Penting Suntikan Vitamin K Untuk Bayi Baru Lahir Risiko Pendarahan Di Otak Jika Vitamin K Tak Mencukupi


Ada salah faham dalam kalangan ibu bapa antivaksin yang menyangka suntikan vitamin K yang diberi kepada bayi yang baru lahir adalah satu vaksin baru. Tanggapan ini salah sama sekali. Suntikan vitamin K diperkenalkan sejak 1961 bagi mengelakkan masalah pendarahan yang serius pada bayi. Ianya bukan vaksin.

#Apa fungsi vitamin K?
Vitamin K diperlukan oleh badan untuk fungsi pembekuan darah. Tanpa vitamin K, kecederaan yang kecil pada salur darah tidak dapat dihentikan seterusnya akan menyebabkan pendarahan serius. Walaupun seorang bayi itu dijaga dengan baik, risiko pendarahan di perut dan otak adalah tinggi jika vitamin K nya tidak mencukupi.
#Dari mana kita dapat vitamin K?
Vitamin K diperolehi dari diet terutamanya dari sayuran hijau dan juga dihasilkan oleh bakteria baik dalam usus. Susu ibu juga tidak mengandungi vitamin K yang mencukupi untuk keperluan bayi terutamanya bagi ibu yang sedia ada kurang vitamin K.
#Kenapa bayi memerlukan memerlukan suntikan vitamin K?
Bagi bayi yang baru lahir, kandungan vitamin K mereka rendah kerana:
1. Vitamin K tidak dipindahkan melalui placenta dengan baik
2. Kandungan vitamin K dalam susu ibu tidak mencukupi
3. Kurangnya kehadiran bakteria baik dalam perut bayi bagi penghasilan vitamin K
Namun ini tidak boleh dijadikan alasan untuk memberi bayi makan lebih awal dari usia 4-6 bulan kerana kesan sampingan memulakan pemakanan selain susu ibu terlalu awal adalah lebih serius.

#Apa akan terjadi kalau bayi tak dapat suntikan vitamin K?
Seperti dijelaskan, vitamin K penting untuk pembekuan darah. Pendarahan yang serius boleh berlaku pada usus dan otak. Malangnya kedua-dua pendarahan ini biasanya lambat dikesan kerana ianya tersembunyi. Kebiasaannya bayi sudah kritikal atau mempunyai kerosakan otak baru pendarahan itu disedari. Dan risiko ini berterusan hingga usia 4-6 bulan sehinggalah bayi boleh menghasilkan vitamin K mereka sendiri.
#Kenapa dos suntikan vitamin K bayi terlalu tinggi?
Tidak dinafikan suntikan vitamin K pada bayi adalah lebih tinggi dari keperluan harian orang dewasa. Namun perlu difahami, suntikan ini dilakukan ke dalam otot yang mana vitamin K tersebut akan membentuk depot dan diuraikan ke dalam salur darah secara perlahan-lahan. Dos yang tinggi diberi ke dalam otot tidak sama seperti dos yang diberi terus ke dalam salur darah. Malahan, dos yang tinggi ini diperlukan bagi mengawal pendarahan sampai usia bayi 4-6 bulan.
#Tak bahaya ke suntikan vitamin K ini?
Ramai ibu bapa khuatir suntikan ini menyebabkan kuning pada bayi. Namun, kajian menunjukkan pada dos 0.5-1.0mg diberi secara intramuscular (ke dalam otot), ia tidak meningkatkan risiko kuning sedia ada. Setakat ini, tiada kajian yang membuktikan risiko kesan sampingan serius berpunca dari suntikan vitamin K. Suka saya ingatkan, ini bukan suntikan baru, dah lebih 50 tahun diperkenalkan dari 1961.

 
#Dalam suntikan vitamin K ini ada sumber haram ke?
Tidak, berikut adalah kandungan suntikan vitamin K:
1. Vitamin K1 – didapati dari unsur tumbuhan
2. Polysorbate 80 – bagi melarutkan vitamin K itu, juga dari unsur tumbuhan
3. Propylene glycol – sebatian sintetik yang digunakan bagi mengawal kelembapan ubat, sudah lama diluluskan FDA sebagai sebatian selamat
4. Sodium acetate anhydrous – garam dan soda bikarbonat bagi mengawal pH ubat
5. Glacial acetic acid – cuka, juga untuk mengawal pH
Tiada unsur binatang khususnya khinzir dalam vitamin K. Bahan di dalamnya adalah bahan yang sama dalam kebanyakan ubat mahupun makanan/minuman diproses
#Boleh tak saya nak lewatkan suntikan ini, tengok kalau ada pendarahan baru suntik?
Tidak boleh. Suntikan vitamin K perlu diberi dalam 6 jam selepas kelahiran bagi mengurangkan risiko pendarahan pada bayi. Kalau ditunggu hingga pendarahan berlaku, suntikan vitamin K tidak lagi berkesan untuk memberhentikan pendarahan yang serius itu.
#Jadi, kalau saya tolak suntikan vitamin K, apa risikonya?
Risiko menolak suntikan yang selamat ini adalah pendarahan yang serius pada bayi anda hingga menyebabkan kematian.
Dan risiko ini adalah 81 kali ganda lebih tinggi berbanding bayi yang menerima suntikan!
Kesimpulan saya, jika anda antivaksin sekalipun, tolonglah benarkan suntikan vitamin K ini. Suntikan ini selamat, dan melindungi anak anda dari berdarah hingga mati. Jangan jadikan diri anda punca kematian kejam anak anda.
P/s – dengar cerita ada kes kematian bayi akibat ibu bapa menolak vitamin K baru-baru ini.
Gambar hiasan diedit dari ihsan Google
Kredit: Dr Amirul Amzar
Medical Mythbusters Malaysia, M3

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Penting Suntikan Vitamin K Untuk Bayi Baru Lahir, Risiko Pendarahan Di Otak Jika Vitamin K Tak Mencukupi! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/penting-suntikan-vitamin-k-untuk-bayi-baru-lahir-risiko-pendarahan-di-otak-jika-vitamin-k-tak-mencukupi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Atas Jalan Raya

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Atas Jalan Raya

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 194 hits
Willie JudeBayi perempuan yang ditemui orang awam di atas jalan raya di Jalan Kampung Korikot Tambunan KENINGAU Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas jalan raya di Jalan Kampung Korikot ...
Sabun Carrie Junior Untuk Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir

Sabun Carrie Junior Untuk Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 205 hits
Haiii lamanya tak update blog i huhuu i baru je habis pantang lepas bersalin baby boy keempat lahir pulak masa tengah PKP hari tuu seksaaa i ingat nanti nak share pengalaman bersalin baby A kat uols tapi nanti laa bile ade free time sebab s...
Ini 9 Jenis Sayur Elok Ibu Hamil Amalkan Bagus Untuk Otak Perkembangan Bayi

Ini 9 Jenis Sayur Elok Ibu Hamil Amalkan Bagus Untuk Otak Perkembangan Bayi

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 199 hits
Kehamilan adalah fasa yang sangat penting untuk ibu dan bayi Ini kerana dalam tempoh ini perkembangan bayi sedang membesar dengan sangat cepat Jadi apa yang ibu makan akan mempengaruhi bayi dalam kandungan Menerusi perkongsian Dr Rizal Abu ...
Beli Produk Syahmi Sazli Tak Sangka Menang Mercedes Benz Rezeki Anak Baru Lahir

Beli Produk Syahmi Sazli Tak Sangka Menang Mercedes Benz Rezeki Anak Baru Lahir

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 224 hits
Tanpa diduga atau disangka sangka jika benar sudah tertulis rezeki itu pasti akan menjadi milik kita Beberapa hari ini tular kisah yang telah memenangi sebuah kereta mewah Mercedes Benz A180 apabila namanya terpilih secara atas talian dalam...
5 Petunjuk Penting Yang Sering Dilupakan Pengguna Baru Iphone

5 Petunjuk Penting Yang Sering Dilupakan Pengguna Baru Iphone

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 152 hits
Pengguna iPhone pertama kali menghadapi beberapa kesulitan dan membuat kesalahan saat pertama kali menggunakannya Apa saja Berikut lima kesalahan pengguna saat pertama kali menggunakan iPhone seperti dilaporkan GizChina Jumat
Merugikan Rakyat Hukum Mati Saja Baru Tak Ada Kes

Merugikan Rakyat Hukum Mati Saja Baru Tak Ada Kes

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 138 hits
Tolak parti perasuah Tolak parti pengkhianat Tolak parti penunggang agama
Pengarah Sembilu Yusof Haslam Jawab Kenapa Tiada Sekuel Baru

Pengarah Sembilu Yusof Haslam Jawab Kenapa Tiada Sekuel Baru

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 309 hits
Sembilu antara naskah arahan Datuk Yusof Haslam yang cukup dikenali Filem pertama Sembilu diterbitkan pada 1994 dan kemudiannya diteruskan dengan sekuelnya pada 1995 Sembilu pernah mendapat reboot pada 2005 dengan tajuk Sembilu 2005 Dalam s...
Wajah Baru Kampung Susun Kunir Untuk Korban Gusuran Ahok

Wajah Baru Kampung Susun Kunir Untuk Korban Gusuran Ahok

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 185 hits
Wajah Baru Kampung Susun Kunir untuk Korban Gusuran Ahok Setelah sebelumnya hanya berbentuk shelter atau tempat penampungan sementara Pemprov DKI Jakarta yang dikhususkan untuk hunian warga terdampak gusuran program Jalan Inspeksi Kali Cili...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef