43 Tempat Makan Menarik Di Johor Bahru Sajian Paling Best Di Jb


Bila disebut Johor Darul Takzim semestinya akan terpacul dimulut perkataan JDT bukan? Terutamanya bagi peminat bola sepak tempatan. JDT sudah lama terpahat di hati rakyat Johor mahupun rakyat diseluruh Malaysia sebagai satu pasukan yang mantap dan licik dalam arena bola sepak.
Namun begitu, selain dari kehebatan pasukan biola sepak Johor darul takzim juga terkenal sebagai sebuah negeri yang maju dan kian pesat membangun dari segi ekonomi, pembangunan dan juga sebgai pusat pelancongan yang top di Malaysia.
Dengan keindahan gugusan pulau yang terjaga rapi kelestariannya, pantai-pantai yang bersih lagi membiru serta kaya dengan keunikan budaya dan adat tempatan sudah pasti Johor menjadi salah satu lokasi perlancongan idaman para anak watan mahupun pelacong- dari luar negara.
Selain itu juga, bagi penggemar makanan, Johor Darul Takzim sudah pasti tersenarai sebagai lokasi makanan menarik yang wajib untuk dilewati dan diterokai. Jika anda sedang mecari lokasi makanan yang unik, asli dan traditional disekitar JB?
Teruskan membaca senarai tempat makan menarik di Johor Bahru yang terbaik untuk dicuba bersama rakan-rakan, keluarga mahupun insan istimewa.
01. JIBRIL Jika anda mencari destinasi makan menarik di Johor Bahru yang menggabungkan rasa masakan Malaysia autentik dengan suasana santai, JIBRIL JB adalah pilihan yang tepat. JIBRIL JB adalah cawangan keempat daripada JIBRIL SS15 yang terletak di Larkin Sentral.
Lokasi baru ini menawarkan pengalaman makan yang unik yang menonjolkan masakan Malaysia dengan sentuhan kreatif dan dekorasi eksklusif. Pastikan anda mecuba hidangan ikonik JIBRIL iaitu Butter Chicken. Hidangan yang menggabungkan ayam lembut dengan sos rahsia berperisa mentega.
Untuk peminat ketam pula, anda boleh menikmati Crab Platter dengan pilihan Sos Telur Masin atau Sos Cili Pedas, lengkap dengan mantao yang lembut. Ini adalah hidangan makanan laut yang sempurna untuk berkongsi bersama rakan-rakan atau keluarga.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Croissant Telur Masin yang melimpah dengan sos telur masin yang lazat.
JIBRIL JB juga menawarkan minuman istimewa yang unik seperti Potter 2.0, Mango Cheesecake Mocktail,  Onde-onde Mocktail, dan Chaleo.
Selain hidangan istimewa, Jibril juga menyediakan suasana yang sesuai untuk berkumpul bersama rakan-rakan dan keluarga. Datanglah ke Jibril SS15 di JB dan nikmati pengalaman kuliner yang pasti memuaskan.
JIBRIL juga menawarkan kemudahan penghantaran kepada pelanggan yang ingin menikmati makanan mereka di rumah melalui laman web rasmi mereka www.jibrilss15.com atau platform popular seperti Grab, Foodpanda, Shopee, dan Bungkusit.
Whatsapp Media Sosial: Facebook | Instagram | Tiktok
Alamat: No. 51, Jalan Geroda 2/1, Pusat Perdagangan Larkin, Larkin Jaya, Larkin
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (12:00PM – 12:00AM)
02. Bigdaddy’s Family Cafe Sumber: Big Daddy’s Cafe Bigdaddy’s Family Cafe & BarberShop menawarkan pelbagai jenis hidangan yang mengiurkan dan mengenyangkan. Kedai ini memang sesuai sekali untuk anda singgah sekiranya perut menggerodak kelaparan, ini kerana anda boleh memilih daripada 10 jenis dulang hidangan yang lebih dari cukup untuk dinikmati oleh 3 – 5 orang.
Sumber: JBorn Cafe & Bistro – Kg Melayu Antaranya adalah dulang western, dulang nasi goreng seafood, dulang nasi kambing bakar, dulang shell out dan banyak lagi.
Selain itu, mereka turut menawarkan menu menarik yang lain seperti ikan patin tempoyak, sotong bakar, masakan ikan siakap, ikan talapia, ikan keli dan banyak lagi. Setelah puas menikmati semua makanan berat ni, anda boleh mencuci mulut dengan cendol.
Alamat: No 28 Jln Padi Emas 6/1 Bandar Baru uda Johor Bahru
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (12.00 am – 12.00 pm) | Jumaat – Ahad (2.00 pm – 2.00 am)
03. Dapoq Ayam Gepuk Nak uji tahap kepedasan yang lidah anda mampu hadapi? Mai singgah makan di Dapoq Ayam Gepuk! Kalau makan di sini, anda boleh pilih level kepedasan yang nak dicuba, dari level manja (level 1)  hinggalah ke level mahaguru (sambal banzai).
Yang bestnya pasal kedai ni bukan setakat sambalnya, tapi juga kerana keenakan masakannya yang dapat membangkitkan selera sesiapa sahaja, tak kisahlah anda suka pedas atau tak.
Restoran yang menghidangkan masakan Indonesian fusion ini terkenal dengan hidangan seperti Nasi Ayam Gepuk dan juga Nasi Gurami Garing Bersarangnya.
Ayamnya sungguh juicy dan ikan gurami bersarangnya pula memang betul-betul rangup, sehingga “kriuk-kriuk” bunyinya bila digigit.
Facebook: @Dapoq Ayam Gepuk
Alamat:
Cawangan Nong Chik: No 9, Jalan Kolam Air 1, Jalan Nong Chik Heights, Taman Kolam Air, 80150 Johor Bahru, Johor Cawangan Bandar Baru UDA: 58, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor Cawangan B5 Street:  B5 Johor Street Market Pusat Bandar, 81200 Johor Bahru, Johor Waktu Operasi:
Cawangan Nong Chik: 11.00am – 10.00pm (Last Order 9.30pm) Cawangan Bandar Baru UDA: 11.00am – 9.30pm (Last order 9.00pm) Cawangan B5 Street: 11.30am – 10.00pm (Last order 9.30pm) 04. Foodtrip Sumber: Poonkerz Kelaparan yang tak terhingga selepas puas makan angin di sekitar Johor Bahru? Anda pasti tak akan kecewa bila menjamu selera di Foodtrip, saiz hidangannya cukup mengenyangkan!
Sumber: Foodtrip Foodtrip menyajikan pelbagai jenis makanan western yang menyelerakan seperti cheezy waterfall, grilled chicken, double-smashed lamb, nutella pretzel, spaghetti dan banyak lagi. Antara minuman yang menarik untuk dicuba adalah Nutella milkshake, red velvet milkshake dan lain-lain lagi.
Alamat:  30, Jalan Adda Utama, Taman Adda Height, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (4.00 pm – 11.00 pm) | Isnin (Tutup)
05. Shells N Fins Sumber: Mohd Huzaifah Shells N Fins adalah sebuah kedai makan seafood yang cukup selesa di mana anda dapat bersantap di dalam kedinginan aircond sambil mendengar alunan muzik yang santai. Perhiasan di kedai ini juga sangat menyejukkan pandangan mata iaitu mural lautan.
Dah sampai di sini nanti, jangan buang masa lagi, cepat-cepat order antara hidangan terhangat mereka seperti kupang dan kepah masak sambal, kerang blackpepper dan juga lala masak cili padi.
Sumber: Shells N Fins Selain hidangan ini, mereka turut menyediakan banyak lagi menu lain seperti sotong sambal petai, masakan ketam nipah atau ketam bunga dan udang masak butter. Sebagai pencuci mulut, Shells N Fins menawarkan koktel ais krim, ais krim goreng dan juga triple sundae.
Alamat: Lot 9, Jalan Padi Emas 1/8 (Trigon) Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Waktu Operasi: Isnin & Jumaat (3.00 pm – 11.00 pm) | Selasa – Ahad Kecuali Jumaat (12.00 pm – 11.00 pm)
Baca: 49 Tempat Makan Menarik Di Melaka
06. The Pinggan Cafe Johor Bahru Sumber: SC The Pinggan Cafe Johor Bahru adalah sebuah kafe yang cukup selesa untuk dilawati bersama keluarga.
Kalau anda nak tahu, kafe ini bukan sahaja lengkap dengan surau tapi juga bilik permainan untuk kanak-kanak. Selain itu, kafe ini juga luas dan lapang untuk keselesaan pelanggan yang datang bersama keluarga.
Kafe ini bukan sahaja selesa dan serba lengkap dengan pelbagai fasiliti, tapi juga menyediakan pelbagai hidangan menarik yang dihasilkan dengan penuh kepakaran. Antara masakan yang menjadi pilihan ramai pelanggan adalah seperti cheezy crispy chicken chop, nasi goreng kampung kambing, volcanic burger, mee bandung, grill chicken hamburger dan nachos cheese.
Sumber: The Pinggan Cafe Johor Bahru Nak lebih sebab untuk singgah ke sini? Anda boleh datang ke kedai pada hari jadi untuk menikmati diskaun sebanyak 10% daripada harga biasa. Hanya tunjukkan IC sebagai bukti. Dahlah sedap, kedai makannya pun selesa, dapat harga diskaun lagi, memang rugi kalau tak singgah makan di sini.
Alamat: 9 Jalan Tampoi Susur 1, Johor Bahru 81200
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (4.30 pm – 11.30 pm) | Selasa (Tutup)
07. JBorn Cafe & Bistro – Kg Melayu Sumber: Syaiful Isa Menawarkan lebih daripada 40 jenis menu, antara pilihan yang akan dibentangkan di depan mata anda setibanya di café ini nanti adalah makanan seperti lasagna beef, tom yam Thai, monster beef burger, beef nachos, pulut mangga, nasi ayam, nasi kambing, mee bandung, lamb chop, cheezy fried chicken chop dan macam-macam lagi. Apa yang anda teringin nak makan? Masakan Thai? Melayu? Western? Semuanya ada di sini.
Bagaimana dengan kualiti layanan pelanggan di kedai ni? Cukup pantas walaupun sering dipenuhi orang ramai. Suasananya sebagai restoran terbuka juga menambahkan lagi keselesaan dan rasa santai.
Sumber: J BORN Untuk penegtahuan anda, terdapat 3 cawangan Jborn Café & Bistro di sekitar Johor Bahru ni iaitu di Kempas, Kampung Melayu dan juga Taman Adda Heights.
Alamat:  150, Jalan Tebrau Lama, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (5.00 pm – 12.30 am) | Isnin (Tutup)
08. Hijrah Dim Sum JB Sumber: Adeline Saw Hijrah Dim Sum di Taman Melodies ialah sebuah restoran masakan Cina Muslim yang halal dan perlu anda kunjungi bila berada di Johor Bahru. Restoran ini pasti akan menarik perhatian anda walau dari luar kerana hiasan dan rekaan dalamannya yang unik dan cantik.
Membawakan konsep modern countryside dengan gaya yang minimal, restoran ini nampak kemas, selesa dan mesra. Malah, banyak tempat-tempat bergambar yang boleh anda gunakan sebagai latar belakang.
Sumber: Tan, McK76, ainz shamin, Haziq Hussain Menu di sini memang berteraskan masakan Cina tetapi versi halal. Dari namanya, anda tentu tahu bahawa menu utama mereka di sini ialah Dim Sum. Terdapat banyak jenis dim sum di sini termasuk yang paling popular iaitu salted egg custard bun.
Makanannya juga dihidangkan dalam Chinese style dan ada juga yang dihidangkan dalam bakul stim dim sum itu. Nampak sungguh comel. Selain dim sum, anda juga boleh menikmati makanan lain seperti beef kuey teow dan nasi goreng seafood. Ramai orang ternama dan kerabat di-Raja telah makan di sini tau. Anda bila lagi?
Alamat: 42, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: 11am-9pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)
09. Wadi Hana El Arabi Sumber: wadihanaelarabi Sudah lama beroperasi di Taman Desa Rahmat, ramai yang sudah mengenali Wadi Hana El Arabi. Restoran timur tengah ini memang popular dengan makanannya yang sangat sedap. Namun, dekorasi restorannya juga tidak kurang hebatnya.
Mengekalkan identiti Arabic, dinding dan lantai dihiasi dengan karpet dan tapestry indah. Lampu-lampu yang digunakan sangat menonjolkan lagi pengaruh Timur tengah di restoran ini. Seringkali dijadikan tempat berkumpul atau makan beramai-ramai, Wadi Hana El Arabi dan makanannya memang cukup digemari.
Sumber: wadihanaelarabi, Khairul Hazwan, Naim Azhar, zamri1475 MS Menu di sini sangat banyak pilihan. Nasi Arabnya sahaja datang dalam pelbagai jenis seperti nasi Mandi, nasi Maqluba, nasi Fatta, dan lain-lain. Hidangan grill juga begitu dengan pilihan kebab, kofta dan macam-macam lagi. Hidangan wrap mereka sangat digemari, terutama sekali shish tawook dan shawarma mereka. Mereka turut menyediakan hidangan pizza dan burger tau. Jangan lupa juga mencuba minuman dari Timur tengah.
Alamat: 1,1A,3A, 1-1a, Jalan Pembangunan, Taman Desa Rahmat, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: 3.30pm-10.30pm (setiap hari)
10. Zaituna Restaurant Sumber: Orange Fresh Zaituna Restaurant di Taman Tasik ialah sebuah restoran makanan Timur tengah dan Arab yang popular di Johor. Kalau anda orang JB ni, mesti selalu nampak ketika melalui Jalan Tun Razak.
Zaituna Restaurant ini sebenarnya juga menyediakan perkhidmatan katering tau. Pun begitu, kami sarankan anda singgah dan makan di restoran Zaituna dahulu dan Cuba sendiri. Mana tau, kalau berkenaan, boleh dapatkan perkhidmatan katering mereka untuk majlis dan keraian anda.
Sumber: Zaituna Restaurant, HY, afikahmustapa_ Menu mereka adalah masakan tipikal Timur tengah jadi anda tentu boleh dapatkan pelbagai jenis nasi Arab seperti nasi Mandi, nasi kabsah, maqlubah dan sebagainya. Hidangan nasi Arab mereka juga dalam portion yang besar dan memuaskan. Makan dalam dulang pon ada. Selain itu, anda juga boleh dapatkan masakan grill seperti kebab dan shawarma. Memang banyak makanan yang mereka sediakan untuk pilihan anda. Dessert seperti kunafa dan baklava juga ada.
Alamat: 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Ahad-Isnin (Tutup) | Selasa-Khamis & Sabtu (11am-11pm) | Jumaat (2pm-11pm)
11. Johor Steamboat Sumber: Johor Steamboat Anda suka makan steamboat dan grill? Pastikan anda datang ke Johor Steamboat di Taman Adda Heights! Restorannya sangat menarik dan selesa. Tampak santai dan simple, anda diberi pilihan untuk duduk di ruang makan indoor ataupun outdoor. Setiap meja dilengkapi dengan hotpot dan grill untuk memudahkan anda. Tinggal pilih protein, sayur dan sebagainya dan terus masak di meja.
Sumber: Cik CT A, Siti Salwa Razali, Johor Steamboat Konsep di sini adalah seperti buffet. Jadi bayaran mengikut pax dan anda boleh menikmati makanan yang disediakan sebanyak mampu. Best kan? Ada banyak pilihan daging dan ayam yang diperap berbagai cara, sayur-sayuran segar dan boleh memilih antara sup tomyam atau sup ayam atau kedua-duanya sekali. Jom, kita makan besar di sini!
Alamat: 2, Jln Adda 3/3, Taman Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: 3pm-12am (setiap hari)
12. Onn Kitchen Sumber: Onn Kitchen Jika inginkan kelainan dalam menu makanan harian maka Onn Kitchen adalah jawapan paling yang tepat. Selain dari makanan tradisional seperti roti canai, lempeng sambal ikan bilis, lontong kering Onn Kitchen turut menyajikan para pelanggan dengan masakan ala-ala western untuk hidangan petang dan malam.
Bagi yang sudah biasa berkunjung ke Onn Kitchen nasi lemak sambal paru adalah anatara menu yang wajib dimakan dan rata-ratanya memuji masakan ini. Cukup lemak, pedas yang terasa dan sambal paru yang padu keenakannya. Memang layak untuk diberi 5 bintang lah!
Bukan itu sahaja, Onn Kitchen sudah tidak asing lagi dalam kalangan orang-orang JB kerana keunikan reka bentuk bangunannya dan kelazatan makanan yang disajikan. Selain itu, jika anda berkunjung ke sini pastinya akan tertarik dengan hiasan dan perabot kedai makan ini yang kebanyakannya mempunyai stail ala-ala hipster.
Susunan tempat makan dan juga perabot turut mesra pelanggan dan sangat sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga yang inginkan suasana santai.
Alamat: No 29-A, Jln Tarom, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru
13. Restoran Sayam Sumber: restoran sayam jb Berita gembira buat semua penggemar masakan pedas original dari Thailand. Anda tak perlu susah-susah ke seberang semata-mata untuk merasai keenakan masakan Thai lagi.
Anda hanya perlu search dan waze sahaja Restoran Sayam, Johor Bharu. Kami pasti dan yakin Restoran Sayam adalah port yang terbaik buat anda semua dan sekali rasa pasti berkunjung lagi.
Sekiranya anda berkunjung ke sini, semua jenis masakan Thai dapat dijumpai. Order saja dan anda pasti takkan menyesal. Dan dalam banyak-banyak menu masakan Thai di restoran ini menu Siakap Stim Lemon adalah menu yang paling top dan laku keras.
Sudah pasti jika Siakap Stim Lemon ini digandingkan dengan Tomyam Chiangmai anda pasti teringat-ingat dan akan berkunjung lagi di masa akan datang.
Buat anda si penggemar masakan Thai jangan lupa untuk berkunjung ke Onn Kitchen. Pastikan restoran Onn Kitchen dimasukkan ke dalam senarai tempat makan yang wajib dicuba ketika berkunjung ke Johor Bharu.
Alamat: No 19, Jln Stulang Laut, Taman Stulang, 80300 Johor Bahru
14. Kacang Pool Haji Sumber: Restoran Kacang Pool Haji Jika anda berada atau merancang untuk ke Johor Bahru, Kacang Pool Haji adalah salah satu tempat makan di Johor Bahru yang wajib anda singgah dan rasai keunikan makanannya sendiri.
Kenapa unik? Kerana masakan yang terdapat di Restoran kacang Pool Haji tidak mungkin anda jumpai di kedai atau restoran lain. Ianya terletak di Medan Selera Larkin dan beroperasi dari 7pagi sehinggalah 1 pagi.
Bagi peminat kacang pool tegar, kami nasihatkan anda untuk berkunjung lebih awal kerana kemungkinan besar menu yang anda idamkan sudah habis atau kedai ini sudah tutup jika anda berkunjung selepas itu.
Bagi anda yang tidak pernah berkunjung ke sini lagi sudah pasti tertanya-tanya kenapa Kacang Pool Haji menjadi sebutan dan menjadi antara lokasi yang wajib dicuba bukan? Jom teruskan membaca kami akan senaraikan beberapa keunikan yang pasti membuka mata kalian.
# 1. Menu sarapan pagi yang ringkas dan lengkap
# 2. Goyangan telur masuk separuh yang menggoda
# 3. Makan satu pasti tak cukup!
# 4. Roti bakar tebal yang sungguh kena dengan kuah yang dihidangkan
# 5. Gabungan kuah kacang dan daging yang terbaik
# 6. Keunikan resepi kuah yang taka da di restoran lain
# 7. Terdapat banyak menu lain yang boleh dicuba
Alamat: Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor
Baca: 11 Pulau Di Johor Yang Menarik
15. Kopi Keju Sumber: Kopikeju Kepingan pisang goreng yang ditabur cheese yang meleleh, di tambah pula dengan uraian coklat cair yang memikat serta beberapa lagi jenis topping yang dapat di tambah merupakan daya penarik utama di kopi keju. Bagi peminat pisang goreng cheese inilah port yang wajib anda singgah.
Walaupun fenomena pisang goreng sudah lama berlalu Kopi Keju tetap memilih untuk setia memasarkan dan mengetengahkan pisang goreng cheese dek permintaan yang begitu baik dari pelanggan JB mahupun pelanggan dari luar.
Cukup dengan hanya melihat gambar menu utama di Kopi keju membuat pencinta cheese ketar lutut untuk ke sana. Jadi tunggu apa lagi? Jom kita ke Kopi Keju sekarang!
Alamat: 34, Jalan Nibong 17, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor
16. Haji Wahid Mee Rebus Sumber: haji wahid mee rebus jb Setiap negeri pasti akan ada tempat atau lokasi “legend”nya yang tersendiri. Sebut saja Haji Wahid Mee Rebus sudah pasti rakyat JB mengenalinya.
Kelegendaannya sering  dikatakan oleh penduduk setempat kerana sejarah penubuhan kedai ini bermula dari tahun 1918 lagi oleh Pak Baidali. Dan kemudiaannya perniagaan ini diteruskan oleh anaknya Haji Wahid tersebut pada tahun 1938. Jika dihitung kedai ini sudah beroperasi kira-kira 101 tahun. Wah sememangnya cukup legend kedai ini!
Keaslian resepi turun-temurun yang digunakan oleh mereka menjadi daya penarik utama pelanggan ke kedai ini. Bagi peminat masakan melayu asli inilah tempat yang sesuai untuk anda.
Alamat: L1.2 Plaza Angsana, Pusat Bandar Tampoi, 81200, Johor Bahru, Johor
17. Murtabak Majid Special Cheese No.1 Sumber: Murtabak Majid Special Cheese No1 Jika anda ingin rasa Murtabak lain dari yang lain maka Murtabak Majid Special Cheese No.1 di JB adalah lokasi yang perlu anda terjah. Murtabak yang dihidangkan di sini bukan seperti murtabak  normal yang dijual di pasar-pasar malam di luar sana.
Apa yang menariknya di sini murtabak ini dimasak bersama cheese yang membukit. Bayangkan saja disetiap gigitan dan kunyahan ada cheese yang meleleh keluar dari murtabak special ini. Cukup rasa dan tidak memuakkan. Cukup menggiurkan bukan?
Tunggu apa lagi jom kita terjah Murtabak Majid Special Cheese No.1.
Alamat: No. 38, Lot 5581, Jln Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru
18. Village Briyani Café Sumber: Village Briyani Café JB bukannya hanya terkenal dengan masakan melayu sahaja tetapi juga terkenal dengan masakan Indian yang autentik. Bagi peminat masakan mamak Village Briyani Café adalah tempat yang terbaik untuk dicuba.
Village Briyani Café menjanjikan pelbagai variasi biryani yang sedap untuk dinikmati sepuasnya dan antara biryani yang ada di sini adalah briyani udang, biryani kambing dan juga biryani ayam. Antara pelbagai menu briyani yang disediakan, briyani udang merupakan menu yang terlaris dan paling digemari oleh para pelanggan.
Alamat: 15, Jalan Tun Abdul Razak 1/1, Wadi Hana, 80000 Johor Bahru, Johor
19. Bubur Nasi Istimewa No.1 Sumber: Bubur No 1 Sentosa, JB Bubur Nasi Istimewa No.1 merupakan kedai bubur nasi yang famous di sini. Bubur nasi yang dihidangkan di sini bukanlah sekadar bubur nasi biasa. Bahkan ia dihidang dengan pelbagai jenis lauk seperti kangkung goreng belacan, ikan bilis goreng, telur masin dan banyak lagi.
Keenakan hidangan bubur nasi disini memang tiada tolak bandingnya. Ingat pepatah orang putih “Do not judge a book by its cover ok!” . Cuba dulu dan rasai kelazatannya.
Alamat: 91, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor
20. Warong Saga Sumber: Warung Saga (since 1986) Warong saga adalah antara kedai yang wajib dicuba ketika berkunjung di JB. Keunikan masakan menu yang dihidangkan memainkan peranan yang penting kenapa ia harus di singgah. Antara semua sajian yang disediakan di restoran ini yang paling wajib anda perlu cuba adalah tauhu gorengnya. Boleh dikatakan menu yang berada dalam carta teratas berbanding menu-menu yang lain.
Selain itu, lontong kering dan laksa Johor antara menu lain yang boleh dicuba. Kami yakin anda pasti sukakannya.
Alamat: 5, Jalan Mahmoodiah, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru, Johor
21. Restoran ZZ Sup Tulang Sumber: Restoran ZZ Sup Tulang Anda seorang penggemar sup tulang? Ataupun sup gearbox? Jika ya, Restoran ZZ Sup Tulang adalah lokasi pilihan yang anda perlu cuba.
Sup yang pekat dengan rempah ratusnya serta daging yang empuk antara sebab utama restoran ini menempa nama di hati para pelanggan. Selain itu, lokasi restoran yang strategik yang berkonsepkan nature atau alam semulajadi menjadikan ia pilihan utama keluarga yang sukakan suasana nyaman dan santai.
Antara menu lain yang boleh didapati di restoran ini adalah mi rebus, mi soto, bubur, tom yam, dan laksa. Kesemuanya dijamin terbaik dan enak-enak belaka.
Alamat: 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
22. Roslin Beriani House Sumber: Roslin Beriani House Jika anda berkunjung ke Johor dan tidak menikmati beriani gam di Restoran Beriani House maka anda teramatlah rugi dan sudah melakukan kesilapan yang besar! Roslin Beriani House antara pemula kepada beriani gam dan semua jenis masakan yang dihidang di sini teramat sedap.
Nasi beriani yang lembut dihidangkan bersama kari ayam, daging mahupun kambing pekat sudah pasti membuatkan anda terpejam mata ketika menikmatinya. Senang kata semua hidangan di sini memang umphhh!!!
Bukan itu saja, hidangan yang lazat dengan harga yang berpatutan antara sebab utama kenapa kedai ini menjadi pilihan pelanggan. Jika anda teringin mencuba beriani gam yang terbaik kualitinya, apakata singgah saja di Restoran Beriani House.
Alamat: 14, Jalan Rebana, Taman Perbadanan Islam, 80250 Johor Bahru, Johor
23. Kapten Steamboat & Grill Sumber: Kapten Steamboat & Grill JB Kapten Steamboat & Grill merupakan pilihan bagi anda yang gemarkan makanan bergrill dan steamboat dalam suasana yang relaks dan santai bersama keluarga dan rakan-rakan.  Restoran yang bercirikan tema inggeris ini sememangnya menaikkan lagi mood dan suasana nyaman ketika menikmati juadah yang dihidangkan.
Selain itu, kemudahan yang disediakan seperti ruangan solat dan tempat khas untuk anak-anak kecil bermain memudahkan lagi pelanggan ketika berkunjung ke sini.
Jika ditanya kenapa memilih Kapten Steamboat & Grill? Jawapannnya adalah hidangan disini tidak dinafikan keenakannya dan makanan laut yang disediakan juga segar-segar belaka dengan kadar harga yang sangat berpatutan. Tambahan pula, terdapat menu lain seperti mee, nasi dan banyak lagi untuk dijamah. Tentunya berbaloi untuk berkunjung ke sini.
Alamat: Jalan Tun Abdul Razak (Susur 6), Taman Suria Muafakat, 81200 Johor Bahru, Johor
24. Banafee Village Sumber: Banafee Village Teringin nak rasa nasi ayam penyet asli yang pedas seperti ayam penyet dari Negara seberang? Jangan risau kerana di Banafee Village hidangan ini akan anda nikmati dengan syoknya!
Aroma yang memikat, ayam yang digoreng rangup serta sambal dan sup yang seimbang antara kunci utama mengapa nasi ayam penyet ini menjadi kegilaan dan pilihan ramai. Cukup dengan sepinggan hidangan anda akan terasa seperti menikmati ayam penyet asli dari perkampungan Jawa.
Bukan hanya nasi ayam penyet yang menjadi pilihan pelanggan bahkan Nasi Padang, Ikan Bakar & Sup Tulang Merah juga turut menjadi kegemaran ramai.
Alamat: 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor
25. IT Roo Café Sumber: IT Roo Café Slogan ‘The best chicken chop in town’ yang digunakan oleh IT Roo Café sangat kena dengan hidangan chicken chop yang dihidang di sini. Sangat special! Dijamin sedap dan terbaik di antara yang terbaik! Bagi penggemar western food IT Roo Café adalah restoran yang wajib anda terjah dan terokai.
Di samping Chicken Chop, makanan Barat lain seperti Chicken Grill, Lamb Chop, Spaghetti, Meatball special juga dapat dinikmati di IT Too Cafe. Bukan itu saja, selain daripada makanan Barat, terdapat banyak sajian ala Cina seperi Cantonese Kuey Teow yang turut dijadikan pilihan ramai pengunjung disini. Pendek kata, makanan barat dan cina di sini cukup menggiurkan dan memikat hati para pengunjung.
Alamat: No. 17, Jln Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
26. The Dreamliner Airways Café Sumber: The Dreamliner Airways CAFÉ Teringin untuk mencuba makanan barat yang berkonsepkan ala-ala di awangan? Dan berangan-angan seperti menikmati hidangan di dalam kapal terbang? Jangan risau, restoran berkonsepkan di atas awan sebegini sememangnya wujud! Berkunjung saja ke The Dreamliner Airways Café dan angan-angan anda pasti tercapai.
Di sini anda boleh menikmati makanan barat seperti Chicken chop, chicken grill, lamb chop dan sebagainya. Selain itu makanan timur turut disajikan disini sememangnya kena dengan selera dan tekak orang melayu seperti kita.
Alamat: 7, Jalan Harmonium 35/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
27. Cookies & Ginger Sumber: Cookies & Ginger Restaurant Sebut saja tentang Nanchos, sudah pasti ramai yang terbayangkan kerangupan makanan mexico yang menghidangkan tortilla chips yang dibanjiri dengan sos keju yang meleleh bukan?
Di Cookies & Ginger menu Nanchos adalah antara menu pilihan utama dan tersenarai sebagai menu yang wajib dicuba ketika berkunjung ke sini. Selain Nanchos terdapat juga menu makanan barat lain yang boleh dicuba seperti Rib Eye Steak, Spaghetti Aglio Olio dan Lamb Shoulder.
Alamat: 107, Jln Adda 3/1, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor
28. Restoran Anjung Tokoh Sumber: Anjung Tokoh Restoran Anjung Tokoh adalah tempat yang diminati dan menjadi pilihan orang muda-mudi yang sukakan suasana santai untuk melepak bersama rakan-rakan. Susun atur tempat makan yang kemas dan ruang makan yang selesa antara faktor utama mengapa ia menjadi pilihan ramai.
Berkonsepkan makanan barat sebagai menu utama, Anjung Tokoh mengorat jauh dengan mempertaruhkan menu seperti Aglio Olio, Chicken Chop dan Burger Banjir sebagai daya penarik untuk memikat hati para pengunjung.
Alamat: Dato’ Jaafar Building, Jalan Yahya Aldatar, Johor, Malaysia, 80400
29. Smokey Kuey Teow Sumber: Smokey Kuey Teow Hello para penggemar Char Kuey Teow sekalian! Inginkan Char Kuey Teow lain dari yang lain? Nak request Char Kuey Teow samada basah atau kering? Sudah semestinya Somey Kuey Teow adalah pilihan kedai yang terbaik buat anda.
Di sini rata-rata pengunjung setia mengatakan Char Kuey Teow yang dihidangkan adalah berbeza dengan Char Kuey Teow Penang. Rasa, teksture hidangan dan persembahan memang lain lah. Tapi apa yang lainnya?
Di Smokey Kuey Teow, mereka lebih mengutamakan rasa melayu dalam hidangan mereka jadi Char Kuey Teow yang dimasak di sini adalah versi Kampung Melayu punya style. Menarik bukan?
Bukan itu saja, anda juga boleh request Char Kuey Teow mengikut citarasa anda samada dimasak kering atau basah dan terdapat lebih 3 lauk yang disediakan iaitu udang, kerang dan ayam. Dan yang istimewanya disini anda boleh merasai semua jenis lauk dalam sepinggan dengan menempah Char Kuey Teow Special.
Alamat: no, 12, Lorong Mutiara, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
30. Sedap Corner Sumber: Sedap Corner Sedap Corner adalah antara kedai legend yang terdapat di Johor Bharu. Ia cukup lama bertahan dalam arena bidang masakan iaitu kira-kira 32 tahun lamanya. Tidak keterlaluan rasanya untuk katakan rahsia utama kedai ini bertahan sehingga kini kerana hidangan yang dihidangkan sedap-sedap belaka. Sesedap nama Sedap Corner.
Sebut saja nama restoran Sedap Corner pasti anda terbayang-bayang menu yang disediakan semuanya sedap. Boleh kecur air liur bila teringat kesedapan masakan di Sedap Corner.
Antara menu yang boleh didapati di sini ialah Pandan Chicken, Ikan Pari Bakar dan Kuey Teow. Walaupun nama makanan yang terdapat di menu kedengaran biasa sahaja, namun selepas dicuba sememangnya luar biasa, anda pasti menyukainya!
Alamat: No. 11, Jln Abdul Samad, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
31. Asam Pedas Botak Sumber: EJ Hafizan Jika anda penggemar makanan pedas dan berempah sudah pastinya asam pedas adalah makanan pertama yang akan dicari apabila singgah atau bercuti di Johor. Asam pedas sangat sinonim dikaitkan sebagai masakan utama di pantai barat terutamanya di Johor.  Parit Jawa serta Kota Laksamana adalah lokasi yang kebiasaannya menjadi tempat persinggahan para peminat asam pedas kerana keaslian dan kelazatan masakannya.
Untuk Asam Pedas yang terbaik di JB pula, Restoran Asam Pedas Botak ini sudah menjadi bualan para pelancong dan anak watan JB kerana sajian asam pedas mereka hidangkan sememangnya terbaik dan lazat.
Tambahan pula kepekatan kuah asam pedas dan rasa rempah yang cukup.Pendek kata, sajian asam pedas di sini sememangnya umphhh dan terbaik di antara yang terbaik. Bukan itu saja ikan yang digunakan dalam masakan adalah ikan segar dari laut.
Tentu akan membangkitkan aroma asam pedas yang padu. Apa yang lebih menarik adalah asam pedas ini akan dihidangkan dengan lauk ikan goreng crispy. Sudah pastinya anda sudah terbayang-bayang kerangupan ikan goreng bersama sepinggan asam pedas yang pekat. Memang padu dan terangkat rasanya!
Di samping itu, selain dari asam pedas terdapat juga menu lain yang wajib dicuba ketika berkunjung di restoran iaitu nasi ayam penyet.
Alamat: 142, Jalan Lumba Kuda, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor
32. Cupchai Cafe & Resto Sumber: Cupchai Cafe & Resto Apabila kita melancong ke tempat orang sudah pasti restoran atau tempat yang unik serta menarik akan menjadi pilihan kita bukan? Apa kata apabila ke Johor Bharu, jom singgah sebentar di Cupchai Café & Resto.
Cupchai Café & Resto adalah satu nama yang cukup unik bila disebut seunik dekorasi yang diketengahkan. Menggunakan konsep dekorasi ala-ala hipster tanpa mengetepikan elemen Melayu, Cupchai Café & Resto mula mendapat perhatian para pengunjung lebih-lebih lagi para pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar.
Menu masakan Melayu dan makanan barat yang ada di sini sememangnya memenuhi citarasa. Cukup sedap, cukup rasa dan yang menariknya masakan-masakan di sini amat sesuai untuk makan pagi, petang dan malam. Jika anda inginkan masakan melayu, kacang pool yang dihidangkan bersama roti bakar atau roti titab, nasi kukus ayam berempah serta Mee Rebus adalah menu yang boleh dicuba.
jika anda ingin mencuba makanan Barat pula, sajian seperti Spaghetti Bolognese atau Fetuccini Carbonara pasti dapat memuaskan hati. Lihat gambar saja di atas cukup menggiurkan dan pasti rugi sekiranya anda ke sini tetapi tidak  mencuba semua menu yang disediakan.
Alamat: 23 Jalan Padi Emas 1/4, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
33. Tapah Corner Sumber: Restaurant Tapah Corner Apabila dalam trip melancong atau berkunjung ke tempat orang sudah pasti kita inginkan semua kerja jadi cepat, senang dan mudah termasuklah jadual makan dan lain-lain. Tapah Corner adalah lokasi yang sangat sesuai untuk anda yang sukakan sesuatu yang ringkas untuk sarapan pagi.
Pilihan menu ringkas yang disediakan seperti nasi lemak, roti canai dan banyak lagi sememangnya memenuhi citarasa mereka yang sukakan sarapan pagi yang santai dan ringkas.
Yang penting di sini juga terdapat pelbagai variasi menu. Deretan gerai-gerai kecil yang menjual mee rebus, bakso dan sebagainya lagi memberikan lebih banyak pilihan dan kemudahan buat pengunjung ke sini.
Maka tak hairan bayak pengunjung yang datang ke restoran ini adalah warga penduduk Johor Bahru sendiri dan juga Singapura yang sanggup turun ke sini untuk menikmati sarapan dan juga makan tengahari di Tapah Corner.
Alamat: 1, Jalan Ketam, Taman Suria, 81100 Johor Bahru, Johor
34. Restoran Sri Bayu Perdana Sumber: Restoran Sri Bayu Perdana Restoran Sri Bayu Perdana merupakan port pilihan untuk makan tengah hari kebanyakan penduduk Johor Bharu. Beraneka jenis lauk pauk dan ulam ulaman menjadi menu utama di sini. Bagi mereka yang jenis perut melayu, Restoran Sri Bayu Perdana adalah pilihan yang tepat buat anda.
Restoran ini terletak di kawasan Larkin Perdana dan apa yang menariknya di sini juadah yang disediakan tersangatlah banyak. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Boleh rambang mata dibuatnya. Dari yang bergoreng, bakar, kukus, semualah ada. Ikan, ayam, daging, sayur-sayuran dan ulam  sambal belacan. Pendek kata memang berseleralah!
Bilangan pelanggan di restoran ini sentiasa ramai. Jadi kalau nak datang sini makan tengah hari lebih baik datang awal dalam pukul 12 ke, sebab kebisaannya lauk pauk cepat habis. Jangan lepaskan peluang tau. Jom serbu Restoran Sri Bayu Perdana nanti!
Alamat: 13, Susur Dewata 1, Taman Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor
35. Meletop Steamboat & Grill Sumber: Meletop Steamboat & Grill JOHOR Meletop Steamboat & Grill adalah tempat makan yang best, murah dan semestinya paling meletop di Johor Bahru. Agak-agak anda lah kenapa nama meletop dipilih ya? Adakah reka bentuk kedai yang meletop atau harga hidangan yang meletop? Atau perut anda yang bakal meletop di sini nanti?
Dengan kadar harga makanan yang murah dan berpatutan, siap ada harga istimewa lagi untuk warga emas serta pelbagai jenis lauk pauk, dessert dan makanan ringan disediakan di sini. Ada kemungkinan perut anda bakal meletop di sini nanti hihi. Jadi, bagi penggemar steamboat, Meletop Steamboat & Grill perlu anda terjah nanti!
Alamat: 2, Jalan Enau 11, Taman Teratai, 81110 Johor Bahru, Johor
36. Warung Boyan Sumber: warung boyan jb Berkunjung ke Johor Bahru adalah kurang lengkap bila tidak singgah di Warung Boyan yang letak di Jalan Pujaan, Larkin. Terkenal dengan menu Bakso kuburan cina Warung Boyan mula dipenuhi dengan pengunjung bermula dari jam 7.00 pagi bagi menikmati bakso resepi asli dari Indonesia.
Selain itu juga, di sini juga terdapat menu-menu lain seperti sate, nasi campur, rojak dan yang paling penting anda juga boleh menikmati nasi rawon yang mungkin sukar untuk ditemui di kedai atau restoran lain.
Alamat: Jalan Pujaan, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor
37. Selera Senibong Seafood Sumber: Anjung Senibong Jika anda berkunjung ke Johor dalam kumpulan yang besar ataupun family trip dan inginkan lokasi makan malam yang selesa, luas dan berpemandangan yang indah. Maka Selera Senibong Seafood adalah lokasi yang sesuai untuk anda semua.
Selain itu juga, bagi pasangan yang sedang berbulan madu kami mengesyorkan anda untuk makan malam di sini kerana lokasi restoran ini yang menghadap laut membuatkan makan malam anda serba indah dan romantis. Kami yakin anda bakal mengingati momen-momen anda bersama pasangan di sini.
Di Selera Senibong Food , makanan laut yang segar, murah dan boleh dipilih oleh pelanggan untuk dimasak mengikut citarasa sendiri adalah penguat atau daya penarik utama restoran ini sentiasa dipenuhi oleh orang ramai.
Alamat: Permas Jaya, 81750 Masai, Johor
38. Al Mizan Satay House Sumber: Al Mizan Satay House Jika anda pencinta Satay yang setia, bolehlah anda berkunjung ke Almizan Satay House yang boleh dijumpai di Uda Business Centre, Bandar Baru Uda. Populariti sate di sini sememangnya tak dapat dinafikan lagi dan cukup terkenal di JB.
Ramai yang memberi maklum balas atau feedback yang cukup positif untuk semua masakan di sini. Sate yang terasa rempah perapannya, daging yang lembut serta rasa kuah kacang yang pekat dan memikat inilah yang menarik orang ramai untuk terus berkunjung ke sini. Jika anda sudah muak dengan sate ayam dan daging, apakata kali ini singgah di Al Mizan Satay House dan rasai sate arnab pula.
Alamat: 1, Jalan Kenangan, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
39. Cats Café Sumber: CATS Cafe JB – Cats At Their Sanctuary Kafe Kucing. Satu nama yang cukup asing tetapi unik. CATS Café di Johor Bahru sudah tidak asing lagi bagi rakyat di sana walaupun ia kafe kucing pertama yang dibuka di negeri itu.
Bercirikan café haiwan yang mesra pelanggan serta menampilkan dekorasi yang berkonsepkan alam semulajadi membuatkan café ini sentiasa penuh dan sering dikunjungi oleh para pencinta kucing dari awal pembukaannya lagi.
Cat Café yang terletak di Kampung Bharu ini bukanlah menjadi tumpuan pencinta kucing semata-mata. Tetapi iai turut menawarkan pelbagai makanan yang menarik yang sesuai dinikmati sambil melihat gelagat kucing bermain disekeliling anda. Menampilkan banyak makanan barat serta dekorasi restoran yang mewah serta selesa membuatkan waktu makan anda lebih selesa.
Alamat: 31A Jalan Abdul Samad Lorong 2C, Johor Bahru
40. Pisang Goreng Mawar Sumber: Nor Lila Juhari Inginkan makan petang yang santai? Serta menu yang ringkas tetapi mengenyangkan sepanjang berada di Johor Bharu? Jika ditanyakan pada orang setempat, tentulah mereka akan mengesyorkan Pisang Goreng Mawar sebagai lokasi yang terbaik.
Kerangupan tepung pisang goreng dan dicicah pula dengan sambal kicap kami pasti anda tidak salah memilih tempat lagi.
Menu tradisional Johor seperti nasi ambeng, nasi botok, lontong kering serta laksa Johor turut mendapat sambutan yang baik dari para pengunjung. Jika anda belum pernah merasai keenakanan makanan tradisional Johor, maka gunakan kesempatan ini sebaiknya dengan mengunjungi Pisang Goreng Mawar.  Bukan itu saja, bagi mereka yang ingin menu ringkas anda boleh dapatkan nasi ayam, nasi lemak dan serta kuih muih sebagai menu santapan anda.
Alamat: Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor
41. Restoran Anisofea Asam Pedas Johor Asli Sumber: Restoran Anisofea Asam Pedas Johor Asli Kebiasaannya asam pedas selalu dikaitkan dengan negeri Melaka mahupun Negeri Sembilan sampai ada yang terlupa bahawa Johor juga ada variasi masakan asam pedas yang tersendiri.
Dihidangkan secara panas-panas di dalam bekas claypot bersama ikan goreng yang rangup cukup membuka selera. Gabungan hidangan ini cukup memikat dan menggoda. Maka tak hairanlah kenapa asam pedas di Restoran Anisofea Asam Pedas Johor asli menjadi pilihan para pengunjung.
Alamat: No. G07 Block 4 Jln Mutiara Emas 9/3, Tmn Austin Boulevaed, 81100 Johor Bahru
42. Medan Selera Tepian Tebrau Sumber: Foursquare Medan Selera Tepian Tebrau adalah antara tempat makan terbaik di sekitar Johor Bahru yang sangat disyorkan bagi mereka yang sukakan suasana makan yang meriah. Di sini cukup meriah sebagai medan selera yang panjang, meriah dengan pelbagai variasi makanan menarik yang boleh dicuba serta meriah dengan kehadiran orang ramai yang berkunjung tiba. Medan ini mula beroperasi dari pagi hingga ke lewat malam.
Bukan itu saja, medan ini memuatkan kira-kira berbelas slot kedai di mana setiap kedai menyediakan masakan mengikut kepakaran masing-masing. Ada yang menyediakan makanan barat, masakan melayu, masakan tempatan Johor Bahru dan banyak lagi.
Alamat: Straits View, 80200 Johor Bahru, Johor
43. Kafe Eat & Repeat Johor Bahru Sumber: Eat & Repeat Cafe Johor Bahru Pernah tak anda teringin untuk makan pelbagai jenis makanan tetapi dengan bajet yang ciput? Jika ya jom kita terjah Kafe Eat & Repeat Johor Bahru. Dengan hanya RM1.90 anda sudah mampu untuk mengisi perut dengan semangkuk lontong atau soto. Antara menu lain anda boleh cuba dengan bajet yang rendah adalah mee bandung, laksa putih, laksa utara, ayam paprik dan bermacam-macam lagi.
Menarik bukan? Bayangkan dengan hanya berbekalkan rm19.90 anda sudah mampu makan 10 jenis masakan yang terdapat di sana.
Alamat: Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Baca: 58 Tempat Menarik Di Johor | Senarai Destinasi Terbaik
Terlalu banyak tempat makan yang menarik di Johor Bahru yang boleh anda cuba dan terokai untuk mengisi perut pada waktu pagi, petang mahupun lewat malam ketika berkunjung ke Johor Bahru.
Senarai tempat makan menarik di Johor Bahru yang kami senaraikan ini adalah antara kedai atau restoran yang menjadi pilihan penduduk setempat serta pelancong dari luar. Dengan kadar harga yang berpatutan, pelbagai variasi makanan serta keaslian resepi yang digunakan di sini sudah pasti membuatkan anda teruja untuk singgah lagi di masa hadapan.
Untuk makluman anda, terdapat banyak lagi pilihan gerai dan restoran yang sedap di Johor Bahru namun kami tak dapat senaraikan semuanya di entri ini.
Akhir kata dari kami, rancanglah setiap perjalanan anda agar semua perancangan itu mampu dilaksanakan dengan baik dan teratur.
4.5/5 - (10 votes) The post 43 Tempat Makan Menarik Di Johor Bahru (2023) | Sajian Paling Best Di JB appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/tempat-makan-menarik-di-johor-bahru-best-di-jb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
21 Tempat Makan Best Di Hatyai Wajib Cuba

21 Tempat Makan Best Di Hatyai Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 386 hits
Tempat Makan Best di Hatyai Selain untuk ingin melihat budaya gaya hidup dan ingin membeli belah ramai di antara pelancong mengabil peluang bercuti di Hatyai untuk mencuba makanan tempatan Keenakan masakan Thailand sudah tidak dapat disangk...
6 Tempat Menarik Untuk Bercuti Di Penang

6 Tempat Menarik Untuk Bercuti Di Penang

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 215 hits
Assalamualaikum Nampaknya dah lama juga aku tak share pasal percutian dalam blog ni kan Heheh So dah nak cuti sekolah ni boleh la plan Kalini aku nak plan baik punya untuk bercuti dengan family kecilku Lokasi pilihan kali ini ialah di Penan...
Pusat Pengalaman Bosch Pertama Kini Dibuka Di Johor Bahru

Pusat Pengalaman Bosch Pertama Kini Dibuka Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 316 hits
Bosch Home Appliances jenama yang dipercayai di peringkat global dalam sektor peralatan rumah membuka Pusat Pengalaman Bosch sulungnya di Johor yang juga merupakan kedai pertamanya di wilayah selatan Terletak di Pusat Beli belah Toppen cawa...
Bermula Di Johor Bahru Estranged Bawakan Konsert Apa Khabar Teman

Bermula Di Johor Bahru Estranged Bawakan Konsert Apa Khabar Teman

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 201 hits
Tujuh tahun menghilangkan diri dari pentas kumpulan Estranged kembali dengan konsert Apa Khabar Teman yang akan berlangsung di Persada Johor International Convention Centre pada 3 Februari 2024 Menurut Estranged mereka memilih untuk memulak...
Hyatt Place Johor Bahru Paradigm Mall Kini Di Buka

Hyatt Place Johor Bahru Paradigm Mall Kini Di Buka

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 461 hits
Hyatt Place Johor Bahru Paradigm Mall kini Di Buka Baru baru ini umi turut hadir bagi menyaksikan perasmian pembukaan hotel terbaru di Johor iaitu Hyatt Place Johor Bahru Paradigm Mall Rakyat Johor mesti tahu akan keberadaan hotel ni kan Ye...
Menu Makan Paling Mahal Dalam Dunia Buku Menu Makanan Ini Bernilai Rm485 130

Menu Makan Paling Mahal Dalam Dunia Buku Menu Makanan Ini Bernilai Rm485 130

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 192 hits
Buku menu ini kemudian ditemui bersama dengan album gambar milik ahli sejarah amatur Kanada Menu makan malam kelas pertama dalam pelayaran sulung kapal Titanic telah terjual pada tanda harga AS 103 000 dalam satu lelongan di United Kingdom ...
Laksa Mee Pangkor Original Resipi Mudah Tapi Sedap Hirup Kuah Paling Best

Laksa Mee Pangkor Original Resipi Mudah Tapi Sedap Hirup Kuah Paling Best

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 196 hits
Laksa mee Pangkor merupakan antara hidangan yang cukup popular terutama di Pangkor Lumut Pantai Remis dan sekitarnya Kalau di tempat lain mungkin agak susah kita nak jumpa laksa mee Pangkor Bagi orang Perak yang rindu nak makan laksa mee Pa...
Richiamo Coffee Gurney Mall Cantik Menarik Dan Paling Penting Kopinya Enak

Richiamo Coffee Gurney Mall Cantik Menarik Dan Paling Penting Kopinya Enak

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 269 hits
Hi Korang Biasa perasan tak Richiamo Coffee Itulah mesti ade kan dah banyak outlet dah jenama Richiamo Coffee nieh Selalunya kak lily pi area Permaisuri dan Bangi tapi kali ni sesaje tukar angin so kak lily ke Richiamo Coffee Gurney Mall ya...
Semenanjung Gaza Tempat Paling Tidak Selamat Bagi Kanak Kanak Di Dunia

Semenanjung Gaza Tempat Paling Tidak Selamat Bagi Kanak Kanak Di Dunia

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 174 hits
Konflik Israel Palestin sejak 7 Oktober lepas nbsp berterusan dengan lima kanak kanak maut setiap jam di Semenanjung Gaza Separuh daripada penduduk Gaza yang berjumlah 2 3 juta orang terdiri daripada kanak kanak manakala nbsp jumlah belia y...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa