. Begitu juga dgn parti2 yg lain.

Sanggup kalian menuduh Anwar 'gelojoh' utk menjadi PM. Anwar sudah menunggu 20 tahun masih dikatakan gelojoh. Apa salah Anwar sebenarnya sehingga Azmin Ali yg terpalit dgn skandal 'semburit' kalian pertahankan setengah mati...? Laba politik?... inilah perjuangan kalian.

Ingat kami reformis akn mengajar kalian penunggang2 politik ini nanti! Apa salah kalian? Salah kalian kerana sanggup menjatuhkan Presiden sendiri.

Penulisan Shabudin....
KENAPA ANWAR SELALU DIKHIANATI?

Ketika Tun Mahathir Mohamad mengunjungi Anwar Ibrahim di mahkamah pada 2016 yang menandakan berdamainya kedua-dua pemimpin itu sejak bermusuhan pada 1998, tidak ada yang meragui atau mempertikaikan keperluan beliau dikunjungi.

Ketika hubungan Tun Mahathir bertambah mesra dengan keluarga Anwar, khususnya dengan Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah, sementara Anwar sunyi sendiri di penjara, rata-rata yang gembira dan mengucap syukur bukan kepalang jumlahnya.

Ketika nama Anwar dinamakan secara konsensus oleh PH sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 selepas Tun Mahathir yang kemudian secara terbuka menyebut beliau hanya perlu dua tahun memegang jawatan itu, tidak kedengaran sesiapa bersuara membantahnya.

Ketika Anwar dibebaskan dan keampunan penuh daripada Yang Dipertuan Agong dipohon buatnya, juga tidak ada yang melihatnya sebagai tidak wajar atau tindakan tergesa-gesa oleh sebuah kerajaan yang baru berkuasa.

Tetapi, sebaik saja  beliau memutuskan bertanding di Port Dickson untuk kembali menjadi Ahli Parlimen dan menjelang setahun Tun Mahathir memegang kuasa sebagai Perdana Menteri sebelum sepatutnya melakukan peralihan kuasa pada Mei 2020, entah kenapa, tiba-tiba saja macam-macam suara kedengaran tanpa disangka.

Anwar bukan saja dipertikaikan kerana dilihat gopoh mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri, malah kedengaran pula suara yang mahu Tun Mahathir berkhidmat sampai tamat penggal PRU14 iaitu sehingga tahun 2023.

Kemudian, suara yang bercampur-campur itu berkembang lagi dengan dakwaan menuduhnya tidak layak menjadi Perdana Menteri atas pelbagai cerita yang direka-reka serta kononnya gagal mendamaikan parti sendiri.

Semakin dekat detik Anwar mahu diberikan janji mengambil alih jawatan Perdana Menteri sebagaimana yang sudah dimetrai, terlihat semakin ramai juga yang mahu menolak dan mengasaknya ke tepi.

Pendek kata, selain musuh yang nyata yang ingin menolaknya, satu demi satu rakan dan mereka yang pernah bekerja dengannya turut sama mahu mengkhianatinya.

Kenapa semua ini berlaku?

Apa yang mereka tidak suka bila Anwar jadi Perdana Menteri?

Dan apa yang mereka tiba-tiba jadi suka kepada Perdana Menteri sedia ada?

Seiiring dengan itu, mengimbas detik-detik lalu, ini bukanlah kali pertama sebenarnya Anwar dikhianati sebaik makin dekat kakinya menggapai kerusi Perdana Menteri.

Ketika dalam UMNO, walaupun sudah berjawatan Timbalan Presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu serta hanya selangkah lagi untuk menjadi pengganti, beliau tiba-tiba dikhianati oleh mereka yang sebahagiannya adalah rakan-rakannya sendiri dengan pelbagai fitnah yang mengaibkan sehingga dipecat, dipukul setengah mati dan akhirnya dipenjara.

Dalam era reformasi kemudiannya di mana ramai yang berjanji, tidak kurang sebahagian besarnya telah mungkir  janji dan lari meninggalkannya seorang diri.

Yang lari dan mungkir janji itu rata-ratanya adalah mereka yang pernah ditolong dan dijadikannya kaya raya, bukan yang miskin atau daripada kalangan kais pagi makan pagi.

Namun, dengan sokongan mereka yang setia dan percaya kepada perjuangan reformasi, walaupun pada suatu ketika PKR hanya tinggal satu kerusi iaitu Permatang Pauh yang dimenangi oleh isterinya, Anwar tidak pernah patah hati dengan semua yang menimpanya.

Sehinggalah beliau kemudian dibebaskan pada 2004 oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan liwat pertama, bersama kelemahan pentadbiran Tun Abdullah Badawi, gerakan kempennya pada PRU 2008 nyata membuahkan hasil apabila BN hilang majoriti dua pertiga serta lima negeri jatuh ke tangan PR.

Berbekalkan arus perubahan itu, PRU 2013 adalah medan yang sangat terbuka untuk Anwar memimpin PR menumbangkan BN dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Malangnya, menjelang hari-hari terakhir sebelum hari mengundi, beliau tiba-tiba dikhianati oleh Pas yang menolaknya sebagai calon Perdana Menteri.

Pas sebaliknya mahu mengangkat Tengku Razaleigh Hamzah, pemimpin UMNO yang bertanding atas tiket BN sebagai calon Perdana Menteri pilihan mereka.

Anwar tidak pernah patah semangat dengan pengkhianatan itu dan meneruskan perjuangan menghadapi PRU 2013 sehingga akhirnya, walaupun BN gagal ditumbangkan, jumlah kerusi PR bertambah tujuh kerusi berbanding PRU 2008 serta menang dari segi undi popular.

Hanya ketika di dalam penjara barangkali beliau agak kurang dikhianati, meskipun di waktu itu ramai juga yang keluar meninggalkan PKR kerana banyak ditawarkan sesuatu yang menarik hati.

Kini, setelah setahun PH berkuasa dan sepatutnya laluan beliau menjadi pengganti Tun Mahathir semakin mudah serta tiada masalah kerana asas pemilihannya sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 adalah konsensus PH, sekali lagi bertimpa-timpa muncul mereka yang cuba mengkhianatinya.

Daripada rakan parti, kawan dalam gabungan, mereka yang pernah bekerja serta makan semeja dengannya dan pelbagai kelompok lainnya, tak termasuk musuh lamanya, ternampak tidak henti-henti percubaan mahu menyekat daripada menjadi Perdana Menteri.

Apa lagi mereka ini mahu agaknya?

Tidak bolehkah semua orang menerima Anwar seadanya, bukan saja kerana sudah ada konsensus memilihnya yang telah dipersetujui sebelum PRU14 lagi, tetapi juga mengambil kira pengorbanan, derita dan jasanya mewujudkan gabungan parti-parti untuk melawan BN sejak 20 tahun lalu?

Lagi pun, selain Anwar, siapakah lagi yang lebih layak dan diterima oleh semua parti dalam PH sebagal bakal Perdana Menteri ke-8?

Dan kalau bukan Anwar, mereka mahu siapa sebenarnya untuk jadi pengganti Tun Mahathir? (Shahbudindotcom 25/07/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/07/mengaut-nama-dan-laba-diatas-kesusahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Pemimpin Dalam Ph Layak Ganti Tun M Annuar

Tiada Pemimpin Dalam Ph Layak Ganti Tun M Annuar

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 198 hits
SEPANG Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mendakwa tiada pemimpin dalam Pakatan Harapan yang layak menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Beliau berkata selain Dr Mahathir tiada pengganti dalam PH yang boleh mem...
Pemimpin Akar Umbi Dap Bantah Tulisan Khat Di Sekolah

Pemimpin Akar Umbi Dap Bantah Tulisan Khat Di Sekolah

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 439 hits
Seramai 138 pemimpin akar umbi DAP termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri menggesa anggota kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 5 Bahasa Malaysia untuk sekol...
Pemimpin Cauvinis Cina Kena Sedar Diri Jangan Lupa Asal Usul

Pemimpin Cauvinis Cina Kena Sedar Diri Jangan Lupa Asal Usul

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 381 hits
01 08 2019Melayu sanggup terima sekolah vernakular atas nama integrasi kaumBANGI 29 Zulkaedah 1440H Khamis Pemimpin gerakan cauvinis Cina perlu sedar diri bahawa kedatangan mereka ke Tanah Melayu dan penerimaan orang Melayu ke atas kewargan...
Fitnah Akhir Zaman Terhadap Pemimpin Islam

Fitnah Akhir Zaman Terhadap Pemimpin Islam

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 570 hits
Saidina Usman bin Affan adalah merupakan Khalifah ke 3 Islam yang telah dijatuhkan dengan tuduhan bahawa beliau mengamalkan korupsi kronisme dan nepotisme Di penghujung kuasa beliau Saidina Usman berhadapan dengan pemberontakan Rumah beliau...
Azmin Tak Hadir Lagi Pemimpin Pkr Diingatkan Utamakan Mesyuarat Parti

Azmin Tak Hadir Lagi Pemimpin Pkr Diingatkan Utamakan Mesyuarat Parti

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 360 hits
Alyaa Alhadjri Semua pemimpin PKR sudah diingatkan untuk mengutamakan kehadiran dalam mesyuarat parti berbanding perkara lain kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Fahmi berkata demikian ketika diminta pemberita untuk mengulas ketidakha...
Baru Bian Sokong Anwar Azmin Sebab Takut Hilang Jawatan Kata Pemimpin Pkr Sarawak

Baru Bian Sokong Anwar Azmin Sebab Takut Hilang Jawatan Kata Pemimpin Pkr Sarawak

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 422 hits
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengeluarkan surat menyokong Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali PETALING JAYA Seorang pemimpin bahagian PKR Sarawak mendakwa pengerusi negeri parti itu Baru Bian membuat kenyataan menyokong kedua dua Preside...
Tun Dr Mahathir Terima Anugerah Pemimpin Pertama Dari Asia Tenggara

Tun Dr Mahathir Terima Anugerah Pemimpin Pertama Dari Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 320 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tangsel Butuh Calon Pemimpin Alternatif Dan Bebas Dari Dinasti Politik

Tangsel Butuh Calon Pemimpin Alternatif Dan Bebas Dari Dinasti Politik

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 186 hits
Tangsel Butuh Calon Pemimpin Alternatif dan Bebas dari Dinasti Politik Menurut dia Pemkot Tangsel saat ini bukannya tidak berhasil Tetapi menyia nyiakan kesempatan untuk membawa Tangsel lebih baik
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip