Mendekati Dan Memberi Makan Haiwan Liar Pada Jarak Paling Dekat Di Vinpearl Safari Phu Quoc


Salam sejahtera semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sebelum ni Maha dah ceritakan aktiviti di laut dan juga aktiviti malam yang korang boleh buat kalau bercuti ke Pulau Phu Quoc Vietnam. Walaupun penat tapi seronok sebab dapat pengalaman baharu di negara orang tak sama dengan negara sendiri. Kali ni Maha nak kongsikan lagi beberapa tempat pelancongan yang ada kat pulau ni. Walaupun ia pulau tapi kat sini ada macam-macam tu



Korang percaya tak kat sini adanya Safari yang besar di mana haiwan liar semua dibiar bebas berkeliaran sambil kita masuk untuk melihat lebih dekat. Percaya tak kita boleh tengok dan dekat dengan haiwan-haiwan ni tak jauh hanya dalam 3 meter sahaja. Juga kawasan safari yang sangat luas dan dibina sepertimana suasana kehidupan sebenar binatang-binatang liar ini. Jom kita terjahhh..

Lihat Haiwan Liar Dalam Vinpearl Safari Seperti Hutan Sebenar
Kali ni kita pergi belah barat daya pulau ini. Kalau duduk hotel dekat area Duong Dong boleh naik shuttle bus percuma sahaja. Perjalana makan masa lebih kurang 30 minit. Memang sangat mudah pergi balik naik bus free sahaja jimat dah disitu. Kali ni Maha pergi ker Vinpearl Safari. Tiket untuk Safari ni pun Maha beli terus di Malaysia melalui Klook. 


Kalau beli kat situ boleh dapat harga jauh lebih murah dan tidak perlu berbaris panjang nak beli tiket hanya scan QR code sahaja masa nak masuk nanti. Beli sini juga ada beberapa pakej yang boleh satu harga untuk dua tempat dan juga makan tengah hari. Maha hari tu ambil tiket masuk Safari dan juga taman tema dan makan tengah hari. Harga untuk seorang dewasa hanya RM261. Manakala untuk kanak-kanak dan Warga Emas sama RM193 sahaja. 


Jadi bila naik bas terus sampai kat terminal kena pilih nak pergi Safari dulu atau taman tema sebab Maha beli dua tiket sekali gus. Jadi Maha pilih untuk ke Safari belah pagi kerana ia buka pukul 9.00 pagi waktu Vietnam. Naik bus pula khas untuk Safari tak perlu risau boleh tengok jer sign kat atas bas tulis terang-terang untuk ker Vinpearl Safari. Dekat jer tak jauh dah tu dalam 10 minit sampai




Sampai jer depan pintu Safari terus Maha terdiam dan terpaku. Kerana ingat macam zoo biasa sahaja tapi memang sangat besar dan juga pintu masuk pun dah gah. Scan sahaja QR Code dan terus masuk. First sekali cari station untuk naik bus khas yang akan bawa kita masuk dalam safari sambil melihat haiwan dekat-dekat. Bus ni harga lain kena bayar dalam berapa 200,000 Dong kot tak silap. 





Bas tu memang bas betul besar selesa ada aircond. Bila bas jalan memasuki pintu pagar besi yang ketat memang teruja kerana masuk sahaja pertama terus masuk kat kandang Harimau. Kat situ ada beberapa ekor harimau yang besar-besar sentiasa mencari makan. Seram dibuatnya takut harimau terkam naik atas bas hehehe tapi tak adalah. Lepas sahaja tengok harimau masuk pulak kandang kedua iaitu Raja Rimba Singa. Memang besar-besar dapat tengok singa depan mata berkeliaran. Ni pun seram sejuk dibuatnya seronok gilerrrr





Lepas habis dalam 10 minit jalan kandang Singa pergi pula kandang seterusnya yang dipisahkan oleh pagar besi yang tinggi dah tebal. Kadang seterusnya adalah Badak Sumbu. Korang percaya kat sini ada perbuluk badak sumbu yang dijaga dan diberi makan sihat-sihat belaka. Tengoklah badak sumbu gemuk-gemuk hidup dengan Kuda Belang sebab mereka kawan kalau korang tengok dalam movie The Lion King hehehe. Kemudian masuk lak kandang Rusa yang bertanduk tajam tak tahu apa nama tapi memang macam kat African Safari lak rasanya. Ni pun banyak hidup gembira dan makan dengan seronok






Last sekali kami dibawa masuk pula kandang binatang paling tinggi dalam Safari ni, apa lagi kalau bukan Zirafah. Zirafah ni pun tak nak mengalah tinggi amat dan cantik sangat kulit mereka memang terjaga dan juga besar-besar makan cukup semua kat sinikan. Paling best bila sampai kat hujung perhentian terakhir dan turun boleh pula pergi Giraffe Restaurant yang terletak dalam kandang Ziarafah. Boleh makan santai-santai sambil makan bersama Zirafah. Makan dalam tu kena bayar lah dan juga nak beli makanan untuk bagi kat Zirafah pun boleh. Maha pun ambil kesempatan beli makanan dan bagi makanan kat Zirafah tu sangat jinak hehehehe tapi geli bila pegang

Masa Untuk Bagi Haiwan Makan Dan Menonton Persembahan Haiwan
Bila dah habis kat dalam tu pergi lagi tempat-tempat lain menaiki trem yang disediakan. Masa beli tiket tu di berikan banggle untuk menaiki bus dan trem dimana-mana station dalam Safari tu. Kalau penat berjalan boleh naik trem. Pemandu tu akan bawa dan ceritakan pasal binatang yang dilalui. Macam-macam ada boleh tengok Beruang, Orang Hutan, Tapir Malaya, Beruk, Unta, Ular dan macam-macam lagi. Tak panas sebab jalan dalam hutan ditutupi pokok-pokok. Cuma berpeluh sebab penat jalan jauh besar. 


Satu tempat wajib kena singgah adalah tempat Buaya. Kat situ buaya dibiar hidup dalam aliran sungai dan kita akan naik jambatan memang nampak buaya yang banyak besar-besar bersantai-santai pun ada. Kemudian wajib juga pergi bahagian Gajah. Kat sini kita boleh beli makanan dan bagi gajah tu makan tau tapi naik gajah tak pasti boleh ke tidak. Gajah asia memang besar sangat. 


Dah habis semua tempat boleh pergi kat bahagian Animal Show. Disediakan pentas untuk menyaksikan persembahan binatang yang telah dilatih kat sana. Semua jinak-jinak belaka. Ada Burung Kakak Tua, Burung jinak dan macam-macam lagi. Banyak boleh buat kat dalam tu kalau bawa anak-naka kecil boleh masuk Kids Zoo boleh main-main ngan binatang jinak. Tup tup jalan dari pukul 9 pagi tu tak sedar jam dan sampai pukul 12 tengah hari. Tak puas nak bergambar dan juga nak bagi makan kepada haiwan yang ada. 



Nak bagi makan ada masa yang disediakan jadi kena scan QR Code yang disediakan untuk tengok waktu bila haiwan-haiwan ini diberi makan dan juga waktu untuk persembahan haiwan. Agar boleh rancang perjalanan dalam tu dan tak terlepas semua. Tapi sebab Maha dah penat dan lapar tepat waktu makan keluar dan pergi cari kafe untuk redem vsoucher makan yang ada sekali dalam pakej kat situ. Makan tu pandai-pandailah nak pilih makanan yang bolah dimakan yer. Ni semua dah termasuk dalam harga tiket yang Maha beli kat Klook tu memang bebaloi sangat weiii



Sesiapa yang pencinta alam semula jadi yang ingin menghargai dan mempelajari tentang kehidupan liar haiwan terancam yang jarang ditemui Safari ni lah tempat yang sesuai datang. Sedikit info tentang Safari ini. Ia dibina di kawasan seluas 380 hektar dan dibahagikan kepada 2 kawasan berasingan: Zoo terbuka dan taman hidupan liar. 


Ia telah menjadi rumah kepada lebih 4500 haiwan daripada 200 spesies, termasuk kebanyakan haiwan paling jarang dan paling terancam di dunia seperti Harimau Bengal, Singa Afrika, Zirafah, Kuda Belang dan Badak Sumbu Putih. Vinpearl Safari Phu Quoc bukan sahaja destinasi pelancongan yang unik, tetapi juga taman pemuliharaan hidupan liar terbesar di Vietnam. Jadi korang boleh letak dalam itenari nak datang sini bila bercuti ker Phu Quoc Vietnam nanti ok. Next apa lagi Maha buat dan mana lagi lokasi yang akan pergi lagi menarik lepas ni tunggu yer. Selamat bercuti dan berjalan semua








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/11/mendekati-dan-memberi-makan-haiwan-liar-di-vinpearl-safari-phu-quoc-vietnam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masuk Taman Tema Fantasi Di Vinwondera Phu Quoc Vietnam Seperti Berada Di Dunia Zaman Dulu Dulu

Masuk Taman Tema Fantasi Di Vinwondera Phu Quoc Vietnam Seperti Berada Di Dunia Zaman Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 234 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Ni adalah last posting untuk percutian Maha di Pulau Phu Quoc Vietnam baru baru ini Nak simpan sebagai kenang kenangan bercuti negar...
Percutian Di Phu Quoc Vietnam Lebih Seronok Dengan Lakukan Aktiviti Di Laut Dan Juga Di Darat

Percutian Di Phu Quoc Vietnam Lebih Seronok Dengan Lakukan Aktiviti Di Laut Dan Juga Di Darat

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 228 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Sebelum ni Maha ada kongsi Mungkin serba sedikit bagi panduan pada korang Kali ni Maha nak share beberapa tempat menarik dan aktivit...
43 Tempat Makan Menarik Di Johor Bahru Sajian Paling Best Di Jb

43 Tempat Makan Menarik Di Johor Bahru Sajian Paling Best Di Jb

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 475 hits
Bila disebut semestinya akan terpacul dimulut perkataan JDT bukan Terutamanya bagi peminat bola sepak tempatan JDT sudah lama terpahat di hati rakyat Johor mahupun rakyat diseluruh Malaysia sebagai satu pasukan yang mantap dan licik dalam a...
Tips Untuk Percutian Menarik Dan Indah Yang Tiada Orang Malaysia Tahu Ke Phu Quoc Vietnam

Tips Untuk Percutian Menarik Dan Indah Yang Tiada Orang Malaysia Tahu Ke Phu Quoc Vietnam

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 549 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Kali ni Maha nak kongsi percutian Maha selama 4 hari 3 malam di Vietnam baru lagi awal bulan ini juga Tapi Maha tak pergi Vietnam te...
Cak Imin Klaim Pasangan Amin Paling Miskin Tapi Justru Menguntungkan Kok Bisa

Cak Imin Klaim Pasangan Amin Paling Miskin Tapi Justru Menguntungkan Kok Bisa

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 164 hits
Cak Imin mengaku sebagai pasangan calon termiskin bersama Anies Baswedan di Pilpres 2024
Tulisan Paling Bodoh Makcik Ni Cakap

Tulisan Paling Bodoh Makcik Ni Cakap

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 131 hits
Keluar dari mulut jari seorang GURU IBU dan PEMBIMBING MASYARAKAT Tulisnya atas profile Tapi tak bagitau tang mana yang bodoh nya Tak dibalas dengan hemah Kalau ini perangai pembimbing masyarakat habis lah kita semua Ke longkang jua Dengan ...
10 Jenis Kereta Paling Laris Di Malaysia Sepanjang 2023

10 Jenis Kereta Paling Laris Di Malaysia Sepanjang 2023

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 302 hits
Perodua baru sahaja mengumumkan bahawa jualan tahunannya untuk sembilan bulan pertama tahun ini telahpun mencapai 233 227 unit atau naik 18 8 berbanding tempoh sama tahun lalu Jadi dengan tiga bulan berbaki untuk 2023 Perodua mensasarkan un...
Tengok Sebab Byeon Wooseok Plot Mengecewakan Strong Girl Namsoon Digelar Drama Paling Teruk 2023

Tengok Sebab Byeon Wooseok Plot Mengecewakan Strong Girl Namsoon Digelar Drama Paling Teruk 2023

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 284 hits
Apa yang membuatkan sesuatu drama itu bagus Ada yang kata plot ada juga yang kata pelakon Tapi buat penggemar K Drama ianya bergantung kepada satu faktor iaitu keseronokan ARTIKEL BERKAITAN Drama Strong Girl Nam soon merupakan antara drama ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco